Saturday, March 27, 2010

Kejayaan dan Usaha


"Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu.."

Itulah lagu Malaysia Boleh yang sangat top suatu ketika dahulu sewaktu Pasukan Badminton Malaysia dalam era kegemilangan. Dan hari ini lagu itu berkemundang dalam dewan besar yang dihadiri oleh ribuan manusia.

Jelas Sejelasnya
Malam tadi saya menghadiri satu jamuan malam anjuran sebuah syarikat jualan lansung disebuah hotel di Kuala Lumpur. Saya tidak menduga untuk menghadiri makan malam syarikat jualan lansung ini kerana kawan yang mengajak saya tidak pula menyatakan makan malam ini anjuran siapa. Saya sedikit terkilan kerana masa yang sepatutnya saya manfaatkan untuk perkara lain telah dihabiskan semata-mata mendengar ucapan orang-orang besar dan menikmati hidangan malam pada setelah jam 9.30malam. Terasa makan malam agak lewat kerana makan malam diasrama adalah jam 6.30petang. Iktibarnya, dapatkan penjelasan sesuatu dengan lebih jelas sebelum membuat apa-apa keputusan.

Usaha dan Kejayaan
Kekadang fikiran sekali sekala melayang mengenangkan bagaimana pemikiran yang tertanam dibenak otak setiap orang yang ingin mencapai kemewahan dalam hidup. Cara manakah yang akan mereka gunakan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Jualan Lansung sering kali didengari sebagai salah satu cara bagi mereka-meraka yang ingin menggapai impian memiliki kesenangan hidup, mempunyai kereta mewah dan rumah idaman masing-masing. Adakah dengan usaha melalui tangga orang bawahan dikira sebagai satu usaha yang betul dan layak bagi menerima sesuatu kejayaan? itulah persoalan yang bermain diminda saya bilamana memikirkan kemewahan yang sering manusia kejari ini.

Yang ingin berdiri dengan kaki sendiri,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.46pm
28 march 2010
Rumah warden,
Asrama SMK Lukut
Port Dickson, Negeri Sembilan

2 comments:

Pemuda@gamA said...

Kadang-kadang, kejayaan yang diperoleh dalam pahit jerih, lebih manis daripada kejayaan sekelip mata.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Ya..semestinya begitu. jerih itu sangat berharga daripada manis yang dikecapi. sama seperti nilai kegagalan lebih berharga daripada nilai sebuah kejayaan.

Template by - Abdul Munir - 2008