Thursday, March 25, 2010

Guru & Stress

Setelah menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik hampir 6 bulan, diri ini telah merasai serba sedikit tekanan(stress) yang begitu sinonim dengan pekerjaan ini.

Stress
Stress atau tekanan adalah satu kekusutan pemikiran atau kegelisahan perasaan berpunca daripada pelagai faktor luaran(persekiran) mahupun dalaman(diri sendiri). Tekanan ini berlaku disebabkan gambaran atau aliran pemikiran kita sendiri yang menyebabkan seseorang itu mengalami stress ini. Seseorang itu akan terhindar daripada mengalami tekanan jika dia mempunyai minda positif.

Minda Positif
Tekanan yang dirasai oleh seorang guru mungkin terjadi kerana bebanan tugasan pengurusan sekolah, tingkah laku pelajar dan proses pengajaran yang mereka tempuhi. semua tekanan ini mampu dihilangkan jika pekerjaan yang mereka lakukan tersebut diketahui matlamatnya dan dilaksanakan dengan hati yang gembira serta positif.

Manusia tidak mampu untuk lari daripada kesedihan kerana itu merupakan fitrah yang Allah sudah ciptakan dalam diri setiap insan. Kesedihan itu sangat bermakna kerana dengan ialah manusia ini boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sebaik mungkin. Kesedihan yang berlaku akan membuahkan perasaan belas kasihan orang lain. Justeru, terwujudlah perasaan kasih sayang dan saling ingin membantu tidak kira antara manusia sesama manusia atau manusia dengan haiwan mahupun alam sekitar.

Kesedihan itu mampu dipositifkan dengan meletakkan keyakinan bahawa manusia itu adalah hamba Allah yang lemah. Maka semakin besarlah pengharapan dan pergantungannya kepada Sang Pencipta.

Pengharapan
Kehidupan ini suatu yang cukup mencabar, bak kata-kata dalam satu lirik lagu nasyid, bukan mudah menjadi seorang watak duniawi. Pekerjaan sebagai seorang guru merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia, justeru ia pasti akan melalui jalan yang sangat sukar kerana habuan atau natijahnya sangat besar.

Kepada semua guru-guru diluar sana, teruskan mendidik anak bangsa demi agama, bangsa dan negara. Bersabarlah dengan apa yang anda lalui dan pastikan minda anda sentiasa berada dalam keadaan positif agar tekanan itu akan disalurkan kearah yang lebih baik. Semoga Allah memberkati kepada semua guru, tidak lupa kepada guru-guruku yang telah mendidikku menjadi seorang guru hari ini..BarakAllahu fikum..

Guru Biologi,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
6.56pm,
25 Mac 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan.

0 comments:

Template by - Abdul Munir - 2008