Thursday, February 4, 2010

MENCARI SEMANGAT YANG HILANG

Setelah sekian lama, jari jemari ini tidak menari diatas keyboard untuk mencoretkan sesuatu didalam blog ini, kini Alhamdulillah peluang untuk meneruskan perjuangan melalui pena kini kembali. Setelah menjadi guru hampir 4bulan, saya baru dapat merasai kehidupan kesibukan yang dilalui oleh seseorang yang bergelar guru ini.

Guru bukan hanya mengajar dikelas namun aktiviti dan program pengisian aktiviti pelajar sepanjang tahun merekalah yang mengendalikan serta menguruskannya.

Kesibukan demi kesibukan

Buat masa ini, mana-mana sekolah sedang sibuk dengan Hari Sukan dan acara yang dipertandingkan. Saya telah diamanahkan untuk menjadi Penolong Rumah Sukan(Rumah Lekir@Kuning) dan baru dapat mengetahui kesukaran yang dihadapi setelah memegang rumah sukan. Mengendalikan para pelajar yang ramai dan mencari atlet-atlet yang kadang memerlukan paksaan untuk memasuki sesuatu acara membuatkan kepala ini sedikit pening dengan karenah mereka.

Dalam kesibukan rumah sukan ini, diri juga disibukkan untuk membuat soalan Ujian 1 yang bakal menjelma pada minggu hadapan. Bagi ujian 1 ini, saya telah diminta untuk menyiapkan 3 kertas soalan iaitu, Soalan bagi Sains Tingkatan 2, Biologi Tingkatan 4 dan Biologi Tingkatan 5. Sebagai Ketua Panitia Biologi, tiada orang lain lagi yang akan membuat soalan bagi subjek Biologi kerana sayalah satu-satunya guru dalam panitia ini pada mulanya.

Selain berkenaan akademik disekolah, pengurusan diasrama tidak kurang menekankan. Asrama yang telah dinobatkan sebagai Naib Johan Diperingkat Kebangsaan ini sering kali ini menjadi sasaran lawatan sekolah-sekolah dan PPD dari dalam negeri dan negeri-negeri lain. Semalam dan hari ini, asrama ini mengundang tetamu lagi dan kali ini adalah daripada PPD Kerian dan Sekolah Teknik Ampangan. Persiapan bagi menghadapi lawatan ini semestinya memerlukan komitmen dan masa.

Mencari Semangat Yang Hilang

Kesemua yang saya sebutkan tidak sesekali melemahkan semangat saya sebagai seorang guru namun saya menganggapnya sebagai satu cabaran yang mendewasakan diri dan memantapkan pengurusan masa saya.

Semangat yang ingin dicari kembali adalah semangat menulis. Kesibukan bukan suatu alasan untuk tidak mencoret dan berkongsi hikmah harian yang dikutip tetapi sepatutnya ia menjadi pendorong untuk terus menulis. Menulis membangkitkan semangat sebenarnya.
InsyaAllah perkongsian demi perkongsian akan saya lakarkan diblog ini, agar kehidupan ini menjadi lebih beerti melalui pemberian yang tidak seberapa. KeredhaanNya jua yang kita cari. Moga dipermudahkan segala urusan dan diberikan ketenangan hati kerana dengan hati yang tenang itu adalah kebahagian sebenar.


Semangatku kini kembali,

Cg Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
9.52 pm,
18 Safar 1431H
4 Februari 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan

4 comments:

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz said...

MasyaAllah, sahabat2 yang ana dengar semuanya diberi taklifan yang banyak. Begitu juga dengan diri ini. Terima semuanya sebagai satu peluang meningkatkan diri. be aproactive teacher. MUJAHADAH. Moga ada ganjarannya di sisi Allah. Keep moving young Muslim!

ixora said...

wow tg...bznye...

patut la dah lama tak update blog. baru tasha tau kebz-an seorang guru. apapun, tahniah. gembiralah bila dapat berbakti. insyaAllah, hanya yg terbaek untuk anda =)

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

JazakAllahu Khoiran Kathiro

ummie said...

Assalammualaikum,cikgu TG
'Hidup Berbakti" itulah slogan setiap guru sekali gus merangkumi "hidupku & matiku hanya untuk ALLAH" BUKAN seperti Lilin membakar diri menerangi orang lain.
Surah al-Hasyr ayat 18:
"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan setiap diri hendaklah merencanakan apa yg dilakukannya untuk hari esok dan waspadalah (dgn) bertakwa kepada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala usaha yang telah kamu lakukan."
SEMOGA KITA MENDAPAT RAHMAT DAN KASIH sayangNYA .InsyaALLAH

IKHLAS drp:
cikgu Azilah Bagan Datoh

Template by - Abdul Munir - 2008