Dalam menguruskan para pelajar diasrama, saya sekarang kebuntuan dalam mencari cara atau kaedah terbaik bagi mendidik pelajar aspuri. Hal yang berkaitan aspura tiada masalah dan semua berjalan dengan lancar, namun dalam mendidik jiwa wanita ini saya tidak mempunyai jalan apatah lagi pengalaman.
Wanita terkenal dengan sifat lemah lembut dan mudah terasa hati. Namun tidak kurang ramai wanita zaman sekarang semakin terhakis sifat tersebut pada diri mereka. Kerunsingan yang melanda diri adalah penyakit ini kelihatan sudah dan semakin menular dikalangan pelajar aspuri SMK Lukut ini. Bilamana hilangnya sifat pemalu bagi seorang wanita maka bagi saya, ini merupakan satu tahap sangat kritikal. Merawatnya bukan suatu yang senang.
Permasalahan ini adalah permasalahan inter-gender. Dua jantina yang berbeza, bukan yang senang untuk diuruskan. Silap jalan boleh membawa kepada fitnah wanita. Justeru itu, saya sering kali mengungkapkan kepada warden aspuri untuk mengawal kaum sejenis mereka. Bukan cuba mengelak daripada tugas, namun kerana keterbatasan dan mungkin kerana kelemahan diri ini membuatkan saya tidak kuat untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dari kalangan kaum hawa ini.
Jauh sekali bezanya wanita yang ditarbiah dengan pendidikan agama dengan mereka yang terdedah kepada pergaulan bebas diluar sana. Suara mereka sering kedengaran terpekik-pekik daripada asrama puteri yang berada bersebelahan dengan asrama putera. Tiada maksud yang lain daripada laungan kuat suara tersebut melainkan cuba mengambil perhatian daripada pelajar aspura. Hal ini yang merunsingkan saya. Menjaga disebelah pihak, pihak yang disebelah yang lain cuba merosakkan pihak ini.
Tulisan ini tidak bermakna mengutuk atau merendahkan wanita. Realiti menunjukkan daya tarikan memberikan suatu kesan yang besar kepada tindakan selanjutnya. Daya tarikan tersebut sepatutnya diperbetulkan dan pada masa yang sama sahsiah dan peribadi pelajar aspura dibina. Tidak dapat tidak keduanya semestinya berjalan seiringan. Kedua belah pihak memperbaiki kelemahan dan kekurangan dipihak masing-masing maka tiada lagi dikatakan pihak ini merendahkan pihak yang lain.
Nukleus yang mengandungi proton yang bersifat positif senantiasa menarik electron yang bersifat negatif. Daya ini tidak mungkin terlerai dan diubah, namun cara mengawalnya agar tidak terpesong pastinya ada. Orbit atau landasan haruslah dipatuhi agar tiada yang tersasar atau keluar daripada jalan yang tidak sepatutnya.
Yang masih mencari jalan dalam mendidik wanita,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
12.05pm,
11 Rabiul Awal 1431H
25 Februari 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
6 comments:
semoga anda menemui jalan itu..
InsyaAllah, mge Allah menunjuki jalannya...
elyiah? new name?
Sir TG
Salam..
Mengingatkan ana pada zaman persekolahan dahulu.
Cadangan, better bincang dengan Uztazah atau warden perempuan untuk handle mereka kearah pembinaan jiwa dan akhlak. Betul, kadangkala pelajar perempuan di asrama walhal di SBP sekalipun akan terpekik terlolong semacam terkena histeria bila di asrama, namun penyakit ini bisa diubati dengan membawa mereka kembali kepada agama.. mugkin pada awalnya agak sukar, namun yakin satu perkara, hari ini mungkin mereka tidak akan mengendahkan dan memandang remeh program keagamaan, tetapi mungkin takdir Allah 10 tahun 20 tahun akan datang, mereka akan mengingati nasihat yg pernah diberi oleh guru mereka di sekolah dahulu.. insha'Allah, berganda-ganda pahala mengalir buat guru sebegini...
Jazakillah Ya Ukhti
my name since I was kid...
nikoh la tg :)
Post a Comment