Tuesday, November 10, 2009

SMK LUKUT TIDAK MELUKUT DITEPI GANTANG

“Kita mahu nama sekolah kita senantiasa disebut oleh PPD untuk disenarai masukkan dalam apa-apa pertandingan!” Bilik mesyuarat seakan bergema dengan harapan dan kata-kata semangat daripada pengetua semalam.

“Kita telah pun melakar nama dalam bidang kokorikulum, sekarang kita mahu nama sekolah kita pun tersenarai dalam sekolah yang terbaik dari segi kurikulum dan akademik!” sambung nakhoda sekolah ini lagi.

SMK LUKUT
Smk Lukut pada suatu hari dahulunya tidak dipandang oleh Pegawai Pendidikan Daerah kini mulai dilihatkan sebagai sebuah sekolah yang mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain disekitar Port Dickson ini.

Sekolah yang mempunyai peratusan kaum yang agak seimbang ini tidak terkecuali daripada menghadapi masalah disiplin dan kesukaran untuk mengawal para pelajarnya. Suasana yang seakan serupa telah saya laluinya sewaktu berpraktikal diSekolah Hutan Melintang, Teluk Intan awal tahun ini. Justeru saya tidaklah terperanjat dengan suasana seperti ini.

Sekolah ini pada tahun lepas berada ditangga kedua paling belakang dari segi pencapaian SPM daripada semua sekolah diNegeri Sembilan ini. Saudara saudari boleh bayangkan bagaimana akademik ini suatu yang bukan mudah untuk diperbaiki dalam pencapaian sekarang. Namun itulah hakikat yang harus saya terima tatkala ditempatkan disekolah ini.

Harapan Baru Untuk Sekolah
Kemasukan Pengetua Cemerlang kesekolah ini pada awal tahun ini sangat memberi impak yang besar kepada seluruh jentera dan rakyat jelata sekolah. Semua mereka terkesan dengan kehadiran seorang pengetua yang sangat berdisiplin dan mementingkan etika kerja.


Membina Pengaruh dengan Akhlak bukan dengan Kuasa
Saya pernah terbaca dalam satu buku, seorang pemimpin yang berjaya adalah mereka yang dapat memimpin dengan peribadi bukan memimpin dengan kuasa. Jika dalam sesuatu mesyuarat, mereka yang bercakap dihadapan bukanlah seorang pemimpin sejati, tetapi kita boleh melihat pemimpin sejati jika dikalangan ahli mesyuarat itu, jika dia bercakap, pasti semua yang hadir memberi perhatian.

Saya sedang belajar untuk menjadi seperti mana yang disebutkan itu. Seorang pemimpin sejati, setiap langkahnya pasti membuahkan kesan dan harapan kepada orang disekitarnya. Setiap kata beliau, pasti semua orang suka dan gembira. Tiada kata-kata yang menyakitkan hati, tiada yang terguris hati. Jika ditegur, pasti orang dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Tidak Akan Melukut Ditepi Gantang Lagi
Hadir saya kesekolah ini dengan suatu misi yang besar. Tiap langkah, gerak geri, tutur kata saya, bukanlah suatu yang sia-sia. Ia membawa kearah pencapaian misi tersebut. Dengan penuh kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana ditempatkan disekolah yang berasrama dan dapat tinggal diasrama ini.

Suatu perubahan harus bermula dengan kelompok yang kecil. Kelompok kecil ini, pastinya akan saya timbulkan daripada mereka yang berada diasrama.

Asrama ini telah dinobatkan sebagai asrama terbaik peringkat Kebangsaan dalam pertandingan antara asrama-asrama sekolah pada tahun 2009. Suatu pencapaian yang bukan senang untuk diperolehi. Menyedihkan kerana kekalahan asrama ini untuk mengecapi Johan adalah dari sudut akademik.

“Kita sudah melakar nama sebagai asrama sekolah kedua terbaik diperingkat kebangsaan, namun adalah lebih baik jika adik-adik semua juga adalah yang terbaik dalam pencapaian akademik” kata-kata semangat dititipkan dalam jiwa pelajar asrama sebaik selesai solat maghrib bersama-sama.

SMK Lukut Tidak Akan Melukut Ditepi Gantang Lagi..



Yang Membawa Misi Ilahi,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
6.38pm
22 Zulkaedah 1430H
10 November 2009
Bilik Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan

8 comments:

Anonymous said...

Salam...entalah harapan baru untuk sekolah. Insya Allah

pemelihara cahaya said...

semoga Allah permudahkan..
INSYAALLAH..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Suatu perubahan yang ingin dilakukan pasti ada halangannya dan perubahan tersebut hendaklah tidak tergesa dan segera. Moga dipermudahkan urusan..

Berubah untuk Kemenangan ISLAM,

Cg Bio

Syahir Mohamad said...

salam..
teruskan berusaha walau pun di campak kemana pun.. semoga berjaya dan dipermudahkan urusan..

khilkhir said...

tg... i will be going to upsi again... insyaALLAH

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

InsyaAllah. Syukran syahir..

Takeey @ Adin said...

salam pa...

mu kene jadi GTO ah..tp version Islamic.hehehe...

anyway,goodluck k..

remember,change are gradually.you have to delay the gratification.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Not GTO but GTG (Great TG) @ Musliminsejati.

sedang menuju kearah itu..

yg baru tahu kawan serumah tak sehaluan,
GTG aka musliminsejati.

Template by - Abdul Munir - 2008