Friday, May 28, 2010

Ajari Mereka Sejak Kecil

Alhamdulillah pagi tadi berkesempatan memberi tazkirah subuh kepada peserta kem kepimpinan dan anak soleh disurau Hijrah, Springhill. Kem yang diadakan selama 2hari 1malam itu mengumpulkan peserta dari umur 5 tahun sehingga 13 tahun. Peserta yang hadir menghampiri 30 orang, suatu bilangan yang boleh dikatakan berjaya bagi Taman Bandar Springhill ini.Tajuk tazkirah yang diminta untuk disampaikan adalah " Bolehkah saya menjadi seorang pemimpin dan apakah yang perlu saya lalui".

Memandangkan audience saya merupakan golongan kanak-kanak maka pembawaan secara santai mengikut kadar pemikiran mereka diberikan.Apa yang penting untuk diterapkan kedalam diri peribadi mereka pada usia sebegini adalah dari sudut pengamalan ibadah khusus yang konsisten dan menanamkan perasaan menghormati orang tua serta keinginan untuk berusaha mencapai kejayaan melalui pembelajaran disekolah.

Teringat suatu ketika dahulu, ketika saya berusia 6 tahun(darjah 1), seusai sahaja pulang daripada sekolah terus saya buka beg dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Teringat ketika itu, arwah ayah berada disisi mengajarkan saya menulis huruf jawi dengan masih berpakaian seragam sekolah kerana sangat teruja untuk belajar. Semangat untuk belajar pada ketika itu membuak-buak dan sikap berlumba-lumba dalam pelajaran dikalangan rakan-rakan kelas sangat tinggi. Seringkali tangan ini berebut-berebut diangkat untuk menjawab soalan yang diajukan oleh para guru. Nombor kedudukan dalam kelas usah ditanya, kalau bukan nombor satu sayalah tempat kedua atau ketiga. Antara pelajar yang top 5 dialam sekolah rendah dahulu.

Melihat adik-adik peserta kem ibadah ini, terasakan satu tanggungjawab dan tugasan yang perlu diberikan secara serius untuk membentuk peribadi mereka. Berbeda sekali perangai mereka si anak kecil dengan abang-abang mereka disekolah menengah sekarang. Nak disalahkan siapa perangai si abang sebegitu? Persoalannya, pembentukan bagaimana yang si abang lalui sehingga peribadi sedemikian rupa melekat pada jasad mereka.

Kem-kem sebegini sangat elok diterapkan semenjak umur 4 dan 5 tahun. Penanaman sifat dan jati diri yang baik dalam diri para pelajar harus dilakukan semenjak kecil lagi. Usah ditunggu sudah besar panjang barulah terhegeh menyuruh mereka kesurau untuk solat berjemaah. Kenapa bukan pada usia 5 tahun dahulu, dibawakan mereka mengenal surau dan masjid.


Sabda Rasulullah:

عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلاَةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا * رواه أبو داود كتاب الصلاة

Dari Jaddid, berkata dia: Bersabda Nabi SAW: “Perintahlah kalian pada anak kecil dengan sholat ketika telah berumur 7 tahun. Dan ketika telah berumur 10 tahun maka memukullah pada anak karena meninggalkan sholat”


Semoga generasi pelapis anak-anak kecil ini mampu membawa sirna cahaya keimanan dan ketaqwaan dibandar Springhill ini menggantikan para veteran yang telah memulakan usaha mulia menghidupkan rumah Allah ini. Generasi muda inilah yang mampu membawa perubahan dan menarik lebih ramai para pemuda yang masih hanyut untuk kembali mendekati Sang Pencipta. Merekalah penyambung rantai-rantai perjuangan, maka ajarilah mereka sejak kecil..

Yang Pernah Kecil dan Diajari,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
9.29am
29 Mei 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Yam Tuan Radin
Port Dickson, Negeri Sembilan

2 comments:

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

Salam..lama x comment di ruang ini..selalu bc kuar..bc kuar..em bgus entry ni..teringat masa zaman sek tadika dulu..abah ajar bc quran..kat tgn sebelah mesti pegang rotan..salah bc je kena sekali..huhu..tp alhamdulillah kesannya saya pandai ngaji..dan blh mengajar org lain mengaji..em tp sekrg dah x leh guna rotan kot..zaman saya blh lg..hehe..zaman sy blh terima apa jua hukuman..tp zaman skrg susah kot..huhu..apa jua cara pengajaran yg diajar perlulah bermula dari seseorang budak itu pandai bercakap..hehe..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Salam, ya zaman berubah..pendekatan mesti diambil bersesuaian dengan suasana semasa. Namun disitu tidak dinafi kaedah terdahulu ada baiknya..

Yg merindui tok guru mengajiku,
Al-fatihah buat arwah

Template by - Abdul Munir - 2008