Gaza semakin hari semakin berdarah. Ummat pula semakin hari semakin parah. Orang bising kenapa tiada yang fokus kepada saudara-saudara seislam di Chechya, sempadan Thailand dan sebagainya. Namun apakah jika Tanah Suci Ummat Islam dirogol dan dicabul, dan ummat Islam tidak mampu bertindak dan bergerak menyelamatkan Tanah Suci itu, maka mereka akan memikirkan tempat-tempat lain? Di sini kita boleh mengukur urgensi dalam menyemarakkan kesedaran terhadap bantuan kepada Gaza dan pembebasan Palestina. Ianya ibarat ‘jumper’ untuk menghidupkan tenaga kesatuan ummah, lantas membela pula tanah-tanah berdarah yang lain. Persoalannya, apakah kita memerhatikan dan menghulurkan bantuan? Sekelompok manusia di Malaysia dan Irbid Jordan nampaknya telah menyahut seruan pembebasan ini. Membebaskan Palestina dari penjajahan yahudi, dan membebaskan jiwa dari hawa duniawi. Allahuakbar! Perhimpunan Perdana Palestin Malaysia Lifeline4Gaza di Malaysia akan mengadakan Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati, Shah Alam. Dengan tema BERSATU UNTUK PALESTIN, program Perhimpunan Perdana Palestin ini akan bermula seawal 5.00 petang pada 08 Mei 2010, yakni esok. Kehadiran masuk adalah PERCUMA! Kumpulan Nasyid seperti Shoutul Harokah dari Indonesia, Muadz&In Heart dan juga Raihan turut hadir memeriahkan suasana. Wakil dari IHH Turki yang menggepalai rombongan kapal ke Gaza tak lama lagi turut hadir membuat ucapan. Wakil-wakil NGO yang turut serta di dalam Lifeline4Gaza ini juga akan menyampaikan harapan. Inilah dia peluang anda di Malaysia sana untuk bersama-sama bersatu dan membantu saudara-saudara keimanan kita di Gaza. Kita sentiasa bertanya apa kita mampu lakukan, apa kita mampu lakukan, apa kita mampu lakukan. Maka inilah dia antara yang anda mampu lakukan. Meriahkan Staidum Melawati esok. Gegarkannya dengan suara dan sumbangan anda. Tunjukkan pada Israel dan konco-konconya. Bahawa pembantu-pembantu agama Allah itu masih ada! Ini peluang anda! JD10 dari Irbid untuk Gaza Suasana di Irbid, Jordan juga turut panas lebih panas dari musimnya. Wakil-wakil Lifeline4Gaza di Jordan telah mula bergerak dan melakukan promosi sumbangan. JD10, atau 10 Dinar Jordan untuk Gaza dari setiap warga PERMAI di Irbid sebagai bantuan dan sumbangan kepada rombongan Kapal yang ingin memecahkan tembok kematian. Warga-warga Irbid yang tinggal dekat dengan perkhemahan-perkhemahan Palestina, yang sentiasa bersama dengan sahabat-sahabat Palestina di Universiti, yang berada dekat dengan Gaza ketika tanah itu dihujani Bom, yang sering sahaja mendengar khutbah-khutbah dan doa para imam untuk pejuang di Palestin. Inilah dia masanya Warga Irbid. Tangan anda mampu dipanjangkan. Bantuan dari anda mampu disampaikan. 10JD yang biasanya habis entah di lubang tandas, entah di dalam CD Permainan, entah di pool atau alatan sukan, maka inilah masanya kita menjadikan 10JD itu untuk saham akhirat. Pelajar-pelajar Irbid yang majoritinya mendapat biasiswa JPA dan MARA, pelajar-pelajar Irbid yang mampu menyara kehidupan mahal di Jordan, maka ini masanya memandang sebentar kepada sahabat yang terluka di sempadan negara, Palestina yang selama ini kita kata kita cinta, 10JD dari Irbid buat Gaza di sana. Inilah masanya membuktikan. Sama ada cinta kita benar, atau palsu solekan. 10JD Dari Irbib untuk Gaza! Mari kita buktikan! Bagi yang bukan di Irbid, dan tak mampu pula ke Stadium Melawati Sentiasa terbuka peluang untuk hamba-hamba Allah yang cintakan kebenaran, bersama dan memberikan bantuan. Jika jaringan keimanan itu tiada batas sempadan, maka begitu jugalah dalam melakukan amal kebaikan. Teknologi yang ada kita guna dengan semaksima mungkin untuk kebenaran. Berikanlah sumbangan anda dengan memasukkan wang ke akaun Lifline4Gaza. Nama Akaun: TABUNG PALESTIN HALUAN Nombor Akaun: 5644 9020 8528 Bank: MAYBANK BERHAD Mari, jangan banyak alasan. Jangan kata kita tidak mampu. Hakikatnya apakah kita tidak hendak atau mahu. Pilihlah mahu membantu! Penutup: Jangan tergolong dari kalangan yang terbius dan terjajah jiwa Walaupun Gaza dihentam bertubi-tubi, Palestina dikepung dan dipijak berkali-kali, mereka terjajah secara fizikal berhari-hari, namun ketahuilah mereka adalah yang merdeka jiwa dan hati. Lebih baik dari kita yang merdeka tanah tetapi masih terjajah dari pemikiran dan kehidupan diri. Lihatlah bagaimana dunia arab terbius dengan jahiliyyah. Banyak negara besar seperti Jordan, Mesir, Lubnan, Syria, Arab Saudi mengelilingi Palestina. Tetapi tiada kepimpinan yang menyuakan bantuan. Jangan jadi seperti mereka yang terbius itu. Jangan kata mereka arab mereka patutnya lebih faham. Tiada kemuliaan bangsa di dunia ini, melainkan kemuliaan Islam. Sekarang, siapa mahu menjadi mulia? Kalau saya, saya katakan saya. Saya mahu jadi mulia. Sebab itu saya menulis perkara ini, dan mengajak kalian bersama. Sama-sama kita menghulurkan bantuan, bergerak menjadi ajen perubahan dan menjalankan pembebasan semampu kita. Kita mahu jadi hamba merdeka. Dan kita mahu saudara kita merdeka. Jika kita berjaya di Gaza, maka tidak mustahil kita akan berjaya di Chechya, sempadan Thailand, dan banyak lagi tempat lain yang berdarah. Tetapi kalau Tanah Suci pun ditinggalkan, apa lagi tanah-tanah lain? Tepuk hati tanya iman. -sumber: http://ms.langitilahi.com/
~About Me~
- Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
- ~Ku impikan menjadi seorang muslim sejati, walau ku tahu diri ini penuh dengan dosa lalu, namun usahaku tidak akan pernah kenal erti henti, smoga Allah meredhainya & menunjukiku perjalanan kesana selalu..~
Laluan Kenali Diri
Facebook Badge
~Keluarga Muslim Idaman~
~Blog Archive~
-
▼
2010
(73)
-
▼
May
(13)
- 12 rakyat M'sia di kapal yang diserang Israel
- Serangan flotila: Rakyat Malaysia protes...
- Konvensyen Pendidikan Prasekolah Selangor 2010
- Ajari Mereka Sejak Kecil
- Maksiat dan Ketaatan Batin
- Pak Lah: Judi bola tak dapat diterima
- 'M'sia bukan masyarakat judi'
- Fakhrur Razi: Abuya takkan hidup balik
- Hari Guru Pertamaku
- Kematian Aminulrasyid: Koperal didakwa hari ini
- Selamat Hari Ibu
- Hari Palestin: Perhimpunan Perdana Palestin Malays...
- Suami isteri saman polis, kerajaan RM4.75 juta
-
▼
May
(13)
~Pena Ikhwah~
~Tinta Akhawat~
~Pemanah Sejati~
~Sahabat UPSI~
~Sahabiah UPSI~
- YB Aqilah
- YB Hafizawati
- YB Adriani
- Ustazah Herwana
- Ustazah Fiezah Halim
- Ustazah Umira
- Ustazah Azlina
- Ustazah Noraida
- Ustazah Munirah
- Ustazah Hidayani
- Ustazah Fazlina
- Ustazah Nazihah
- Ustazah Farzana
- Ustazah Fatimah
- Ustazah Izyan Syamimi
- Ustazah Arfah
- Ustazah Sakinah
- Ustazah Ain Solehah
- Ustazah Hidayah
- Ustazah Syuhada
- Ustazah Eya
- Ustazah Rus
~Bersama Dalam Perjuangan~
~Sahabat Seperjuangan~
~My Blog List~
~Labels~
- Bedah Buku (4)
- Dakwah (30)
- Iklan (5)
- Isu Semasa (82)
- Kehidupanku (81)
- Keluarga (11)
- Muhasabah (30)
- politik (19)
- Quote For The Day (2)
- Sembang-sembang (4)
- Tazkirah (56)
- Video Menarik (10)
- Wasilah (1)
awas, blog ini dipantau SB
~Sang Murabbi~
~Lelaki Acuan al-Quran~
Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan Syurga,
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran"
~Private Life~
~Peringatan Yang Menyedarkan~
Hamba yg benar-benar patuh dan yakin dgn janji-janji Allah adalah mereka yg benar-benar berpegang teguh dgn perintah dan suruhan Allah.mereka tdk dilalaikan dgn dunia.
Friday, May 7, 2010
Hari Palestin: Perhimpunan Perdana Palestin Malaysia, JD10 Dari Irbid Untuk Gaza
Posted by Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad at 12:56 PM
Labels: Dakwah, Iklan, Isu Semasa
~Pilihanku Selamanya Islam~
~Demi Masa~
~Tahun Hijrah~
~Cintai Ilahi~
~Hit Counters~
~Halal Way By Nikah~
~Say Something To Me~
Muslimin Berperancangan
~Hidup Mulia Atau Mati Syahid~
~No Compromise~
~Para Pengunjung~
Pengunjung Aktif
~Munajat diSepertiga Malam~
~DIPALANG INI~
~Akbar - akbar~
~Laman Pilihan~
~Politik Kampus~
- Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional
- Pro Mahasiswa Nasional
- Parti Mahasiswa Negara
- Kampus Negara
- Mahasiswa Menggugat
- Barisan Mahasiswa Bertindak UPM
- Pro Mahasiswa UM
- Pro Mahasiswa UPM
- Pro Mahasiswa USM
- Pro Mahasiswa UTM
- Harapan online ( WUFI UIA )
- Pro Mahasiswa UTHM
- Apirasi - Idealis Mahasiswa
- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
0 comments:
Post a Comment