Seorang lagi mangsa yang mendakwa ditembak oleh polis, Siti Nasrinda Tumirin, hari ini tampil membuat pendedahan yang dia ditembak di Klang pada Ogos tahun lalu. Saman itu dibuat melalui Tetuan M Manoharan & Co, menamakan Konstabel Razlan Mohd Khairi dan Koperal Abdul Wahab Ishak, sebagai defendan pertama dan kedua, manakala Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Kerajaan Malaysia, sebagai defendan ketiga, keempat, kelima dan keenam, dalam writ saman itu.
Siti Nusrinda (kanan, bertudung), 23 dan suaminya, Mohd Fauzi Mohd Daud (kanan, berbaju hijau), 26, serta bapa mertuanya, Mohd Daud Ab Hamid, 51, memfailkan saman bernilai RM4.75 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam, terhadap dua anggota polis dan empat yang lain selepas mendakwa mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi dan membuta tuli ke arah mereka, tahun lalu.
Mereka turut menuntut suatu deklarasi terhadap defendan kerana melanggar Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan, satu deklarasi bahawa defendan gagal, enggan, cuai dan abai untuk mematuhi Seksyen 20, 21 dan 24 Akta Polis 1967, satu deklarasi bahawa defendan pertama dan kedua melakukan kesalahan cubaan membunuh, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Pada kejadian itu, Siti Nusrinda mendakwa cedera di bahgian pinggang manakalasebutir lagi peluru mengenai tudungnya.
Selain itu, Siti Nusrinda juga menuntut agar anggota polis yang menembaknya dan Mohd Daud yang merupakan tunangnya ketika itu, menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun.Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran kepada anggota polis berkenaan supaya tidak lagi mengulangi kesilapan mereka.
Saman itu difailkan oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.
Sebuah kereta peronda kemudiannya menghampiri mereka sambil menyalakan lampu beberapa kali. Pasangan itu mendakwa mereka ketakutan dan terus memecut.
Pihak polis dilaporkan terus mengejar dan tanpa amaran terus melepaskan beberapa tembakan.
Sebutir peluru menembusi kerusi penumpang dan mencederakan Siti Nusrinda di bahagian pinggangnya.
Mohd Fauzi yang memandu kereta itu kemudiannya memberhentikan kenderaan itu dan diberitahu mereka disiasat kerana memecut, berkhalwat dan menghalang tugas polis.
Mereka mendakwa, kedua-dua anggota polis keluar dari kereta peronda dan terus mengacukan pistol mereka ke arah mereka.
Sehubungan itu, sebagai plaintif, mereka memplidkan kedua-dua defendan pertama dan kedua cuai dan gagal dalam menjalankan tugas mereka sebagai anggota polis yang bertanggungjawab selain mereka tidak mengendahkan langsung kepentingan nyawa plaintif dan orang awam.
0 comments:
Post a Comment