Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) menemui kaedah untuk membezakan antara daging ayam dan daging babi dengan menggunakan sejenis campuran gula dinamakan “ribose”.
Menerusi kaedah itu, daging kedua-dua haiwan berkenaan akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.
Ketua Penyelidik USM, Prof Azhar Mat Easa, berkata proses ujian itu amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatannya.
"Seseorang hanya perlu secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan dan campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya," katanya pada sidang media di USM hari ini, yang turut dihadiri penyelidik bersama, Tan Thuan Chew dan Dr Abbas F M Alkarkhi.
Azhar, yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, berkata dengan menggunakan alat dikenali “spectrophotometer”, julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging babi.
Katanya, hasil ujian berkenaan akan mendapati warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit berbanding daging babi.
"Menerusi ujian berkenaan orang ramai khususnya pengguna Islam kini tidak perlu rasa was-was ingin menikmati daging ayam kerana keputusan akan diketahui dalam tempoh kurang dua jam untuk membezakannya dengan daging babi," katanya.
Azhar berkata, kaedah baru itu telah difailkan untuk paten dan ia juga boleh dimanfaatkan bagi mengatasi keraguan terhadap tahap halal daging terutamanya kepada Industri Kecil dan Sederhana.
Katanya, kaedah itu juga berguna untuk membezakan antara serbuk gelatin babi dan lembu serta boleh digunakan dalam industri makanan yang menggunakan daging serta industri daging beku.
Kos mesin spectrophotometer ialah sekitar RM25,000 manakala ribose berharga RM15 untuk setiap botol yang mengandungi sebanyak empat gram.
~About Me~
- Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
- ~Ku impikan menjadi seorang muslim sejati, walau ku tahu diri ini penuh dengan dosa lalu, namun usahaku tidak akan pernah kenal erti henti, smoga Allah meredhainya & menunjukiku perjalanan kesana selalu..~
Laluan Kenali Diri
Facebook Badge
~Keluarga Muslim Idaman~
~Blog Archive~
-
▼
2010
(73)
-
▼
April
(9)
- Aku Cinta PadaMu..
- Diriku yang banyak kekurangan
- Pagi Yang ceria
- Parlimen Mahasiswa bakal jadi kenyataan
- ::PERGINYA ULAMA' BESAR SHEIKH MUHAMMAD SAYYID TAN...
- MP Bandar Sibu meninggal dunia, lagi pilihan raya ...
- Maher Zain - Always Be There
- Pengurangan peruntukan buat Kementerian Pelajaran ...
- USM cipta kaedah kesan daging babi
-
▼
April
(9)
~Pena Ikhwah~
~Tinta Akhawat~
~Pemanah Sejati~
~Sahabat UPSI~
~Sahabiah UPSI~
- YB Aqilah
- YB Hafizawati
- YB Adriani
- Ustazah Herwana
- Ustazah Fiezah Halim
- Ustazah Umira
- Ustazah Azlina
- Ustazah Noraida
- Ustazah Munirah
- Ustazah Hidayani
- Ustazah Fazlina
- Ustazah Nazihah
- Ustazah Farzana
- Ustazah Fatimah
- Ustazah Izyan Syamimi
- Ustazah Arfah
- Ustazah Sakinah
- Ustazah Ain Solehah
- Ustazah Hidayah
- Ustazah Syuhada
- Ustazah Eya
- Ustazah Rus
~Bersama Dalam Perjuangan~
~Sahabat Seperjuangan~
~My Blog List~
~Labels~
- Bedah Buku (4)
- Dakwah (30)
- Iklan (5)
- Isu Semasa (82)
- Kehidupanku (81)
- Keluarga (11)
- Muhasabah (30)
- politik (19)
- Quote For The Day (2)
- Sembang-sembang (4)
- Tazkirah (56)
- Video Menarik (10)
- Wasilah (1)
awas, blog ini dipantau SB
~Sang Murabbi~
~Lelaki Acuan al-Quran~
Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan Syurga,
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran"
~Private Life~
~Peringatan Yang Menyedarkan~
Hamba yg benar-benar patuh dan yakin dgn janji-janji Allah adalah mereka yg benar-benar berpegang teguh dgn perintah dan suruhan Allah.mereka tdk dilalaikan dgn dunia.
Thursday, April 1, 2010
USM cipta kaedah kesan daging babi
Posted by Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad at 9:37 AM
Labels: Isu Semasa
~Pilihanku Selamanya Islam~
~Demi Masa~
~Tahun Hijrah~
~Cintai Ilahi~
~Hit Counters~
~Halal Way By Nikah~
~Say Something To Me~
Muslimin Berperancangan
~Hidup Mulia Atau Mati Syahid~
~No Compromise~
~Para Pengunjung~
Pengunjung Aktif
~Munajat diSepertiga Malam~
~DIPALANG INI~
~Akbar - akbar~
~Laman Pilihan~
~Politik Kampus~
- Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional
- Pro Mahasiswa Nasional
- Parti Mahasiswa Negara
- Kampus Negara
- Mahasiswa Menggugat
- Barisan Mahasiswa Bertindak UPM
- Pro Mahasiswa UM
- Pro Mahasiswa UPM
- Pro Mahasiswa USM
- Pro Mahasiswa UTM
- Harapan online ( WUFI UIA )
- Pro Mahasiswa UTHM
- Apirasi - Idealis Mahasiswa
- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
2 comments:
Assalamualaikum w.b.t
Mahal juga alat tu ye
Tapi bagi pengusaha kilang makanan, restoran besar serta mana-mana agensi yang berkaitan bab kehalalan ni sebaiknya mempunyai serta memiliki alat tersebut 'for easy detection of pork products'.
Tak perlu tunggu sampel dihantar ke jabatan kimia dan perlu tunggu hingga 2 bulan dan mungkin lebih untuk dianalisa.
Waalaikummusalam. JazakAllah atas pandangan dan komen. Namun ana kira permasalahan yang besar berlaku sekarang adalah pengeluar itu sendiri yang menggunakan bahan haram tersebut. Penguatkuasaan yang lebih rapi perlu dijalankan bagi memastikan makanan yang diterina oleh muslim betul-betul suci dan halal.
Yang risau dengan perkara menjadi daging kita,
Sir TG
Post a Comment