Tatkala jam hampir menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam, diri ini berada didepan komputer sambil jari jemari pantas menari diatas keyboard, menulis sesuatu untuk dipostkan diblog.
Umar al-khattab, disetiap sebelum tidur beliau, pasti tidak terlepas daripada bermuhasabah diri berkenaan perbuatan seharian semenjak membuka mata diawal pagi sehingga saat mata yang sama ingin menutup bagi merehatkan fizikal dan mental.
Diriku tidak sehebat sahabat ini, namun bermuhasabah sebelum menutup hari yang berlalu cuba diikuti.
Kelemahan Yang Melemahkan
Kelemahan diri ada yang boleh diceritakan dan ada juga dilarang untuk diperceritakan, cukup sekadar diri mengetahui kelemahan tersebut dan berusaha memperbaikinya dari masa ke masa. Sesuatu kelemahan dibahagian tertentu jika dibiarkan berpanjangan tanpa ada pemulih pembaikan, pasti akan melemahkan dibahagian yang lain pula.
Ibarat satu anggota yang saling berinteraksi antara satu sama lain, jika salah satu anggota sakit pasti anggota lain turut merasainya atau berkongsi kesakitan yang dialami. Satu contoh yang mudah adalah kesakitan pada bahagian gigi pasti akan membawa ke kepala. Mata tidak akan mampu untuk tidur, kepala terasa berdenyut-denyut, hidung boleh selsema, badan terasa lemah dan selera makan berkurangan. Pelbagai lagi anggota lain turut berkongsi sakit yang dirasai.
Perbaiki memerlukan Mujahadah
Kelemahan suatu adalah lebih sukar untuk dipulihkan daripada ingin membina sesuatu kekuatan. Jika kelemahan dapat dipulihkan pada suatu masa, kemungkinan ia untuk jatuh kembali sangat besar melainkan perubahan dan tekad telah tertanam kukuh dalam janji yang dibuat. Mujahadah untuk terus istiqamah.
Jadikan seseorang sebagai ikutan
Role model penting dalam kehidupan. Walaupun diri tidak sampai tahap menjadi seperti seseorang yang kita sanjungi, namun usaha akan tetap ada bila kita punyai peribadi contoh yang menjadi rujukan kepada kehidupan ini. Contohi kejayaan yang mereka kecapi, lihatkan peribadi dan Public Relation mereka. Contoh akan memudahkan sesuatu pembaikan.
Insan lemah,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.19am
19 April 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
3 comments:
salam..lama x bg comment kat sini..Allahuakhbar..em setiap manusia memg punyai kekurangan diri..sy teringat kata2x sahabat saya..yg mana dia berkata.."jadikanlah kekurangan itu sebagai semnagt utk terus memperbaiki diri.."
Mg d awalnya kita lemah d akhirnya kita menjadi seorang insan yg kuat..Allahuakhbar!
JazakAllah ya Ukhti..InsyaAllah, mge kelemahan itu menjadi kekuatan buat diri..Doakan yer..
Abg ky cakap..cuba gantung/tampal gambar role-model kita di dinding bilik supaya kita sentiasa muhasabah diri dan baiki diri untuk jadi sehebat role-model kita..
Post a Comment