“minyak yang baik akan bertahan lebih lama, begitu juga dengan Ramadhan. Kita hendakkan yang terbaik dalam bulan ini untuk kita dapat bertahan bagi 11bulan akan dating” sambung beliau lagi.
Sedar tak sedar kita telah memasuki fasa kedua Ramadhan, dipertengahannya keampunan. Fasa pertama, diawalnya rahmat telah pun berlalu, sejauh manakah fasa pertama ini kita berjaya memperbaiki diri? Sama-sama muhasabah diri…
Fasa Pertama
Fasa pertama ini bagi diri ini masih banyak kekurangan lagi. Masih banyak melakukan perkara sia-sia dan melakukan perkara dengan tidak mengikuti keutamaan(awlawiyyat) yang betul. Ada perkara yang patut dilakukan dahulu, yang patut diselesai dahulu tapi diutamakan perkara yang memberi impak yang sedikit sahaja. Antara menyelesaikan tesis dengan menyertai permainan Dam Khalifah? Terasa diri bertindak tanpa berfikir panjang.
partner Dam Khalifah, dengan kaki terikat
Antara pengisian fasa pertama yang telah berlalu adalah solat terawih, tadarus al-Quran selepas tarawih, membaca al-Quran persendirian, menghadiri kuliah subuh, ceramah selepas isyak, mendengar kuliah online, berbuka bersama-sama kawan dengan bubur pusat Islam, bersedekah dan solat malam.
Namun amal-amal yang dilakukan tersebut masih berselang-selang dan tidak istiqamah dalam perlaksanaannya. Perkara yang paling banyak masa dihabiskan bagi fasa yang pertama ini adalah tidur. Entah kenapa bulan puasa ini cukup banyak tidurnya, ada suatu hari tu sampai sudah masuk waktu berbuka, masih lagi tidur di dalam bilik tanpa disedari oleh ahli-ahli rumah yang lain.
Azam Fasa Kedua
Antara azam dalam fasa kedua ini adalah berusaha memperbaiki amal-amal yang telah dilakukan pada fasa pertama dan memperbanyakkannya. Perkara yang paling hendak diperbetulkan adalah mengurangkan waktu tidur. Smoga fasa kedua dan ketiga menjadi semakin baik…sama-sama doakan..
12.44am
13 Ramadhan 1429H
13 / 9 / 2008
2-1-7, KHAR UPSI
3 comments:
assalamu'alaik
ana tak sempat main dam khalifah di hippbar tapi Allah Maha Bijaksana Mengatur segalanya...ditakdirkan penghuni khar dan kuo yang lebih ramai bilangannya dari peserta hippbar untuk mengenali dam khalifah yang banyak manfaatnya. Mabruk alaikum
Alhamdulillah, akhirnya dam khalifah dapat diperkenalkan di UPSI.Syukur dapat berkongsi sesuatu.Walaupun ana yang memperkenalkannya di Jam'iyah Lughatul Arabiyah tapi tak berkesempatan hadir untuk conduct permainan ni. Mabruk alaikum pada semua.moga dapat manfaat daripadanya. We are Khalifah of Allah.
~Khalifah Volunteer@ marfuatul Imtiyaz~
seronok sbnrnye permainan dam khalifah ni.. alhamdulillah group ana dapat tempat pertama..
Post a Comment