Identiti Diri atau makna yang seumpamanya sebenarnya berkait rapat dengan persoalan iman. Sabda Rasulullah s.a.w :
“Didalam badan manusia ini terdapat seketul daging, jika baik daging tersebut maka baiklah seluruh jasadnya. Jika buruk(rosak) daging tersebut, maka rosaklah seluruh jasadnya. Dan ia adalah hati”.
Perkaitan identiti diri dan iman seseorang adalah berkadar lansung. Jika seseorang itu mempunyai iman dan akhlak yang baik maka keperibadian dan identiti diri yang terserlah adalah baik dan begitulah sebaliknya pula.
Bagaimana mengawal identiti diri
Dalam membicarakan persoalan mengawal identiti diri ia secara automatik juga membincangkan perkara mengawal iman seseorang. Dalam dunia yang serba mencabar ini, manusia diuji dengan pelbagai perkara melalui pelbagai cara. Setiap mereka punyai ujian yang tersendiri. Pengawalan ini identiti diri tidak punyai cara yang berbeza mengikut ujian yang mereka hadapi. Cukup sekadar ia dapat memelihara identiti dirinya ke arah kebaikan justeru datanglah cabaran dari pelbagai arah dan peringkat mana pun, insyaAllah akan dapat mereka hadapinya. Justeru, dapat dikeluarkan satu maklumat penting bahawa bukanlah ubat yang harus dicari melihatkan kepada penyakit yang dihadapi tetapi benteng atau pertahananlah yang harus dibina untuk mengelak dari penyakit yang bakal mendatang. Selari dengan pepatah melayu ada menyebut “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.
Dalam mencari jalan mengawal iman atau hati ini, kata ulama' mereka perlu melihat dari mana datangnya sumber kerosakan hati atau iman ini. Sumber kerosakan utama seseorang itu kadang-kadang berbeza-beza namun rawatannya adalah sama jika dapat sumber-sumber ini dapat dipatahkan atau dialurkan kearah yang baik. Disini ana menyebut satu sumber utamanya adalah melalui mata. Melalui pandangan mata, otak menafsir dan perbuatan menggerakan anggota jasad. Mata adalah laluan pertama atau checkpoint pertama sebelum menjuruskan kepada perkara-perkara lain.
Ana akan membicara dengan lebih lanjut berkiatan perkara ini pada masa-masa akan datang. Cukup sekadar ini sedikit perkongsian daripada hamba yang daif ini. Menjalani kehidupan sebagai seorang hamba ini bukan mudah, namun kepadaNya jualah kita pohon agar ditetapkan iman sekaligus menghasilkan identiti diri kearah menjadi muslim sejati.
Yang Membina Kembali Identiti Diri,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
10.38 am
18 March 2009
CC Taman U,
Tanjong Malim, Perak
3 comments:
Mari mari membina. Iyah3.
ade pandangan?
insyallah..jika keimanan yg tetap di hati,pasti akn melahirkan ummah yg bersyukur kepada tuhannya sebagai pencipta..
Post a Comment