Sunday, March 29, 2009

BUAT MUJAHIDAH, DAIEAH DAN BAKAL SYAHIDAH

Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon , menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan umat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

Oleh itu, para daieah pejuang amal islami perlu mempersiapkan diri dalam pelbagai aspek untuk maslahat ummah. Senario yang berbeza ini menuntut persediaan daripada 3 aspek penting iaitu pemikiran, kejiwaan dan pergerakan (haraki) kerana itulah yang membezakan antara wanita yang ditarbiyah dan wanita di luar sana. Perjuangannya bukan sekadar menghayun buaian (motivator dalam baitul muslim) malah menggoncangkan dunia (berada di barisan hadapan sebagai aktivis amal islami malah sebagai pemimpin masyarakat).

Muslimat sebagai sayap kiri perjuangan bukan sekadar mentaati membabi buta (sami’na wa ato’na) malah mempunyai hujah bagi setiap tindakan berlandaskan manhaj perjuangan. Kadang kala berhati kering menegakkan kebenaran yang jelas nyata namun begitu disulami kelembutan dalam tindakan untuk maslahat bersama. Jiwa dan hati hanya tunduk pada dalil-dalil Al-Quran, As-sunnah, hujah-hujah berlandaskan sirah nabawiyah dan pendapat fuqaha’ dan bukan mudah ditundukkan dengan hujah-hujah kosong yang disogokkan bersama kata-kata manis merayu penggoda.
Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:
1. Faqihah Lidiiniha
Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadis dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.
Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Ilmu dikuasai dan thaqofah diperkasakan dan melaksanakan tarbiyah jiwa melalui ilmu tersebut melalui penyucian jiwa dan pemurnian akhlak. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.
2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha
Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Targetnya adalah untuk menghasilkan warisan generasi untuk kesinambungan dakwah dan perjuangan yang dipeloporinya. Mana mungkin hasil yang baik untuk sebuah permulaan yang buruk, oleh itu dia sentiasa memelihara kehormatan dirinya agar tidak dimiliki dengan jalan yang salah atau tujuan yang terpesong untuk maslahat zuriat dan baitul muslim yang akan terhasil. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.
3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha
Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang sentiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadah. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensolatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau kerana tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, isterinya. Namun kini dan selamanya, muslimat bukan sekadar motivator malah turut bersama di barisan hadapan perjuangan untuk memenuhi bidang-bidang kontemporari yang memerlukan kepakaran dan kehalusan sikap seorang muslimat seperti pengurusan, pendidikan dan perniagaan. Malah dalam masa yang sama cuba meneroka bidang-bidang yang berpotensi atau luar kepakaran seperti penyelidikan……….perikanan mungkin.
4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha
Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik dan mewujudkan biah solehah. Dimana dia berada, maka disitulah peranannya diperkasakan sehinggakan kehadirannya dirasai (hudhur al-muathir). Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat solat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan solat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'



“KEIZZAHAN MUSLIMAT TUNGGAK KEUTUHAN JEMAAH”

2 comments:

Nurulfazlina Ain Rasol said...

Ana bersetuju dengan pandangan ini. Para Mujahidah perlu turun padang dalam berjuang. Sekarang masa untuk berjihad. Kita tak boleh harap pertolongan barat. Kerana barat telah banyak merosakkan kita dengan membawa pelbagai ideologi2 meraka dalam menjadi kehidupan manusia terpisah dengan agam khususnya dalam kehidupan Islam....... Semoga penulisan ini memberikan kekutan kepada semua daieah dan mujahidah.. takbir!!! ALLAHUAKBAR!!!!

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Pertambahan bilangan umat sekarang yang dimonopoli oleh kaum wanita menuntut para mujahidah berkecimpung dalam perjuangan ini dengan lebih mendalam dan bersungguh. Moge kalian terus teguh dan tabah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yg dihadapi..

Template by - Abdul Munir - 2008