Tuesday, August 19, 2008

Buat kedua kalinya, Hamzah disakiti...

Hamzah yang berhujan berpanas beberapa hari


“ Kesian Hamzah, buat kedua kalinya disakiti. Apalah dosa Hamzah sampai orang sanggup sakiti dia?” monolog aku sendirian tatkala melihat sebatang pin bengkok tercucuk pada tayar motorku.

Keadaan ini telah ku jangkakan. Entah macam mana aku telah dapat merasakan sesuatu yang berlaku pada motor kesayanganku, Hamzah ‘Asadullah ( Hamzah Singa Allah). Semacam ada keterikatan hati antara aku dan dia. Nama ini aku berikan kepada motorku apabila aku membawanya ke UPSI ini. Gelaran ini sesuai dengan semangat berani yang ditunjukkan oleh Hamzah, begitu kuat berjuang dan sanggup bermujahadah dalam membawa tuannya kesana kemari sepanjang pengajian dan perjuangan di jalan Allah.

Itulah yang membuatkan aku berbangga dengan Hamzah. Tak pernah dia meragam kerana penat berjalan, menghadapi apa-apa kesakitan walaupun telah lama berkhidmat dan aku sendiri telah lama tidak menukar minyak hitam dan memandikannya. Sebagai balasan dan tanda penghargaan, aku telah berikan pakaian baru ( tukar sticker ) dan bagi telinga baru.


Disinilah Hamzah disakiti


PILIHANRAYA KAMPUS

Kali pertama Hamzah disakiti adalah pada waktu aku semester 5, saat aku menjadi wakil calon kepada salah seorang calon yang bukan daripada puak aspirasi dalam PilihanRaya Kampus waktu itu. Itu belum lagi menjadi calon, sudah dibuat sedemikian rupa. Dan kali ini sekali lagi ia berlaku walhal aku tak melakukan apa-apa pun.

Memang dinafikan saat PRK adalah antara waktu hangat dan panas sepanjang waktu pengajian dimana terdapat perlawanan dalam merebut undi bagi memenangi kerusi yang dipertandingkan. Di UPSI kes-kes kotor seperti yang dilakukan kepada Hamzah adalah suatu yang jarang berlaku dan terpencil.


Melihat dengan lebih dekat


PERINGATAN

Kepada semua jentera penggerak PRK sama ada disebelah pihak aspirasi mahupun dipihak Pro Mahasiswa, ana ingin mengingatkan agar ntum semua berlaku adil dan tidak menzalimi sesiapa. Dalam berusaha menjadi pemimpin ntum seharusnya berjiwa bersih kerana ntum adalah bakal memimpin kelak. Jika kemenangan yang ntum kecapi adalah dengan cara keji seperti yang diperlakukan kepada Hamzah, ana percaya kepimpinan ntum tidak akan kekal lama dan akan perok peranda suatu hari nanti.

Kepada insan yang telah menyakiti Hamzah, ana maafkan nta@nti. Tapi jika perbuatan ini diulangi, ana sesekali tidak akan memaafkannya. Ingatlah Allah memerhatikan setiap perlakuanmu dan doa orang yang dizalimi amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Berjuanglah dengan cara yang sebetulnya. Pemimpin yang baik adalah mereka yang mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh Islam. Wassalam.

Kelihatan jelas pin yang digunakan


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

12.10 am

18 Syaaban 1429

19 / 8 / 2008

2-1-7 KHAR, UPSI

12 comments:

cikgu_eya said...

salam...

errr... benarkah 'hamzah' disakiti? Mana lah tau, kebetulan jek.. Tgh2 jalan terkena. Sekadar pencetus pemikiran jekk... ^^

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Betul tu cg eya, tapi jika nak dikatakan pin tu tercucuk waktu ana naik motor, keberangkaliannya hampir 0% sebab pin tu tercucuk sebelah tepi tayar. dia kemungkinan terjadi if ana amik lap(selekoh) maut.

Yg pertama kali dulu pun, die pakai jarum peniti..dah panjang, nak tercucuk pada tayar waktu tunggang memang sukar..

itulah antara sebab ana berani katakan, Hamzah telah disakiti..

Anonymous said...

salam..

entakah 'hamzah' itu..

sabarlah..

prk penuh sandiwara, mehnah dan ujian..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

hamzah tu motor ana

Anonymous said...

salam..
kisah anta & hamzah sungguh mengecewakan ana yg mmbaca.. kecewa trhadap perangai n sikap segelintir pihak yg tidak brtanggungjawab..
huhuhu...
sabarlah wahai muslim sejati...
ana brsama2 anta,...
cheewah..
hehehe...
=)

Anonymous said...

diakhir zaman ini “ memegang islam ibarat memegang bara api, dipegang kita sakit, dilepas kita padam"
bersabarlah
"Sekarang Allah telah meringankan kepadanya dan Dia telah mengetahui padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang bersabar, nescaya mereka dpt mengalahkan dua ratus orang; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar".(Al-Anfaal 66)

cikgu_eya said...

err... ana cuma ketengahkan kemungkinan2 lain sebelum kesimpulan dibuat. Tak per lah, kan jihad.. Mana ada manusia yang berjihad terlepas dr ujian... ^^

Cumanya mmg sedeh lah sbb ada manusia kat Uni kita berhasrat guna cara kotor.. Kalau lah mereka2 nih yg jadi pemimpin negara akan datang, naya lahh....

Anonymous said...

kesian abg ana sorg ni...abg tgku pun mcm hamzah gak kan...pape pun tq, kerana 'tamparan mau'izhah' akhir taun lpas, ego ana bertaburan pecah....hehe
~marwan DQ~

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Tamparan demi tarbiah. Nta seorang yang hebat, bukan ramai yang boleh hadapi semua itu. abg Tg yakin Marwan jelas dan faham..

Anonymous said...

kejam betul manusia jika mahukan sesuatu..
Ini hanyalah dunia sekadar untuk pinjaman..
Baru di Kampus, sudah begini,
jika kelak mereka2 ini menjadi pemimpin...
Walllah Hualam...
Apakan jadi..

Jauhilah cara kotor...
Teruskan kemajuan wahai saudara..

_yang memerhati_

Anonymous said...

kesian hamzah yg ku sayangi itu.tangan2 manakah yg kotor dan zalim itu yg sanggup menyakiti hamzah?

Anonymous said...

sabar saudara...jln agama x prnh sunyi dr ujian n rintangan. Allah selalu bersama org2 yg benar.smga smgt Islam msh bertapak di bumi Upsi ini wpun tak mndpt tempat.Amin

Template by - Abdul Munir - 2008