Ini ialah isu rakyat kuantan. Walaupun aku bukan rakyat kuantan tetapi aku terpanggil nak membawa isu neh dari satu entry ke satu entry atas tanggungjawab memberikan kesedaran dan mencungkil kebenaran di balik pembinaan kilang lynas. Bagi yang belum baca dari mula, elok baca
sini,
sini dan
sini terlebih dahulu.
Walaupun mungkin di antara korang bukan rakyat kuantan tetapi kita bertanggungjawab untuk bersama-sama rakyat kuantan bagi memperjuangkan keselamatan diri mereka di sana. Statement terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan ialah kerajaan nak panggil pakar antarabangsa untuk membuat kajian bebas. Akan tetapi ramai yang was-was bahawa kerajaan akan memberikan analisis yang telus dan memihak kepada rakyat kuantan. Mereka merasakan kewujudan pakar antarabangsa adalah untuk menguatkan hujah kerajaan bahawa lynas memang selamat dan tidak berbahaya kepada penduduk.
Fakta yang anda mesti tahu ialah ;
1. Kilang neh sudah siap hampir 95% peratus pembinaannya. Almaklumlah nak operasi bulan 9 nanti. Selepas siap mereka nak bawa masuk kelengkapan, mesin, memasang sistem keselamatan dan macam2 lagi lah.
2. Kilang ini adalah kilang rare earth yang terbesar di dunia, mengalahkan yang ada di china. Keluasan kilang neh lebih kurang anggaran sebesar seumpama 140buah [betul ke ayat aku neh?] padang bola sepak.
3. Kilang neh bebas cukai selama 12 tahun dari kerajaan.
4. Setahun lynas akan mendapat untung sebanyak rm5billion [anggaran].
5. Kilang neh bebas cukai, jadi dimanakah kerajaan kita mendapat hasil @ benefits dari kilang neh? Tue kena kaji lanjut lah.
6. Australia lebih besar dari malaysia. Tetapi mereka tak berani pun buat kilang neh di negera mereka sendiri. Kilang neh pernah memohon untuk dibina di australia ttp gagal mendapat kelulusan kerajaan australia atas alasan keselamatan penduduk.
7. Memandangkan ramai yang masih sangsi betul ke kilang neh boleh membunuh orang ramai, maka disini kesangsian anda akan berakhir. Baca baca ;
Berita neh dipetik dari
sini.
Lihat yang aku highlight kan tue. Semua neh ialah kesan2 operasi kilang rare earth dalam jangkamasa yang panjang. Antara penyakit yang mereka alami ialah ;
1. kanser
2. mati tapi taktau punca sebenar
3. selalu sakit2.
4. hilang gigi
5. pencemaran air dan kualiti udara yang teruk.
Penduduk di sana macam dah takde harapan. Bagi mereka, suara2 mereka hopeless. Kerajaan china takan dengar dan takan bantu sebab duit lebih penting dari nyawa. Sampaikan ada tasik radioaktif lagi. Berita neh berita antarabangsa. Bukan berita tempatan. Jika masih was2 lagi, aku takboleh nak kata apa. Pergi sana sendiri, siasat, lihat depan mata.
Jika korang bersama aku, sebarkan maklumat ini dalam blog dan promote group bawah neh ;
Isu rakyat kuantan, bukan masalah org pahang je. Kita kena bersama2 mereka untuk bebaskan diri daripada permasalahan neh. Inilah yang kita kata 1malaysia.
Ameno : Mereka boleh kata media tempatan menipu, tp bagaimana pula dengan media antarabangsa?
sumber: amenoworld.blogspot.com
1 comments:
ni komen dari 2 orang pakar nuklear. salah sorangnya ialah Dr Rosli Che Mat, ahli parlimen PAS.
http://www.youtube.com/all_comments?v=MQq_oo7K2Hc
harap kita semua boleh terima dengan hati terbuka.
Post a Comment