Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada  mengadakan upacara memasang lilin di lapan tempat di seluruh negara bagi  membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50  tahun.
Me
Di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 300 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku.
Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!” manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan dataran tersebut
Ser
Perhimpunan ini yang dipanggil upacara nyalaan lilin diadakan sebagai simbolik bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disertai kira-kira
100 orang.
Antara yang ditahan dalam perhimpunan secara aman ini adalah Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Majlis Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin, setiausaha GMI Nalini Elomalai dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.
![]()  | 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed memberitahu pemberita bahawa polis terpaksa bertindak menahan individu terbabit selepas mereka enggan mematuhi arahan supaya bersurai selepas perhimpunan bermula seawal jam 7 malam.
Beliau berkata pada mulanya semua aktivis berkumpul di tempat letak kereta pusat membeli belah terbabit sebelum berarak beramai-ramai menuju ke Dataran Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).
![]()  | 
Di Ipoh, anggota polis bertindak menutup Dataran Majlis Bandaraya Ipoh dan melarang orang ramai memasuki kawasan tersebut.
Di Pulau Pinang pula, anggota polis sebelum ini  telah menampak notis - yang ditandatangani oleh OCPD George Town,  Penolong Pesuruhjaya Gan Kong Meng - di sekitar Sudut Pidato di  Georgetown, melarang sebarang perhimpunan haram diadakan di kawasan itu.
Sekurang-kurangnya lima orang terus ditangkap temasuk  pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, setiausaha agung  Parti Sosialis Malaysia (PSM)  S Arutchelvan dan anggota Majlis  Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin.
![]()  | 
Selain Ibrahim, Arutchelvan dan Badrul Hisham, turut ditahan dan dibawa ke balai polis Petaling Jaya termasuklah Suresh Kumar, Mohd Fiqtriey, Naqiuddin Sahar, Albert Ang Yik Chuan, Yew Hun Ng, Ng Yap Hwa, Tsuing Han See, Enalini Elumalai, Mien Lor, Thilaga Sokiapillay, Kohila Y, Bawani K, Parames E, Sivaranjani, Lee Wei Ni, E Sarawanen, Xavier Sim Yoon Han dan Aiman Siew Teck Meng.
Siti Kasim (kanan) dari Majlis Peguam berkata ini adalah kali pertama beliau melihat polis bertindak ganas, sehingga bertindak menangkap orang ramai walaupun mereka masuk ke sebuah pusat membelibelah Amcorp berhampiran.
![]()  | 
Pada sekitar jam 9:15 malam, polis  menghentikan tindakan menyurai dan menangkap.
Dalam  sidang akhbar sejurus selepas itu, ketua polis Petaling Jaya Arjunaidi  Mohamed berkata pihak penganjur tidak mendapat permit polis dalam  mengadakan perhimpunan malam ini.
"Tidak ada permit  polis yang dipohon," katanya.
Beliau  juga berkata pihak penganjur mendakwa telah mendapat permit daripada  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
![]()  | 
Beliau juga mempertahankan tindakan polis kerana peserta perhimpunan itu enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai.
"Kita telah meminta mereka bersurai, tetapi mereka enggan dan masuk ke dalam Amcorp Mall," katanya.
Arjunaidi berkata apabila keluar, mereka mengkritik dan mencabar polis yang kemudiannya menangkap mereka.
![]()  | 
Katanya, walaupun terdapat kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, tetapi tidak ada yang ditahan.
Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kemudiannya berkata polis menangkap 30 orang di Petaling Jaya - 22 lelaki dan lapan wanita.
Di Pulau Pinang, empat orang ditangkap termasuk Choo Choon Kai  dan Kris Khaira dari PSM. 
Seorang lagi - Darshan  Singh - ditangkap kemudiannya. Manakala yang keempat ditangkap ialah Ong  Jing Cheng dari Suaram. 
![]()  | 
Lau Shu Shi dari Suaram juga ditahan selepas diserahkan waran tangkap, tetapi ia dikatakan berkaitan kes lain sebelum ini.Di Kelantan, polis menangkap penyelaras upacara memasang lilin - Zaidi Musa dan Hamidi Musa - ditahan selepas ianya selesai diadakan.
Sementara itu, dalam kenyataannya, Suaram mengecam tindakan polis yang menurutnya terus menerus menyerang kebebasan bersuara, hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat.









0 comments:
Post a Comment