"Takde cikgu, ustaz buat perjumpaan besar di dewan makan saja"ujar salah seorang daripada mereka.
"O, takpe la kalau macam tu. Lain orang lain pendekatannya. Cikgu lebih suka untuk memberikan nasihat seusai selepas solat. Hati akan lebih tenang dan lebih mudah untuk menerima teguran. Itulah mengapa disarankan kepada ibubapa yang nak menasihati anak, suami nak menasihati isteri dan imam nak menasihati makmum, seeloknya dilakukan sebaik sahaja selepas solat" peneranganku agak panjang kali ini agar mereka memahami mengapa cara begini yang kuambil.
Perbezaan Yang Disinergikan
Dalam artikel yang terdahulu, saya pernah menulis berkenaan "Bagaimana Mendidik Wanita?", satu penulisan yang bebentuk persoalan. Persoalan ini dilontarkan kepada pembaca dengan harapan para pembaca sekalian dapat memberikan sedikit idea ataupun pandangan tentang bagaimanakah cara yang terbaik dalam mendekati dan seterusnya mendidik jiwa-jiwa kaum hawa ini.
Wanita salah satu daripada jutaan makhluk ciptaan Allah yang mempunyai keunikannya tersendiri. Membaca buku 'Men from Mars, Women from Venus' sedikit sebanyak membuka minda dan sudut pandang saya kepada kehalusan jiwa dan ketebalan perasaan mereka. Memahami perbezaan sifat kaum ini dibandingkan dengan sifat kaum adam, membolehkan ketidaksamaan antara keduanya dijalinkan menjadi sinergi untuk mewujudkan satu kekuatan yang baru kepada kedua-dua belah pihak. Disebaliknya, jika kelainannya tidak dimengertikan maka itulah sebabnya kita melihat berlakunya keretakan hubungan disana sini.
Tulang Rusuk Yang Bengkok
Tazkirah buat pertama kali ini tidak menadakan semacam teguran tetapi ia lebih kepada bersifat umum, memberi mereka berfikir akan perkara basis kepada asas kewujudan, kesudahan, nikmat yang sering dilupakan, kehidupan sebumbung yang memerlukan persefahaman, kebaikan yang dikejari dan permusuhan yang harus diketepi dan tidak lupa menyelitkan sedikit berkenaan perasaan kasih kepada saudara semuslim di Palestin dengan membawakan isu terkini dan keseksaan mereka yang telah berabad lama untuk sama-sama dihayati dan dirasai.
Tidak saya nafikan pelbagai karenah telah didengari, dilihati dan dipendami sekian lama tentang kaum hawa ini. Namun bukan kaedah yang terbaik bagi orang baru dalam kehidupan dekat mereka untuk terus menegur secara kasar. Biarlah ia berperingkat dan memakan masa sedikit asalkan mereka dapat menerima dan tidak pula terus meletakkan satu dinding penghalang didalam pemikiran mereka. Dengan kata lain, mereka tidak terus lari.
Mendidik kaum ini memerlukan kesabaran yang tinggi, jauh sekali dengan aspura. Mereka lebih bersifat logik dan kurang sentimen perasaan. Justeru inilah dikatakan, memperbetulkan mereka haruslah dengan perlahan-lahan, jika dibiarkan ia akan terus bengkok, jika terlalu kuat ia akan patah, merekalah tulang rusuk yang bengkok.
Searching For My Ribs(tulang rusukku) To Be Straighten
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.42am
2 Julai 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Yam Tuan Radin,
Port Dickson, Negeri Sembilan
3 comments:
semoge menjumpai 'tulang rusuk' yg dicari... :)
hehe..ana dalam gurauan je tu..
doakan yer..
semoga Allah mempertemukan apa yg dicari INSYAALLAH
Post a Comment