Monday, January 4, 2010

Sinar Baru Persekolahan 2010

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2010. SMK Lukut semakin menempa nama dan akan terus mengukir kecemerlangan pada masa akan datang. Saya yakin dan dapat membaca perkembangan kearah itu. Saya melihat perubahan yang banyak berlaku pada tahun 2010 ini sebagai satu anjakan pardigma untuk mencapai kecemerlangan dari masa ke masa.

Persekolahan Dua Sesi
Antara perubahan yang begitu ketara yang dapat dirasakan oleh semua warga sekolah adalah perubahan waktu persekolahan daripada satu sesi kepada dua sesi. Sesi pembelajaran yang dahulunya hanya disebelah pagi kini berlaku pada waktu pagi dan petang. Antara sebab perubahan sesi persekolahan ini adalah kerana pertambahan bilangan murid dan kekurangan guru yang dihadapi oleh pihak pengurusan dan guru-guru SMK Lukut.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana masih ditempat pada sesi persekolahan pagi. Saya tidak dapat membayangkan kehidupan yang macam mana akan saya jalani jika ditugaskan untuk mengajar pada waktu sebelah petang. Saya juga bersyukur kerana mendapat subjek major saya iaitu Biologi. Pada tahun ini saya diminta untuk mengajar kelas Biologi Tingkatan 4, Sains Tingkatan 4 dan Pendidikan Seni Tingkatan 2.

Pertukaran Nama Sekolah
Saya baru sahaja mendapat makluman daripada Guru Penolong Kanan HEM saya dalam ucapan beliau semasa majlis pendaftaran pelajar asrama. Beliau memaklumkan bahawa sekolah SMK Lukut bakal menukar namanya pada masa akan datang kerana bunyi perkataan “Lukut” seakan akan sinonim dengan pepatah bahasa iaitu ‘melukut ditepi gantang’.

Saya melihat pertukaran nama ini juga merupakan satu anjakan yang bakal menjulangkan namanya. Bagi menjulangkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi, sekolah menginginkan satu nama yang memberikan persepsi yang bagus pada semua pihak. SMK Lukut pada tahun 2009 telah menempa nama diperingkat Kebangsaan apabila mendapat Naib Johan dalam pertandingan ASAT iaitu Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan. SMK Lukut yang terdahulunya menjuarai diperingkat daerah dan negeri telah mengukir sejarah yang besar pula apabila menjadi nombor dua diperingkat kebangsaan.

Ketatkan Disiplin
Melalui mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan pada tahun lepas dan pada tahun baru ini. Pihak pengurusan sekolah dan HEM sentiasa menyebut mengenai penekanan disiplin yang bakal dibuat pada tahun 2010 ini. Segala maklumat kesalahan pelajar akan direkodkan secara jelas dan terperinci bagi membendung gejala-gejala buruk dan masalah yang sering timbul pada masa lalu. Ambilan pelajar pada tahun ini juga telah ditapis untuk menerima pelajar yang mendapat keputusan yang tidak terlalu teruk dalam peperiksaan UPSR mereka.

Sinar Kecemerlangan Telah Kulihat
Melalui beberapa aspek yang telah saya sebutkan diatas, saya menjangkakan sekolah ini bakal menjadi antara sekolah yang tersohor bukan sahaja dari sudut kokorikulum yang telah sedia ada termaklum tetapi juga bakal menempa nama apabila dapat melahirkan pelajar straight A dalam peperiksaan PMR dan SPM akan datang. Sinar kecemerlangannya telah dapat saya lihat walaupun kecemerlangannya benar-benar akan menyerlah pada dua atau tiga tahun akan datang. Ku nantikan saat itu. Teruskan Berusaha Cg TG..


~Guru Bio Yang Membawa Sinar Baru~

Cg Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.21am
19 Muharran 1431H
5 Januari 2010
Rumah Warden,
SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan

5 comments:

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz said...

Alhamdulillah. Keep moving young mujahid. Sekolah ana berbeza sedikit dengan sekolah akhi dari sudut suasana dan pelajar-pelajarnya, jauh lebih mencabar (perhaps). Tapi ana yakin dan percaya kerana itulah ana ditempatkan disekolah tersebut. InshaAllah akan dikongsikan kelak dalam entry seterusnya. Apa2 pun believe that you are not just a teacher but play a big role as Khalifah of Allah=)

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam..teruskan mendidik dan mendidik..mg yg dididik menjadi manusia yg terdidik..yg mendidik terus mendidik..=)

selamat mendidik..salam alaik..

Pemuda@gamA said...

Moga ruh Islam di sana juga ada perubahan.

Hidup memang sentiasa memerluka perubahan. Bukan perubahan yang tak baik, tapi perubahan yang membawa manfaat.

Selamat mendidik..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

InsyaAllah, mge diberi kekuatan oleh Allah untuk terus menjalankan amanah ini..All the best for u n others..

Baru pulih dari demam,
CG TG

ummie azilah said...

Assalammualaikum anak muda pewaris harapan,
Syabas!,pendidik yg beginilah yg dikehendaki oleh agama dan negara .Tahniah kerana budaya kerja cemerlang telah nampak terserlah dlm diri anakanda. Antara ciri-ciri Budaya Kerja Cemerlang ialah:
-Berusaha memajukan pelajar
-Bekerjasama mengatasi kelemahan pasukan
-Berkeyakianan tinggi terhadap potensi kendiri dan pelajar
-Berfikiran Positif
- Bekerja dgn penuh tanggung jawab

-***Berpegang teguh kpd Agama
SEBAGAI GURU:
Pahit dan getir yg dilalui
- adalah pengajaran
Esok yg mendatang
- adalah harapan
Kesanggupan menanggung risiko
- membuka peluang
TERUSKAN USAHA ANAKANDA semoga mendapat keredhaan ALLAH SWT.

Ummie Azilah Bagan Datoh PK

Template by - Abdul Munir - 2008