Himpunan yang dibuat di Komplek PAS Kedah, Kota Sarang Semut mencapai kemuncaknya pada jam 11pagi semalam semasa perasmian oleh YAB Dato’ Seri Azizan, Menteri Besar Kedah sendiri. Beberapa pimpinan utama Pemuda seperti Ustaz Nasharuddin Tantawi( Ketua Pemuda Pusat), Ust Riduan Mohd Nor(Exco Pemuda Pusat), Ust Nazri(MP Baling) dan ramai lagi exco-exco pemuda pusat menyertai himpunan tersebut. Tidak ketinggalan dalam himpunan tersebut adalah kehadiran mantan ketua pemuda pusat antaranya Ust Abu Bakar Chik dan Ust Salahuddin Ayub. Mantan-mantan ini telah mewarnai himpunan semalam dengan pidato yang sangat bersemangat

Semangat Anak Muda
Bercakap berkenaan zaman pemudaan ini, jelas menggambarkan kepada kita semangat golongan ini yang tidak sesekali dapat dinafikan. Jiwa dan ketahanan ditambah dengan kekuatan fizikal yang dikurnaan oleh Allah melengkapkan zaman golongan untuk mencatat sejarah-sejarah yang sangat bermakna dalam lipatan perkembangan Islam pada zaman sahabat, tabi’ tabiin sehingga sekarang.
Pimpinan Masyumi Indonesia pernah berkata “ Berikan aku 10 orang pemuda Islam, nescaya akan aku gegarkan dunia”.
Jelas kelihatan sekarang kekuatan anak muda timur tengah yang sedang menggoncang para dictator-diktator Timur Tengah yang penuh dengan kepincangan dan kezaliman selama memegang tompok pemerintahan negara masing-masing.

Jiwaku Sedang Membara
Aku juga seorang pemuda seperti mereka. Membara dan berapi tatkala melihat kezaliman dan penindasan berlaku setiap masa oleh para pemimpin zalim kini. Memegang amanah Allah dalam mentadbir negara dengan tidak bertanggungjawab.
Kekayaan negara dirompak sesuka hati tetapi rakyat menderita bagai nak mati.
Menolong orang miskin dipelosok negeri tetapi yang dikejar tidak lain adalah publisiti.
Media mengangkat kebaikan pemimpin mereka tetapi menutup setutupnya jalan salah yang dipimpin hatta ia adalah fakta dan bukan direka.
Pembangkang tiada ruang untuk bercakap tetapi ruang yang luas disediakan dalam longkap.
Itulah Malaysia tercinta,
Selamat Menyambut Maulidur Rasul Buat Semua Pemuda Islam,
Teruskan Perjuangan Walau Menempuh Seribu Rintangan,
Pagi, Petang, Siang dan Malam
Moga diSANA Terima Habuan.
Yang Melengkapi Bilangan 30,000 Pemuda,
11.06 am,
20 Februari 2011,
Bandar Springhill,
Port Dickson, Negeri Sembilan


Kemenangan rakyat Tunisia memberikan semangat kepada rakyat Mesir untuk melakukan perkara yang sama. Terdapat analisa yang mengatakan bahawa jika tumbangnya regim Hosni Mubarak, negara-negara Timur Tengah yang lain akan berhadapan dengan perkara yang sama.
Laman-laman sosial seperti Youtube, Facebook dan Twitter dibanjiri dengan perkembangan terkini yang berlaku di Kaherah. Tidak kurang juga dengan mesej-mesej solidariti dari rakyat seluruh dunia yang menyokong perjuangan rakyat Mesir untuk menumbangkan diktator Hosni Mubarak.
Shah Reza Pahlavi, Ferdinand Marcos dan Soeharto kesemuanya menggunakan tentera untuk mempertahankan regim. Akan tetapi gelombang kebangkitan rakyat akhirnya menyebabkan golongan tentera berpecah dua kepada yang menyokong regim dan menyokong rakyat.
Hari ini apabila kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dihentikan, kenyataan daripada Amerika Syarikat berhubung dengan Mesir berubah. Sekarang Amerika Syarikat telah mula bercakap soal pemerintahan transisi di Mesir yang lebih demokratik.
