Thursday, September 22, 2011

Tengku Anis Insyirah Namanya..



Menamakan Anak
Islam mementingkan syariat dan tasyri' dalam memberikan nama kepada anak. Secara umumnya, ada dua persoalan utama dalam hal ini:

1. Waktu pemberian nama
Samurah bin Jundub melaporkan, Nabi Muhammad berkata,"Setiap anak itu ditebus dengan akikah yang disembelih pada hari ketujuh. Pada hari itu juga, ibubapa mencukur kepala anaknya dan memberikannya nama".

Hadis itu menetapkan menamakan anak pada hari ketujuh.

2. Nama yang baik dan nama yang tidak baik.
Ibubapa wajib memilih nama yang baik dan indah sesuai dengan petunjuk yang mereka terima dan sejalan dengan anjuran Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad bersabda:"Sesungguhnya pada hari kiamat, kamu dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama orang tua kamu. Dengan itu, pilihlah nama-nama yang baik"






Mencukur Rambut
Mencukur rambut ataupun membotakkan kepala pada hari ketujuh kelahiran anak termasuk dalam hukum yang disyariatkan Islam. Ibubapa kemudian boleh menimbang rambut itu dan membeli perak yang sama timbangannya. Seterusnya mereka dapat menyedekahkan perak itu kepada fakir miskin ataupun orang yang berhak menerimanya.

Anis :Teman akrab, Peramah
Insyirah :Kegembiraan, Kelegaan hati

Anis Insyirah=Peneman Kegembiraan.Moga menggembirakan abi,ummi dan ummat kelak

Yang cuba mengikuti sunnah Baginda Rasulullah s.a.w, mencukur rambut dan menamakan dengan nama yang baik, Tengku Anis Insyirah Binti Tengku Abdul Ghafar namanya..

12.42pm,
25 Syawal 1432H,
23 September 2011,
Rumah Mak Mertuaku,
Kuala Terengganu.

Wednesday, September 21, 2011

Kuning,Warna BERSIH Mengalir Dalam Mujahidah Kecil Kami.



"Ha, baju kuning. Ni sokong BERSIH la tu", seloroh seorang guru tatkala melihat saya memakai baju berwarna kuning.

Warna kuning pada ambang BERSIH 2.0 sangat popular dan menggerunkan banyak pihak sehinggakan memakainya boleh dikaitkan dengan BERSIH dan boleh ditahan jika tersilap hari memakainya(9/7/2011).

Hari ini genap hari ke-5, puteri sulung kami perlu ke klinik kesihatan gara-gara warna Kuning. Bukan BERSIH, tetapi Jaundis.

Apa itu Jaundis? Atau lebih dikenali dengan penyakit Kuning. Kebanyakan ibubapa mengetahui berkenaan penyakit ini kerana ia sering menyerang kepada anak yang baru dilahirkan, termasuk puteri sulung kami.

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.

Kenapa berlakunya jaundis?

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Hari kelima puteri sulung kami perlu ke klinik kesihatan ini, diharapkan adalah hari pengakhiran kepada pemeriksaan penyakit kuning ini. Semalam, bacaan bilirubin menunjukkan penurunan 6mata daripada bacaan sebelum ini.

Kesian melihat ibu jari kaki puteri kami sudah kelihatan kebiruan akibat dicucuk untuk pengambilan darah.

Mudahan-mudahan Mujahidah kecil kami tabah dan kuat semangat menghadapi hari-hari awal kehadirannya di alam dunia ini.

Tabahkan hati, cekalkan semangat, warna Kuning BERSIH sudah mengalir dalam darahmu,wahai puteriku..

Yang kini bergelar Abi,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
7.16am,
24 Syawal 1432H,
22 September 2011,
Rumah Mak Mertuaku

Friday, September 16, 2011

Lahirnya Penyeri Sulung Rumahtangga Kami



Bermula jam 4.30pagi tadi, isteriku sudah menampakkan tanda-tanda yang bakal menamatkan penantian kami. Sakitnya menjadi-jadi.

Seusai solat subuh dan berkesempatan menjamah nasi dagang dan nasi kunyit yang dimasak oleh ummi, kami bergegas ke Klinik Keluarga yang pada ketika itu kesakitan yang dirasai sudah berkurangan, tidak seperti sebelum ini.

Menemui Doktor Wan pada pagi itu, beberapa nasihat telah diberikan. Doktor menyatakan bahawa isteriku ini masih boleh bertahan lagi beberapa hari jika mahu bayi keluar dengan sendiri namun beberapa kemungkinan buruk bakal berhadapan, antaranya ialah bayi berkemungkinan terkena jangkitan kuman dan boleh menyebabkan meninggal di dalam rahim. Bayi yang sudah boleh dilahirkan pada saat ini kerana telah cukup minggunya, doktor menasihatkan agar dilahirkan segera dengan memasukkan ubat. Keputusan untuk dilahirkan segera diambil bersama.

Bermula jam 8pagi, 'contraction' pada rahim sudah mula menampakkan kesan. Jangkauan kami untuk menimang cahaya mata telah dipermudahkan oleh Allah. Hanya dalam masa hanya 3jam.

Jam 11.38, lahirlah puteri sulung kami. Dengan berat sebanyak 3.4kg, bayi ini kelihatan besar dan cukup sihat.

Mengikuti sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah, azan dilaungkan ketelinga kanan dan diiqamatkan ketelinga kiri.Moga-moga dengan diperdengarkan nama-nama kebesaran Allah ini, insan sulung kami tidak akan lalai daripada mengingati Allah dan berada dalam rahmatNya sentiasa.

Kepada juaNyalah doa yang sering dilafazkan dipinta,

"Ya Tuhan kami, kurniakan kami daripada isteri-isteri kami dan daripada zuriat keturunan kami, sebagai penyejuk mata bagi kami. Dan jadikan kami imam kepada orang-orang bertaqwa."

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
5.30pm,
14 Syawal 1432H,
16 September 2011
Klinik Keluarga, K.Terengganu.

Thursday, September 15, 2011

Bersantai Petang Dengan Si Dia Yang Menanti Saat Kelahiran




Telah sekian lama diri ingin menyentuh air pantai yang telah lama ditinggalkan. Seingat diri kali terakhir bermandi pantai ini adalah semasa praktikal di perak hampir 4tahun lalu. Bersama kawan-kawan praktikal merancang berkelah dipantai Bidor.

Semalam berkesempatan menjamah kembali laut yang seringkali ditenung tiap kali lalu di tepi pantai Port Dickson, namun pantai di Terengganu juga yg menjadi pilihan untuk dibasahkan badan ini.

Bersama isteri tersayang dan 3orang anak saudara sebagai peneman dan penyeri sebelum ketibaan cahaya mata sulong kami yang bakal diumumkan sehari dua lagi. Kalau diikutkan tarikh yang diberikan oleh Doktor, 15/9 iaitu keesokkan harinya. Namun isteriku ini masih kuat dan gagah menjalani kehidupan sehari-hari dan masih boleh bersantai bersamaku dipetang ini..

Yg menunggu hari,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
4.52pm,
15 September 2011,
Klinik Bahagia, K. Terengganu

Sunday, July 10, 2011

Saat Diketahui Ajal Akan Tiba

Alangkah dasyat sekiranya kita mengetahui ajal kita akan tiba. Pasti semua diantara kita akan bertaubat sebaiknya tatkala menyedari waktu untuk berada didunia ini tidak lagi panjang dan selepas waktu perpisahan roh dan jasad tersebut tiada lagi cara berpatah balik.

Begitulah apa yang berlaku kepada salah seorang rakyat Malaysia iaitu Yong Vui Kong yang menunggu saat dijatuhi hukuman gantung atas kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Berikut adalah antara petikan surat-surat terakhir yang dia lukirkan: Selamat Tinggal Semua

Dia bertuah kerana hujung kepada usianya sudah dikenalpasti, namun bagaimana pula dengan kita yang titik noktah kepada kehidupan ini tiada langsung dalam benak pemikiran kita, waktunya, tempatnya dan bagaimana caranya.


Justeru benarlah apa yang disabdakan oleh Rasullullah, Orang yang paling bijak adalah mereka yang sentiasa mengingati MATI.

Kerana pemikiran orang yang mengingati mati akan sentiasa membuat persediaan dan mengumpulkan bekalan bagi kehidupan abadi mereka. Pastilah kebahagiaan hakiki yang dicari.

Marilah kita sentiasa mengingati bahawa kematian itu selangkah sahaja didepan kita..

Moga kita sentiasa beringat..

Moga kita sentiasa bertaubat..


Yang Mohon Ditetapkan Iman,

Musliminsejati
10.24am,
11 Julai 2011,
SMK YAM Tuan Radin

Saturday, April 23, 2011

Hot : Fakta LYNAS yang anda mesti peduli.



Ini ialah isu rakyat kuantan. Walaupun aku bukan rakyat kuantan tetapi aku terpanggil nak membawa isu neh dari satu entry ke satu entry atas tanggungjawab memberikan kesedaran dan mencungkil kebenaran di balik pembinaan kilang lynas. Bagi yang belum baca dari mula, elok baca sini, sini dan sini terlebih dahulu.

Walaupun mungkin di antara korang bukan rakyat kuantan tetapi kita bertanggungjawab untuk bersama-sama rakyat kuantan bagi memperjuangkan keselamatan diri mereka di sana. Statement terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan ialah kerajaan nak panggil pakar antarabangsa untuk membuat kajian bebas. Akan tetapi ramai yang was-was bahawa kerajaan akan memberikan analisis yang telus dan memihak kepada rakyat kuantan. Mereka merasakan kewujudan pakar antarabangsa adalah untuk menguatkan hujah kerajaan bahawa lynas memang selamat dan tidak berbahaya kepada penduduk.



Fakta yang anda mesti tahu ialah ;

1. Kilang neh sudah siap hampir 95% peratus pembinaannya. Almaklumlah nak operasi bulan 9 nanti. Selepas siap mereka nak bawa masuk kelengkapan, mesin, memasang sistem keselamatan dan macam2 lagi lah.

2. Kilang ini adalah kilang rare earth yang terbesar di dunia, mengalahkan yang ada di china. Keluasan kilang neh lebih kurang anggaran sebesar seumpama 140buah [betul ke ayat aku neh?] padang bola sepak.

3. Kilang neh bebas cukai selama 12 tahun dari kerajaan.

4. Setahun lynas akan mendapat untung sebanyak rm5billion [anggaran].

5. Kilang neh bebas cukai, jadi dimanakah kerajaan kita mendapat hasil @ benefits dari kilang neh? Tue kena kaji lanjut lah.

6. Australia lebih besar dari malaysia. Tetapi mereka tak berani pun buat kilang neh di negera mereka sendiri. Kilang neh pernah memohon untuk dibina di australia ttp gagal mendapat kelulusan kerajaan australia atas alasan keselamatan penduduk.

7. Memandangkan ramai yang masih sangsi betul ke kilang neh boleh membunuh orang ramai, maka disini kesangsian anda akan berakhir. Baca baca ;




Berita neh dipetik dari sini.

Lihat yang aku highlight kan tue. Semua neh ialah kesan2 operasi kilang rare earth dalam jangkamasa yang panjang. Antara penyakit yang mereka alami ialah ;

1. kanser

2. mati tapi taktau punca sebenar

3. selalu sakit2.

4. hilang gigi

5. pencemaran air dan kualiti udara yang teruk.

Penduduk di sana macam dah takde harapan. Bagi mereka, suara2 mereka hopeless. Kerajaan china takan dengar dan takan bantu sebab duit lebih penting dari nyawa. Sampaikan ada tasik radioaktif lagi. Berita neh berita antarabangsa. Bukan berita tempatan. Jika masih was2 lagi, aku takboleh nak kata apa. Pergi sana sendiri, siasat, lihat depan mata.

Jika korang bersama aku, sebarkan maklumat ini dalam blog dan promote group bawah neh ;


Isu rakyat kuantan, bukan masalah org pahang je. Kita kena bersama2 mereka untuk bebaskan diri daripada permasalahan neh. Inilah yang kita kata 1malaysia.

Ameno : Mereka boleh kata media tempatan menipu, tp bagaimana pula dengan media antarabangsa?

sumber: amenoworld.blogspot.com

Sunday, April 17, 2011

'Media Internet Sukarkan Kemenangan BN'

'Media internet sukarkan kemenangan'
Apr 17, 11 12:57pm
Kongsi 197
Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka.

Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama.

NONEMalah, katanya, menang dengan majoriti mudah pun sudah amat melegakan.

Tetapi di Sarawak, katanya, BN telah menang dengan lebih daripada majoriti dua pertiga seperti yang dijangkakan pihaknya.

Najib berkata, dalam kontek demokrasi berparlimen dan mengambil kira kayu ukur global, maka beliau menyifatkan kemenangan BN di Sarawak itu sebagai luar biasa dan pencapaian yang sangat memberangsangkan.

Perdana menteri juga berkata, kemenangan yang sangat meyakinkan itu juga menunjukkan bahawa pakatan pembangkang gagal mencetuskan tsunami politik di negeri itu.

Perdana Menteri berkata apa yang diuar-uarkan oleh pakatan itu, sama ada melalui ceramah ataupun media alternatif atau yang cuba disebarkan mereka melalui SMS dan sebagainya, pengundi pada umumnya tidak menerima cara yang dilakukan oleh parti pembangkang yang cuba hendak mencetuskan tsunami politik.

NONE"Kesudahannya pengundi di Sarawak berfikir secara rasional, bukan secara emosi, bahawasanya masa depan mereka akan hanya terbela dan terjamin dengan sokongan kepada BN, dan parti pembangkang bukan alternatif yang lebih baik.

"Ini satu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kepada kemenangan besar yang dicapai BN," katanya yang juga pengerusi BN dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn malam tadi.

Dalam pilihan raya Sarawak semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala pakatan pembangkang menang 15, dan satu dimenangi calon Bebas.

Daripada 15 kerusi yang dimenangi pembangkang, 12 diperoleh oleh DAP manakala PKR menang tiga daripada 49 kerusi yang itandinginya.

Template by - Abdul Munir - 2008