
Assalamualaikum wbt
Dengan segala hormatnya dijemput semua saudara-mara, ustaz ustazah, guru-guru, muallim muallimah, sahabat handai, staf-staf, dari:
*SKPP (1994-1999)
*KOSPINT (2000-2004)
*KMNS (2004/2005)
*UPSI (2005-2009)
*SMK YAM TUAN RADIN(2009-2010)
Dan semua yang mengenali diri ini. Minta dipanjangkan majlis ini kepada semua yang mengenali.
Kehadiran kalian amatlah dialu-alukan.
Sila berikan alamat rumah anda di inbox facebook sekiranya perlukan kad kahwin.
Kehadiran dan doa daripada semua didahulukan dengan ucapan jazakumullah khairan kathira.
Oleh itu, saya amat berbesar hati sekiranya pihak anda dapat memberikan maklum balas/RSVP di ruangan facebook atau melalui e-mail untuk memaklumkan status kehadiran.
Facebook: Undangan Majlis Perkawinan
Email : musliminsejati@gmail.com
Terima kasih
Yang memohon doa,
Tengku Abdul Ghafar B Tengku Ahmad,
12.46pm,
8 / 11 / 2010
Bilik Anjakan Sahsiah,
SMK Yam Tuan Radin,
Port Dickson, Negeri Sembilan
~About Me~
- Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
- ~Ku impikan menjadi seorang muslim sejati, walau ku tahu diri ini penuh dengan dosa lalu, namun usahaku tidak akan pernah kenal erti henti, smoga Allah meredhainya & menunjukiku perjalanan kesana selalu..~
Laluan Kenali Diri
Facebook Badge
~Keluarga Muslim Idaman~
~Pena Ikhwah~
~Tinta Akhawat~
~Pemanah Sejati~
~Sahabat UPSI~
~Sahabiah UPSI~
- YB Aqilah
- YB Hafizawati
- YB Adriani
- Ustazah Herwana
- Ustazah Fiezah Halim
- Ustazah Umira
- Ustazah Azlina
- Ustazah Noraida
- Ustazah Munirah
- Ustazah Hidayani
- Ustazah Fazlina
- Ustazah Nazihah
- Ustazah Farzana
- Ustazah Fatimah
- Ustazah Izyan Syamimi
- Ustazah Arfah
- Ustazah Sakinah
- Ustazah Ain Solehah
- Ustazah Hidayah
- Ustazah Syuhada
- Ustazah Eya
- Ustazah Rus
~Bersama Dalam Perjuangan~
~Sahabat Seperjuangan~
~My Blog List~
~Labels~
- Bedah Buku (4)
- Dakwah (30)
- Iklan (5)
- Isu Semasa (82)
- Kehidupanku (81)
- Keluarga (11)
- Muhasabah (30)
- politik (19)
- Quote For The Day (2)
- Sembang-sembang (4)
- Tazkirah (56)
- Video Menarik (10)
- Wasilah (1)
awas, blog ini dipantau SB
~Sang Murabbi~
~Lelaki Acuan al-Quran~
Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan Syurga,
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran"
~Private Life~
~Peringatan Yang Menyedarkan~
Hamba yg benar-benar patuh dan yakin dgn janji-janji Allah adalah mereka yg benar-benar berpegang teguh dgn perintah dan suruhan Allah.mereka tdk dilalaikan dgn dunia.
Sunday, November 7, 2010
Undangan Majlis Perkahwinan
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
8:38 PM
5
comments
Labels: Iklan, Isu Semasa, Kehidupanku
Saturday, May 29, 2010
Konvensyen Pendidikan Prasekolah Selangor 2010
Esok ana bakal menjadi salah seorang moderator bagi pembentangan Kertas Kerja dalam Konvensyen Pendidikan Prasekolah Selangor 2010. Ana yang diminta untuk menggantikan tempat Prof. Madya Dr Habib Mat Som (Universiti Malaya) dalam pembentangan Kertas Kerja kedua bagi tajuk ”Pengalaman Makmal Pembangunan Kanak-kanak (Prasekolah) Universiti Putra Malaysia Menyediakan Keperluan Pembelajaran yang Asas dan Kaedah Pembelajaran yang Efektif.” yang disampaikan oleh: Puan Nani Menon (Penyelaras Makmal Pembangunan Kanak-kanak Prasekolah, Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia, UPM)
Berikut adalah Maklumat berkenaan Konvensyen ini:
Pengurusan tadika secara amnya, pengurusan kurikulum dan pengurusan kokurikulum serta jalinan perhubungan antara komuniti dengan tadika setempat menjadi semakin mencabar untuk diuruskan dari sehari ke sehari. Di Malaysia, kemajuan pendidikan prasekolah berkembang secara perlahan, sebaliknya pengendalian tadika dibiarkan berjalan atas inisiatif orang perseorangan, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) khususnya berasaskan agama dan dakwah serta parti-parti politik. Hanya semenjak satu dua darsawarsa ini sahajalah pihak pemerintah mula untuk menyelaraskan kemajuan tadika-tadika seluruh negara. Tugas ini bukannya mudah setelah wujud pelbagai lompang dan kekangan yang menghalang kemajuan sesebuah tadika. Dalam konteks Selangor Negeri Maju, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Pakatan Rakyat membantu menjadikan Selangor sebagai ”Hub Ilmuan” yang efektif, cekap dan berkesan menerusi platform Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS). Tugas MPTS sebagai sekretariat yang ditubuhkan oleh Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan bukan bertujuan untuk merekayasakan (reengineering) pengurusan tetapi mengadunkan keunikan sejarah penubuhan tadika ini khususnya di Selangor ini kepada suatu aset yang sangat bernilai dan berharga untuk dibangunkan. Selain itu, sekretariat ini akan bertindak untuk memastikan kemajuan prasekolah Selangor dapat dipacu sebaik-baiknya menerusi program-program yang disusun dalam kalendar pendidikan Selangor bagi memastikan anak-anak prasekolah, guru-guru, ibu bapa dan komuniti Selangor dapat dibela dan diberi tunjuk ajar untuk membangun modal insan mereka. Akhirnya nanti akan lahirlah warga Selangor warga yang memiliki modal insan yang terpuji, baik dan dikagumi oleh rakyat dan diredai oleh Tuhan.
2.0 Objektif
2.1 Meningkatkan kerjasama dan ukhwah dalam kalangan guru dan pengurus tadika Selangor dan keanggotaan mereka menerusi platform Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS).
2.2 Mendedahkan cabaran pengurusan dan pelan bertindak kemajuan tadika Selangor di awal dasawarsa milenium baru.
2.3 Memantapkan program pembangunan modal insan pengurus dan guru tadika Selangor menerusi model SPIES Kerajaan Negeri Selangor.
2.4 Meningkatkan keupayaan tadika Selangor sebagai sebahagian daripada entiti penyampaian maklumat (delivery system) Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasa hubungan antara Kerajaan Negeri dengan rakyat Selangor.
3.0 Tema Program
Tema Konvensyen Pendidikan Prasekolah Selangor kali pertama tahun 2010 ialah ”Kecemerlangan Pendidikan Pra-sekolah Selangor melalui modul SPIES”
Subtema: ”MPTS Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan Pra-sekolah Selangor”
4.0 Tarikh Program
Tarikh pelaksanaan program ialah pada 30 Mei 2010 (Ahad).
5.0 Tempat Program
Cadangan tempat pelaksanaan program ialah di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
6.0 Anjuran & Kawalan Program
Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS). Program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh jawaankuasa ad-hoc program di bawah pengawasan dan kawalan MPTS dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
7.0 Aturcara Program
(Rujuk Lampiran A)
8.0 Jawatankuasa Program
(Rujuk Lampiran B)
9.0 Penilaian Program
Keberkesanan program akan dinilai berdasarkan beberapa aspek;
9.1 Keberkesanan mesyuarat jawatankuasa adhoc program sekurang-kurangnya dua kali (2 kali) sebelum tarikh pelaksanaan program.
9.2 Maklum balas penyertaan daripada Jawatankuasa Kerja Keselamatan Kampung (JKKK) biro pendidikan, anggota MPTS, organisasi dan Jabatan Kerajaan Negeri dan swasta, IPT dan IPTS serta orang perseorangan.
9.3 Kelancaran pengurusan setiap portfolio / urusetia yang dibentuk.
9.4 Sambutan penyertaan mencapai sasaran 975 peserta (75%) daripada 1300 peserta yang dijemput hadir.
9.5 Hebahan program sampai ke semua saluran yang ditetapkan.
9.6 Maklum balas borang soal selidik yang disediakan oleh penganjur.
10.0 Penutup
Program ini diharap menjadi titik permulaan untuk menjayakan misi dan visi MPTS iaitu menjadi ”Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Awal Negeri Selangor”. Selain itu program ini diharap dapat menjadi pemangkin untuk memajukan pendidikan prasekolah Selangor dengan langkah sederap dan fokus hala tuju yang sama oleh setiap tingkat pengurusan tadika Selangor. Dengan visi dan misi yang jelas, program pembangunan Insan dan program ilmuan negeri Selangor dapat direalisasikan.
Lampiran A (Jadual Atur Cara Program)
KONVENSYEN PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH NEGERI SELANGOR
DEWAN JUBLI PERAK
30 MEI 2010
TENTATIF PROGRAM
8.00 – 8.30 am : Pendaftaran peserta, pembentang kertas kerja dan organisasi jemputan
8.30 – 10.00 am: Ucap Utama Wakil Kerajaan Negeri Selangor :
YB Dato Dr Hassan Ali (Exco Agama, Adat Istiadat Melayu dan Infrastrukur)
Tajuk: ”Mendidik Modal Insan Selangor menjadi Warga Penyayang dan Warga Berminda Kelas Pertama.”
Moderator: Dr Ruziah Ghazali
10.15 – 10.30 am: Minum pagi / persegaran (refreshment)
10.30 – 11.30 pm: Pembentangan & Diskusi Kertas Kerja Utama:
”SPIES Kids : Peranan Kombinasi Pengusaha Tadika dan Komuniti Setempat Menyediakan Keperluan Pendidikan Sempurna Anak-anak Prasekolah Negeri Selangor.”
Oleh: Prof Madya Dr Supyan Hussin (UKM)
Moderator: Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusuf (UKM)
11.35 – 12.35 pm: Pembentangan Kertas Kerja Kedua:
Tajuk : ”Pengalaman Makmal Pembangunan Kanak-kanak (Prasekolah) Universiti Putra Malaysia Menyediakan Keperluan Pembelajaran yang Asas dan Kaedah Pembelajaran yang Efektif.”
Oleh: Puan Nani Menon (Penyelaras Makmal Pembangunan Kanak-kanak Prasekolah, Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia, UPM)
Moderator:Prof. Madya Dr Habib Mat Som (Universiti Malaya)
12.45 – 1.45 pm: Makan Tengahari & Rehat / Solat Zohor
2.00 – 4.00 pm: Forum Pendidikan Prasekolah:
Tajuk: Sekilas Pandang Profil Kemajuan Pendidikan Prasekolah Malaysia: ” Cabaran-cabaran Semasa dan Mendatang serta Kesediaan Warga Tadika Selangor Melakukan Anjakan Paradigma.”
Pemforum 1: Prof. Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub
(Fakulti Pendidikan UKM)
Pemforum 2: En Azrin Abd Majid
(Ketua Pengarah PASTI Malaysia)
Pemforum 3: Puan Patricia Teh
( Mantan Setiausaha Tadika Malaysia / Pengusaha Tadika Rangkaian Peter & Jane)
Pengerusi Forum: Prof Madya Dr Halim Tamuri (UKM)
4.00 – 5.00 pm: Ucapan Perasmian;
1. Penaung Program: Dr Halimah Ali (Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan)
2. Persembahan & Penyampaian Hadiah:
(i) Tayangan Montaj MPTS (Aktiviti Pendidikan Prasekolah Selangor – Organisasi Prasekolah Utama Selangor; Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Persatuan Tadika Islam Selangor, Tadika Agensi Kerajaan Selangor, Tadika Pertubuhan Agama dan Dakwah, Tadika Ladang dll...
(ii) Penyerahan dan Pelancaran logo MPTS
(iii) Penyampaian Hadiah Sambutan Hari Guru Selangor kepada Ketua-ketua Guru MPTS
(iv) Penyampaian Hadiah Panel Forum dan Perasmi.
5.00 : Bersurai.
Lampiran A (Jawatankuasa Program)
Penaung: Dr Halimah Ali (Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan)
Penasihat: Ustaz Hasbullah Bin Ridzwan
Pengarah: Sdr Roseman Bin Abdul Rahman
Timb. Pengarah: Pn Hjh Zaharah Bt Sirin
Setiausaha: Sdr Saiful Bahari Bin Khamis
Pen. Setiausaha: Pn Siti Rozita Bt Ramli
Bendahari: Sdr Rozi Bin Malik
Ahli Jawatankuasa:
Unit Protokol: 1. Pn Fauziah
Shamsul Hadi
Unit Logistik: 1. Tn Hj Jelani
Sdr Roslan
Unit Pendaftaran: 1. Pn Hjh Zaharah Bt Ahmad
Pn Maimoon Saidan Bt Ahmad
Unit Jamuan: 1. Sdr Mazlan Bin Saien
2. Pn Wan Munierah
Unit Pameran & Gerai: 1. Sdr Hafiz Bin Adzlan
Pn Junaidah
Unit Publisiti & Dokumentasi
& Persembahan Montaj: 1. Sdr Mohd Azman Bin Mahusin
Pn Rozita Bt Ramli
Unit Tajaan & Hadiah 1. Mohd Shah Mior Bin Kosin
Pn Anizah
Salimah Bt Saien
Unit Penyediaan Kertas Kerja: 1. Pn Khairiah Bt Mohammad
Pn Hjh Rahana
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
7:53 AM
3
comments
Labels: Iklan, Kehidupanku
Friday, May 7, 2010
Hari Palestin: Perhimpunan Perdana Palestin Malaysia, JD10 Dari Irbid Untuk Gaza
Gaza semakin hari semakin berdarah. Ummat pula semakin hari semakin parah. Orang bising kenapa tiada yang fokus kepada saudara-saudara seislam di Chechya, sempadan Thailand dan sebagainya. Namun apakah jika Tanah Suci Ummat Islam dirogol dan dicabul, dan ummat Islam tidak mampu bertindak dan bergerak menyelamatkan Tanah Suci itu, maka mereka akan memikirkan tempat-tempat lain? Di sini kita boleh mengukur urgensi dalam menyemarakkan kesedaran terhadap bantuan kepada Gaza dan pembebasan Palestina. Ianya ibarat ‘jumper’ untuk menghidupkan tenaga kesatuan ummah, lantas membela pula tanah-tanah berdarah yang lain. Persoalannya, apakah kita memerhatikan dan menghulurkan bantuan? Sekelompok manusia di Malaysia dan Irbid Jordan nampaknya telah menyahut seruan pembebasan ini. Membebaskan Palestina dari penjajahan yahudi, dan membebaskan jiwa dari hawa duniawi. Allahuakbar! Perhimpunan Perdana Palestin. Waktu di poster ini telah diawalkan ke 5.00 petang. Datang beramai-ramai! Perhimpunan Perdana Palestin Malaysia Lifeline4Gaza di Malaysia akan mengadakan Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati, Shah Alam. Dengan tema BERSATU UNTUK PALESTIN, program Perhimpunan Perdana Palestin ini akan bermula seawal 5.00 petang pada 08 Mei 2010, yakni esok. Kehadiran masuk adalah PERCUMA! Kumpulan Nasyid seperti Shoutul Harokah dari Indonesia, Muadz&In Heart dan juga Raihan turut hadir memeriahkan suasana. Wakil dari IHH Turki yang menggepalai rombongan kapal ke Gaza tak lama lagi turut hadir membuat ucapan. Wakil-wakil NGO yang turut serta di dalam Lifeline4Gaza ini juga akan menyampaikan harapan. Inilah dia peluang anda di Malaysia sana untuk bersama-sama bersatu dan membantu saudara-saudara keimanan kita di Gaza. Kita sentiasa bertanya apa kita mampu lakukan, apa kita mampu lakukan, apa kita mampu lakukan. Maka inilah dia antara yang anda mampu lakukan. Meriahkan Staidum Melawati esok. Gegarkannya dengan suara dan sumbangan anda. Tunjukkan pada Israel dan konco-konconya. Bahawa pembantu-pembantu agama Allah itu masih ada! Ini peluang anda! JD10 dari Irbid untuk Gaza Suasana di Irbid, Jordan juga turut panas lebih panas dari musimnya. Wakil-wakil Lifeline4Gaza di Jordan telah mula bergerak dan melakukan promosi sumbangan. JD10, atau 10 Dinar Jordan untuk Gaza dari setiap warga PERMAI di Irbid sebagai bantuan dan sumbangan kepada rombongan Kapal yang ingin memecahkan tembok kematian. Warga-warga Irbid yang tinggal dekat dengan perkhemahan-perkhemahan Palestina, yang sentiasa bersama dengan sahabat-sahabat Palestina di Universiti, yang berada dekat dengan Gaza ketika tanah itu dihujani Bom, yang sering sahaja mendengar khutbah-khutbah dan doa para imam untuk pejuang di Palestin. Inilah dia masanya Warga Irbid. Tangan anda mampu dipanjangkan. Bantuan dari anda mampu disampaikan. 10JD yang biasanya habis entah di lubang tandas, entah di dalam CD Permainan, entah di pool atau alatan sukan, maka inilah masanya kita menjadikan 10JD itu untuk saham akhirat. Pelajar-pelajar Irbid yang majoritinya mendapat biasiswa JPA dan MARA, pelajar-pelajar Irbid yang mampu menyara kehidupan mahal di Jordan, maka ini masanya memandang sebentar kepada sahabat yang terluka di sempadan negara, Palestina yang selama ini kita kata kita cinta, 10JD dari Irbid buat Gaza di sana. Inilah masanya membuktikan. Sama ada cinta kita benar, atau palsu solekan. 10JD Dari Irbib untuk Gaza! Mari kita buktikan! Bagi yang bukan di Irbid, dan tak mampu pula ke Stadium Melawati Sentiasa terbuka peluang untuk hamba-hamba Allah yang cintakan kebenaran, bersama dan memberikan bantuan. Jika jaringan keimanan itu tiada batas sempadan, maka begitu jugalah dalam melakukan amal kebaikan. Teknologi yang ada kita guna dengan semaksima mungkin untuk kebenaran. Berikanlah sumbangan anda dengan memasukkan wang ke akaun Lifline4Gaza. Nama Akaun: TABUNG PALESTIN HALUAN Nombor Akaun: 5644 9020 8528 Bank: MAYBANK BERHAD Mari, jangan banyak alasan. Jangan kata kita tidak mampu. Hakikatnya apakah kita tidak hendak atau mahu. Pilihlah mahu membantu! Pencipta gambar ini berkata: Palestine is shot to the heart and no one cares to heal the wounds , our people in Gaza , may God be with you ~ Picture by SoDoXa of Deviant Art Penutup: Jangan tergolong dari kalangan yang terbius dan terjajah jiwa Walaupun Gaza dihentam bertubi-tubi, Palestina dikepung dan dipijak berkali-kali, mereka terjajah secara fizikal berhari-hari, namun ketahuilah mereka adalah yang merdeka jiwa dan hati. Lebih baik dari kita yang merdeka tanah tetapi masih terjajah dari pemikiran dan kehidupan diri. Lihatlah bagaimana dunia arab terbius dengan jahiliyyah. Banyak negara besar seperti Jordan, Mesir, Lubnan, Syria, Arab Saudi mengelilingi Palestina. Tetapi tiada kepimpinan yang menyuakan bantuan. Jangan jadi seperti mereka yang terbius itu. Jangan kata mereka arab mereka patutnya lebih faham. Tiada kemuliaan bangsa di dunia ini, melainkan kemuliaan Islam. Sekarang, siapa mahu menjadi mulia? Kalau saya, saya katakan saya. Saya mahu jadi mulia. Sebab itu saya menulis perkara ini, dan mengajak kalian bersama. Sama-sama kita menghulurkan bantuan, bergerak menjadi ajen perubahan dan menjalankan pembebasan semampu kita. Kita mahu jadi hamba merdeka. Dan kita mahu saudara kita merdeka. Jika kita berjaya di Gaza, maka tidak mustahil kita akan berjaya di Chechya, sempadan Thailand, dan banyak lagi tempat lain yang berdarah. Tetapi kalau Tanah Suci pun ditinggalkan, apa lagi tanah-tanah lain? Tepuk hati tanya iman. -sumber: http://ms.langitilahi.com/
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
12:56 PM
0
comments
Labels: Dakwah, Iklan, Isu Semasa
~Pilihanku Selamanya Islam~
~Demi Masa~
~Tahun Hijrah~
~Cintai Ilahi~
~Hit Counters~
~Halal Way By Nikah~
~Say Something To Me~
Muslimin Berperancangan
~Hidup Mulia Atau Mati Syahid~
~No Compromise~
~Para Pengunjung~
Pengunjung Aktif
~Munajat diSepertiga Malam~
~DIPALANG INI~
~Akbar - akbar~
~Laman Pilihan~
~Politik Kampus~
- Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional
- Pro Mahasiswa Nasional
- Parti Mahasiswa Negara
- Kampus Negara
- Mahasiswa Menggugat
- Barisan Mahasiswa Bertindak UPM
- Pro Mahasiswa UM
- Pro Mahasiswa UPM
- Pro Mahasiswa USM
- Pro Mahasiswa UTM
- Harapan online ( WUFI UIA )
- Pro Mahasiswa UTHM
- Apirasi - Idealis Mahasiswa
- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
~Harakah Islamiyah~
~Bahasa Arab~
~Pemuda Sekolah Agama~
Sahabat - Sahabatku
