Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan.
Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri.
Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah.
Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM).
Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama.
As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.
Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.
Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu dengan alasan Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat.
Kemudian pertuduhan diubah - as-syahid dikatakan membawa fahaman subversif yang berniat untuk mencetuskan huru-hara.
Siapa Ibrahim Libya?
Almarhum Ibrahim dilahirkan pada tahun 1944 ketika Malaya masih lagi dalam genggaman Jepun di Kampung Carok Putih berhampiran dengan Kampung Memali.
Mendapat pendidikan awal tentang Islam dari ayahnya sendiri Tuan Haji Mahmud - seorang guru agama yang disegani di kampungnya.
Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian Islamnya di India, Mesir dan Libya. Selepas tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air pada awal 1970-an.
Selepas pulang, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah di Pusat Islam. Populariti beliau meningkat naik oleh kerana syarahan-syarahan agama yang diberikan dan seringkali diundang untuk berbicara mengenai Islam di RTM1.
Beliau kemudiannya berhenti dari JPM dan bekerja sebagai pegawai dakwah dengan kerajaan Libya. Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan Libya, beliau pulang ke Kampung Memali.
Madrasah didirikan untuk Ibrahim memulakan kelas pengajian agama. Bermulalah kariernya sebagai pendakwah bebas. Kepetahannya berceramah menyebabkan beliau sering diundang berceramah di sekitar negeri Kedah.
Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling.
Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah.
'Dosa' Ibrahim Libya
Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada "pihak-pihak tertentu" yang risau dengan popularitinya. Jika dibiarkan terus berleluasa, beliau akan menjadi ancaman yang lebih besar.
Menurut Senator Yusuf Husin yang penulis temui berberapa tahun lalu, selepas menyertai PAS, Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada pemerintah oleh kerana gesaannya dalam setiap ceramah agar perubahan dilakukan terhadap kepimpinan negara.
Inilah puncanya sehingga akhirnya Ibrahim Libya dikehendaki oleh kerajaan Malaysia untuk ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Jika tidak menggunakan ISA, sudah pasti Ibrahim Libya akan memberikan kerjasama dengan syarat beliau dibicarakan di mahkamah.
Oleh kerana ISA menjadi pilihan kerajaan, beliau tidak mahu menyerah dan tunduk kepada undang-undang yang dianggap sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Pengikut-pengikut dan anak-anak murid Ibrahim Libya juga tidak mahu beliau menyerah diri dan bertindak mempertahankannya.
Kampung Memali di kepung oleh ribuan anggota keselamatan untuk menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya.
Pada 19 November 1985, akhirnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya gugur ke bumi sebagai syuhada selepas bertempur dengan anggota keselamatan.
Orang-orang kampung yang hidup ditahan oleh kerajaan Malaysia di bawah ISA termasuklah Yusuf Husin.
Simbol perlawanan terhadap ISA
Ibrahim Libya dan 13 orang lagi yang gugur di Kampung Memali merupakan simbol perlawanan terhebat terhadap ISA.
Seperti yang dikatakan oleh Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya sempena ulang tahun ke 25 tragedi Memali tahun lalu:
"Beliau (baca: Ibrahim Libya) menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya. Dan ini merupakan satu rekod 'termahal' dalam usaha menyanggah ISA."
Benar apa yang dikatakan oleh Ahmad Lutfi itu, tindakan Ibrahim Libya dan para pengikutnya mengorbankan nyawa kerana tidak sujud kepada ISA adalah satu tindakan yang mulia.
Para syuhada Memali sebagai adalah simbol perlawanan terhebat rakyat Malaysia terhadap ISA.
Jika satu hari nanti ISA dimansuhkan, muzium bagi memperingati para syuhada Memali harus dibina agar generasi akan datang tahu bahawa ISA bukan sahaja telah merampas kebebasan ribuan orang tanpa dibicarakan di mahkamah, ISA juga telah menyebabkan nyawa melayang.
Secara peribadi, saya menganggap Tragedi Memali ini masih belum selesai.
Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian atau Truth and Reconciliation Comission harus ditubuhkan untuk menyiasat kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.
Hasil penyiasatan haruslah didedah kepada orang ramai dan pesalah-pesalah yang terlibat secara langsung dalam kezaliman ini harus diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.
Selepas 26 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali yang masih tertinggal.
Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA. Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani.
Oleh: Amin Iskandar
http://www.aminiskandar.blogspot.com/
~About Me~
- Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
- ~Ku impikan menjadi seorang muslim sejati, walau ku tahu diri ini penuh dengan dosa lalu, namun usahaku tidak akan pernah kenal erti henti, smoga Allah meredhainya & menunjukiku perjalanan kesana selalu..~
Laluan Kenali Diri
Facebook Badge
~Keluarga Muslim Idaman~
~Pena Ikhwah~
~Tinta Akhawat~
~Pemanah Sejati~
~Sahabat UPSI~
~Sahabiah UPSI~
- YB Aqilah
- YB Hafizawati
- YB Adriani
- Ustazah Herwana
- Ustazah Fiezah Halim
- Ustazah Umira
- Ustazah Azlina
- Ustazah Noraida
- Ustazah Munirah
- Ustazah Hidayani
- Ustazah Fazlina
- Ustazah Nazihah
- Ustazah Farzana
- Ustazah Fatimah
- Ustazah Izyan Syamimi
- Ustazah Arfah
- Ustazah Sakinah
- Ustazah Ain Solehah
- Ustazah Hidayah
- Ustazah Syuhada
- Ustazah Eya
- Ustazah Rus
~Bersama Dalam Perjuangan~
~Sahabat Seperjuangan~
~My Blog List~
~Labels~
- Bedah Buku (4)
- Dakwah (30)
- Iklan (5)
- Isu Semasa (82)
- Kehidupanku (81)
- Keluarga (11)
- Muhasabah (30)
- politik (19)
- Quote For The Day (2)
- Sembang-sembang (4)
- Tazkirah (56)
- Video Menarik (10)
- Wasilah (1)
awas, blog ini dipantau SB
~Sang Murabbi~
~Lelaki Acuan al-Quran~
Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian duniaKerana dia mengimpikan Syurga,
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran"
~Private Life~
~Peringatan Yang Menyedarkan~
Hamba yg benar-benar patuh dan yakin dgn janji-janji Allah adalah mereka yg benar-benar berpegang teguh dgn perintah dan suruhan Allah.mereka tdk dilalaikan dgn dunia.
Monday, November 21, 2011
MEMALI: Sejarah Berdarah Melawan ISA
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
10:44 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa, Muhasabah, politik
Sunday, October 9, 2011
Suasana PMR(Pelajar Makin Rosak)

~Suasana sunyi sewaktu Peperiksaan PMR dijalankan~
Tahun ini merupakan tahun kedua saya menjadi pengawas bagi Peperiksaan PMR. Tahun lalu, 2010 menyaksikan sekolah yang diawasi mempunyai pelajar-pelajar perempuan melayu yang sangat gedik. Sukar memikirkan cara terbaik merawat penyakit mereka ini kerana lukanya bukan luaran tetapi dalamannya, bukan sedikit tetapi telah membarah.
Pergaulan lelaki dan perempuan yang tiada batasan lagi membuktikan kesan zahirnya dengan pelbagai masalah jenayah rogol,perkosa dan liwat dinihari dikalangan pelajar sekolah itu sendiri. Bagaimana malu yang menjadi pakaian kepada wanita itu telah lusuh dan ada yang sudah tercabut terus daripada membaluti batang tubuh mereka,yang akhirnya menyebabkan kerakusan jiwa panas anak muda lebih cepat membesar lebih daripada usia yang sepatutnya.
Indahnya bila membayangkan para wanita ini, bersifat dengan malu dan penuh kelembutan. Maka tiadalah penyerahan jiwa dan kelakuan kelakian yang ganas dan bebas dizahirkan pada diri mereka yang secara tidak langsungnya membuatkan para lelaki sukar bukan sahaja untuk memiliki mereka bahkan bagi mendekati mereka.
Tahun 2011 yang menyaksikan PMR sedang berjalan menghampiri kepada penghujungnya pada keesokkan harinya, saya mengalami pula kelakuan samseng yang ditonjolkan oleh kaum cina dan india. Sekolah ini yang mempunyai populasi kaum yang boleh dikatakan seimbang diantara melayu, cina dan india ini menghadapi permasalahan berbeza pula.
Pelajar yang baru berusia 15 tahun telah berani untuk bersikap biadap dan kurang ajar dengan guru-guru pengawas, yang merupakan guru-guru asing bagi mereka. Entahlah bagaimana sikap mereka sewaktu berhadapan dengan guru-guru harian mereka.
Kesimpulan daripada pemerhatian dan pengawasan peperiksaan PMR yang saya awasi buat sesi kedua ini, boleh dirumuskan dalam singkatan PMR itu sendi, Pelajar Makin Rosak..
Guru Pengawas PMR 2011,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
3.21pm,
15 Zulkaedah 1432 H,
10 Oktober 2011
SMK .....,(dirahsiakan)
Port Dickson.
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
11:48 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa, Kehidupanku
Sunday, July 10, 2011
Saat Diketahui Ajal Akan Tiba
Alangkah dasyat sekiranya kita mengetahui ajal kita akan tiba. Pasti semua diantara kita akan bertaubat sebaiknya tatkala menyedari waktu untuk berada didunia ini tidak lagi panjang dan selepas waktu perpisahan roh dan jasad tersebut tiada lagi cara berpatah balik.Begitulah apa yang berlaku kepada salah seorang rakyat Malaysia iaitu Yong Vui Kong yang menunggu saat dijatuhi hukuman gantung atas kesalahan mengedar dadah di Singapura.
Berikut adalah antara petikan surat-surat terakhir yang dia lukirkan: Selamat Tinggal Semua
Dia bertuah kerana hujung kepada usianya sudah dikenalpasti, namun bagaimana pula dengan kita yang titik noktah kepada kehidupan ini tiada langsung dalam benak pemikiran kita, waktunya, tempatnya dan bagaimana caranya.

Justeru benarlah apa yang disabdakan oleh Rasullullah, Orang yang paling bijak adalah mereka yang sentiasa mengingati MATI.
Kerana pemikiran orang yang mengingati mati akan sentiasa membuat persediaan dan mengumpulkan bekalan bagi kehidupan abadi mereka. Pastilah kebahagiaan hakiki yang dicari.
Marilah kita sentiasa mengingati bahawa kematian itu selangkah sahaja didepan kita..
Moga kita sentiasa beringat..
Moga kita sentiasa bertaubat..
Yang Mohon Ditetapkan Iman,
Musliminsejati
10.24am,
11 Julai 2011,
SMK YAM Tuan Radin
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
7:12 PM
2
comments
Labels: Isu Semasa, Muhasabah, Tazkirah
Saturday, April 23, 2011
Hot : Fakta LYNAS yang anda mesti peduli.
Ini ialah isu rakyat kuantan. Walaupun aku bukan rakyat kuantan tetapi aku terpanggil nak membawa isu neh dari satu entry ke satu entry atas tanggungjawab memberikan kesedaran dan mencungkil kebenaran di balik pembinaan kilang lynas. Bagi yang belum baca dari mula, elok baca sini, sini dan sini terlebih dahulu.
4. Setahun lynas akan mendapat untung sebanyak rm5billion [anggaran].
sumber: amenoworld.blogspot.com
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
10:30 AM
1 comments
Labels: Isu Semasa, politik
Sunday, April 17, 2011
'Media Internet Sukarkan Kemenangan BN'
Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama.
Tetapi di Sarawak, katanya, BN telah menang dengan lebih daripada majoriti dua pertiga seperti yang dijangkakan pihaknya.
Najib berkata, dalam kontek demokrasi berparlimen dan mengambil kira kayu ukur global, maka beliau menyifatkan kemenangan BN di Sarawak itu sebagai luar biasa dan pencapaian yang sangat memberangsangkan.
Perdana menteri juga berkata, kemenangan yang sangat meyakinkan itu juga menunjukkan bahawa pakatan pembangkang gagal mencetuskan tsunami politik di negeri itu.
Perdana Menteri berkata apa yang diuar-uarkan oleh pakatan itu, sama ada melalui ceramah ataupun media alternatif atau yang cuba disebarkan mereka melalui SMS dan sebagainya, pengundi pada umumnya tidak menerima cara yang dilakukan oleh parti pembangkang yang cuba hendak mencetuskan tsunami politik.
"Ini satu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kepada kemenangan besar yang dicapai BN," katanya yang juga pengerusi BN dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn malam tadi.
Dalam pilihan raya Sarawak semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala pakatan pembangkang menang 15, dan satu dimenangi calon Bebas.
Daripada 15 kerusi yang dimenangi pembangkang, 12 diperoleh oleh DAP manakala PKR menang tiga daripada 49 kerusi yang itandinginya.
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
7:44 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa, politik
Sunday, March 20, 2011
Pengguna tol diperbodohkan?
Iklan ini biasanya dipaparkan di lebuhraya sekitar negara. Persoalannya adakah pengguna tol sedang cuba diperbodohkan? Bagi menjawab soalan ini, kita perlu mengenalpasti terlebih dahulu matlamat lebuhraya dibina.
Matlamat lebuhraya dibina adalah bagi melancarkan perjalanan pengguna jalan raya. Dalam kes ini, 'kelancaran perjalanan' adalah perkhidmatan yang diberikan oleh pengendali lebuhraya.
Kita sebagai pengguna pula membayar tol sebagai 'bayaran' bagi mendapatkan 'kelancaran perjalanan'. Bagi mereka yang tidak mahu membayar tol, mereka boleh menggunakan jalan alternatif.
Saya tidak mahu bangkitkan persoalan mengenai kos lebuhraya yang tinggi, tanggungjawab kerajaan, kenaikan kadar tol yang tidak adil dan sebagainya. Mungkin itu akan dibicarakan di lain kesempatan. Namun fokus saya bagi coretan ini hanyalah mengenai iklan tersebut yang seolah cuba memperbodohkan pengguna.

Hakikatnya adalah pengguna sudah pun membayar tol. Sebagai balasan, pengendali lebuhraya perlu memberikan kelancaran perjalanan kepada pengguna.
Maka mengapakah kini pengguna seperti dipaksa pula untuk membeli kad tertentu bagi mendapatkan kelancaran perjalanan? Bayaran tol sepatutnya sudah memadai bagi pengguna mendapatkan hak mereka, iaitu kelancaran perjalanan.
Janganlah pengguna dipaksa membeli kad berkenaan pula atau bermacam lagi peralatan lain, sedangkan pengendali lebuhraya perlu menunaikan tanggungjawab mereka memberikan kelancaran perjalanan, yakni sebagai balasan bagi bayaran tol oleh pengguna.
Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka tidak lama lagi, akan ada pula iklan yang berbunyi: “Bagi Perjalanan yang Lancar, Belilah pula...”.
Penggunalah yang akhirnya terpaksa membayar lebih, dan lebih, dan lebih.
oleh: nisa' abdullah
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
9:35 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa, politik
Monday, March 7, 2011
Dataran Merdeka lepas Dataran Tahrir
Revolusi rakyat di Mesir menggerunkan pemimpin-pemimpin kuku besi diseluruh dunia. Bagi gerakan prodemokrasi, ia merupakan satu suntikan semangat yang hebat untuk meneruskan perjuangan merebut demokrasi.
Seperti yang dijangka, turunnya Hosni Mubarak dari takhta selepas berkuasa lebih 30 tahun akan mengoncang regim-regim kuku besi di Timur Tengah. Algeria, Bahrain, Libya, Iran dan Yaman berhadapan dengan demonstrasi demi demonstrasi.Gerakan prodemokrasi di Timur Tengah mendapat inspirasi dari kejayaan Mesir dan tidak mustahil berberapa regim akan tumbang tidak lama lagi. Kini, diktator-diktator yang disokong oleh Barat tidak lagi dapat tidur lena.
Perkembangan internet memberikan peluang rakyat di seluruh dunia untuk menyaksikan sendiri revolusi Mesir. Al-Jazeera menjadi stesen televisyen yang popular kerana memberi liputan secara langsung revolusi rakyat di Mesir.
Seluruh dunia juga dapat menyaksikan sikap hipokrit Barack Obama yang pada mulanya menyokong Hosni Mubarak dan kemudian beralih menyokong revolusi rakyat.
Menurut Noam Chomsky, ini merupakan satu kebiasaan bagi dasar luar Amerika Syarikat. Satu ketika dahulu, Amerika Syarikat turut berada di belakang diktator-diktator seperti Ferdinand Marcos, Jean-Claude Duvalier, Chun Doo-hwan, Suharto dan ramai lagi yang berguna kepada mereka.
Sokongan AS bukan jaminan
Berbeza dengan situasi di Iran, awal-awal lagi Hillary Clinton sudah memberi sokongan kepada demonstran yang melawan kerajaan Iran. Seperti yang diketahui umum, semenjak revolusi 1979, hubungan Amerika Syarikat dan Iran sudah terputus.
Revolusi di Mesir telah membuka mata ramai pihak, terutama sekali bagi pemerintah dan kerajaan yang menjadi boneka Amerika Syarikat. Hubungan baik dengan Amerika Syarikat hanya akan terjadi selagi mereka menjaga kepentingan negara kuasa besar tersebut.Tidak ada kesetiaan dalam hubungan tersebut. Sokongan Amerika Syarikat akan beralih selepas mereka berjumpa dengan boneka baru. Hosni Mubarak adalah contoh terbaru mangsa yang dikhianati Amerika Syarikat.
Diktator dan pimpinan negara yang sering berbangga mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat kini harus berfikir semula.
Hubungan rapat dengan Amerika Syarikat kadangkala menjadi liabiliti dan mempercepatkan lagi kejatuhan sesuatu regim itu. Lebih baik dapatkan sokongan rakyat dari bergantung kepada sokongan kuasa besar yang hanya mahu menjaga kepentingan perniagaan semata-mata.
Malaysia adalah negara yang amat berbangga mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Sewaktu perdana menteri dapat bertemu dengan Barack Obama dalam satu majlis di negara tersebut, berita tentang pertemuan tersebut dimainkan bertalu-talu dan dianggap sebagai sebuah kejayaan.Realitinya, Amerika Syarikat tidak terlalu fokus pada Malaysia berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.
Pertama, dalam peta, Malaysia tidaklah begitu besar berbanding dengan kedua negara jiran tersebut.
Kedua, kepentingan perdagangan mereka sentiasa terjaga di Malaysia. Ketiga, kedua-dua BNd an Pakatan Rakyat mempunyai dasar mesra kepada Amerika Syarikat dan ekonomi neoliberal.
Demokrasi Tunku seperti langit
Di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, rakyat Malaysia antara yang seronok apabila regim Hosni Mubarak tumbang.
Puji-pujian dari warga Twitter dan Facebook diberikan kepada rakyat Mesir yang berjaya menurunkan seorang pemerintah kuku besi dari tampuk kuasa.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar jangan melakukan demonstrasi seperti di Mesir untuk menumbangkan kerajaan. Katanya lagi, kerajaan tidak akan membiarkan demonstrasi seperti di Mesir berlaku di Malaysia.
Sebenarnya, jika perdana menteri benar-benar tidak mahukan revolusi rakyat ala Mesir berlaku di Malaysia, langkah segera yang perlu beliau lakukan adalah menggunakan segala kuasa yang ada pada perdana menteri Malaysia untuk membuka ruang demokrasi.
Demokrasi yang ada di Malaysia pada hari ini terlalu sempit dan menjadi lebih teruk dari masa ke semasa. Jika kita bandingkan demokrasi yang ada pada hari ini berbanding dengan demokrasi pada zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ia seperti langit dengan bumi.Baru-baru ini kita menyaksikan bagaimana demokrasi di kampus-kampus turut dikongkong. Sebagai respons, mahasiswa di beberapa universiti seperti di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia bangkit membantah tindakan pentadbiran kampus?
Yang menyedihkan lagi, anak-anak mahasiswa yang seharusnya melatih diri untuk berdemokrasi hanya diberikan masa tiga hari untuk berkempen. Itupun pada hari hujung minggu di mana kebanyakkan mahasiswa tidak berada di kampus.
Apakah ini contoh demokrasi yang diajarkan kepada mahasiswa oleh pemerintah kampus?
Penutupan ruang demokrasi dan menggunakan kekerasan terhadap bantahan dan kritikan akan mengundang tindakn balas keras?
Mubarak tutup internet
Baru-baru ini saya turut bersama dalam sebuah demonstrasi di Kuala Lumpur bagi menyokong perjuangan rakyat di Mesir. Pelik dan hairan apabila menyaksikan gas pemedih mata turut disembur kepada demonstran.
Semenjak berkecimpung dengan permasalahan demokrasi dan demonstrasi, seingat saya, jarang kekerasan dilakukan apabila demonstrasi isu-isu antabangsa.Kebiasaannya, demonstrasi isu-isu antarabangsa akan berakhir dengan aman dan tanpa penangkapan. Dalam demonstrasi menyokong perjuangan rakyat Mesir baru-baru ini, kita dapat saksikan gas pemedih mata disembur dan penangkapan dilakukan.
Sudah sampai masanya kebebasan bersuara dan demokrasi yang dijamin oleh perlembagaan negara dikembalikan kepada rakyat Malaysia. Biarkan rakyat merasakan nikmat demokrasi sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Baru-baru ini terdapat usaha dari pemerintah untuk memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ke ruangan internet.Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.
Menteri berkenaan bagaimanapun menafikannya selepas itu.
Jika ini berlaku, demokrasi internet akan turut dirampas. Pada ketika itu, ruang demokrasi yang sedia sempit akan menjadi semakin sempit.
Hosni Mubarak juga menutup ruangan internet sebelum dia dihumban keluar dari pemerintahan. Jika ini dibenarkan berlaku, tidak mustahil apa yang berlaku di Dataran Tahrir di Mesir akan berulang di Dataran Merdeka.
Revolusi Mesir seharusnya memberi pengajaran dan bukannya menyebabkan kita terus menerus hidup dalam penafian seperti apa yang berlaku kepada berberapa orang ahli politik dan berberapa pihak yang begitu marah apabila Revolusi Mesir dikaitkan dengan Malaysia!
Oleh: Amin Iskandar
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
9:35 PM
0
comments
Labels: Dakwah, Isu Semasa, politik
Saturday, February 19, 2011
Himpunan 30K Membangkit Semangat Anak Muda
Himpunan yang dibuat di Komplek PAS Kedah, Kota Sarang Semut mencapai kemuncaknya pada jam 11pagi semalam semasa perasmian oleh YAB Dato’ Seri Azizan, Menteri Besar Kedah sendiri. Beberapa pimpinan utama Pemuda seperti Ustaz Nasharuddin Tantawi( Ketua Pemuda Pusat), Ust Riduan Mohd Nor(Exco Pemuda Pusat), Ust Nazri(MP Baling) dan ramai lagi exco-exco pemuda pusat menyertai himpunan tersebut. Tidak ketinggalan dalam himpunan tersebut adalah kehadiran mantan ketua pemuda pusat antaranya Ust Abu Bakar Chik dan Ust Salahuddin Ayub. Mantan-mantan ini telah mewarnai himpunan semalam dengan pidato yang sangat bersemangat

Semangat Anak Muda
Bercakap berkenaan zaman pemudaan ini, jelas menggambarkan kepada kita semangat golongan ini yang tidak sesekali dapat dinafikan. Jiwa dan ketahanan ditambah dengan kekuatan fizikal yang dikurnaan oleh Allah melengkapkan zaman golongan untuk mencatat sejarah-sejarah yang sangat bermakna dalam lipatan perkembangan Islam pada zaman sahabat, tabi’ tabiin sehingga sekarang.
Pimpinan Masyumi Indonesia pernah berkata “ Berikan aku 10 orang pemuda Islam, nescaya akan aku gegarkan dunia”.
Jelas kelihatan sekarang kekuatan anak muda timur tengah yang sedang menggoncang para dictator-diktator Timur Tengah yang penuh dengan kepincangan dan kezaliman selama memegang tompok pemerintahan negara masing-masing.

Jiwaku Sedang Membara
Aku juga seorang pemuda seperti mereka. Membara dan berapi tatkala melihat kezaliman dan penindasan berlaku setiap masa oleh para pemimpin zalim kini. Memegang amanah Allah dalam mentadbir negara dengan tidak bertanggungjawab.
Kekayaan negara dirompak sesuka hati tetapi rakyat menderita bagai nak mati.
Menolong orang miskin dipelosok negeri tetapi yang dikejar tidak lain adalah publisiti.
Media mengangkat kebaikan pemimpin mereka tetapi menutup setutupnya jalan salah yang dipimpin hatta ia adalah fakta dan bukan direka.
Pembangkang tiada ruang untuk bercakap tetapi ruang yang luas disediakan dalam longkap.
Itulah Malaysia tercinta,
Selamat Menyambut Maulidur Rasul Buat Semua Pemuda Islam,
Teruskan Perjuangan Walau Menempuh Seribu Rintangan,
Pagi, Petang, Siang dan Malam
Moga diSANA Terima Habuan.
Yang Melengkapi Bilangan 30,000 Pemuda,
11.06 am,
20 Februari 2011,
Bandar Springhill,
Port Dickson, Negeri Sembilan
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
5:06 PM
0
comments
Labels: Dakwah, Isu Semasa, Kehidupanku, politik
Sunday, February 6, 2011
Revolusi Timur Tengah
Selepas kejayaan kebangkitan rakyat di Tunisia menghalau presiden Zine El Abidine Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun, mata dunia kini bertumpu ke Mesir.
Ini berikutan dengan gelombang kebangkitan rakyat di Mesir mendesak Hosni Mubarak yang memerintah negara “firaun” itu semenjak tahun 1981 berundur daripada tampuk kekuasaan. Hosni Mubarak menaiki takhta sebagai presiden Mesir selepas pendahulunya Anwar El Sadat dibunuh.Kemenangan rakyat Tunisia memberikan semangat kepada rakyat Mesir untuk melakukan perkara yang sama. Terdapat analisa yang mengatakan bahawa jika tumbangnya regim Hosni Mubarak, negara-negara Timur Tengah yang lain akan berhadapan dengan perkara yang sama.
Umum mengetahui bahawa di Timur Tengah, kebanyakkan negara-negara Arab di perintah oleh diktator dan raja yang telah lama berkuasa.
Sudah pasti Israel adalah antara negara yang paling bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Mesir kerana regim Hosni Mubarak merupakan sekutu terkuat Israel di Timur Tengah.
Regim Mubarak telah menutup internet daripada digunakan di negara tersebut. Akan tetapi maklumat tentang perkembangan terkini di Mesir tetap dapat di kongsi di seluruh dunia. Solidariti masyarakat antarabangsa merealisasikan perkara ini.Laman-laman sosial seperti Youtube, Facebook dan Twitter dibanjiri dengan perkembangan terkini yang berlaku di Kaherah. Tidak kurang juga dengan mesej-mesej solidariti dari rakyat seluruh dunia yang menyokong perjuangan rakyat Mesir untuk menumbangkan diktator Hosni Mubarak.
Selain daripada menutup penggunaan internet di Mesir, regim Mubarak turut menahan wartawan antarabangsa. Berberapa orang wartawan Al-Jazeera antara yang ditahan. Kamera video mereka turut di rampas.
Rakyat Malaysia tidak ketinggalan untuk bersama gelombang dunia di laman Facebook dan Twitter untuk menyokong gelombang kebangkitan di Mesir. Tidak kurang juga ahli keluarga di Malaysia yang bimbang dengan keselamatan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.
Diberitakan terdapat lebih kurang 11, 300 orang pelajar serta rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay akan berlepas ke Mesir bersama dengan sepasukan lima orang yang akan menilai situasi dan keperluan untuk memindahkan rakyat Malaysia dari negara tersebut.
Dari penilaian tersebut, mereka akan memutuskan sama ada rakyat Malaysia akan dipindahkan ke negara yang berdekatan seperti Arab Saudi dan Libya ataupun dibawa pulang terus ke Malaysia.
Mampukah revolusi tumbangkan Mubarak?
Mesir mempunyai sejarah pernah berlakunya revolusi. Pada tahun 1952, revolusi yang dipimpin oleh tentera telah berjaya menamatkan riwayat sistem monarki di negara tersebut.
Jadi tidak mustahil revolusi kali ini akan berjaya menamatkan riwayat pemerintahan Hosni Mubarak. Sehingga saat artikel ini di tulis, Hosni Mubarak masih lagi berdegil tidak mahu turun dari takhta.
Perangai Hosni Mubarak pada ketika ini tidak ubah seperti perangai Shah Reza Pahlavi, Ferdinand Marcos dan Soeharto di saat-saat akhir kekuasaan. Degil dan tidak mahu melayan tuntutan rakyat jelata.Shah Reza Pahlavi, Ferdinand Marcos dan Soeharto kesemuanya menggunakan tentera untuk mempertahankan regim. Akan tetapi gelombang kebangkitan rakyat akhirnya menyebabkan golongan tentera berpecah dua kepada yang menyokong regim dan menyokong rakyat.
Asakan yang kuat dari rakyat dan perpecahan golongan tenteralah yang menyebabkan berlakunya revolusi rakyat. Sama seperti di Mesir, akan tiba masanya nanti apabila golongan tentera berpecah dan sebahagiannya bersama rakyat untuk melawan regim.
Kebangkitan rakyat di Mesir telah menyaksikan darah bersimbah ke bumi. Setakat ini lebih dari 125 nyawa demonstran telah melayang. Kematian para demonstran tidak melemahkan semangat demonstran untuk terus berjuang.
Malahan kematian para perajurit revolusi telah menaikkan semangat rakyat Mesir untuk berjuang bagi memastikan "firaun” zaman moden, Hosni Mubarak dapat ditumbangkan.
Berapa lama lagikah Hosni Mubarak mampu bertahan? Apakah yang dibisikkan oleh penasihat-penasihat yang paling beliau percayai? Tidak adakah penasihat yang berani mengatakan “sekarang telah tiba masanya bagi anda berundur”?
Domino di Timur Tengah?
Pada ketika rakyat Mesir terus menerus berjuang melawan pemerintah Hosni Mubarak, pemerintah dan Raja di negara-negara Timur Tengah yang lain berada di dalam kebimbangan.
Mungkin ada yang mula menghantar harta dan wang simpanan mereka ke luar negara. Mereka pasti sedar bahawa tiada kerajaan atau pemerintahan yang mampu kekal selamanya.
Apakah “Teori Domino” bakal berlaku di Timur Tengah? Yang paling menarik adalah sikap Amerika Syarikat yang berubah seperti lalang ditiup angin. Seluruh dunia mengetahui bahawa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah merupakan sekutu rapat Hosni Mubarak.Hari ini apabila kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dihentikan, kenyataan daripada Amerika Syarikat berhubung dengan Mesir berubah. Sekarang Amerika Syarikat telah mula bercakap soal pemerintahan transisi di Mesir yang lebih demokratik.
Jika Amerika Syarikat benar-benar mahukan demokrasi di Timur Tengah, mengapa selama ini mereka hanya membisu? Mengapa pula mereka tidak pernah berkata apa-apa mengenai kerajaan Saud di Arab Saudi? Apakah ada demokrasi dan hak asasi manusia di Arab Saudi?
Jika benar-benar teori domino bakal berlaku di Timur Tengah selepas regim Hosni Mubarak jatuh, sinar dan harapan baru akan muncul di Timur Tengah. Pada ketika itu, dunia bakal menyaksikan Timur Tengah yang baru bakal muncul.
Masih belum kedengaran dari kerajaan Malaysia berkenaan dengan kebangkitan rakyat di Mesir selain dari usaha untuk menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana.
Kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir, sebelum anda dihantar pulang, saksikanlah sejarah besar yang berlaku di negara tersebut.
Sebagai mahasiswa menjadi tanggungjawab anda untuk peka kepada keadaan sekeliling. Pelajarilah bagaimana dan mengapa rakyat Mesir sanggup mengorbankan nyawa untuk revolusi!
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
2:12 AM
2
comments
Labels: Isu Semasa, Muhasabah, politik
Sunday, January 30, 2011
TENANG TAPI RESAH
Sepanjang perjalanan meredah beberapa kawasan felda dalam menuju ke kawasan pengundian, hujan turun berderai-derai tanpa henti.
Perjalanan yang mengambil masa selama 2jam lebih sejauh 182km (mengikut bacaan kilometer yang direkod oleh keretaku) tidak terasa kepenatan yang sangat kerana perjalanan kali ini membawa seorang teman istimewa. Pendamping yang menjagaku ini menyantuniku dengan baik sekali. Kerepek ubi pedas menjadi juadah pembuka mata, penyegar minda dan pengikat kasih sayang antara kami.
Malamku Bersama Haura’
“cantik sekali nama itu” balasku kepada si isteri yang mencadangkan nama Haura’ sebagai nama panggilan kereta Viva 850 putihku. Haura’ yang bermaksud bidadari, menggambarkan peribadi yang lembut, menawan dan suci. Haura’ inilah satu-satunya yang berjantina Perempuan yang kami miliki. Antara rakan seperjuangannya yang lain adalah Hamzah, Huzaifah dan Hanzalah.
Malamnya yang tidak dapat lari daripada kesejukan menyebabkan kami berasa amat selesa bila merehatkan minda dan badan bersama Haura’. Ketiadaan gangguan daripada makhluk pengacau utama saat ketiduran iaitu nyamuk menyebabkan kami lena bersamanya.
5.00am aku menyiapkan diri untuk bermunajat bersama-sama mereka yang turut sama dalam merasakan sifat kehambaan dan memohon bantuan kepada Sang Pencipta.
Terengganu Negeri Imanku
Upu Chempelak merupakan upu yang dijaga oleh Negeri Terengganu manakala Upu Chempelak Barat merupakan upu yang dijaga oleh Negeri Sembilan. Seusai beralas perut, aku bergegas mencari kawasan bernama Chempelak. Berputar – putar di dalam kawasan felda yang jalannya menghubungkan antara satu lorong dengan lorong yang lain dengan harapan menemui Teman-teman seperjuangan di Negeri Imanku.
“Ana tidur dirumah Negeri Sembilan, tapi tak kan boleh lupa Negeri Terengganu Ustaz..” ujarku kepada Ust Wan Sukairi bilamana ditanya datang dari mana. Menemui rakan-rakan dan Ustaz-ustaz Terengganu mengubat rinduku pada negeri kelahiran walaupun keesokaannya kami akan pulang ke sana.
Proses pengundian berjalan dengan lancar walaupun sesekali wujud provokasi hasil perbalahan mulut antara dua parti ini.
Hujan masih turun tiada henti..
Tenang Tapi Resah
Hujan yang kadang-kadang lebat dan jarang-jarang renyai menyebabkan air mulai menaiki jalan untuk menyeberangi ke kawasan yang lebih rendah. Aku mendapat panggilan pada jam 3.02 menasihatiku untuk bersegera pulang kerana dibimbangi tersangkut di dalam felda ini kerana telah ada tempat-tempat yang dilaporkan telah banjir dan kenderaan tidak boleh melepasinya lagi.
Alhamdulillah Haura’ telah meredah dua kawasan air tinggi dan berjaya menembusi ujian tersebut. Hati ini berdebar-debar saat melewati kawasan air melintas jalan dengan arusnya yang agak deras. Masakan tidak, andai tersangkut disana pasti pelbagai lagi kesukaran yang kami hadapi. Namun Allah memberikan kelepasan dalam Haura’ mengharungi arus deras tersebut.
Berita kekalahan Parti Islam Semalaysia kepada Barisan Nasional dengan majoriti yang lebih besar bukan suatu kejutan buatku. Keterbuakaan minda dan penyampaian maklumat benar tidak berlaku dikalangan masyarakat felda, justeru yang mereka rasa dan harap adalah bantuan dan sumbangan daripada parti Barisan Nasional yang sekarang memegang tampuk pemerintahan Negara.
Merlimau masih menanti dan Pilihanraya Umum ke-13 dalam perkiraan. Hujan lebat, majoriti meningkat, berjaya lepas, Kerajaan akan datang belum pasti. Itulah pengalamanku di PRK N05 Tenang. Tenang Tapi Resah…
Coretan Si Pengkelana,
Tg Abd Ghafar Tg Ahmad
7.55am,
31 Januari 2011.
Springhill, Port Dickson,
Negeri Sembilan
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
3:07 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa, Kehidupanku, politik
Wednesday, January 26, 2011
Kawal media Internet: Lebih ramai bantah

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.
Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garis panduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.
"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.
"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini.Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.
'Bantahan akan lebih meluas'
Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang sering berdepan dengan undang-undang PPPA pula memberi peringatan kepada kerajaan bahawa beliau menjangkakan bantahan yang lebih meluas akan timbul, susulan daripada langkah penguatkuasaan baru itu.
Ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menjelaskan, peruntukan PPPA sedia ada sudahpun cukup mengekang pengusaha dan pengamal media tradisional.
Sebaliknya, penguatkuasaan ke atas laman sosial seperti Facebook akan bersifat lebih meluas kerana ia melibatkan rakyat biasa yang tidak berkepentingan politik.
Katanya, golongan yang telah mengusahakan laman web juga akan berasa marah apabila terpaksa mendapatkan permit penerbitan untuk mengendalikan laman web.
"Orang di dunia siber mudah untuk beroperasi sendiri, tiba-tiba mereka disekat, jadi saya rasa bantahan akan lebih meluas.
"Saya rasa kerajaan tidak akan dapat menduga sejauh mana bantahan ini. Saya optimis kalau kerajaan meneruskan tindakan ini, mereka akan terima bahana yang cukup teruk.
"Ini bukan lagi membabitkan sekelompok usahawan atau golongan yang ada kepentingan politik tertentu tapi membabitkan rakyat yang lebih luas," katanya lagi.

'Sikap bacul kerajaan'
Tambahnya, beliau juga akan bekerjasama dengan NGO yang mendukung kebebasan media, termasuk NUJ Malaysia untuk mendapatkan sokongan masyarakat bagi membantah tindakan kerajaan itu.Beliau turut menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan peruntukan baru seperti itu sebagai "sikap bacul kerajaan" untuk berhadapan dengan realiti politik semasa.
Jelasnya, pada waktu ini laman web dan blog dikendalikan oleh golongan yang umumnya mempunyai asas penulisan.
"Tapi laman sosial seperti Facebook dan Twitter sudah jadi proses pendemokrasian yang terbuka dan merakyatkan.
"Adakah kerajaan takut kepada suara rakyat yang kebanyakannya tidak ada motif politik untuk naikkan orang-orang tertentu?," katanya lagi.
Ahmad Lutfi juga menyifatkan pengenalan undang-undang dan garis panduan baru itu sebagai "langkah tergesa-gesa" BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Tambahnya, beliau melihat langkah itu "sarat dengan motif politik BN untuk mengekang pengaruh dan momentum Pakatan Rakyat."BN sepatutnya mengambil sikap yang lebih terbuka, sesuai dengan suasana dunia maya yang "cukup demokratik," katanya lagi.
"Siapa saja boleh hasilkan blog, jadi sepatutnya BN sendiri boleh menampilkan media (Internet) yang lebih berwibawa dan berpengaruh, bukan dengan menghalang (media pro-Pakatan Rakyat)," tambahnya.
Janji Dr M
Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang juga penulis blog popular Datuk Ahirudin Attan berkata, tindakan kerajaan itu bertentangan dengan janji oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menapis media dalam talian.
Tambahnya, beliau memahami langkah kerajaan untuk memperketat kawalan ke atas media berkenaan disebabkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya.
Namun, langkah memperluas definisi 'penerbitan' untuk merangkumi kandungan dalam talian itu merupakan satu tindakan yang "bercita-cita terlalu tinggi," kata penasihat Redberry Media Group itu lagi.
Sebagai seorang wartawan dan juga seorang pengarang, beliau turut menasihati ketua setiausaha KDN supaya bertindak lebih berhati-hati dalam menangani media.
Sementara itu, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pula memerhatikan, kerajaan sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk "menyekat Internet," terutama selepas kemenangan besar Pakatan pada pilihan raya umum 2008.
Cadangan 'Green Dam' Katanya, tindakan itu juga bertentangan dengan jaminan kerajaan untuk tidak menyekat Internet melalui Rang Jaminan MSC Malaysia.
"Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian 'Green Dam' di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.
"Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia.
"Di sebalik manipulasi dan kempen kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini.
ADUN Seri Setia itu juga berkata, kerajaan sebelum ini juga telah bertindak mengenakan tekanan ke atas pengamal media Internet.
"(Ini) termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today," katanya lagi.
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
8:20 AM
0
comments
Labels: Isu Semasa, politik
Sunday, November 7, 2010
Undangan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum wbt
Dengan segala hormatnya dijemput semua saudara-mara, ustaz ustazah, guru-guru, muallim muallimah, sahabat handai, staf-staf, dari:
*SKPP (1994-1999)
*KOSPINT (2000-2004)
*KMNS (2004/2005)
*UPSI (2005-2009)
*SMK YAM TUAN RADIN(2009-2010)
Dan semua yang mengenali diri ini. Minta dipanjangkan majlis ini kepada semua yang mengenali.
Kehadiran kalian amatlah dialu-alukan.
Sila berikan alamat rumah anda di inbox facebook sekiranya perlukan kad kahwin.
Kehadiran dan doa daripada semua didahulukan dengan ucapan jazakumullah khairan kathira.
Oleh itu, saya amat berbesar hati sekiranya pihak anda dapat memberikan maklum balas/RSVP di ruangan facebook atau melalui e-mail untuk memaklumkan status kehadiran.
Facebook: Undangan Majlis Perkawinan
Email : musliminsejati@gmail.com
Terima kasih
Yang memohon doa,
Tengku Abdul Ghafar B Tengku Ahmad,
12.46pm,
8 / 11 / 2010
Bilik Anjakan Sahsiah,
SMK Yam Tuan Radin,
Port Dickson, Negeri Sembilan
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
8:38 PM
5
comments
Labels: Iklan, Isu Semasa, Kehidupanku
Thursday, October 28, 2010
Hab hiburan tetap salah, ulama tegur secara 'sir'
Ulama muda Umno akan sentiasa menegur segala kesilapan pemerintah, termasuk berhubung rancangan mewujudkan hab hiburan sekiranya ia bercanggah dengan ajaran Islam, kata Fathul Bari Mat Jahya.
“Secara prinsipnya, pusat hiburan, tidak kira di mana pun ia berada, tidak kira dibina oleh sesiapa pun, selagi ia bercanggah dengan hukum Allah, secara dasarnya ia tetap salah.
“Tetapi soal menegur, itu (hal) antara kami dan pemerintah dan tidak sewajarnya didedahkan (kepada orang ramai),” kata Fathul Bari yang menyertai Umno Jun lalu bagi tujuan “menasihati” pemimpin.
Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan Isnin lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.
Lebih mengejutkan, dicadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.
Bercakap kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Fathul Bari menjelaskan, pandangannya itu dibuat berdasarkan contoh daripada atsar atau pertuturan sahabat Nabi Muhammad yang bernama Usamah bin Zaid.
Sementara itu, mengulas bantahan pelbagai NGO Islam terhadap perkara itu, Fathul Bari berharap persoalan kepentingan Islam diutaran tanpa sikap prejus dan merentasi kepentingan politik kepartian kerana menurutnya “yang benar itu tetap benar”.
Dijangkakan, rancangan 'kontroversi' itu bakal mengundang lebih bantahan dalam masa terdekat, termasuk daripada kalangan parti pembangkang.
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
1:55 AM
1 comments
Labels: Isu Semasa
Thursday, October 14, 2010
Pilihan raya Batu Sapi serentak dengan Galas
Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
"Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya.
Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.
Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.
Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.
Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
9:34 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa
Wednesday, September 29, 2010
Kekosongan kerusi Galas dimaklum kepada SPR
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengesahkan sudah menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Galas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.
"Kita telah terima sijil kematian pagi semalam dan sudah menghantar surat makluman kekosongan kerusi selepas itu kepada pihak SPR, melalui pos dan faks," katanya di Rantau Panjang hari ini.
Chek Hashim, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Ahad lalu akibat barah usus.
Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.
- Bernama
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
7:09 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa
Monday, September 20, 2010
Gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai
KOTA BHARU, 20 Sept: Penggunaan gelaran Sultan Muhammad V mula digunapakai dalam upacara rasmi kerajaan hari ini apabila Timbalan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan istilah tersebut dalam perhimpunan bulanan kakitangan Kota Darulnaim pagi ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata dengan pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru bergelar Sultan Muhammad V dalam suasana merayakan Aidilfitri baru-baru ini akan menambahkan lagi kekuatan rakyat dan negeri Kelantan dalam mewujudkan persekitaran Islam yang telah dibina sejak 20 tahun lalu.
“Sepanjang Ramadan yang baru saja berlalu, masyarakat Kelantan dapat merasai dengan jelas persekitaran baru yang ada di negeri ini yang begitu jauh berbeza dengan apa yang ada sebelum ditadbir dengan pendekatan Islam,” kata beliau di hadapan lebih seribu kakitangan awam.
Masjid-masjid menurut beliau dipimpin oleh imam-imam yang menghafal 30 juzuk al-Quran dan mendapat latihan kepimpinan Islam yang berkualiti.
“Bandar kita bergema dengan laungan zikir dan suasana ibadah yang mampu manjauhkan segala bentuk keburukan dan maksiat yang dimurkai,” ujar beliau.
Beliau melahirkan keyakinan bahawa penjawat awam Kelantan akan muncul sebagai pasukan terbaik dengan kualiti tinggi selepas sebulan menyertai tarbiyah Ramadan.
“Pelbagai program Ramadan seperti Qiamullail, tadarus Quran, solat sunat Tarawih dan pelbagai lagi sudah pasti akan mengangkat darjat kita semua menjadi mereka yang siap sedia memikul beban berkhidmat untuk rakyat sebagai hamba Allah yang terbaik (ahsanu amala),” jelas beliau lagi.
Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias yang menjelaskan kronologi pemasyhuran Sultan baru-baru ini berharap setiap anggota kakitangan memahami dengan baik isu ini agar dapat menjadi jurucakap kerajaan jika terdapat suara-suara sumbang yang cuba mengelirukan perkara sebenar.
“Kita sedar ada pihak yang cuba menggunakan akhbar untuk menimbulkan keraguan berkaitan pemasyhuran baginda Sultan, dan menjadi tanggungjawab saya untuk memberi penjelasan supaya semua pihak mendapat gambaran yang sebenar,” kata beliau.
Beliau kemudian menjelaskan dengan terperinci kaedah perlantikan Sultan yang baru berdasarkan pindaan kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri yang telah diwartakan pada 20 Julai yang lalu.
“Kita turut sukacita kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan yang baru berkenan untuk meminda beberapa kebiasaan supaya lebih bertepatan dengan kehendak Islam,” ujar beliau.
Antara lain, Aiseri mengumumkan penggantian penggunaan Daulat Tuanku dengan Allahu Akbar dan penggunaan gelaran Sultan Muhammad ke V bagi diri baginda.
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
2:35 AM
1 comments
Labels: Isu Semasa
Wednesday, September 1, 2010
Kes 'bini puaka': Mahkamah putuskan 24 Sept
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan memutuskan pada 24 September ini sama ada wujud kes terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang menghadapi dakwaan cubaan khianat dengan api dan menceroboh sebuah dewan kuliah di universiti itu.
Hakim Rozana Ali Yusoff berkata, beliau akan meneliti hujah pihak peguambela dan pendakwaraya serta bukti-bukti yang dikemukakan di mahkamah.
Seramai 19 saksi pendakwa telah memberi keterangan. Saksi terakhir memberi keterangan di mahkamah pagi ini ialah Detektif Koperal Mohd Yaakob Ramli.
Beliau merupakan pegawai siasatan jenayah di ibu pejabat polis Daerah Brickfields yang membuat tangkapan terhadap Mohd Saufi Jelani pada 19 November tahun lalu.
Sebelum itu, mahkamah diberitahu wujudkan keraguan sama ada jenayah itu dilakukan oleh tertuduh, sedangkan ia tidak dilihat pengawal keselamatan yang menjadi saksi pendakwaraya
Dalam hujahnya pagi tadi, Mohd Arfizi berkata Mohd Izzuddin berada dalam keadaan resah sewaktu ditahan oleh pengawal keselamatan merupakan satu "reaksi biasa".
"(Ini kerana) beliau ditahan dan ditanya kenapa digelapkan (nombor pendaftaran motosikal). Sudah tentu OKT berada resah.
"Di dewan, OKT kata, (dia) sanggup padam tulisan. Ketika disoal balas oleh pihak pembelaan, tiada keterangan yang jelas bahawa beliau melakukannya," hujah Mohd Arfizi lagi.
"Beliau dikelilingi lima pengawal keselamatan UM dan meletakkan kesalahan kepada OKT, sudah tentu beliau merayu dan tolong untuk memadam tulisan itu," tambahnya.
Muhammad Saufi Jelani - dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.
Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan Akademi Pengajian Islam UM pada 24 Jun tahun lalu.
Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.
Sementara itu, peguam Mohd Razlan Jalaluddin mewakil Shazni Munir, dalam hujahnya berkata, saksi pertama pendakwaraya iaitu seorang ahli kimia, dalam keterangannya sebelum ini mendakwa "tidak ada kesan bahan hidrokarbon mudah terbakar" pada barang kes.
Manakala peguam Zulhasmi Shariff yang mewakili Muhammad Aizat dan Muhammad Saufi pula, dalam hujahnya, bersetuju dengan Mohd Razlan bahawa tidak ditemui bahan untuk mencetuskan api pada permaidani.
Sementara itu, Timbalan Pendakwaraya Aidatul Azura Zainal Abidin pula menyampaikan hujahnya apabila perbicaraan bersambung petang ini.
Katanya, bau petrol yang dihidu itu, berdasarkan keterangan beberapa saksi pendakwaraya dalam prosiding tersebut.
"Dalam kes ini, bau petrol yang dihidu adalah satu fakta yang tidak perlu dijelaskan kewujudannya.
"Sebilangan saksi pendakwaan adalah pengguna (petrol) dan (dalam) keadaan biasa, pada setiap hari, (mereka) menggunakan petrol dan mengenalpasti bau petrol yang melekat pada fikiran mereka," katanya.
Menurutnya lagi, walaupun keputusan ujian kimia menemui keputusan negatif terhadap calitan petrol yang diambil, beliau memohon "budi bicara dan ketelitian mahkamah untuk menentukannya".
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
8:20 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa
Tuesday, August 31, 2010
Juara Rakyat ATAU Juara Fitnah
Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, kini beredar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyembelih lembu korban untuk umat Islam di internet.
Kesal dengan penyebaran gambar palsu yang menggunakan teknik super impose itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa ia didalangi oleh penulis upahan Umno yang dikenali sebagai 'PAS Beruk'.
Dalam satu kenyataan hari ini, Herman mendakwa gambar itu memaparkan gambar Lim yang dengan gaya tersbeut dengan tulisan: "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?" Katanya, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam. "Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam," katanya.
Herman juga berkata tindakan terbaru PAS Beruk merupakan rentetan "fantasi Umno" selepas memutarbelitkan fakta berubung kes ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa memberikan 'tazkirah' dalam surau.
"Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar (Penyelaras Pakatan) Zaid (Ibrahim) minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. "Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat," kata Herman lagi.
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
8:34 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa
Saturday, August 21, 2010
Mufti teliti isu khutbah

PULAU PINANG, 21 Ogos: Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Hasan Ahmad sedang meneliti dan menyiasat isu nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng ada pada doa kedua khutbah Jumaat yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Menurutnya, memang dibolehkan nama orang bukan Islam jika sekiranya berdoa untuknya mendapat hidayah daripada Allah SWT.
"Jabatan Mufti sedang meneliti dan menyiasat apa yang diperkatakan itu. Semua keterangan akan dimaklumkan kemudian pada media," ujarnya yang tidak mahu mengulas lanjut.
Jelasnya, doa ada dua kategori iaitu doa untuk kesejahteraan atau mendapat hidayah manakala menukar nama Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan Ketua Menteri dianggap tidak lojik.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein sanggup mengetuai pasukan penyiasat bagi mengenal pasti masjid mana yang dimaksudkan oleh Ahmad Zahid itu.
Katanya, jika didapati ia hanya mainan 'politik kebudak-budakan’, maka tunggulah satu tindakan akan diambil bagi membersihkan nama Ketua Menteri yang tidak tahu menahu namanya dibaca dalam khutbah Jumaat.
"Saya sendiri akan menghantar pasukan menyiasat di mana masjid yang dikatakan berlaku di Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Permatang Pauh. Jika tiada apa-apa berlaku kita akan lihat langkah seterusnya," tegasnya.
Menurutnya, tidak menjadi kesalahan sekiranya nama Ketua Menteri dibaca dalam khutbah supaya beliau diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT memandangkan banyak melibatkan diri dalam aktiviti Islam.
Pasukan itu, kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kepala Batas, akan dibentuk sejurus sahaja mendapat kata putus dalam perbincangan sesama rakan seperjuangan.
Rosidi yang juga Pengerusi Generasi Perwaris Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) menyifatkan, tuduhan melulu Zahid itu berpunca dari kemelut dalaman Umno yang kemungkinan sukar berpaut pada masyarakat Melayu pada pilihan raya ke-13 kelak.
"Bila rasa tersepit, apa lagi terciptalah berbagai isu karut," tambahnya.
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
9:26 PM
0
comments
Labels: Isu Semasa
Sunday, August 8, 2010
Pelajar asing mangsa serangan di Australia
Pihak berkuasa Australia berharap satu kempen secara digital, yang dijalankannya untuk melindungi pelajar antarabangsa
daripada menjadi mangsa serangan, akan membuahkan hasil, lapor agensi berita Australian Associated Press (AAP).
Kempen berkenaan, yang bertemakan "Think Before - A Student Safety Initiative", akan menyebarkan mesej melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), YouTube, lamanweb dan tapak rangkaian sosial kepada pelajar dalam 13 bahasa sebelum dan setelah mereka tiba di Australia.
APP melaporkan bahawa kempen berbentuk animasi itu memaparkan watak seorang pelajar bernama George memperkatakan tentang isu keselamatan melibatkan golongan berkenaan.
Langkah ini diambil berikutan beberapa kes serangan terhadap pelajar asing sejak tahun lepas, terutama mereka yang berasal dari India.
Sebanyak 650,000 pelajar dari lebih 100 negara dianggarkan sedang melanjutkan pelajaran di Australia.
Polis dilaporkan bimbang tentang keselamatan sesetengah pelajar yang terdedah kepada bahaya kerana terpaksa pulang ke rumah berseorangan setelah bekerja atau menelaah pelajaran hingga lewat malam.
Inspektor Ian Geddes dari Polis Victoria berkata pelajar seberang laut lebih cenderung memberi respons terhadap maklumat yang dihantar melalui lamanweb, telefon bimbit dan media sosial berbanding saluran komuniksi tradisional.
Katanya para pelajar perlu menyedari bahawa kebanyakan jenayah dilakukan kerana terdapat peluang untuk melakukannya dan kelemahan mereka sendiri.
"Mereka terdedah kepada bahaya bukan kerana siapa diri mereka, tetapi kerana di mana mereka berada dan keadaan yang mengelilingi mereka," katanya seperti yang dipetik AAP.
Penganjur kempen Larry Anderson berkata: "Kempen ini bertujuan untuk menyatakan bahawa: Jangan bimbang, kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan anda selamat, tapi anda sendiri perlu memastikan anda tidak meletakkan diri anda dalam keadaan yang boleh mengundang bahaya."
Pelancaran tidak rasmi kempen itu dua minggu lepas menarik lebih 2,000 pengunjung melayari lamanweb www.thinkbefore.com.
- Bernama
Posted by
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
at
1:07 AM
0
comments
Labels: Isu Semasa
~Pilihanku Selamanya Islam~
~Demi Masa~
~Tahun Hijrah~
~Cintai Ilahi~
~Hit Counters~
~Halal Way By Nikah~
~Say Something To Me~
Muslimin Berperancangan
~Hidup Mulia Atau Mati Syahid~
~No Compromise~
~Para Pengunjung~
Pengunjung Aktif
~Munajat diSepertiga Malam~
~DIPALANG INI~
~Akbar - akbar~
~Laman Pilihan~
~Politik Kampus~
- Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional
- Pro Mahasiswa Nasional
- Parti Mahasiswa Negara
- Kampus Negara
- Mahasiswa Menggugat
- Barisan Mahasiswa Bertindak UPM
- Pro Mahasiswa UM
- Pro Mahasiswa UPM
- Pro Mahasiswa USM
- Pro Mahasiswa UTM
- Harapan online ( WUFI UIA )
- Pro Mahasiswa UTHM
- Apirasi - Idealis Mahasiswa
- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
~Harakah Islamiyah~
~Bahasa Arab~
~Pemuda Sekolah Agama~
Sahabat - Sahabatku




