Thursday, July 30, 2009

Tahajjud





Merindui akan saat ini selalu,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
4.59 am
9 Syaaban 1430H
31 Julai 2009
Pasir panjang,
Kuala Terengganu.

Tuesday, July 28, 2009

Where is her eternal home? How about our?



“KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysian film director Yasmin Ahmad, who won accolades for her deeply felt depictions of everyday struggles with racial prejudice and social barriers, has died of complications from a stroke. She was 51.”


Yasmin's close friend, Fatimah Abu Bakar, confirmed her death late Saturday at a news conference in a Kuala Lumpur hospital. Relatives earlier said Yasmin underwent brain surgery to remove a blood clot Friday after she suffered a stroke.

Tributes poured in Sunday from politicians, entertainers and movie-goers who hailed her films and television commercials for inspiring people to strive for racial understanding in this multiethnic, Muslim-majority country.

"By bridging religious and racial differences through the unifying dimension of art, Yasmin was in a class of her own," opposition leader Anwar Ibrahim said in a statement. "Her films ... were never short of social critiques that opened the public's eyes to the importance of unity and understanding."

Yasmin began her career as a copywriter before becoming an advertising company's creative director in the 1990s, when she drew attention for sentimental TV commercials that focused on family ties and how religious celebrations could bring together people from the ethnic Malay Muslim majority with the ethnic Chinese and Indian minorities.


She later embarked on Malay-language film work, reaping critical and commercial success with her second movie, "Sepet," a Malay word for slant-eyed. The 2004 drama, which portrayed a romance between an ethnic Malay teenage girl and a Chinese boy, won awards at film festivals in Malaysia, Japan and France.

Yasmin, a Malay who married an ethnic Chinese convert to Islam, directed six movies between 2003 and 2008, delving into issues such as religious faith, parental abandonment, AIDS and sexual discrimination _ always against a backdrop that reflected the country's ethnic diversity.

Although her movies were well-received by most Malaysians, they faced criticism by conservatives who often accused her work of tarnishing Malay culture. In 2007, Islamic clerics slammed her movie "Muallaf" because its lead actress shaved her head for the role of a runaway girl, an act they said violated Muslim tenets by making a woman look like a man.

Government censors sometimes excised scenes from her movies that seemed too risque, including ones of an elderly couple bathing together and of a Muslim character seen in a Chinese restaurant that served non-halal food.

Yasmin is survived by her husband and two siblings. (AP- Sunday July, 26).


HOW ABOUT OUR

Listening to this news,my mind come crossing the life after the death. Related to her, if in this world she keeps going creating controversy, how about her life after the death? However, I don not want to talk a lot about her, but I want to bring u all to think our eternal home after this life. Where were we be put after we left this world? How our life there? Its enjoying or keep suffering? Think for it and take action!!

Keep realizing on this,


Tg Abd Ghafar Tg Ahmad
4.40pm
5 Syaaban 1430H
28 Julai 2009
Office, K.Terengganu

Saturday, July 25, 2009

Dunia SEKOLAH & Dunia RUMAH, bagi mereka tiada bezanya..

“TELUK INTAN: Seorang pelajar Tingkatan Dua membuat laporan polis mendakwa dirogol bapa kandungnya lebih 60 kali sejak November tahun lalu”- (Baca lanjut)

“KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki didakwa mencabul dua pelajar lelaki dengan melakukan seks oral dan onani terhadap mangsa berulang kali di dalam stor serta bilik persalinan di sebuah sekolah menengah di daerah Dungun, Terengganu.” – (Baca Lanjut)

Dua tajuk akhbar Berita Harian yang mengejutkan saya. Berita sebegini sering kali keluar dimuka-muka akhbar. Pelbagai langkah pencegahan telah dilakukan oleh pihak berkuasa, namun ianya terus berlaku..

Saya terkejut dengan berita ini kerana tempat kedua-dua jenayah ini berlaku ada kaitan dengan saya. Teluk Intan, merupakan tempat saya berpraktikal pada awal tahun ini selama empat bulan sehingga akhir bulan empat yang lepas. Lebih mengejutkan perkara itu berlaku di Hutan Melintang, tempat dimana saya menginap dan berpraktikal di Sek Men Keb Hutan Melintang. Tidak dapat dipastikan pelajar yang menjadi mangsa tersebut adalah daripada pelajar sekolah saya praktikal itu ataupun tidak. Ya atau tidak, bukan suatu yang penting untuk diketahui. Tetapi kesedaran kepada perkara hitam ini perlu dirungkai untuk ingatan kepada kita semua.

Kuala Terengganu pula adalah daerah tempat asal tinggal sehingga kini. Walaupun jenayah ini berlaku di daerah Dungun, namun Terengganu itu turut terkesan dihati saya.



Dunia Rumah & Dunia Sekolah
Jenayah seksual semakin berleluasa dan yang lebih parah ia telah dibawa ke tempat yang mulia iaitu sekolah. Tempat menimba ilmu jika telah dicemari dengan gejala seperti ini, maka institusi ini tidak akan dapaat memainkan peranannya sebaik mungkin.

Jika dirumah, ahli keluarga sendiri menjadi ‘syaitan’ dan jika di sekolah pula, guru menjadi ‘syaitan’. Cukup dasyat sekali jika dua dunia ini dipenuhi dengan ‘syaitan’ yang bukan hanya menyiksa fizikal bahkan mental dan jiwa mangsa.

Dua dunia ini mencorakkan perkembangan diri yang besar dalam jiwa remaja sekarang. Gejala sosial yang berlaku kini antaranya berpunca dengan keruntuhan dalam salah satu dunia ini. Rawatannya boleh didapati di dalam dunia yang satu lagi. Bagaimana jika ia berpunca melalui kedua-dua dunia ini? Dimanakah lagi rawatan boleh diberikan? Perlu difahami dalam kedua dunia ini, walaupun punyai ‘syaitan-syaitan’, namun masih ada lagi ‘malaikat’ yang sudi menolong dan mendoakan. Merekalah yang perlu memainkan peranan menyelamatkan si mangsa daripada ‘syaitan’ yang bermaharaja lela itu.

Guru-guru lain dan adik beradik lain, jangan dibiarkan perkara ini senyap sepi. Bantulah mereka yang memerlukan!Usah dibiarkan ‘syaitan-syaitan’ begini merosakkan orang lain pula! Jika tidak kita menjadi mangsa selepas itu, mungkin orang terdekat kita pula, jika kita biarkan mereka bebas sebebas bebasnya! Kurungkan ‘syaitan-syaitan’ ini, berilah mereka balasan setimpal dengan perbuatan mereka! Bebaskan kedua dunia ini dari golongan mereka!!!

Membenci Kezaliman & Penindasan

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.50pm
3 Rejab 1430H
25 Julai 2009
Rumahku, Pasir Panjang
Kuala Terengganu.

Thursday, July 23, 2009

Hukuman dan Keinsafan

"Saya rela diri disebat. Jika saya tidak dikenakan hukuman itu, mungkin sehingga sekarang saya tidak insaf.”

“Hukuman di dunia saya sudah terima, tetapi di akhirat kelak Allah saja yang menentukan”

“Jadi, nasihat (saya kepada) remaja di luar sana, nak berbuat apa-apa fikirkan tentang ibu bapa jika tidak mahu mereka dimalukan,"

Begitulah antara beberapa kenyataan dan penjelasan yang diberikan oleh Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 seorang model sambilan yang dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu.


Hukuman, Antara Keperitan, Malu dan Penginsafan.

Tidak kita nafikan apa yang dinamakan sebagai ‘hukuman’ itu merupakan suatu yang memberikan keperitan atau malu kepada orang disabitkan keatasnya. Seorang guru memberikan denda kepada pelajarnya kerana tidak menyiapkan tugasan dengan meminta pelajar tersebut berdiri luar kelas, denda atau hukuman ini walau tidak memberikan keperitan fizikal tetapi ia memberikan perasaan malu pelajar tersebut kepada pelajar-pelajar lain yang memandangnya. Namun niat yang diingin oleh guru tersebut untuk pelajar tersebut menginsafi perbuatannya adakah akan tercapai dengan hukuman ini?

Sesuatu hukuman yang diberikan dalam Islam adalah untuk memberikan keinsafan dan kesedaran bukan sahaja kepada pelaku bahkan juga kepada rakyat keseluruhannya. Hukuman tersebut yang dijalankan dikalayak ramai amat bertepatan kerana ia akan menjadi iktibar dan pedoman kepada masyarakat untuk tidak mengikut jejak pelaku dan jika dituruti, hukuman yang disaksikan itulah yang bakal diterima olehnya kelak.

Adakah keinsafan hanya akan terbit dengan hukuman?

Keinsafan tidak semestinya lahir dengan jatuhnya sesuatu hukuman tetapi ia lahir diatas dasar kesedaran. Islam tidak mahu menyeksa umatnya, namun jika pesalah itu merasakan dengan hukuman tersebut mereka mendapat keinsafan dan ketenangan, Islam meraikannya.

Seorang penzina datang berjumpa Rasulullah, menyatakan kesalahan dia dengan harapan Rasulullah memberikan hukuman keatasnya. Rasulullah berpaling dan meminta perempuan tersebut pulang. Sehingga tiga kali permintaan itu diajukan setelah Rasulullah menolak taip kali pengajuan itu dibuat, maka akhirnya Rasulullah menerima kehendak perempuan tersebut untuk dijatuhkan hukuman. Dengan hukuman tersebut, keinsafan yang dikejari oleh perempuan tersebut insyaAllah akan dapat ditemui bersama ketenangan jiwa selepas penghukuman dunia yang diterima.

Hukuman bagaimanakah yang dapat memberikan keinsafan?

Kita melihat dunia jenayah sekarang semakin menjadi-jadi. Pelbagai hukuman dan denda telah dilakukan oleh pihak pemerintah bagi membendung jenayah dan kesalahan yang dibuat oleh pelaku, namun kehampaan juga yang didapati pada akhirnya.



Pencipta dan Barang Yang Dicipta

“Tolong baiki televisyen saya yang rosak ini” minta seorang pakcik tua.

“pakcik silap hantar ni, saya bukan pembaiki televisyen tapi saya membaiki peti sejuk” ujar seorang mekanik sebuah kedai membaiki peti sejuk.

Dunia dan penghuninya sekarang yang sudah tua, diibaratkan sebagai pakcik tersebut, tidak lagi dapat mengenal pasti kemanakah yang patut dituju. Siapakah yang lebih berhak dan arif untuk membuat sesuatu polisi? Undang-undang manakah yang hendak digunakan keatas pesalah-pesalah? Allah sebagai pencipta manusia, amat kenal dan mengetahui yang baik dan yang buruk kepada manusia itu sendiri. Tetapi atas dasar keangkuhan dan kesombongan manusia, mereka tidak mengiktiraf beberapa perkara yang telah ditetapkan oleh Allah sebaliknya mengiktiraf perintah atau perkara yang memberikan manfaat dan keuntungan yang selari dengan kehendak kemahuan mereka.

Satu catatan sejarah telah terpahat. Pada abad 20-an, amerika syarikat yang memandang arak ini suatu yang memburukkan masyarakatnya dan menurunkan produktiviti negera mereka , menginginkan agar arak ini diharamkan dikalangan masyarakatnya. Pelbagai kempen kesedaran, pengiklanan, pengerahan jentera kerajaan dan polis digunakan bagi memastikan masyarakat mematuhi undang-undang pengharaman arak yang digubal. Sejumlah hampir 20juta dolar telah dihabiskan bagi tujuan tersebut. Apa yang didapati, masyarakat tetap dengan pendirian dan budaya mereka. Beratus ratus orang yang tetap mengekalkan tradisi meminum arak ini ditahan dan diseksa, tetapi tiada keinsafan terukir. Kerana melihatkan tuntutan rakyatnya yang bangkit serta bertegas mahukan peraturan ini dimansuhkan, kerajaan ketika itu terpaksa akur.

Sejarah yang berbeda dikala zaman Rasulullah, tempayan-tempayan arak dihempas begitu sahaja sebaik turunnya ayat larangan meminum arak. Pada zaman tersebut, arak ini boleh diibaratkan seperti minuman harian biasa bagi mereka namun atas dasar kesedaran ini mereka menuruti perintah Allah ini.



Kesedaran

Sedarlah kita akan hakikat sebenar penciptaan diri kita. Atas dasar kesedaran inilah, seseorang itu mampu untuk terus bertahan mengharungi segala cabaran dunia yang begitu hebat pada dahulu, kini dan akan datang. Kesedaran bahawa dunia ini hanyalah sementara dan satu kehidupan yang abadi bakal ditempuhi oleh semua antara kita.

Kartika Dewi yang kemungkinan menjadi wanita pertama dikenakan hukuman sebat dijatuhi maksimum enam sebatan dan denda RM5,000, atas kesalahan meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang, jam 11.40 malam, 11 Julai 2007 diharapkan memberikan pengajaran dan keinsafan kepada kita. Tahniah Kartika Dewi, semoga keinsafan yang didambakan akan dipertemukan untuk satu kehidupan bahagia yang panjang kelak.


~Yang Menginsafi Diri~

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
5.51 pm
1 Syaaban 1430H
23 Julai 2009
Pejabat, K. Terengganu

Saturday, July 18, 2009

Malaysia Menang Moral?

Pertama Tahniah dan Takziah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia atas kejayaan menjaring 2 gol sekaligus dikatakan menewaskan penjaga gol tersohor, Edwin Van der Sar dan Ben Foste dalam perlawanan dengan Manchester United sempena pembukaan Jelajah Asia 2009 semalam.

Sungguh pun diletakkan sebagai gergasi dunia, barisan Sir Alex Ferguson dimalukan oleh dua gol Amri - (anak kelahiran Tanjung Karang pada minit ke-45 dan 53) ketika ramai menyangka akan dilumat habis-habisan oleh pelawat perkasa itu berpandu kepada kunjungan terakhir pada 2001 berakhir dengan kekalahan 6-0.




Malaysia Menang Moral?
Saja saya nyatakan pertanyaan ini kerana baru-baru ini satu tajuk akhbar berita harian menyebut hal berkaitan menang moral ini. BN dikatakan menang moral selepas tewas tipis kepada PAS.

"Kejayaan tipis Pas itu bagaimanapun memberi kemenangan moral kepada Barisan Nasional (BN) kerana bukan saja berjaya menembusi kubu kuat Pas di Manek Urai, bahkan ia turut memberi isyarat lantang bahawa penduduk Kelantan kini tidak lagi mahu terus dibelenggu dengan hanya nasihat, doa dan bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini" - Berita Harian, Rabu.

Kadang-kadang terasa geli hati dengan kenyataan sebegini. Sudah kalah tapi tidak mahu mengaku kalah & kerana hendak berbunyi atau dikatakan menang, menang moral digunakan. Memang tugas akhbar kerajaan mengangkat diri sendiri agaknya, fikirku..

Dalam Islam, memang tidak dinafikan bahawa menang itu suatu yang subjektif. Bukan diukur dengan mata atau kiraan. sebagai contoh seorang yang berhujah atau berdebat, tidak dikatakan kalah kepada sipenghujah yang ketandusan hujahnya jika dia menerima hujah tersebut untuk kebaikan dirinya. Bersabar dalam pergaduhan, itu juga dikatakan menang. Islam ini cukup indah. Kebaikan itu dimana-mana, cuma kita sahaja perlu menyingkapinya..

~Malaysia Menang Moral Jika Kekalahan ini dimunasabahkan untuk peningkatan Prestasi~
~Tahniah Pasukan Bola Malaysia!~

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
8.38am
26 Rejab 1430H
19 Julai 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Thursday, July 16, 2009

Aku yang KERDIL & serba KEKURANGAN


“Siapalah kita ini, agama pun kurang” saya membalas kata-kata sahabat yang memuji diri ini.


Dalam keletihan menebas semak samun dan mencari durian yang gugur di bumi, kami banyak berkongsi pengalaman dan mengenali satu sama lain.

Hari ini seharian saya berehlah bersama dengan sahabat-sahabat junior di kebun durian akhi Aiman. Sungguh seronok dan gembira dapat bersama dengan mereka dalam siri pengembaraan ini.

Aiman, salah seorang daripada mereka

Keseronokan & kegembiraan ini bukan sahaja kerana dapat menikmati durian yang lazat tetapi lebihlebih lagi kerana dapat bersama-sama dengan mereka yang hebat-hebat dalam agama. Walau mereka ini junior, baru selesai tamat STAM di SMAASZA dan bakal menyambung pengajian di al-Azhar pada hari raya ke-9 nanti tetapi tak dapat dinafikan ilmu mereka cukup tinggi dan semestinya lebih tinggi daripada saya ini.

“Kamal dapat anugerah kebangsaan!!” laung salah seorang daripada mereka memberitahu kepada rakan-rakan yang lain.

Akhi Kamal, seorang amir(ketua) usrah dikalangan mereka bakal dinobatkan sebagai pelajar STAM terbaik negeri dan kebangsaan. Kamal yang juga akan melanjutkan pelajaran kesana pada tarikh yang sama, mengambil kelainan apabila bakal menyambung pelajaran dalam bidang usuluddin. Berbeda dengan sahabat-sahabat yang lain yang mengambil syariah. Usuluddin dikatakan agak sukar berbanding dengan syariah. Kamal memang selayaknya menyambung dalam bidang ini.


Muzani


“abg Tg belajar di UPSI macam mana?” Tanya Muzani, seorang yang berbadan sasa bermotorkan 135 LC.

“belajar macam U U lain juga, pergi kuliah dan ada assignment” saya menjawab ringkas.

Sememangnya belajar ilmu keduniaan ini berbeda dengan belajar ilmu agama.

Mengimbau kisah hidup saya lalu, sebaik selepas selesai UPSR, diri ini lebih cenderung untuk mengikuti pengajian agama. Abg Ipar saya menuruti hasrat saya, membawa saya pergi interview di salah satu maahad di Terengganu ini. Alhamdulillah saya lulus dan mendapat surat untuk hadir mendaftar.

Perancangan & takdir Allah mengatasi segalanya. Tiba pada hari mendaftar, hati ini telah bertukar dan ingin masuk ke sekolah agama terkenal di Kuala Terengganu, sama ada Sek Men Sheikh Abd Malik, SMAASZA atau KOSPINT, justeru ditnggalkan sahaja borang pendaftaran yang telah siap diisi.

Perjumpaan Alumni KOSPINT

Terkenang seketika, jika dulu saya menuntut di Maahad, apa yang bakal saya jadi sekarang?

Kini saya bakal seorang guru. Takdir Allah menetapkan selepas tamat sekolah di KOSPINT, melanjutkan pelajaran di KMNS dan seterusnya UPSI. Mempelajari ilmu keduniaan, biologi, kimia, fizik, math, English, subjek pendidikan dan beberapa lagi kemahiran keduniaan yang lain. Di mana ilmu agama? Tiada lansung. Itu jika hanya bergantung kepada kuliah dan kelas yang ditetapkan di UPSI. Ilmu agama yang dipelajari diKOSPINT & KMNS, tidak dibiarkan kering begitu sahaja, kuliah-kuliah ustaz disurau koleh dan dimasjid Jamek Tanjung Malim serta usrah merupakan sumber utama bagi saya dalam memperdalamkan ilmu agama.

sahabat-sahabat UPSI yang turut sama dahagakan ilmu agama

Kini, saya masih lagi mengekalkan sumber pertama ini dalam mendalami ilmu agama. Kuliah pengajian di Surau Ikhwan tidak terlepas untuk dihadiri.

Hati ini sangat teringin untuk turut sama merasai berada dibumi Anbia’. Merasai suasana berada dikalangan mereka yang bertutur bahasa al-Quran, dikelilingi oleh para ulama’ muktabar dan merasai iklim di sana juga.

“Belajar ilmu agama dan nak jadi alim bukan semestinya kena masuk al-Azhar dulu” ulas seorang ust. Kata-kata ini kadang menjadi pengubat hati bila mengenangkan adakah saya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana bagi menuntut ilmu. Terasa diri ini amat jauh berbanding mereka. Aku yang Kerdil dan serba Kekurangan.



“Ya Allah, Engkau mengetahui yang terbaik buat hambaMu ini. Boleh jadi saya membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi saya, dan boleh jadi saya menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi saya. Allah yang Maha Mengetahui, tunjukkanlah jalan yang terbaik buat diri ini dalam mencari RedhaMu..Amin..”


~Aku yang KERDIL & serba KEKURANGAN~

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.04 am
24 Rejab 1430H
17 Julai 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu

Tuesday, July 7, 2009

Banner PMIUPM:Azali Mohammad Diminta Beri Penjelasan


Pihak Pro Mahasiswa UPM masih lagi belum menerima sebarang penjelasan daripada TNC Bhep UPM, mengenai sikap beberapa staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang bertindak mengoyakkan ketiga-tiga Banner PMI UPM sempena menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru beberapa hari yang lalu. Azali Mohammad, dikaitkan dengan tindakan tersebut berikutan perbuatan anak buah jagaannya yang sepatutnya menerima arahan daripada beliau sebelum melakukan sebarang tindakan.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam, Saudara Safwan Abdul Ghani ketika diminta mengulas mengenai perkara ini menjelaskan bahawa “Sehingga kini, pihak TNC BHEP, masih belum lagi memberi sebarang penjelasan. Beliau perlu menjawab dan memberi penjelasan mengenai perkara ini, kerana perbuatan ini adalah daripada anak buah jagaannya. Kita tidak mahu sebarang ketegangan yang berlaku, akibat daripada perbuatan beberapa inividu yang tidak bermoral dan memalukan universiti ini.”

Difahamkan, walaupun sudah mendapat kelulusan daripada Bahagian Keselamatan UPM, beberapa pegawai dan staf BHEP telah bertindak mengoyakkan kesemua Banner terbabit tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Sumber:
www.promahasiswaupm.wordpress.com

Friday, July 3, 2009

3 Perkara Yang Boleh Mematikan Hati




Assalamualaikum, Alhamdulillah saya dapat menghadiri satu program bermanfaat bersama-sama rakan seperjuangan pada hujung minggu ini. Sedikit perkongsian daripada saya, izinkan saya menyampaikan balik tazkirah subuh yang telah disampaikan oleh Ust Syahrizan pagi tadi. 3 Perkara yang boleh mematikan hati.

Yang pertama adalah Cinta kepada dunia dan Takut mati. Semua antara kita maklum satu hadis masyur yang pernah menyebut perkenaan perkara ini iaitu hasil daripada penyakit yang disebut Rasullullah s.a.w sebagai Wahan. Cinta kepada dunia dan mencari Redha Allah tidak akan boleh berada bersama-sama dalam satu hati. Jika dalam hati ini tertanam kecintaan kepada dunia, nescaya redha Allah akan ditinggalkan dan begitulah sebaliknya. Ramai dikalangan umat kini takut akan mati. Mereka berasa belum masanya untuk mereka tinggalkan alam dunia ini. Berbeda dengan sahabat-sahabat dahulu yang mana mereka cintakan mati sebagaimana orang kafir cintakan kehidupan ini. Menurut seorang ulama’ mati adalah pemutus kepada dosa dan pahala. Justeru sahabat-sahabat terdahulu merasakan cinta kepada kematian, lebih-lebih lagi memburu syahid kerana semakin lama kehidupan ini, semakin banyak dosa yang diperbuat. Begitulah iman sahabat2 terdahulu, bagaimana dengan kita?


Dengki yang membawa kemarahan

Yang kedua adalah perasaan bakhir. Bakhir ini berbeza dengan tamak. Tamak tidak melibatkan harta orang lain tetapi bakhir ini, dia bukan sahaja kedekut dengan hartanya bahkan inginkan harta orang lain turut hilang dan kembali kepadanya. Satu perkara yang sinonim dengan bakhir, yang disebut dalam kita Bidayatul Hidayah oleh Imam Ghazali, apabila seseorang itu mempunyai sifat bakhir, maka akan wujud satu lagi sifat iaitu dengki. Sahabat sekalian, dengki memakan kebaikan sebagaimana api memakan daun-daun kering.

Dan sifat yang ketiga adalah ujub. Ujub berbeza dengan riya’. Ulama ada menyebut bahawa sifat ujub ini adalah sifat orang bodoh. Jika riya’ ini, seseorang itu inginkan melihatkan amalannya kepada orang lain, makna kata dia ada alasan dan sebab. Tetapi ujub ini merasakan diri sendiri hebat dan bagus walaupun berada sendirian. Sahabat yang dikasihi Allah sekalian, ketahuilah bahawa manusia ini tiada daya upaya untuk melakukan sesuatu jika bukan dengan izin Allah. Sedangkan setiap helaian daun yang gugur kebumi juga dengan ketentuan Allah taala, begitu juga dengan tiap perkara yang kita lakukan. Justeru, kita kena sentiasa beringat akan diri kita sebagai hamba yang tersangat lemah ini.


sendirian dilaut

Ana rasa cukup sekadar itu dahulu sedikit perkongsian bersama-sama sahabat-sahabat. Mohon kita terus ditetapkan Iman berada pada JalanNya ini. Ingatlah bahawa hati-hati ini sentiasa dalam genggamanNya dan Allah berkuasa menentukan apa sahaja buat hambaNya. Kita sentiasalah memohon dikurniakan hidayah petunjuk untuk mengharungi kehidupan yang kian hari makin singkat untuk bertemu dengan Sang Pencipta. Suatu yang pasti. Semoga kita dikembalikan kepadaNya dengan hati yang hidup subur, bukan hati yang mati..


“Ya Allah, Jika hati ini hitam, maka Kau putihkanlah. Jika hati ini sakit, maka kau sembuhkanlah. Jika hati ini rosak, maka Kau perbaikilah & Jika hati ini telah mati, maka Kau gantikanlah hati ini dengan hati yang baru…”

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
2.01 pm
4 Julai 2009
Negeri Sembilan

Wednesday, July 1, 2009

Preparation in Rejab


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Template by - Abdul Munir - 2008