Saturday, November 10, 2018

Islam Agama Keamanan



SICARIO 2 : Day Of The Soldado adalah sebuah filem keluaran Hollywood yang mengaitkan Islam dengan keganasan. 

Filem ini mengisahkan tentera Amerika yang ingin membanteras penyeludupan dadah di sempadan Amerika-Mexico. 

Semua sedia maklum Amerika mempunyai masalah dalam mengatasi penyedupan dadah dan migrasi penduduk melalui sempadan negara Uncle Sam sejak dulu lagi. 

Dikisahkan umat Islam yang dilabelkan pengganas bertindak sebagai pengebom ingin menyeludup masuk melalui sempadan ini. 

Jika kita mengamati sempadan Amerika-Mexico pasti kita akan kehairanan bagaimana pengganas Islam boleh berada di sana. 

Suatu yang memang tidak logik. 

Tapi itulah Hollywood. 

Mereka akan sedaya upaya menunding jari kepada Islam sebagai pengganas hatta terpaksa membuat satu filem yang tidak masuk akal.

Apa yang kita sedih dan kesali, propaganda ini bukan hanya melibatkan Hollywood sahaja bahkan kini industri perfileman tanahair sendiri bertindak men’terrorist’kan Islam.

Polis EVO 2 sebuah filem yang diarahkan oleh pengarah Non Muslim keluaran Astro Shaw yang dimiliki oleh Non Muslim. 

Kebanyakan pelakon di dalam filem ini adalah orang Muslim termasuk seorang dari mereka adalah orang Terengganu. 

Melihat trailer filem ini di Youtube, satu sahaja yang Cikgu Tg boleh ucapkan, memang biadap!

Walaupun filem ini tidak secara jelas menyatakan Islam sebagai pengganas namun perwatakan dan ungkapan-ungkapan yang melambangkan agama seperti Tuhan, Wali, Dosa, Syurga, dan Neraka jelas melambangkan identiti yang ingin mereka bawakan.

Filem sebegini tidak layak untuk ditayangkan. 

Jagalah sensitiviti Umat Islam di negara ini. 

Jika bukan kita yang mengagungkan Islam, siapa lagi? 

#Boikot
#PenjajahanPemikiran
#IslamAgamaKeamanan

- Cikgu Tg -
3.45 pm
10 November 2018
Shah Alam, Selangor ;&




Thursday, June 6, 2013

Jangan Pisahkan Trio Kepimpinan ini.


Jangan Pisahkan Trio Kepimpinan ini.


1. Tiada dikotomi antara ulama', profesional dan aktivis dalam PAS. Ini penegasan saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Malah ini juga konsensus kami seluruh saf kepimpinan Jawatan Kuasa Harian, EXCO dan seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sebarang usaha memisahkannya adalah kerja jahat musuh luar atau dalam yang mahu merosakkan reputasi PAS sebagai sebuah Gerakan Islam unggul di negara ini.


2. Ulama' memerlukan Profesional dan Aktivis bagi memacu perjuangan suci ini ke mercu jaya. Sebagaimana Profesional memerlukan Ulama' untuk terus memimpin dan mentarbiyah serta memandu arah bahtera perjuangan ini. Demikian jua Ulama' dan Profesional tidak boleh meminggirkan para Aktivis PAS untuk melaksanakan tugas - tugas besar perjuangan ini agar ia dipikul bersama dan menempa kejayaan dengan gemilang.


3. Kepimpinan Ulama' bukan istilah atau slogan juga bukan konsep untuk mewujudkan dikotomi sekaligus memisahkan Trio Kepimpinan PAS yang berlangsung sejak dulu. Sebaliknya Kepimpinan Ulama' adalah konsep sebuah Kepimpinan "Ilmu" dan "pendokongnya yang berilmu" menepati kehendak Islam untuk memimpin perjuangan atau parti ini dengan benar dan pula menepati Manhaj Perjuangan Islam. Bukan konsep kepimpinan yang memisahkan semua unsur baik dan positif bagi memperkukuhkan jamaah.


4. Semua pihak mesti menginsafi keperluan Trio Kepimpinan ini. Ulama', Profesional dan Aktivis mesti saling kukuh mengukuh bukan runtuh meruntuh, saling bina membina bukan saling hina menghina dan saling bentuk membentuk bukan saling kutuk mengutuk. Justeru semua segmen mempunyai kekurangan tersendiri yang mesti diakui sebagaimana semua segmen itu juga mempunyai kelebihan tersendiri yang mesti dihormati.


5. Apabila kesilapan atau kepincangan berlaku, maka ia adalah mewakili individu tersebut bukan ulama' atau profesional atau aktivis. Jangan rosakkan institusi Ulama', Profesional dan Aktivis yang merupakan institusi penting untuk kekal dan wujud dalam bahtera perjuangan ini. Sebagai contoh, apabila seorang guru melakukan perbuatan mungkar seperti zina maka kita tidak boleh menghukum Guru adalah Penzina sebaliknya individu tersebutlah penzina. Demikian juga dalam hal ini.


6. Kepimpinan Ulama' yang diperjuangkan dan diasaskan sejak 1982 yang lalu dan menjadi Konsep Kepimpinan yang sangat berjaya menjulang PAS sebagai sebuah Gerakan Islam Kontemporary yang disegani dari dalam dan luar negara akan terus dipertahankan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan gandingan seimbang serta sepadu antara Ulama', Profesional dan Aktivis.


7. PAS adalah sebuah gerakan yang memperjuangkan Islam agar cara dan gaya hidupnya dapat direalisasikan dalam masyarakat negara kita. Justeru itu, pemimpin dan anggotanya mesti berilmu bagi memastikan dasar dan matlamat perjuangan dapat didokong serta dilaksanakan dengan baik. Berilmu bukan sahaja kewajipan pemimpin dan anggota PAS malah ia adalah kewajipan asas seorang muslim justeru Islam menentang dan memusuhi kejahilan.


8. Mana - mana individu atau pihak yang meletakkan diri mereka bertentangan dengan dasar dan matlamat perjuangan Islam yang didokong oleh PAS, hendaklah diluruskan agar ia kembali melandasi matlamat dan dasar perjuangan yang betul. Ulama' kah ia, Profesional kah ia atau Aktivis kah ia , itu bukan persoalannya. Persoalannya sikap individu yang memesong diri dari dasar, matlamat, ilmu, amal, adab dan akhlak perjuangan Islam mesti diluruskan. Sementara kebiadaban dan kedegilan mempertahankan sikap yang salah itu pula mesti ditentang.


9. Islam adalah agama hikmah. Islam adalah agama yang maha luas dan kaya dengan pendekatan yang hebat dan menarik menepati zaman dan tempat. Maka pendokongnya juga mesti berhikmah dan berpandangan luas serta hebat seiring dengan kehebatan Islam dalam melayan karenah zaman, tempat dan seluruh warganya.


10. Kepimpinan Ulama' adalah antara hikmah yang dipamerkan oleh PAS yang menggandingkan semua segmen [Ulama', Profesional dan Aktivis secara seimbang dan sepadu]. Gandingan ini pula melahirkan sebuah kehebatan bagi meletakkan PAS mampu bersaing dipentas politik moden pada hari ini. Lantaran itu, usah tolak Kepimpinan Ulama' sebaliknya tolak individu atau mereka yang merosakkan jamaah, mereka yang membocorkan rahsia jamaah, mereka yang menikam jamaah dari belakang, mereka yang menabur fitnah dan tohmahan dalam jamaah, mereka yang melaga - lagakan pemimpin dan 1001 salah laku yang mesti diaudit dengan teliti terlebih dahulu sebelum memuktamadkan tindakan .



Ringkas Pengalaman Saya


a] Zaman Dato' Mahfuz Omar menjadi Ketua DPPP dan Sdr Yb Salahudin Ayub menjadi Timbalan Ketua DPPP, pada waktu itu saya adalah EXCO DPPP dan saya menyokong dan mendokong kepimpinan beliau masa rebah dan tegak.


b] Zaman Yb Salahudin Ayub menjadi Ketua DPPP sementara Ust Idris Ahmad menjadi Timbalan Ketua DPPP bergandingan dengan Sdr Mazlan Aliman sebagai naib Ketua DPPP dan kemudiannya saya menjadi Timbalan Ketua DPPP. Saya menyokong dan mendokong kepimpinan beliau masa jatuh dan bangun.


c] Dua penggal kepimpinan Dato' Mahfuz dan tiga penggal kepimpinan Yb Salahudin Ayub [10 tahun] saya bekerja di bawah mereka dan saya selesa bersama mereka tanpa mencetuskan polemik kepimpinan ulamak.


d] Kini saya dengan segala kelemahan diri ditakdir dan dipilih oleh jamaah untuk memimpin DPPM, Ust Azman Syafawi dan Ust Nik Mohd Abduh bergandingan dengan Sdr Sabki Yusuf dan Dr Raja Iskandar masing - masing sebagai Timbalan dan Naib Ketua DPPM selama dua penggal saya menerajui DPPM, saya harap polemik kepimpinan Ulama' tidak dicetuskan. Justeru ia adalah gandingan mantap yang dipertahankan sejak dulu.


Salam dari bumi Multazam


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Wednesday, August 15, 2012

CARA MENYAMBUT AIDIL FITRI MENURUT SUNNAH

CARA MENYAMBUT AIDIL FITRI MENURUT SUNNAH

Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Agung umat Islam ini adalah dengan :

1.Zikir, Takbir, Tahmid, taasbih dan Tahlil.

Banyak berzikir membesarkan Allah, bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

2. Membersih dan mengemas diri.

Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

3. Mandi Sunat.

Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta’, bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

4. Makan sebelum menunaikan solat sunat hari raya.

Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri berpandukan hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

5. Mengerjakan Solat Sunat Aidil Fitri

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki sebagaimana mafhum hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi. Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-’Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

6. Mendengar Khutbah.

Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi ‘Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

7. Memakai pakaian cantik dan terbaik.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik yang termampu. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

8. Ucapan Tahniah dan Ucap Selamat Hari raya dan Doa.

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

Monday, July 16, 2012

Haidh dan Berpuasa

1.PEREMPUAN HAIDH BERPUASA

Soalan:

Apakah hukum perempuan yang haidh berpuasa?

Jawapan:

Haram kepada perempuan yang berhaidh berpuasa sama ada puasa fardu atau pun sunat dan puasanya tidak sah.

Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Said al Khudri r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Bukankah ketika dia kedatangan haidh, dia tidak sembahyang dan berpuasa.”(riwayat Bukhari dan Muslim)

Ijmak ulama’ bahawa haram kepada perempuan yang berhaidh berpuada sepanjang tempoh haidhnya.

2.MENAHAN LAPAR KETIKA HAIDH

Bolehkah perempuan yang berhaidh menahan lapar dengan tujuan berpuasa?

Jawapan:

Perempuan yang haidh menahan lapar dengan tujuan berpuasa adalah berdosa, tetapi jika dia tidak makan bukan tujuan berpuasa tidak mengapa. Ini adalah pendapat Al Auza’ie, Malik, al Thauri dan Abu Thaur.

3.MENGQADHA’KAN PUASA

Soalan:

Apakah hikmah puasa wajib diqada’kan sedangkan solat tidak wajib diqadha’kan?

Jawapan:

Ibn al Qayyim  dalam kitabnya I’lam al Muwaqqi’in menerangkan hikmah kewajipan mengqadha’berpuasa terhadap perempuan yang haidh dan tidak diwajibkan pula mengqadha’kan solat. Beliau berkata: “Kewajipan berpuasa ke atas perempuan berhaidh tanpa mewajibkan solat menunjukkan keindahan syariat Islam yang penuh hikmah yang mengutamakan kemaslahatan umat manusia yang mukallaf.”

“Solat yang dilakukannya pada hari-hari suci memadai untuk menampung semua solat yang ditinggalkan semasa hari-hari haidh. Oleh itu kemaslahatan solat pada hari-hari suci terhasil untuknya kerana dilakukan berulan-ulang pada setiap hari.”

“Ini berlainan dengan puasa yang tidak dilakukan berulan-ulang setiap hari, ia hanya dilakukan pada satu bulan sahaja dalam setaqhun.jika digugurkan kewajipan berpuasa dengan sebab haidh, maka tidak ada cara lain untuk mendapatkan ibadat yang sebanding dengannya, dan hilanglah kemaslahatan puasa. Oleh itu wajib berpuasa selama sebulan pada hari suci supaya kemaslahatan puasa yang merupakan kesempurnaaan rahmat Allah dapat diperolehi.”

Begitu juga jika diwajibkan mengqadha’kan solat yang banyak tertinggal akan mendatangkan kesusahan kerana haidh akan dating pada setiap bulan, berlainan dengan puasa hanya diwajibkan SEBULAN DALAM TEMPOH SETAHUN.SEMUA INI ADALAH KEMUDAHAN YANG Allah SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya.

4.HAIDH KELUAR SEMASA SEDANG BERPUASA

Soalan:

Bagaimana jika haidh dating ketika sedang berpuasa?

Jawapan:

Perempuan yang dating haidh ketika sedang berpuasa maka batal puasanya walaupun ketika waktu hamper tenggelam matahari.

Pausanya batal jika darah yang keluar sampiai pada zahir kemaluannya. Jika aia hanya meraskaan peralihan kedatangan haidh di saat hamper tenggelam matahari dan dearah itu hanya keluar setelah tenggelam matahari maka puasanya sah. Hal ini kerana darah yang masih terdaopat di bahagian dalam rongga tidak ada hukum baginya.

Hal ini berdasarkan peristiwa Nabi SAW ditanya mengenai perempuan yang bermimpi , adakah ia wajib mandi, lalu baginda menjawab yang dia wajib mandi sekiranya dia melihat adanya air.

Baginda SAW mengaitkan hokum wajib mandi dengan melihat adanya air mani bukan dengan peralihan air mani itu dari dalam dirinya. Begitulah juga halnya dengan haidh, maka hukumnya tidak sabit kecuali setelah MELIHAT IANYA BETUL-BETUL KELUAR BUKAN SEMATA-MATA DENGAN PERALIHAN DARI DALAM.

5.HAIDH BERHENTI SELEPAS WAKTU FAJAR

Soalan:

Bolehkah berpuasa jika haidh berhenti selepas terbit fajar?

Jawapan:

Ketika terbit fajar perempuan masih berhaidh maka puasanya pada hari itu tidak sah. Begitu juga jika haidhnya tamat sebaik sahaja terbit fajar kerana ketika waktu itu dia tidaqk diperintahkan untuk berpuasa.

Sumber:http://ibnuabbas.wordpress.com/2012/07/16/haidh-dan-puasa/

Monday, May 28, 2012

Tolonglah sedaya yang mampu



"Kali ni ana tak 'serious', tak gurau dah",maklum Ust Azrul pada ana seusai ana mendaftarkan kontijen Negeri Sembilan. Ust Azrul sebelum ini memaklumkan bahawa saya dikehendaki membaca al-Quran sebagai pembukaan kepada Majlis Muktamar MGP PASTI Malaysia.

"Ana minta tolong nta untuk bacakan doa. Ust yang ditugaskan keluar hantar zaujah dia tadi, tak balik-balik lagi", Ust Azrul menjelaskan situasi sebenar dan hasratnya.

"InsyaAllah ana tolong mana yang mampu", jawabku tanpa menolak walaupun dalam hati terasa kurang senang untuk menerima permintaan tersebut.

Apa pun, sambutan Hari Guru tahun ini sangat meriah..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
10.45pm,
28 Mei 2012,
Ketua Kontijen,
Rombongan Guru PASTI,
PASTI Negeri Sembilan Darul Khusus

Saturday, March 24, 2012

Ekzema mendatangi Anis




Bermula dengan luka kecil di kedua lengan Anis, seterusnya digaru sentiasa yang menyebabkan luka tersebut lambat baik. Anis yang selalu kepanasan dan berpeluh tidak dapat lari daripada menggaru muka,kepala dan bahagian bawah lehernya. Terkadang berdarah akibat cakaran kuat tangannya.

Kini kesan luka cakarannya semakin membesar dan kelihatan merebak dengan cepat ke bahagian lain badannya. Tanpa berlengah, kami membawa Anis ke klinik untuk emendapatkan rawatan. Doktor mengesahkan Anis mengidapi penyakit Ekzema.

Sedikit maklumat berkenaan penyakit ini, saya kongsikan buat para ibubapa yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan anak-anak.

Apa itu ekzema?
Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?
Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?
Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?
Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?
Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?
Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?
Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?
Inilah apa yang kami tahu:

• Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.

• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?
Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:

• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.

• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.

• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.

• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.

• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.

• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Sumber: http://www.babycenter.com.my/malay/baby/health/ekzema/

Abu Insyirah,
8.42pm,
24 Mac 2012,
Bandar Springhill

Friday, December 9, 2011

Kecil tapi Besar


"Abang tak balas pun 'message' Sayang",keluh isteriku pada Hari Ulangtahun perkahwinan kami baru-baru ini,27 Zulhijjah 1432.

"Ok,ok,nanti Abang balas. Masa Sayang 'massage' tu Abang tengah ada kerja, itu yang tak sempat balas lagi. Maafkan Abang yer..",pujuk rayuku agar hatinya tidak tersinggung lebih dalam..

Tanpa disedari aku telah pun setahun menyulusuri kehidupan sebagai seorang suami dan kini juga telah bergelar seorang Ayah. Masa diakhir zaman ini dirasakan begitu pantas, hari-hari yang berlalu jika tidak dimanfaatkan sebetulnya pasti tidak terasa apa-apa dan datang lagi pada minggu hadapan, begitu singkat sekali.

"Baru je rasa hari Selasa minggu lepas, alik-alik harini dah hari Selasa balik"rungut seorang teman.

Indahnya lirik yang ditulis dan lagu nasyidnya yang didendangkan oleh Allahyarham Ustaz Asri(semoga Allah merahmati Allahyarham) bertajuk '7 Hari'.

7 Hari

Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Hari Ini, Hari Isnin
Salahkah Tempatku
Salah Waktuku
Apakah, Rahsianya
Seakan Selasa Baru Menjelma

Pastasnya Masa Berlalu
Meninggalkanku
Bagai Mimpi
Terumbang Ambing
Seakan Dilanda Badai Di Dalam Jiwa

Nafas Terhenti, Alam Membisu
Terhenti, Tertunggu Ditimpa Ragu
Rabu, Khamis, Jumaat Dan Sabtu
Tiada Bedanya, Tiada Syahdu

Di Dalam Jiwa, Pesana Tertera
Kepalsuan Cuma Seketika Sejauh Mana Santapan Hawa
Pabila Malam Dijemput Senja
Di Kala Jiwa Digamit Duka
Kebenaran Akan Menghilang Gelita (Namun)
(Tik Tak Di Telinga)

Jam Di Dinding Pukul Tiga Pagi

Hairan, Tidak Terasa Seperti Malam Hari
Tak Tersedarkah Aku, Mengapa Begini
Butakah Kalbuku, Kelamnya Hati.

http://m.youtube.com/watch?desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DerOiLxi3sjo&v=erOiLxi3sjo&gl=US

Hari Ulangtahun Perkahwinan Kami Yang Pertama.
Malam 27 Zulhijjah 1431 aku melafazkan akad, menyatakan suatu perjanjian untuk menjaga amanah Allah yang juga satu anugerah besar buatku. Tiada yang istimewa dalam memperingati Hari Ulangtahun Perkahwinan kami, satu pesanan ringkas(sms) dan sebiji kek. Ringkas tapi bermakna.

Peringatan buat para suami, jangan dilupakan hari-hari bermakna dalam kehidupan hari-hari bermakna dalam kehidupan isteri anda. Pastikan ada hadiah atau ole-ole sebagai tanda ingatan. Paling kurang pun, cukuplah dengan satu sms, nampak kecil tapi besar..

Yang setahun bergelar suami,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
5.32 am,
14 Muharram 1432H,
10 Disember 2011,
Rumah Mak, Kuala Terengganu.

Template by - Abdul Munir - 2008