Monday, July 16, 2012

Haidh dan Berpuasa

1.PEREMPUAN HAIDH BERPUASA

Soalan:

Apakah hukum perempuan yang haidh berpuasa?

Jawapan:

Haram kepada perempuan yang berhaidh berpuasa sama ada puasa fardu atau pun sunat dan puasanya tidak sah.

Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Said al Khudri r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Bukankah ketika dia kedatangan haidh, dia tidak sembahyang dan berpuasa.”(riwayat Bukhari dan Muslim)

Ijmak ulama’ bahawa haram kepada perempuan yang berhaidh berpuada sepanjang tempoh haidhnya.

2.MENAHAN LAPAR KETIKA HAIDH

Bolehkah perempuan yang berhaidh menahan lapar dengan tujuan berpuasa?

Jawapan:

Perempuan yang haidh menahan lapar dengan tujuan berpuasa adalah berdosa, tetapi jika dia tidak makan bukan tujuan berpuasa tidak mengapa. Ini adalah pendapat Al Auza’ie, Malik, al Thauri dan Abu Thaur.

3.MENGQADHA’KAN PUASA

Soalan:

Apakah hikmah puasa wajib diqada’kan sedangkan solat tidak wajib diqadha’kan?

Jawapan:

Ibn al Qayyim  dalam kitabnya I’lam al Muwaqqi’in menerangkan hikmah kewajipan mengqadha’berpuasa terhadap perempuan yang haidh dan tidak diwajibkan pula mengqadha’kan solat. Beliau berkata: “Kewajipan berpuasa ke atas perempuan berhaidh tanpa mewajibkan solat menunjukkan keindahan syariat Islam yang penuh hikmah yang mengutamakan kemaslahatan umat manusia yang mukallaf.”

“Solat yang dilakukannya pada hari-hari suci memadai untuk menampung semua solat yang ditinggalkan semasa hari-hari haidh. Oleh itu kemaslahatan solat pada hari-hari suci terhasil untuknya kerana dilakukan berulan-ulang pada setiap hari.”

“Ini berlainan dengan puasa yang tidak dilakukan berulan-ulang setiap hari, ia hanya dilakukan pada satu bulan sahaja dalam setaqhun.jika digugurkan kewajipan berpuasa dengan sebab haidh, maka tidak ada cara lain untuk mendapatkan ibadat yang sebanding dengannya, dan hilanglah kemaslahatan puasa. Oleh itu wajib berpuasa selama sebulan pada hari suci supaya kemaslahatan puasa yang merupakan kesempurnaaan rahmat Allah dapat diperolehi.”

Begitu juga jika diwajibkan mengqadha’kan solat yang banyak tertinggal akan mendatangkan kesusahan kerana haidh akan dating pada setiap bulan, berlainan dengan puasa hanya diwajibkan SEBULAN DALAM TEMPOH SETAHUN.SEMUA INI ADALAH KEMUDAHAN YANG Allah SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya.

4.HAIDH KELUAR SEMASA SEDANG BERPUASA

Soalan:

Bagaimana jika haidh dating ketika sedang berpuasa?

Jawapan:

Perempuan yang dating haidh ketika sedang berpuasa maka batal puasanya walaupun ketika waktu hamper tenggelam matahari.

Pausanya batal jika darah yang keluar sampiai pada zahir kemaluannya. Jika aia hanya meraskaan peralihan kedatangan haidh di saat hamper tenggelam matahari dan dearah itu hanya keluar setelah tenggelam matahari maka puasanya sah. Hal ini kerana darah yang masih terdaopat di bahagian dalam rongga tidak ada hukum baginya.

Hal ini berdasarkan peristiwa Nabi SAW ditanya mengenai perempuan yang bermimpi , adakah ia wajib mandi, lalu baginda menjawab yang dia wajib mandi sekiranya dia melihat adanya air.

Baginda SAW mengaitkan hokum wajib mandi dengan melihat adanya air mani bukan dengan peralihan air mani itu dari dalam dirinya. Begitulah juga halnya dengan haidh, maka hukumnya tidak sabit kecuali setelah MELIHAT IANYA BETUL-BETUL KELUAR BUKAN SEMATA-MATA DENGAN PERALIHAN DARI DALAM.

5.HAIDH BERHENTI SELEPAS WAKTU FAJAR

Soalan:

Bolehkah berpuasa jika haidh berhenti selepas terbit fajar?

Jawapan:

Ketika terbit fajar perempuan masih berhaidh maka puasanya pada hari itu tidak sah. Begitu juga jika haidhnya tamat sebaik sahaja terbit fajar kerana ketika waktu itu dia tidaqk diperintahkan untuk berpuasa.

Sumber:http://ibnuabbas.wordpress.com/2012/07/16/haidh-dan-puasa/

Template by - Abdul Munir - 2008