Thursday, February 25, 2010

Guru Disiplin, Suka atau Duka?

Hari ini diadakan dua mesyuarat sebaik sahaja selesai sesi persekolahan. Yang pertama adalah mesyuarat berkenaan kelas tambahan yang akan diadakan bermula bulan Mac nanti dan yang keduanya ialah mesyuarat Biro Disiplin sekolah. Saya terlibat dalam kedua-dua mesyuarat tersebut.

Menyebut berkenaan dengan disiplin, pelbagai persepsi menerjah minda masing-masing. Ada yang memberikan persepsi negatif dan kurang senang berkenaan disiplin termasuk membenci orang yang menguruskan berkenaan disiplin ini. Namun ada juga mereka yang punyai minda positif dan memberikan reaksi baik bilamana membicarakan hal disiplin.

Kaedah yang saya gunakan dalam mendidik adik-adik disekolah sekolah ini adalah dengan mendekati mereka dan meyelami perasaan mereka. Rapat dan mesra agar mereka yakin dan percaya kepada kita seterusnya mencurahkan permasalahan yang mereka hadapi. Memarahi dan mendenda tanpa memberikan peluang kedua dalam kesalahan yang mereka lakukan bukanlah satu kaedah yang paling baik. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesedaran atau hidayah belum tahu bila waktu akan timbul dalam diri mereka. Namun disanalah ‘hikmah’ perlu dipertimbangkan.

Disini saya sertakan dua Filem Jepun yang menampilkan cara menghadapi pelajar-pelajar bermasalah. Cara guru ini mendekati dan menyelesaikan permasalahan para pelajarnya sangat menarik namun kesabaran yang tinggi tidak dinafikan diperlukan. Sama-sama saksikan:

Filem Gokusen


Filem Great Teacher Onizuka(GTO)


Namun ada yang kurang senang dan merasakan pendekatan ini tidak berkesan untuk menyelasaikan permasalahan disiplin dan membentuk akhlak para pelajar. Mereka lebih suka menggunakan kaedah kekerasan dan tidak rapat dengan pelajar. Punyai personality yang garang dan menggerunkan. Sukar untuk menyapa dan diramah mesra.

Pada saya kedua-kedua personaliti ini perlu ada dalam sesebuah organisasi. Variasi inilah yang melengkapkan dan menyempurnakan sesuatu organisasi. Masing-masing menutup kelemahan dipihak yang lain dengan kekuatan yang ada pada diri. Begitulah personaliti empat Khalifah Ar-Rasyidin yang masing-masing punyai kelebihan masing-masing.

Menjadi salah seorang guru disiplin sekolah, sukakah saya atau dukakah saya? Bagaimana pula dengan orang lain, sukakah mereka atau dukakah mereka?

Cuba memainkan peranan dengan sebaiknya,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
11.05pm
12 Rabiul Awal 1431H
25 Februari 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan.

Wednesday, February 24, 2010

Bagaimana Mendidik Wanita?

Dalam menguruskan para pelajar diasrama, saya sekarang kebuntuan dalam mencari cara atau kaedah terbaik bagi mendidik pelajar aspuri. Hal yang berkaitan aspura tiada masalah dan semua berjalan dengan lancar, namun dalam mendidik jiwa wanita ini saya tidak mempunyai jalan apatah lagi pengalaman.


Wanita terkenal dengan sifat lemah lembut dan mudah terasa hati. Namun tidak kurang ramai wanita zaman sekarang semakin terhakis sifat tersebut pada diri mereka. Kerunsingan yang melanda diri adalah penyakit ini kelihatan sudah dan semakin menular dikalangan pelajar aspuri SMK Lukut ini. Bilamana hilangnya sifat pemalu bagi seorang wanita maka bagi saya, ini merupakan satu tahap sangat kritikal. Merawatnya bukan suatu yang senang.

Permasalahan ini adalah permasalahan inter-gender. Dua jantina yang berbeza, bukan yang senang untuk diuruskan. Silap jalan boleh membawa kepada fitnah wanita. Justeru itu, saya sering kali mengungkapkan kepada warden aspuri untuk mengawal kaum sejenis mereka. Bukan cuba mengelak daripada tugas, namun kerana keterbatasan dan mungkin kerana kelemahan diri ini membuatkan saya tidak kuat untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dari kalangan kaum hawa ini.


Jauh sekali bezanya wanita yang ditarbiah dengan pendidikan agama dengan mereka yang terdedah kepada pergaulan bebas diluar sana. Suara mereka sering kedengaran terpekik-pekik daripada asrama puteri yang berada bersebelahan dengan asrama putera. Tiada maksud yang lain daripada laungan kuat suara tersebut melainkan cuba mengambil perhatian daripada pelajar aspura. Hal ini yang merunsingkan saya. Menjaga disebelah pihak, pihak yang disebelah yang lain cuba merosakkan pihak ini.

Tulisan ini tidak bermakna mengutuk atau merendahkan wanita. Realiti menunjukkan daya tarikan memberikan suatu kesan yang besar kepada tindakan selanjutnya. Daya tarikan tersebut sepatutnya diperbetulkan dan pada masa yang sama sahsiah dan peribadi pelajar aspura dibina. Tidak dapat tidak keduanya semestinya berjalan seiringan. Kedua belah pihak memperbaiki kelemahan dan kekurangan dipihak masing-masing maka tiada lagi dikatakan pihak ini merendahkan pihak yang lain.

Nukleus yang mengandungi proton yang bersifat positif senantiasa menarik electron yang bersifat negatif. Daya ini tidak mungkin terlerai dan diubah, namun cara mengawalnya agar tidak terpesong pastinya ada. Orbit atau landasan haruslah dipatuhi agar tiada yang tersasar atau keluar daripada jalan yang tidak sepatutnya.

Yang masih mencari jalan dalam mendidik wanita,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
12.05pm,
11 Rabiul Awal 1431H
25 Februari 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan.

Saturday, February 20, 2010

Yang Kuharapkan Hanyalah Doa Kalian

Tiada lain yang kuharapkan pada Ulangtahun kelahiran ini selain doa-doa kebaikan daripada sedara-sedara, sahabat-sahabat dan kenalan rapat mahupun kenalan baru.

Sesungguhnya menempuhi Hari Ulangtahun ini, mengimbaukan seribu satu kenangan sepanjang hayat yang dikurniakan Allah. Umurku kini telah mencapai 24tahun, entah berapa lama lagi usia ini akan bertambah.


Jiwa ini telah bernafas selama 24tahun dan ia akan terhenti suatu ketika nanti. Sahabat-sahabatku ada yang telah dahulu pergi meninggalkan rakan seperjuangan yang masih meneruskan perjalanan di alam fana dan menunggu giliran untuk turut kembali kesana.

Sepanjang 24tahun sudah pelbagai nikmat kukecapi, sedikit sekali rasanya perasaan syukur terbit dari dalam jiwa. Jika ditolak usia kecil dahulu dan ditolak pula usia berada dalam keadaan kealpaan, saat-saat merasa keberadaan bersama Tuhan sangat sedikit.

Potensi Diri, Suatu Muhasabah
Peningkatan usia ini juga mengenangkan kepada kebolehan diri dan pencapaian yang telah kulalui. 24tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Zaman remajaku terus berlari meninggalkanku. Sedikit demi sedikit titled sebagai seorang pemuda mengjauhi diri. Dalam usia sebagai seorang pemuda ini, pelbagai kenikmatan masih dalam kurniaanNya. Kesihatanku, kelapangan waktuku, kekuatan fizikalku, ketajaman akalku, kekuatan daya ingatanku dan jutaan lagi nikmat yang dirasai dalam sedar atau tidak.

Malu apabila mengenangkan jauh sekali bezanya sumbangan yang telah kuberikan kepada agama berbanding pejuang Islam terdahulu. As-syahid Hassan Al-Banna pada usia 20-an lagi telah jauh menggerakkan dakwah melalui usrah, kuliah dan ceramah beliau. Umair bin Abi Waqqas, adik kepada Sa'ad bin Abi Waqqas dalam usianya yang masih kecil telah bersungguh untuk menyertai peperangan Badar ketika itu. Beliau menangis apabila Rasulullah menolak permintaannya untuk menyertai peperangan tersebut kerana usianya yang masih kecil. Melihat kepada kesungguhan dan semangat dalam jiwa Umair bin Abi Waqqas ini, akhirnya Rasulullah menerima penyertaan beliau. Beliau akhirnya shahid pada usia sekitar 16tahun.

Sumbangan itu seiringan dengan potensi diri. Jika diri berpotensi, sumbangan yang diberikan juga semakin besar. Jelas sekali, potensi diri masih berada ditahap yang rendah dalam nilaian usia ini. Kemanakah pemikiran ini banyak ditujukan?, sejauh manakah perbincangan dilakukan?, banyak manakah ayat-ayat suci al-Quran yang telah kuhafal?, bagaimana pula pengurusan organisasi dan pengurusan masa? Semua ini persoalan-persoalan potensi diri yang perlu dijawab.

Doa Senjata Mukmin
Senjata merupakan suatu yang sangat penting dalam peperangan atau pertempuran. Dalam menghadapi kehidupan yang singkat ini, ia boleh diibaratkan berada dalam satu peperangan. Pelbagai rintangan dan cabaran silih datang berganti. Justeru kelengkapan senjata yang kukuh dan mapan perlu dipersiapkan untuk menghadapi musuh yang sentiasa mencari peluang dan ruang. Yang menjadi ukuran kepada kemenangan bukan hanya kepada kelemahan musuh, tetapi faktor kekuatan dipihak sendiri jua sangat perlu diutamakan. Sejauh manakah diri ini kuat dan bersedia menempuh rintangan dihadapan? Kekuatan dan keyakinan boleh dibina melalui senjata yang hebat. Seseorang yang mempunyai senjata yang canggih lebih yakin dengan diri untuk menang. Hang Tuah juga memerlukan Keris Taming Sari untuk menghadapi Hang Jebat yang mengamuk.

Justeru, doa demi doa ku layarkan sebagai senjata yang paling ampuh untuk memberikan keyakinan dan semangat dalam diri. Yang paling utama, diri mengharapkan doa-doa tersebut dimakbulkan Allah. JazakAllah kepada mereka semua yang telah mendoakan buat diri ini. Semoga Allah membalas doa kalian dengan kebaikan jua..

Yang Kuharapkan Hanyalah Doa Kalian,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
7.55am,
6 Rabiul Awal 1431H
21 Februari 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan



Berikut adalah doa-doa yang dikumpulkan. Agar ia tidak luput dan sentiasa segar dalam ingatan, kulampirkan semuanya dalam blog ini..

Mardhati Mohd Yunos : happy 24th birthday...semoga pjg umo n d murakn rzki.....(:

Fasihah Zakariyya: Alhamdulillah.. Masih dipanjangkan nikmat usia.. sanah helwah.. takdop adioh la ambe nok buwi, doa je la buat deme..

Natasha Aishah sanah helwah tg. fi kulli am wa anta bilkhair -)
Manimaran: happy birthday bro
Nur Aisya : selamat hari lahir yg ke 24 abg tg.. may all your wishes come true..

Faiqah Mat Yusuf : assalamualikum..Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 24..semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki...teruskan perjuangan untuk menjadi seorang muslimin lebiih sejati...sesungguhnya doa semua orang mengiringi segala kebaikan yang kamu lakukan...InsyaAllah....

Nurul Husna slmt hari jadi ye t.g smoga pnjg umor dan mrh rezeki..

DaLida Dolly Happy Birthday dude!! All the best in future!! ^____^

Cg Anita Anuar hepi besdei dik...moga dimurahkan rezeki n selalu dlindungi allah...

Noor Azura Hanifah slamt ulngtahun ke-24..
semogedi berkati ALLAH selalu..
semoge dipnjangkan umur dan dimurahkn rezeki...

Adlsia Agustinus Salamun'alaik.. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-24.. semoga berjaya di dunia dan akhirat dan selamat berjihad..

Sarah Izzati Rasidin Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-24... semoga ALLAH S.W.T m'berkati segala amalan cikgu di dunia dan di akhirat... serta di pjngkn umo dan di murahkn rezeki.... selamat berjaya dlm hidup dan menjadi muslimin sejati... ikhlas dr saye....

Syakila SMKHM: Saya cuma nak ucapkan selamat hari jadi pada cg Tg.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.



Thursday, February 18, 2010

New Booster Is Coming

Im very happy and my heart full of spirit today. New booster is coming soon. My birthday date is coming. 21 Februari 2010. In our life, there is something or dates that can be as our booster. For examples are the new year date, birthday date, Maal Hijrah, Maulidurrasul, new baby, new car and many more. For each booster coming, everyone will set a new goal or plans for their life.

Don’t Waste Any Booster

Sometimes, people just ignore the importance dates coming in their life. They feel nothing much special about these dates or occasions. So they let them pass through without doing anything. Everyone have their own times where their heart full of spirit and empty or lacking of spirit (depression). Times that passing by are like a tire. Sometimes we are at above and sometimes we are at the bottom. Any booster that coming through this passing times should be grape and use them to become someone that better from the day pass.

My 24th Birthday in My Life

Under consideration, my age has increase as increasing the years. My date of death become closer. Realising on this, I should more prepared to face that time and should improve myself day after day. By using this booster, I’m trying to become a better man until reaching the titled as Muslim Sejati.


Birthday Boy,

3.41pm,

3 Rabiul Awal 1431H

19 Februari 2010

Rumah Warden,

Asrama SMK LUKUT,

Port Dickson, Negeri Sembilan

Ketika Cinta Bertasbih 2


Assalamualaikum w.b.t, ini pula adalah part yang paling menarik dalam KCB 2. Terdahulu telah dipostkan video berkenaan part yang paling menarik dalam KCB 1.
Selamat Menonton..


"Kalau boleh tahu, gadis itu asal dari mana dan siapa namanya Pak Kiai?"

Penyerah pada Ilahi,
11.35 am
3 Rabiul awal 1431H
19 Februari 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dikcson, Negeri Sembilan

Thursday, February 11, 2010

HADIRLAH KASIHMU-mustika

Kubawakan satu lirik yang sungguh mengasyikkan. mendengar alunan lagu ini, membuatkan air mata menitis dalam tanpa kesedaran. Dalam mencari cinta Allah, ku sedar ini penuh dengan dosa-dosa lalu..Hayatilah lirik ini

Demi malam ku menangis sepi,
Derita hati yang melanda diri,
Kerana dosa yang menyelimutiku
Ku pinta dariMu kasih yang sejati

Dimalam sepi ini, kulukis lagu rindu
Menanti kasihMu hadir dalam jiwaku
Oh hadirlah cintaMu dalam hati nurani
Pimpinan diriku dalam redhaMu

Dengarlah rintihan dari hambaMu ini
Ku pohon restuMu dan ampunan dariMu
Oh tuhan dengarlah rayuan hatiku ini
Kusujud padaMu tanda kasih sayangku
Hadir, hadirlah
cintaMu dihatiku
Hadir, hadirlah
kasihMu dijiwaku

Oh hadirlah kasihMu..


Yang Mencari Cinta Allah,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.47pm,
26 Safar 1431H
11 Februari 2010
Rumah Warden,
SMK Lukut,
Port Dickson, N.Sembilan

Saturday, February 6, 2010

Wujudkan Suasana Beragama

Dalam menggalas taklifan sebagai seorang warden, diri sering memikirkan cara yang terbaik untuk mendidik adik-adik di asrama ini. Sekolah harian amat berbeda dengan sekolah agama. Selain matapelajaran yang diambil berbeza, suasana persekitaran dan aktiviti harian juga sangat jelas berbeda. Namun mungkin latar belakang peribadi dan keluarga pelajar itu ada yang sama.

Dimana-mana asrama atau dalam satu kelompok mereka yang ramai pasti ada mereka yang berjiwa sedikit nakal. Mereka ini tidak perlu dibenci ataupun diusirkan mereka, namun perhatian dan didikan yang lebih perlu diterapkan. Dekati dan damping mereka, pasti kita mengetahui disebalik peribadi berikut.

Antara lain yang menjadi polemik dalam mendidik para pelajar adalah bagaimana ingin menjaga pelajar-pelajar yang berjiwa suci. Mereka yang dimaksudkan adalah mereka yang berada ditingkatan satu. Mereka ini baru ingin mengenal erti hidup beramai-ramai dan hidup berjauhan daripada ibubapa. Jelas mana-mana pelajar yang berada ditingkatan satu punyai peribadi dan akhlak yang baik namun kenapakah pelajar yang kini berada di tingkatan 2, 3, 4 dan 5 berbeda akhlak dan perilakunya semasa mereka di tingkatan 1?

Pengaruh Rakan

Berada diasrama, rakan dan suasana sangat memainkan peranan penting dalam mewujudkan peribadi dan sahsiah para pelajar. Antara sebab berlakunya perubahan kepada mereka yang dahulunya berada ditingkatan satu adalah kerana pengaruh abang-abang atau kakak-kakak senior mereka. Mereka yang kini berada ditingkatan satu sering membaca dan menganalisis pergerakan senior-senior ini. Justeru, mereka menerapkannya pula dalam peribadi mereka.

Jiwa remaja sangat inginkan sesuatu yang baru.

Jika baiklah semaiannya maka baik jugalah hasil yang didapati. Namun jiwa ini lebih mudah terdorong kepada keburukan berbanding kebaikan.

Solusinya, wujudkan suasana beragama. Bila jiwa ini tepu dan terbiasa dengan suasana yang sememangnya fitrah setiap insan, pastinya dorongan kebaikan itu lebih kuat berbanding keburukan.

Moga suasana beragama menyinari asrama SMK Lukut dan hasilnya lahirlah peribadi-peribadi muslim dan muslimah sejati yang meletakkan agama sebagai asas dalam setiap tindak tanduk mereka. Keredhaan Allah jualah matlamat mereka kelak.

Selesai mengadakan Qiamunlail bersama-sama pelajar, dalam usaha mewujudkan suasana beragama,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
6.57am,
20 Safar 1431 H
7 Februari 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan

Friday, February 5, 2010

Menyampai Tapi Tidak Melaksana

Kegelisahan mengundang diri tatkala diri merasakan bersalah. Menyampai tapi tidak melaksanakannya. Sesuatu yang disampaikan sewajibnya orang yang menyampaikannya terlebih dahulu melaksanakannya. Allah berfirman dalam al-Quran :

“Wahai orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Sangat dibenci disisi Allah jika kmu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan”

Surah as-saff, 2 & 3

Namun diri ini kekadang terlena dan terleka. Kelemahan ini membuatkan tindakan tidak seperti yang diperkatakan. Sesekali terfikir, risaunya diri ingin menyampaikan kerana memikirkan diri ini sangat banyak kekurangannya. Dibimbingi penyampaian tidak terlaksana.

KepadaNya jua ku pohon keampunan dan meminta dikuatkan diri ini agar penyampaian dan pelaksanaan bergerak seiring.


Al-faqir ilallah,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

8.17pm,

19 Safar 1431H

5 Februari 2010

Rumah Warden,

Asrama SMK Lukut,

Port Dickson, Negeri Sembilan

Thursday, February 4, 2010

MENCARI SEMANGAT YANG HILANG

Setelah sekian lama, jari jemari ini tidak menari diatas keyboard untuk mencoretkan sesuatu didalam blog ini, kini Alhamdulillah peluang untuk meneruskan perjuangan melalui pena kini kembali. Setelah menjadi guru hampir 4bulan, saya baru dapat merasai kehidupan kesibukan yang dilalui oleh seseorang yang bergelar guru ini.

Guru bukan hanya mengajar dikelas namun aktiviti dan program pengisian aktiviti pelajar sepanjang tahun merekalah yang mengendalikan serta menguruskannya.

Kesibukan demi kesibukan

Buat masa ini, mana-mana sekolah sedang sibuk dengan Hari Sukan dan acara yang dipertandingkan. Saya telah diamanahkan untuk menjadi Penolong Rumah Sukan(Rumah Lekir@Kuning) dan baru dapat mengetahui kesukaran yang dihadapi setelah memegang rumah sukan. Mengendalikan para pelajar yang ramai dan mencari atlet-atlet yang kadang memerlukan paksaan untuk memasuki sesuatu acara membuatkan kepala ini sedikit pening dengan karenah mereka.

Dalam kesibukan rumah sukan ini, diri juga disibukkan untuk membuat soalan Ujian 1 yang bakal menjelma pada minggu hadapan. Bagi ujian 1 ini, saya telah diminta untuk menyiapkan 3 kertas soalan iaitu, Soalan bagi Sains Tingkatan 2, Biologi Tingkatan 4 dan Biologi Tingkatan 5. Sebagai Ketua Panitia Biologi, tiada orang lain lagi yang akan membuat soalan bagi subjek Biologi kerana sayalah satu-satunya guru dalam panitia ini pada mulanya.

Selain berkenaan akademik disekolah, pengurusan diasrama tidak kurang menekankan. Asrama yang telah dinobatkan sebagai Naib Johan Diperingkat Kebangsaan ini sering kali ini menjadi sasaran lawatan sekolah-sekolah dan PPD dari dalam negeri dan negeri-negeri lain. Semalam dan hari ini, asrama ini mengundang tetamu lagi dan kali ini adalah daripada PPD Kerian dan Sekolah Teknik Ampangan. Persiapan bagi menghadapi lawatan ini semestinya memerlukan komitmen dan masa.

Mencari Semangat Yang Hilang

Kesemua yang saya sebutkan tidak sesekali melemahkan semangat saya sebagai seorang guru namun saya menganggapnya sebagai satu cabaran yang mendewasakan diri dan memantapkan pengurusan masa saya.

Semangat yang ingin dicari kembali adalah semangat menulis. Kesibukan bukan suatu alasan untuk tidak mencoret dan berkongsi hikmah harian yang dikutip tetapi sepatutnya ia menjadi pendorong untuk terus menulis. Menulis membangkitkan semangat sebenarnya.
InsyaAllah perkongsian demi perkongsian akan saya lakarkan diblog ini, agar kehidupan ini menjadi lebih beerti melalui pemberian yang tidak seberapa. KeredhaanNya jua yang kita cari. Moga dipermudahkan segala urusan dan diberikan ketenangan hati kerana dengan hati yang tenang itu adalah kebahagian sebenar.


Semangatku kini kembali,

Cg Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
9.52 pm,
18 Safar 1431H
4 Februari 2010
Rumah Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan

Template by - Abdul Munir - 2008