Wednesday, October 6, 2010

“Aku Bukan Insan Gagal”

“ Secara kesimpulannya saya katakan awak bertiga gagal” ucapan Pengetua Cemerlang dalam mesyuarat hari itu betul-betul mengetuk hatiku.

Persoalan mendidik dan mentarbiah adik-adik diasrama sentiasa sahaja berlegar-legar dalam benak pemikiranku. Aku adalah insan tarbiah dan aku mahu lahirkan orang yang lebih hebat dengan tarbiah yang seumpama pernahku lalui ketika dahulu dan yang bersesuaian dengan waqi’ semasa.


Namun masa yang ketat dengan jadual waktu persekolahan, aktiviti selepas waktu persekolahan, kerja-kerja persekolahan yang dibawa pulang, mesyuarat kawasan dan negeri serta beberapa lagi taklifan diperingkat alumni kampus dan alumni matrik betul-betul membutuhkan masa-masaku yang ada. Bukan niat ingin mempersoalkan segala hal-hal yang berikut, semuanya adalah baik dan perlu untuk dilalui serta dilaksanakan. Ku akui diriku masih lemah dalam bab pengurusan waktu dan perancangan akan datang.


Sejenak aku berfikir, kesibukan yang dirasai kini sampaikan usrah diasrama makin jarang dapat dilaksanakan berbanding masa terdahulu adalah kerana pengurusan waktu yang lemah ini.


Menulis Vs Semangat

Aku rasai semangat dan menulis sentiasa berkadar terus. Jika salah satunya meningkat, secara automatiknya yang satu lagi akan turut meningkat. Sekiranya salah satunya jatuh menjunam maka pasti yang satunya lagi akan turut sama jatuh tersungkur.


Begitulah halnya berkenaan diri ini. Ku kira sudah sekian lama jari jemari ini tidak pantas menari diatas keyboard ini, menghasilkan perkongsian sama kepada para pengunjung lantaran semangatku yang luntur. Kegiatan dan kerja amal Islami tetap berjalan namun semangat didalamnya kurang terasa.


Teringat kepada satu tulisan daripada seorang sahabatku yang bertajuk “mencari ghairah”. Ya, ghairahku juga kurang. Kalau dahulu hebat dikampus dalam mengejar maklumat dan isu semasa, kini ia seakan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Kalau dahulu hebat dikampus mengatur perjalanan waktu daripada terbuang, kini waktu telah kerap memotong tanpa sempatku mengejarnya. Kalau dahulu hebat dikampus mengutarakan pandangan dan buah fikiran dalam mesyuarat, kini ia seakan membisu seribu bahasa.


“Ana rasa diri ini kurang performe la abang, masihkah membaca suasana lagi?” pertanyaan ini ku utarakan kepada Pengerusi PASTI Kawasanku sewaktu pulang bermesyuarat PASTI Negeri semalam. Menjadi Setiausaha tetapi tidak banyak yang aku sumbangkan dalam memperbaiki dan meningkatkan mutu serta pencapaian PASTI Unit yang ada.


Aku Bukan Insan Gagal

Iman Yazid wa Yankus, iman itu bertambah dan berkurang. Begitu juga semangat dan keteguhan hati seseorang, ia mampu meningkat dan berkurang pula pada waktu yang lain.


Kata-kata pengetua melabelkan aku gagal dalam menguruskan asrama aku nafikan dan akan aku buktikan bahawa aku bukan insan gagal. Semalam yang lepas, telah kutegaskan kepada para pelajar aspura berkenaan perkara ini.


“Cikgu tidak boleh terima kata-kata tersebut. Kalau pengetua nak labelkan orang gagal, yang pasti cikgu bukan orangnya. Selagi cikgu ada disini, insyaAllah cikgu akan perbaiki yang lemah dan kurang untuk menjadi lebih baik.. Aku bukan insan gagal!” Ujarku dengan penuh semangat kepada adik-adik asrama dalam proses pentarbiahan mereka.



Mengharapkan Bukan Insan Gagal di Akhirat Kelak,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

10.10pm

Asrama Yam Tuan Radin

Port Dickson, Negeri Sembilan

3 comments:

Nurulfazlina Ain Rasol said...

Assalamu'alaikum warahamtullah wabarakatuh....

syukran atas perkongsian...

Ya, bukan insan gagal... mungkin ada yang perlu kita muhasabah...

cikgu_eya said...

salam...

mungkin 'gagal' yang dimaksudkan oleh pengetua tue ialah 'gagal mencapai standard yang ditetapkan oleh dirinya sendiri'
Tapi hakikatnya, beliau mungkin tak nampak progres2 positif sepanjang TG menjalankan tanggungjawab.

Jika kata-katanya itu mampu mencabar diri, sematkanlah ia sebagai bahan bakar semangat. Namun jika ia menjadi pecantas semangat, biar saja ia terkubur.

Semoga hari ini sentiasa lebih baik dari hari yang sebelumnya..


seorang guru juga

Pencarian Hikmah~ said...

salam abg tg

yup
abg tg bukan gagal
cuma belum berjaya~!

insyaallah
saya doakan Allah beri kejayaan itu pada waktu yang tepat

=)

Template by - Abdul Munir - 2008