Wednesday, September 30, 2009

Tekadku...Bina Badan

gambar hiasan

Saya menerima pelbagai komen tentang keadaan fizikal saya kini. kawan-kawan, ahli keluarga, saudara mara dan tidak lupa bekas guru-guru juga memberikan pandangan tentang fizikal saya kini. Kata mereka semua, saya agak kurus..

Saya ingin bertanya kepada para pengunjung sekalian, saya ini kurus sangat ke?

Sahabat adalah ceminan kepada sahabatnya. Mungkin saya tidak menyedari akan hakikat pandangan orang lain, justeru elok juga bertanyakan soalan ini secara terbuka. Maka saya akan mengetahuinya...

"kalau badan berisi skit, lebih elok.."

seorang kawan memberi pandangan kepada saya.

Memikirkan berkenaan berat badan dan keadaan fizikal ini bukan suatu yang memeningkan kepala kerana lumrah lelaki tidak mengambil serius berkenaan berat badan mereka. berbeda dengan kaum hawa, dorongan hormon mereka memerlukan penjagaan rapi dari segi pemakanan dan senaman ringkas harian mereka.


Logo Persatuan Gayong Malaysia


Pesilat Gayong
Saya seorang pesilat Gayong suatu ketika dulu, kini dan insyaAllah akan datang. Mungkin ramai yang berasa sangsi dengan kenyataan ini, semuanya kerana perihal keadaan fizikal saya agaknya..Badan saya walaupun tidaklah berisi mana namun terasa ototnya cepat berkembang dan membesar. Ia juga cepat mengecut dan mengendur. Cepat mengembang jika melakukan sedikit senaman dan cepat mengendur jika tidak dilakukan senaman secara konsisten.

Berkecimpung dalam arena persilatan semenjak dimatrikulasi dulu memungkinkan saya tidak bercadang untuk meninggalkannya hatta selepas menjadi seorang guru kelak.

"Ayah Chik cuba contact no ni, Cg Fadhil 012-xxx xxxx"

Jawapan message daripada anak saudara saya setelah saya meminta nombor telefon guru silat Gayong boleh saya mempelajarinya di Terengganu ini. Setelah meninggalkan selama hampir 6bulan latihan silat setelah keluar daripada UPSI, saya terus tidak melakukan latihan atau senaman silat yang dipelajari. Namun saya sering bermain bola sepak dikampung sebagai senaman kepada badan ini.

Antara latihan biasa yang dijalani

Setelah sekian lama meninggalkan ini, terasa memanaskan kembali badan dan mendalami lanjut ilmu persilatan ini. Justeru, insyaAllah saya akan berguru dengan guru silat di Terengganu dalam tempoh yang terdekat walaupun menyedari bahawa keberadaan saya di Terengganu tidak berapa lama lagi. Kerna bakal dipostingkan entah kemana dan yang pasti bukan di Terengganu.


Tekadku
Aku bertekad untuk membina badan sekadar yang termampu. Cara dan methodnya telah diletakkan dalam perancangan dan telah diamalkan bermula 3hari yang lalu. Senaman secara konsisten dan penjagaan pemakanan dijadualkan rapi.

InsyaAllah, suatu perubahan bakal diperoleh apabila memasuki sekolah kelak...

Namun, semua ini dengan ketentuan dan kehendakNya jua..


Yang Bertekad,

Tg Abd Ghafar Tg Ahmad
12.58am
11 Syawal 1430H
1 Oktober 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan

Tuesday, September 29, 2009

Taufan Ketsana: Dunia Membuka Mata, Kita Bagaimana?

Dunia Yang Tua
Dunia yang semakin tua semakin jelas kelihatan apabila sentiasa sahaja sakit, batuk dan demam. Ia juga sering muntah-muntah dan pening kepala. Yang terbaru, demamnya kini dibahagian Negara jiran Filipina. Taufan Ketsana yang melanda telah mengorbankan hampir 100orang dan hampir 200 000 orang telah kehilangan tempat tinggal.

Pedulikah Kita?
Ketika akbar disisipan dunia luar heboh menceritakan berkenaan bencana alam ini, namun masih ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang tidak mengetahu berkenaan dengan musibah ini apabila ditanya secara spontan. Dunia yang tua ini seakan tidak dirasai oleh rakyat Malaysia lantaran kemewahan dan keseronokan yang menyelubungi mereka.


Bahaya dalam ketidaksedaran
Peringatan demi peringatan diingatkan kepada kita diMalaysia ini. Taufan, gempa bumi, gunung berapi, tsunami dan sebagainya adalah merupakan peringatan Allah kepada hambaNya. Diingatkan kepada kita semua agar hati ini sentiasa menyedari akan kekuasaanNya dan lemahnya kita sebagai seorang hamba. Peringatan yang acapkali diingatkan ini, jika tidak diambil perhatian dibimbangi suatu yang lebih dasyat daripada sebelumnya akan diberikan secara sekaligus dan saat itu tiada lagi yang dapat dilakukan melainkan penyesalan yang tiada penghujungnya..

Insan dalam Peringatan,


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
10.20am
10 Syawal 1430H
30 September 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan

Monday, September 28, 2009

Apa, Sekolah Rendah?

"Maaflah, ana tak dapat nak datang rumah enta raya keeempat ini sebab ana sudah rancang untuk beraya dengan sahabat sahabiah sekolah rendah" mohon maafku kepada seorang teman setelah diundang untuk beraya ke rumah beliau.


"Apa, sekolah rendah?" temanku seakan terperanjat mendengar penjelasanku tadi.

Mengapaku Tidak Lupakan Kamu
Ramai yang seakan tidak percaya bilamana saya menyatakan bahawa saya akan beraya bersama sahabat sahabiah sekolah rendah. Pada tanggapan saya, mungkin mereka merasakan sedikit mustahil dan agak sukar untuk bersama-sama berkumpul kembali kawan-kawan sewaktu sekolah rendah dahulu. Ada yang mengatakan, sekolah rendah dulu zaman kecil-kecil dan waktu itu kita masih tidak matang.

Saya menolak tanggapan sebegitu dan saya telah membuktikan bahawa saya mampu untuk menyatukan kembali hubungan silaturrahim yang terbina walau seusia semuda tersebut.

Pengalaman saya sewaktu sekolah rendah dulu sangat indah. Walaupun tidak semua yang dapat saya recall kerana memori yang terhad dalam usia kebudakan sewaktu itu, namun memori sekecil 128Mb itulah yang sangat bernilai, yang membentuk peribadi saya kini.

Sahabiah Sekolah Rendah Dalam Ingatan

Pengalamanku Mendewasakanku
Sewaktu sekolah rendah dahulu, saya telah diamanahkan untuk menjadi pengawas sekolah seawal darjah 4lagi. Pengalaman sedikit itu membuatkan saya lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai berseorangan mahupun diatas pentas. Menyertai pelbagai aktiviti anjuran pihak sekolah dan pejabat pendidikan negeri, menguatkan semangat kendiri ini. Justeru dengan sedikit penglibatan tersebut, saya telah dianugerahkan untuk mendapat gelaran Tunas Jaya yang mana julung-julung kalinya anugerah ini diberikan. Anugerah seakan pelajar terbaik atau pelajar contoh ini telah menjadi anugerah tahunan selepas daripada tahun saya. UPSR 5A yang diperolehi juga antara salah satu yang menyumbang kepada menyandang anugerah tersebut.

Sahabiah Yang Dulu Sekelas Denganku

Selamanya ia akan berkekalan
Memahami akan peri penting hubungan ini, saya mengambil iniasiatif untuk membuat group SKPP dalam Friendster. Bermula seorang teman rapat sekolah rendah, terus menerus saya menjejaki kawan-kawan lama. Kini saya telah dapat mengumpulkan seramai hampir 30orang kawan-kawan sekolah rendah. Group SKPP friendster saya pula telah punyai lebih daripada 200orang ahli bekas pelajar SKPP daripada pelbagai generasi. Ada yang baru keluar sekolah dan ada juga yang telah berkahwin dan beranak pinak. Mereka yang menyertai group ini masing-masing terasa rindu kepada kawan-kawan sekolah rendah dahulu.


Buat kawan-kawan sekolah rendah, bersama ini saya ukirkan sebuah puisi buat kalian:

aku bukan orang lain,
akulah teman sepermainanmu dahulu,
dahulu kita sama-sama berlari-lari,
mengejar antara satu sama lain,
waktu rehat waktu yang sangat dinantikan,
itulah sewaktu usia kita 9 dan 10 tahun

memori itu tidak pernah luput,
cikgu-cikgu yang mengajar,
tidak pernah kita lupakan mereka,
mengingati mereka membuatkan kita
tidak terlepas mendoakan mereka
dalam setiap doa kita..
ajaran mereka, menyuluh perjalanan kita kini.
nasihat mereka akan terus kita dambakan,
buat perjalanan yang masih panjang..

usia 12tahun, kita sudah mula matang,
UPSR menjadi medan perjuangan kita sewaktu itu,
kita sama-sama berjuang mencari kecemerlangan,
kejayaan yang dicapai bukan kejayaan peribadi,
ia merupakan kejayaan kita bersama.

hubungan ini tidak akan terputus,
walau ia sudah 11tahun berlalu,
hubungan ini terus subur,
kerana kita saling memahami memori lampau,

justeru kawan-kawan,
usah kita tinggalkan memori lampau begitu sahaja,
meninggalkan dan tidak mempedulikannya,
merupakan suatu tindakan tidak betul,
tindakan mereka yang tidak pernah mensyukuri
akan nikmat ukhuwwah dan pengalaman.

kuharap, ia akan terus mekar,
semekar kedewasaan kita,
menjadi kembang dan membiak,
sebagaimana generasi yang bakal kita bina

kita mesti senantiasa bersatu.
kerana kita berasal daripada beberapa kampung,
berdekatan satu sama lain,
dan paling penting kerana,
kita berasal daripada satu sekolah yang sama,
sekolah yang membesarkan tiap daripada kita,
dan mungkin bakal membesarkan generasi kita pula,
terus suburkan ia kerana sesungguhnya,
Sekolah Itu Mulia...




Terus Menjejaki Yang Lain,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.23 am
7 Syawal 1430H
28 September 2009
Bagan Pinang,
Negeri Sembilan.

Saturday, September 26, 2009

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

” kau , dah hari ker berapa dah?”

“aku dah 5 hari dah ni”

“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ’sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.


Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.


Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه


Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)


Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW


‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة


Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)


Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.


Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-


1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.


2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.


3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :


كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان


Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)


4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)


5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW


من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر


Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).


6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.


7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.


Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Oktober 2006

(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Idulftri

Amalan Sunat Dihari Raya

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.

2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.

3) Memperbanyakkan Takbir.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5) Memakai pakaian terbaik yang ada

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim

Sebelum merayakan Aidilfitri, kita diwajibkan membayar zakat fitrah.

Thursday, September 17, 2009

Ganjaran Segera Itu Yang Dikejar

"Sifat Manusia Ramai, Melakukan Sesuatu Ibadat dan Pekerjaan Kerana Ganjaran Segera Yang Dijanjikan. Jika Hilang Ganjaran Segera Tersebut, Maka Ditinggalkanlah Ibadat & Pekerjaan Itu"


Sejauh mana kebenaran pernyataan ini..Sama-sama kita fikirkan..


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.59am
28 Ramadhan 1430H
18 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu

Wednesday, September 16, 2009

Naqibku, Hadirmu Menguatkanku..(1)

"Eh, Ustaz. Assalamualaikum" sapaku dalam keadaan terperanjat kepada Ustaz Syed Hisham, naqibku sewaktu berada disekolah KOSPINT dulu.

"Waalaikummusalam warahmatullah"Beliau menjawab.

"Allahuakbar" Takbiratul ihram dilafazkan.

"Allahuakbar" Naqibku pula mengangkat takbir disebelahku.

Program qiamunlail diMasjid Pengadang Baru semalam dirasakan membawa seribu rahmat apabila aku diketemukan pula dengan naqibku pada pagi subuh yang hening ini. Tanggal 27 Ramadhan semalam, pemuda kawasan Kuala Terengganu menganjurkan usrah dan program qiamunlail dalam mencari Lailatulqadar. Pendapat yang kuat dikalangan ulama' mengatakan malam al-Qadar ini jatuh pada malam ke 27.

"Assalamualaikum warahmatullah" ku toleh ke kanan.
"Assalamualaikum warahmatullah" ku toleh ke kiri.

"Enta sekarang sudah habis belajar belum?" Tanya naqibku setelah kami lama tidak bertemu. Kali terakhir kami bertemu adalah 2 tahun lepas selepas beliau baru balik daripada Yaman.

"Ana sudah habis belajar ustaz, sudah graduasi bulan 8 yang lepas. Sekarang bekerja sementara menunggu posting" jawapanku berikan lebih daripada pertanyaan yang diutarakan. Aku begitu teruja untuk bersembang dengan naqibku ini dek kerana perasaan rindu kepada beliau. Sentuhan bimbingan beliau walaupun tidak lama sewaktu disekolah dulu, cukup membuatkan diriku kini sedikit terbimbing dialam luar bersama masyarakat.

"Enta nanti posting mana?" soal beliau lagi.

"Ana minta negeri sembilan dan kuala lumpur, Ustaz. InsyaAllah dipostingkan antara dua negeri ini" jawabku beserta penerangan ringkas.

"Kalau enta posting diKL, bagitau ana sepatah. No ana enta ada simpan lagi kan?" Permintaan beliau ini membuatkan hatiku berbunga. Adakah aku bakal menerima lagi tarbiyah daripada beliau?

"InsyaAllah Ustaz" jawabku ringkas kerana fikiran sedang melangkau masa hadapan. Mencari erti dalam permintaan beliau tersebut.

Dialog kami terhenti disitu apabila Ustaz Faizul mula menyampaikan kuliah subuh. Dalam kami kusyuk mendengar kuliah tersebut, sekali sekala aku menjeling kepada naqibku ini. Kelihatan beliau begitu menunduk tawadduk mendengar kuliah tersebut. Pada firasatku, beliau sahaja merendahkan diri agar Ustaz Faizul tidak perasan akan kehadiran beliau. "

"Begitulah mulianya sifat orang berilmu"hatiku berbisik.

Bersambung...

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.14am
27 Ramadhan 1430H
17 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Monday, September 14, 2009

Rahsiakan Pertunangan, War-warkan Perkahwinan

"Tg, jemput ke majlis kesyukuran rumah kak Aisyah yer sempena kepulangan abang dan kakak akak yang pulang dari Mesir pada akhir bulan depan. Tarikh sebenarnya nanti akak bagitahu kembali" jemput seorang kakak seniorku.

"InsyaAllah akak, jika tak ada masyaqqah apa-apa saya akan cuba datang" jawabku bagi menyenangkan hatinya yang berharap.

Selang sebulan kemudian...

"Pa, ada surat untuk kamu ni" kakakku memaklumkan kepadaku.

"Wah, tak sangka dapat juga kad raya tahun ni!. Ni mesti anak murid masa praktikal dulu yang bagi" ujarku dengan perasaan gembira melihat kad yang sedang ku buka itu.

"Ha!, La kad kak Aisyah rupanya" aku tersentak melihat kad yang ku sangkakan kad raya tersebut merupakan kad jemputan perkahwinan.

Tanpa berlengah panjang, terus ku capai telefon bimbitku Nokia 3200, mencari nama 'Kak Aisyah' dalam senarai contact lalu ku tekan butang call.

"Pandai betul kak aisyah ni, kata majlis kesyukuran sempena abang dan kakak nak pulang. alih-alih majlis akak rupanya" ujarku kepada kak Aisyah tatkala merasakan diri bagaikan tertipu dengan jemputannya yang terdahulu.

"Betullah majlis kesyukurankan dan memang abang dan kakak akak dari Mesir pulang InsyaAllah. Tg jangan marah yer. Bukan ke kita diminta untuk rahsiakan pertunangan dan war-warkan perkahwinan?" jawab kak Aisyah penuh hikmah.

"Erm..memang betul tu kak. Rasulullah pesan macam tu. Tahniah yer kak.." Aku mengiyakan sambil hati memuji keberjayaan kak Aisyah mengikuti pesanan Insan Kamil, contoh terbaik buat semua umat.

Pertunangan zaman sekarang yang sudah dipakejkan

Rahsiakan Pertunangan, War-warkan Perkahwinan

Kekadang diri kehairanan melihat umat akhir zaman meninggalkan pesanan Rasulullah s.a.w dalam bab merahsiakan pertunangan ini. Zaman sekarang pertunangan sahaja sudah dihebahkan seakan majlis perkahwinan. Meriah dan publisitinya usah dikata. Media dan akhbar menjadi penyiar berita yang menglebarkan lagi perkhabaran peristiwa tersebut. Belanjanya juga tidak kurang hebatnya, semua orang yang dikenalinya dijemput hadir menyaksikan dan menjamukan hidangan yang disediakan.

Ada juga yang menggunakan networking dalam internet seperti friendster dan facebook sebagai medium penyebaran hari bersejarah dalam hidup mereka ini. Diletakkan gambar pertunangan merata-riti buat tontonan umum tanpa perasaan gundah bahawa ikatan itu bukanlah suatu yang pasti terjadi.

Cincin disarung kejari menjadi lambang bahawa dirinya telah pun dipinangi orang.

Cincin lambang pertunangan

Islam Itu Indah

Islam amat menitik beratkan maruah peribadi seseorang . Dalam maqasid syariah, maruah, keturunan atau zuriat berada pada tangga keempat selepas Agama, Nyawa dan Akal. Selepas maruah, disusuri pula dengan harta.

Islam menyuruh kita merahsiakan pertunangan kerana pertunangan itu bukanlah suatu ikatan mutlak dan kekal sebagaimana perkahwinan. Ia merupakan perjanjian awal kepada suatu ikatan yang menghalalkan hubungan. Justeru, dalam pertunangan adab-adab sebagai orang asing tetaplah harus dijaga. Walau bagaimanapun, disana ada sedikit kelonggaran berhubung dalam beberapa hal seperti berurusan membincangkan majlis perkahwinan akan datang dan sebagainya.

Oleh kerana ikatan pertunangan itu bukan merupakan suatu yang pasti, justeru Islam memelihara maruah pasangan-pasangan ini agar ia tidak menjadi buah mulut orang tatkala ikatan yang cuba dibina itu terputus ditengah jalan. Lebih-lebih lagi maruah si anak dara, teramat perlu dijaga kerana ia bakal disunting oleh si kumbang yang lain pula. Bayangkan jika berita terputus pertunangan ini tersebar ke merata tempat. Bagaimana perasaan dan kecurigaan yang bakal timbul kepada si kumbang baru yang ingin melamar si bunga yang telah disebut ramai akan peristiwa luka yang kadangnya bukan merupakan kesilapannya.

Sungguh indah Islam ini, menjaga dan memelihara pelbagai aspek dalam kehidupan. Hatta suatu yang akan datang, telah diambil langkah berjaga-jaga diperingkat awal lagi.



Justeru, saya menasihatkan kepada diri saya sendiri dan kepada mereka-mereka yang bakal menjalani kehidupan berumah tangga kelak agar menjaga perihal kerahsiaan ini. Usah diwarkan-warkan pertunangan itu kepada orang ramai. Yang dimaksudkan merahsiakan pertunangan itu adalah dengan merahsiakan peribadi insan yang diikatkan tali pertunangan tersebut. Jangan disalah tafsirkan pula kerahsian tersebut dengan tujuan ingin mengambil hati dan membiarkan orang lain menaruh perasaan kepada diri. Jika sudah berpunya, katakan sudah berpunya.

Ikhlaskan niat dihati, moga Allah memelihara kita semua dan menunjuki yang terbaik buat diri kita ini..


Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)




Insan dalam penantian,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.00am
25 ramadhan 1430H
15 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu.


Bersama ini saya lampirkan dan war-warkan perkahwinan sahabiah yang bakal berlansung pada syawal tahun ini. Sesungguhnya isteri Rasulullah, Siti Aisyah, menyukai jika perkahwinan umat baginda dilansungkan pada bulan syawal.


Dari Aisyah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w mengahwiniku pada bulan Syawal dan serumahtangga denganku pada bulan Syawal. Maka manakah isteri Rasulullah s.a.w yang lebih dicintainya daripadaku?” (Riwayat Muslim)


5 Syawal 1430H

Nurul Huda Bt Aziz@Salim dengan Muhammad Ikram B Ishak

Kota Bharu, Kelantan.


6 Syawal 1430H

Kak Faasila

Kelantan


7 Syawal

Nurul Aisyah Aklima Binti Azieh dengan Abu Khuhafah B Abu Bakar.

Maran, Pahang.


Tahniah kepada mereka semua.Nampaknya raya tahun ini, jauh la saya berjalan. Ke kelantan dan ke pahang memenuhi undangan sahabiah bagi mendoakan mereka..


“Allahumma barikfikum wa jamaa’ alaikum bikhoir”

Semoga Allah berkati mereka, dan melimpahkan keatas mereka dengan kebaikan

Sunday, September 13, 2009

Jodoh dan Takdir - Firdaus Zamri


/jodoh-takdir/">Jodoh & Takdir -

Note:Klik "Play Full Song" to listen a full song version

This song is introduced to me by someone last night. Just paste here to share with others especially for those who seek for their Mr Right or Mrs Right...

May God Bless All Of Us..

Put Trust In Allah,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
7.33am,
24 Ramadhan 1430H
14 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Pengaruh Ketua Kepada Sebuah Organisasi

Menyingkapi kemenangan Datuk G. Palanivel dalam pemilihan MIC baru-baru ni yang mengalahkan lawan beliau yang bertanding iaitu Datuk S. Subramaniam dan Datuk S. Sonathinathan, saya melihatkan pengaruh Datuk S. Sami Vellu memainkan peranan yang besar.


Datuk G. Palanivel yang juga merupakan calon yang disokong oleh Presiden MIC ini memperoleh undi yang tinggi berbanding dua lagi lawan beliau.


Mengetuai Persatuan Mahasiswa Sains Suatu Ketika Dulu


Strategi Penyebaran Islam
Tatkala kemenangan ini dicapai, saya teringat akan satu sirah bagaimana penyebaran Islam berlaku. Rasullullah mengutuskan sahabat sebagai utusan baginda kepada Raja – raja dibeberapa negara, menyeru mereka menerima syiar Islam. Apa relevensi Rasulullah berbuat demikian?

Jika seseorang ketua negara tersebut masuk Islam maka dengan sendirinya rakyat jelata negara tersebut akan mengikut pemerintah mereka. Mari kita mengimbau sejarah kedatangan Islam di Tanah Kepulauan Melayu ini. Ia bermula dengan pengislaman Raja-Raja Melayu ketika itu. Sebagai contoh pengislaman Parameswara membawa kepada rakyat jelata Melaka menerima Islam. Begitu juga negeri-negeri lain yang selanjutnya memperkenalkan sistem perundangan negeri masing-masing yang menggunakan al-Quran dan al-hadis sebagai rujukan utama.



Pengaruh Ketua
Besarnya pengaruh seorang ketua mampu memandu arah perjalanan sebuah organisasi yang dipimpimnya. Andai kata baik si ketua tersebut, maka kearah yang baik dan betul jugalah perjalanan organisasi tersebut. Walau bagaimana pun, pengaruh ketua ini tidak kekal lama andai kata ia tidak didasari dengan akhlak dan peribadi contoh. Pengaruhnya akan sekadar jawatan dan kuasa yang dipegang semasa pemerintahannya sahaja. Jika turunlah ia dari takhtanya maka hilanglah pengaruh daripada pandangan anak buahnya.

Lihat sahaja pucuk kepimpinan MCA yang sedang bergolak…

Bagaimana pula dengan kerajaan agung firaun suatu ketika dulu…

Semua ini menyingkapi pelbagai pengajaran dan pengiktibaran yang berbeza. Sejarah yang mencoret bukan untuk dilupai tetapi dimengertikan agar perjalanan seterusnya kehadapan tidak melalui kelompongan yang telah sedia ditunjuki suatu ketika lalu..

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami sudah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-Ahzab, ayat 72)


"Mengertikan Hakikat Seorang Ketua"


Arrijalu kawwamu ‘ala nisa’

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.29pm
24 Ramadhan 1430H
14 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu

Saturday, September 12, 2009

Palanivel kekal jawatan Timbalan Presiden MIC

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Penyandang, Datuk G. Palanivel mengekalkan jawatan Timbalan Presiden MIC dengan menewaskan bekas Timbalan Presiden Datuk S. Subramaniam dan bekas Naib Presiden, Datuk S. Sothinathan pada pemilihan MIC di sini hari ini.



Bagi tiga jawatan Naib Presiden, orang-orang kuat Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan dipilih menduduki jawatan itu.

— BERNAMA

Friday, September 11, 2009

Peri Pentingnya Sebuah Hak Cipta

"ini saya yang cipta, dia menciplak hasil karya saya" kata seorang pembikin iklan.

"tidak, saya tidak meniru mana-mana iklan. ia adalah ilham daripada saya sendiri" jawab orang yang dituduh.

Dialog yang dahulunya pernah kecoh diMalaysia dalam perebutan hak cipta iklan "burung murai". Namun hari ini suasana kecoh perebutan hak cipta timbul kembali tetapi bukan dalam Malaysia tetapi antara Malaysia dan negara jiran, Indonesia.

Media massa dan suasana hubungan antara Malaysia dan Indonesia menjadi kecoh dan menegang gara-gara perebutan hak cipta kebudayaan. Isu ini sebenarnya bukanlah isu baru tetapi mula menjadi kecoh apabila 'tarian pendet' dan 'kuda lumping' disiarkan dalam iklan Promo Enigmatik Malaysia yang dikeluarkan oleh discovery channel. Terdahulunya, indonesia mengatakan Malaysia mencuri Reog Ponorogo, Angklung Batik & Wayang Kulit daripada Indonesia.




Lantaran itu pelbagai masalah mulai timbul hasil ketegangan ini. Penuntut, pelancong dan pengusaha Malaysia yang berada Indonesia mulai resah dan tidak senang duduk lantaran tekanan yang mereka hadapi disana. Justeru, bagaimana ia harus diatasi?

Mengumpulkan Hasil Cipta dan Mengesahkannya
Ada cadangan mengatakan seharusnya dibuatkan satu senarai mengumpulkan karya-karya, seni budaya, dan pelbagai lagi hasil cipta bagi menentukan hasil cipta terpilihara ini adalah hak milik siapa dan disahkan pada akhirnya. Mungkin cara begilah yang terbaik dalam mengatasi masalah perebutan hak cipta ini yang kian kali berulang.

Hak Cipta Allah Bagaimana?
Mengamati perebutan ini, sehinggakan hampir mencetuskan perbalahan lantaran sifat marah yang membuak dalam diri atas sebab pengambilan hak penciptaan ini hanyalah sekadar didunia ini sahaja. Bagaimana dengan hak cipta terpelihara Allah? Alangkah murkanya sekiranya hak ciptaNya diubah sewenang-wenangnya dan sesuka hati mereka? Azabnya bukan hanya didunia bahkan kekal berpanjangan diakhirat sana. Tidak terperi pula siksanya.

Manusia memikirkan hak cipta mereka namun mereka tidak menyedari bahawa mereka juga adalah salah satu daripada bahan hak cipta yang terpelihara. Antara lain hak cipta terpelihara Allah lagi adalah hukum-hukum yang telah ditetapkan dengan jelas dalam al-Quranul Kareem. Mengubah atau menukarnya dengan sesuatu yang lain merupakan satu kesalahan yang teramat besar lantaran diri sendiri juga adalah hak ciptaNya bukan sahaja hukum yang mereka ubahi itu.

Suatu Kewajipan
Mengembalikan sesuatu hak cipta kepada tuannya dan mengesahkan serta mengakui benar merupakan satu kewajipan, bukan untuk sesama manusia sahaja tetapi kepada Allah lebih-lebih lagi perlu diutamakan. Hak Cipta Berganda. Justeru, menjadi suatu kewajipan buat para manusia sekarang mengembalikan hak cipta hukum Allah sebagaimana yang termaktub jelas. Usaha kearah merealisasikan perlu senantiasa diteruskan bagi menghilangi dosa atas penyalah gunaan hak cipta ini.

~Kembalikan Hakcipta Allah~

Hak cipta tulisan terpelihara,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
7.10pm
22 Ramadhan 1430H
11 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu

Hunting al-Qadar Night

“Search for al-qadar night like u search for your losing thing” says Ust Kamaruzzaman in his kuliah subuh today.


We are already in the last phase of ramadhan. How fast the time running right now showing that the day promises by Allah is nearly to come. Two days already past and we left another 8days for searching or hunting this al-qadar night.


Surau Ikhwan

A long this ramadhan, me and my mother is always solat berjemaah at Surau Flat Gelong Bilal or his official name, Surau Ikhwan. This surau is very special and interesting. For every maghrib and subuh time, there is not a single time no kuliah delivered. And if the Ustaz not come on that day, the leader of the surau, Haji Zul will lead us to read the Quran with the translation. The jemaah there is very commited attending all the kuliah and the pray time. The most very crouded time is when the kuliah deliver by the Ust Azhar Idrus. Terengganu’s ulama’ contemporary.


Last 10 nights

For this last 10 nights of the ramadhan, surau Ikhwan held a qiamunlail everyday. The surau open early in the morning to let the jemaah pray for their individual solat and at about 3.30am the jemaah will stand together in saff to pray solat sunat tasbih. As me and my mother is the one of the permanent jemaah there, we do not left the chances to join the solat sunat tasbih. This event is annually held and we do not miss it for every year. But for me, insyaAllah this year I can pray all the 10 nights there as I already finished my studies and working contemporarily at home now.


Lets Hunting

Lastnigth we are having the barbeque iftor with Ust Mizan at his house. The participants are includes the naqib and naqibah from all the Sek Men Agama at Terengganu. There is around 50 persons coming last night.


“Tonight we sleep and ittikaf at the mospue putih ok?” asked my junior to his friend lastnight.


“Ok. I also want take a bath there. My body is stingy already” the friend reply.


Many persons who cares about the ramadhan are planning well the very important moment that are given by God to us. When the very special things want to be given, there also special barriers stuck the person to achieve it.


Let hunting that night!



Lailatulqadar's Haunter ,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

4.01pm

21 Ramadhan 1430H

11 September 2009

Pasir Panjang, Kuala Terengganu




With this post, i attach an information about the solat sunat tasbih. happy reading.

SOLAT SUNAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih

Bacaan tasbih itu ialah :


"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita)
melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan Maha Agong."

Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih


Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih

Niat Solat Tasbih


Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah

1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas

Doa Sunat Sembahyang Tasbih





"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau
.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."


Thursday, September 10, 2009

What Barack Obama Say About Facebook?


ARLINGTON, Va. (AP) — In a pep talk that kept clear of politics, President Barack Obama on Tuesday challenged the nation's students to take pride in their education — and stick with it even if they don't like every class or must overcome tough circumstances at home.

He preceded his broad-scale talk by meeting with about 40 Wakefield students in a school library, where at one point he advised them to "be careful what you post on Facebook. Whatever you do, it will be pulled up again later somewhere in your life."

Only that I want to share with u all on this. onemore thing, some friends told me that this facebook is made by the yahudi@Israel. is it true? I can't find the information..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.53pm
21 Ramadhan 1430H
11 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu

FACEBOOK ~Kemana Ia Hendak Dibawa?


“salam. kite takpernah kenalkan sblm ni? maaf jika lupa” satu message ringkas ku hantar kepada satu request untuk menambah kenalan dalam facebook.

“tak..cume dlm fb nie jew...” jawapan ringkas oleh si request tersebut.

“memang tak pernah kenal. sekadar facebook.” Jawapan lain yang diberikan oleh si request yang lain setelah diajukan soalan yang sama.

Facebook
Facebook merupakan satu laman portal yang mendapat sambutan hangat pada masa kini. Saya pernah terbaca dalam satu keratan akhbar berbunyi. “ Semua Naib Canselor Universiti Disarankan Mempunyai Facebook Tersendiri”. Melalui keratan akhbar inilah saya mula membina facebook saya (musliminsejati) atas dasar melihatkan kepentingannya dan pergerakan massa yang mengejar teknologi ini sehinggakan orang yang bergelar insan no satu Universiti ini disarankan memiliki facebook sendiri. Saya tidak mahu ketinggalan dalam teknologi ini.

Namun setelah hampir setengah tahun berkecimpung dalam dunia facebook ini, saya masih tidak dapat nampak peranan yang dapat saya mainkan dan manfaat yg boleh disumbangkan atau didapati daripadanya.

Antara Kenalan dan Sesiapa Sahaja
Dialog diatas saya lampirkan buat pembaca memberikan pandangan berkenaan peranan sebenar memiliki facebook ini. Pada saya facebook ini merupakan satu portal untuk mengikat tali persaudaraan yang telah terbina sebelum ini agar tidak terputus begitu sahaja dan agar kita dapat saling mengetahui perkembangan dipihak masing-masing.

Namun jawapan kepada message saya sedikit mengecewakan, menghampakan dan membuatkan saya terkasima, confuse dengan peranan facebook ini. “sekadar facebook?” “Cuma dalam FB?”. Mengumpulkan kenalan yang ramai namun tidak mengenali mereka, adakah itu suatu yang bermakna dan bermanfaat?.

Nasihat, Games & Komentar
Facebook merupakan laman portal yang sangat interaktif dengan konsepnya yang membolehkan setiap kenalan kita mengetahui setiap daripada apa yang kita lakukan kecuali jika menghantar message secara peribadi.

Pada mulanya saya agak terkejut dengan konsep ini.

"Wahai Anak Adam, Berdirilah menghadap-KU, maka AKU berjalan kepadamu. Berjalanlah kepada-KU, maka AKU berlari kepadamu ..." ( Hadist Qudsi ). Satu daripada perkongsian disampaikan.

“sibuk nampak menternak..nanti raya korban nak tempah lembu 2 ekor k?” antara komentar lain pula yang didapati.

Beginilah perkara yang sering terdapat difacebook. Terkadang sesetenyah punyai nasihat, terkadang sesetengah yang lain pula penuh dengan komen-komen yang tidak memberikan natijah kepada orang lain, tetapi kita terpaksa juga memandang dan membacanya. Namun seorang kawan saya memanfaat facebook dengan amat berkesan skali. Beliau meminta pandangan daripada Timbalan Menteri Pelajaran dalam suatu isu bagi menjelaskan kepada masyarakat kampus. Beginilah yang kita mahu.

Mudah-mudahan kita tidak leka, alpa dan lalai dengan facebook ini dan digunakan ia untuk membuat kerja-kerja bermanfaat.

Dan demi sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedangkan (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qaf, ayat 16 - 18)



Musykil dengan peranan yang perlu dimainkan dalam Facebook,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.16am
21 Ramadhan 1430H
11 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu

Tuesday, September 8, 2009

Why 09/09/09 Is So Special



Today we have a special date. The repeating of number 9. I not realize this date until I found and read it at yahoo information. So here I paste the article for all of u read about. There are something useful facts that we should know for example about the mitos according to the number, what the japanese's opinion on this number of 9 and other number, whether it is a lucky or bad number, and many more information include here for our understanding the world number.

Somehow, I believe for everyone of us would have their own favourite number. people mostly interest for certain number according to their birthday date, wedding date, their favourite sport player' s jersey and many more reason. For me also, I have my own favourite number that is 21 & 7. As this number is one of my my birthday date, 21/2/1986 so my first phone number also contain this such number. 012-9217219. Nice number right? This number is still available but lacking use it already as I prefer to use celcom number.


Our prophet, Nabi Muhammad s.a.w like an odd number and many of the sunnah teach us to do something in odd number. Maybe there are some speacial or advantages for this odd numbers that we do not know the truth out there. The only one who know is our Creator, Allah Taala..

So how about all of u? having any favourite number? share with me..



Wants 7 kids & above in the future,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
8.07 am
19 Ramadhan 1430H
09 / 09 / 09
Pasir Panjang, Kuala Terengganu.



What Islam say about number?
I include here several link for readers to got information:

1.What Is the Meaning of Numbers in Islam?
2.What does Islam say about numerology?
3.THE NUMBERS IN THE QURAN



Have special plans this 09/09/09?

Everyone from brides and grooms to movie studio execs are celebrating the upcoming calendrical anomaly in their own way.

In Florida, at least one county clerk's office is offering a one-day wedding special for $99.99. The rarity of this Sept. 9 hasn't been lost on the creators of the iPod, who have moved their traditional Tuesday release day to Wednesday to take advantage of the special date. Focus Features is releasing their new film "9," an animated tale about the apocalypse, on the 9th.

Not only does the date look good in marketing promotions, but it also represents the last set of repeating, single-digit dates that we'll see for almost a century (until January 1, 2101), or a millennium (mark your calendars for January 1, 3001), depending on how you want to count it.

Though technically there's nothing special about the symmetrical date, some concerned with the history and meaning of numbers ascribe powerful significance to 09/09/09.

For cultures in which the number nine is lucky, Sept. 9 is anticipated - while others might see the date as an ominous warning.

Math magic

Modern numerologists - who operate outside the realm of real science - believe that mystical significance or vibrations can be assigned to each numeral one through nine, and different combinations of the digits produce tangible results in life depending on their application.

As the final numeral, the number nine holds special rank. It is associated with forgiveness, compassion and success on the positive side as well as arrogance and self-righteousness on the negative, according to numerologists.

Though usually discredited as bogus, numerologists do have a famous predecessor to look to. Pythagoras, the Greek mathematician and father of the famous theorem, is also credited with popularizing numerology in ancient times.

"Pythagoras most of all seems to have honored and advanced the study concerned with numbers, having taken it away from the use of merchants and likening all things to numbers," wrote Aristoxenus, an ancient Greek historian, in the 4th century B.C.

As part of his obsession with numbers both mathematically and divine, and like many mathematicians before and since, Pythagoras noted that nine in particular had many unique properties.

Any grade-schooler could tell you, for example, that the sum of the two-digits resulting from nine multiplied by any other single-digit number will equal nine. So 9x3=27, and 2+7=9.

Multiply nine by any two, three or four-digit number and the sums of those will also break down to nine. For example: 9x62 = 558; 5+5+8=18; 1+8=9.

Sept. 9 also happens to be the 252nd day of the year (2 + 5 +2)...

Loving 9

Both China and Japan have strong feelings about the number nine. Those feelings just happen to be on opposite ends of the spectrum.

The Chinese pulled out all the stops to celebrate their lucky number eight during last year's Summer Olympics, ringing the games in at 8 p.m. on 08/08/08. What many might not realize is that nine comes in second on their list of auspicious digits and is associated with long life, due to how similar its pronunciation is to the local word for long-lasting (eight sounds like wealth).

Historically, ancient Chinese emperors associated themselves closely with the number nine, which appeared prominently in architecture and royal dress, often in the form of nine fearsome dragons. The imperial dynasties were so convinced of the power of the number nine that the palace complex at Beijing's Forbidden City is rumored to have been built with 9,999 rooms.

Japanese emperors would have never worn a robe with nine dragons, however.

In Japanese, the word for nine is a homophone for the word for suffering, so the number is considered highly unlucky - second only to four, which sounds like death.

Many Japanese will go so far as to avoid room numbers including nine at hotels or hospitals, if the building planners haven't already eliminated them altogether.

Sunday, September 6, 2009

Menjadi Hafiz Al-Quran

“Dulu Abg Tg pernah datang interview kat maahad ni lepas daripada UPSR, dah lulus pun. Cuma masa hari pendaftaran tak datang. Tetiba ubah fikiran untuk masuk ke sekolah kerajaan” Ujarku kepada seorang adik sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa di Maahad tersebut.

“Kalau tak, sekarang abg Tg dah ada kat mesir atau Jordan. Sambung belajar” ujarku lagi.

Kenangan silam sewaktu menghadari temuduga di Maahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman mengimbau kembali tatkala kaki menjejak ke Maahad ini lagi. Walaupun hampir 10tahun peristiwa tersebut berlaku, namun ia cukup memberi kesan kepada diriku kerana dengan langkah yang telah aku ambil dahulu, aku kini bergelar seorang bakal guru.






(Adik Muhammad Ahmad Zahid,
Hafiz berumur 10tahun)


Hafiz al-Quran Pilihan Allah
Kekadang aku termenung mengenang perjalanan hidup ini. Percaturan Allah menjadikan diriku seperti sekarang ini. Bakal seorang guru yang suatu ketika dulu tidak pernah aku terlintas akan pekerjaan ini. Kurasai diri ini lebih mengkehendaki kearah aliran agama berbanding aliran sains yang kuceburi sekarang. Perasaan inilah yang mendorongku untuk menghadiri temuduga maahad tersebut dan bercita-cita menjadi seorang Hafiz al-Quran. Namun aku sedar, Hafiz al-Quran ini adalah pilihan daripada Allah.

Dan apa yang Telah kami wahyukan kepadamu yaitu Al Kitab (Al Quran) Itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha mengetahui lagi Maha melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya.

Kemudian Kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. yang demikian itu adalah karunia yang amat besar. (Fatir:31-32)

Kalau Bukan Aku, Generasiku

Menyedari hakikat bahawa aku seorang bakal guru, namun keinginan untuk menjadi seorang hafiz al-Quran masih kuat menebal dalam diri. Pernah aku letakkan langkah-langkah menjadi seorang hafiz ini dalam perancangan 10tahun hidupku. Kini ia telah diubah suai bersesuaian dengan diriku sekarang dan masa yang telah berjalan. Walau bagaimana pun, usaha-usaha kearah itu akan diteruskan. Menghafal surah-surah penting sentiasa dalam peringatan.

Aku beriltizam, jika dipanjangkan umur ini dan diberi kesempatan serta rezeki, akan aku lahirkan seorang hafiz daripada zuriat keturunanku..

atas kesedaran bahawa besarnya ganjaran yang diperolehi oleh seorang hafiz ini & syafaat yang dikurniakan kepada ibubapa mereka.






Kelebihan Hafiz al-Quran

Menurut Ismail Masyhuri al-Hafiz (1993: 87-90), diantara kelebihan-kelebihan lain yang diperolehi oleh penghafaz al-Quran adalah selalu dilindungi oleh Allah S.W.T, menjadi umat Nabi Muhammad yang mulia, tidak merasa takut pada hari kiamat dan doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Selain itu juga, mereka yang menghafaz al-Quran juga merupakan mereka yang paling layak untuk menjadi imam serta dipermudahkan segala urusan mereka. Allah S.W.T juga mengurniakan nikmat kelebihan ilmu yang dikurniakan kepada para nabi kepada para huffaz serta diberikan kelebihan pada hari akhirat kelak untuk memberikan syafaat kepada 10 orang daripada ahli keluarganya.

Dalam satu hadis meriwayatkan:

“ Barangsiapa yang menghafaz Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka Allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari ”.


Mari Menghafal al-Quran

Akhir kalam, saya mengajak para pembaca sekalian untuk sama-sama kita berusaha menghafal kalam suci Allah ini. Berusaha sekadar yang termampu buat diri masing- masing. Jika kita seorang pelajar, jika kita seorang pekerja, jika kita seorang ibubapa, jika siapa pun kita, luangkanlah sedikit daripada masa kita untuk menghafal al-Quran dan menghayati kandungannya. Selamat berusaha.

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang menghafaz Al-Quran dan mengajarkannya” Riwayat Bukhari


Hajat yang belum kesampaian,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.32 am
17 Ramadhan 1430H
7 September 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu


Bersama ini saya lampirkan tips menghafal al-Quran:

TIPS MENGHAFAL QURAN SECARA PART TIME

1. mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.

2. menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.

3. gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nya di atur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan di ingati.

4. ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.

5. bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru.

6. mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.

7. pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi' (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.

8. amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.

9. amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.

10. amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.

11. jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.

12. tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.

13. banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

14. pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH or SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

15. tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.

"SESUNGGUHNYA AL QURAN ITU MUDAH UNTUK DIPELAJARI" [al-Qamar: 17,22,32,40]

TIPS asal oleh IMAM NAWAWI

pautan lain: menghafal menggunakan kaedah jibril

Template by - Abdul Munir - 2008