Monday, August 31, 2009

Si Kecil Yang Bertudung

“budak kecil ini, kalau dipakaikan tudung, cantik sangat” ujarku kepada seorang sahabat dalam YM pagi tadi.


Semalam, seusai sahaja satu program dipantai Rantau Abang, aku mengambil peluang menghirup udara bayu darat sambil hati berzikir melihat kebesaran penciptaan Allah yang sedang terdampar didepan mata.

Langit yang membiru berserta awan kolumunimbus, biru kehijauan air lautnya yang menjernih, angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup, kehalusan pasir pantai dan kehadiran pepohonan kelapa melengkapkan keindahan penciptaan Allah ini.

Dalam keasyikan menghayati panorama laut yang sungguh mengagumkan jiwa ini, hadir seorang gadis kecil menenggelamkan lamunan dan zikir hati yang sedang bertaut. Kejernihan wajah sekecil tadi dengan penampilan bertudung beserta warna pink lembut baju dan tudung si cilik ini menyebabkan aku beralih tumpuan.

“sungguh comel budak ini, semoga budak ini menjadi seorang solehah bila besar kelak” pujianku tidak luput daripada berdoa memohon kepada Sang Pencipta.

merenung masa depan

Tudung

Zaman melenium ini melihatkan para remaja sekarang kebanyakan bertudung. Zaman sekolah telah mendidik mereka untuk memakai tudung. Mereka dididik bertudung semenjak memasuki alam pra-sekolah lagi. Meneruskan pengajian diperingkat sekolah rendah, sekolah menengah, alam matrikulasi dan universiti, mengenakan tudung tidak pernah dilupakan.

Namun tidak dinafikan ada juga yang kecundang di salah satu peringkat pengajian tersebut. Selain itu, perubahan demi perubahan kepada style tudung sering berlaku dari masa ke masa. Bermula tudung labuh, mereka yang bersekolah agama bertukar kepada kepada tudung tiga segi, kemudian bertukar kepada tudung bawal apabila masuk universiti. Keluar sahaja daripada universiti, pelbagai tudung dicuba dan menjadi pilihan masing-masing setelah merasakan jenis tudung itu yang paling sesuai dengan diri dan dirasakan paling cantik untuk dipertontonkan. Tudung wahida, tudung arini, tudung ikin dan tudung yuna silih berganti dicuba. Pengakhiran kepada semua tudung ini, ditinggalkan semua justeru menjadilah mereka free hair.

“saya teringat tahun 1962 dahulu, ada seorang pensyarah yang dipecat oleh pihak universiti semata-mata kerana mempertahankan tudung tiga segi beliau”
“zaman itu rata-rata masyarakat memakai tudung lilit tetapi pensyarah ini sedikit kelainan dengan memakai tudung sedemikian, justeru membawa kelainan kepada persekitaran semasa pada masa itu.” Ujar seorang ustaz dalam membicarakan persoalan tudung.

“zaman dahulu, seorang sanggup dipecat semata kerana mempertahankan tudung beliau, tetapi budak-budak sekarang tidak segan silu untuk membuat maksiat hatta dengan bertudung” jelas beliau lagi.





Syariat, Peraturan dan Fesyen

Selain mengikuti fesyen tudung terkini, tidak kurang ramai yang memakai tudung hanya ditempat-tempat pengajian mereka. sebaik sahaja balik daripada tempat pengajian atau sekolah mereka, terus ditinggalkan penerapan yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah dan pihak pengajian tersebut. Mereka memakai tudung seolah kerana peraturan yang memaksa.

Kadang terasa kehairanan dengan pemakaian tudung ini, apa sebenarnya yang dirasakan oleh golongan hawa ini ketika mengenakan penutupan kepada salah satu bahagian cantik mereka. Adakah mereka merasakan rugi kerana tidak dapat menonjolkan kecantikan tersebut? Adakah mereka mereka merasakan tudung ini sebagai hanya suatu peraturan yang perlu dipatuhi? Atau adakah mereka merasakan memakai tudung ini kerana ramai yang memakainya?

Bagaimana penegasan syariat kepada tuntutan bertudung ini?

“…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka; (al-Nur, 31)

Sabda Rasulullah :
“Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat”

Anis, bermain air pantai


Ajarilah Mereka

Hari ini pelbagai tudung telah banyak dijual dan tidak hanya terhad kepada wanita dewasa sahaja. Pelbagai tudung kecil untuk kanak dijual merata dikedai. Gelombang tudung kanak-kanak ini yang dibawa daripada Indonesia memberikan impak yang sangat besar kepada penerapan pemakaian Islam diMalaysia ini. Tudung nabila(mutiara hati) menjadi pilihan kanak-kanak dan tidak ketinggalan mereka yang dewasa kerana mudahnya untuk ia disarungkan.

Ajarilah kanak-kanak kecil dengan bertudung semenjak kecil lagi. Berilah pengetahuan dan tanamkan kefahaman kepada mereka kenapa mereka dituntut untuk memakai tudung. Jauh dimasa depan kelak, mereka tidak akan meninggalkan penerapan yang telah lama diperkukuhkan dalam sanubari dan penampilan mereka. Itulah yang kita mahukan.

Bersama Anis


“kuimpikan seorang anak secomel ini, akan kudidik dia dengan akhlak Islam. Indah luaran dan indah dalaman. Cantik lahiriah dan cantik rohaniah” bisik hati melihat Anis yang berumur 5 tahun ini comel bertudung.



Yang Memikir Masalah Ummat,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
2.25pm
9 Ramadhan 1430H

30 Ogos 2009
Bandar, Kuala Terengganu.


Maklumat lanjut kepada syariat bertudung ini boleh layari disini: http://idrisahmad.wordpress.com. Dalil Al-Quran dan hadis beserta penjelasan diterangkan dengan amat baik oleh Ust Idris Ahmad. Semoga antara kita mendapat kefahaman dan petunjuk daripadaNya.

Saturday, August 29, 2009

Hikmah Allah Dalam Keinsafan Beliau


“Kenapa buat saya macam ini?,” rintih bekas model sambilan,.

“Saya kecewa dengan arahan itu dan terkejut kerana saya sudah mempersiapkan mental dan fizikal bagi menjalani hukuman, tetapi hari ini (semalam) saya diberitahu hukuman itu tidak dapat dijalankan”

Inilah ungkapan yang diungkapkan oleh Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 selepas mendapat makluman hukuman sebatan yang patut dijalankan keatas beliau ditangguhkan.

Saya melihat hikmah kejadian ini dalam dua sudut yang berbeza. Hikmah sebenar atas kejadian ini hanya Allah sahaja yang mengetahui.


Alasan Menghormati Ramadhan

Saya melihatkan alasan penangguhan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP) adalah tidak tepat.

“sepatutnya bulan ramadhan ni la nak laksanakan hukuman, ambil berkat ramadhan” ujarku spontan kepada rakan-rakan ketika membicarakan alasan rapuh yang dinyatakan bagi menutup kenapa ia ditangguhkan.

Ramadhan ini sangat berkat sebagaimana sabda Rasulullah :

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i).

Hal yang sama disokong oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad. Beliau berkata keputusan Jaip menggambarkan sesetengah pihak kurang yakin dengan pelaksanaan undang-undang syariah.

"Hukuman itu tidak wajar ditangguhkan dengan alasan untuk menghormati Ramadan. Jika berpegang kepada alasan itu, maka semua hukuman terhadap pesalah yang ingin dijalankan pada bulan ini (Ramadan) perlu ditangguhkan.

"Alasan yang dikemukakan cukup rapuh, saya fikir ada pihak berasa serba salah untuk melaksanakannya, sedangkan pesalah terbabit sendiri sedia menjalani hukuman ini, malah mahu ia dilaksanakan secepat mungkin," kata beliau lagi.



Hukuman sebat di Malaysia, tidak mengikut Syariatkah?

Hikmah utama yang saya lihat melalui peristiwa yang hangat diperkatakan orang sekarang adalah, Allah ingin membuka mata semua pihak agar melihat kembali hukuman dan perundangan yang dijalankan di Malaysia ini. Kita jelas bahawa undang-undang dan hukuman yang dijalankan di Malaysia ini adalah tidak mengikut sebagaimana yang diperintahkan Allah. Perintah Allah yang jelas berkenaan dengan hudud, bukan sahaja tidak dilaksanakan bahkan mereka(pemimpin) menentang pula golongan yang ingin melaksanakan perintah Allah ini.

Bersama ini saya lampirkan satu videoclip hukuman sebatan yang dijalankan oleh mahkamah sivil, sungguh kejam dan sangat berbeda sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.



HUKUMAN SEBATAN MENGIKUT SYARIAT

Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.

Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah?

Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.

Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.



Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.


"Kembalikan Hukum-Hukum Allah"


Penegak Hukum ALLAH,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
10.29am
8 Ramadhan 1430H
30 Ogos 2009
Pasir Panjang, Kuala Terengganu

Ramadhan Al-Mubarak


Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah puasa

“Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh
keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar ber
puasa
pada bulan itu.”
­- Hadis riwayat Imam Ahmad


2. Bulan diturunkan Al-Quran

“(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana
diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk
bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

– Surah al-Baqarah: 185


3. Pintu syurga terbuka luas

“Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga
akan dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.


4. Pintu Rahmat ( Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA ) terbuka luas.

“Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.”
­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.


5. Pintu Langit Terbuka Luas.

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka.” – Hadis riwayat
al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.


6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka
dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.”

– Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.



7. Syaitan Dan Jin Dirantai.

“Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-
syaitan dan jin yang derhaka.”

– Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.


8. Terdapatnya Malam Lalilatul Qadar

Firman ALLAH S.W.T:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”

– Surah al-Qadr: 1-5.

Hadis nabi riwayat Abu Hurairah ra yang menyebut mengenai fadhilat berpuasa iaitu antaranya baginda bersabda dengan bermaksud : “…bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dan indah di sisi Allah dari bauan wangian kasturi.” (hadis sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151)
Sabda Rasulullah s.a.w:

((كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ))

(( Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak mempperolehi apa-apa melainkan berjaga sahaja)). Riwayat Imam Ahmad

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Thursday, August 27, 2009

One Ayat and One Hadith

Wednesday, August 26, 2009

The Voice Of Disable Is Gone...


"First disabled senator, Prof Dr Ismail Md Salleh died on a flight from China to Singapore early today. He was 61."


This news will shocking a lot of peoples in Malaysia. The gone of the voice of disable no doubt will affect many hearts who concern on humanity and charity.

Allahyarham Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, who is blind, created history on 18 Deceber 2007 when he became the first disabled person to be appointed a senator.


The academician and economist, who is married and has six children, originally from Kelantan and who now lives in Kajang, has been totally blind since he was 13.

Allahyarham on the day of his appointed said with the appointment, there would now be a voice for the disabled community.

Allahyarham Dr Ismail graduated with a Bachelor of Science from the State University of New York in 1973, and received his Master of Science (Economics) from the University of Illinois in 1974, before obtaining his PhD from the same university in 1977.

The Malaysian Association of the Blind (MAB) president also sits on various committees and working groups in the local and internationals levels.

Allahyarham is the International University College of Technology Twintech vice-chancellor, National Association of Bumiputra Private Colleges president and National Economic Consultative Council chief rapporteur.

Allahyarham is also a member of the National Implementation Task Force in the Prime Minister’s Department, and the East Asia International Council for the Education of the People With Visual Impairment chairman.

In 2001, in recognition of his work as well as his contribution to the country and the international community, he was awarded the Doctor of Literature from the Irish International University by the European Union.


Contribute to other in our own ways,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
1.28 pm
7 Ramadhan 1430H
28 Ogos 2009
Pejabat,
Bandar Kuala Terengganu.

Akulah PencariMu...

Hari ini hati sedikit resah dan ibadah terasa berkurangan. Timbul rasa malas, jemu dan kurang bersemangat.

Saya mengkoreksi kembali diri mengapa terjadi demikian.

Dalam kesedaran, saya mengetahui hati ini telah sedikit berpaling daripada terus meletakkan Dia yang paling utama. Hati ini telah sedikit terleka. Diberi ruang untuk layanan perasaan menjengah. Astargfirullahal Azim..

Kesedaran menuntut kebaikan
Bila menyedari hakikat ini, terus diinjak diri ini daripada terus berada dalam keadaan demikian. Alhamdulillah, terasa pulih kembali iman dan ketenangan menjelma semula. Bila kesedaran itu datang, bersegeralah berubah kearah yang lebih baik. Usah ditunggu lama.

Hati ini milik Allah
Sesungguhnya hati ini kepunyaanNya. Dia berhak membolak balikkan hati-hati ini. Tatkala kita dalam ketenangan berada pada jalan agamaNya, jangan kita lupa untuk senantiasa berdoa agar ditetapkan hati ini pada jalan agamaNya dan dalam ketaatan kepadaNya.

Akulah Para PencariMu
Saya sangat berminat mendengar lagu-lagu daripada kumpulan Ungu, sebuah kumpulan daripada Indonesia. Lagu-lagu ini yang bersifat ketuhanan dengan muzik slow rock, indie dan alternative sangat mengasyikkan. Bait-bait lirik yang dituturkan sangat mendalam maksudnya. Beberapa buah lagu kumpulan ini telah membuatkan saya mengalirkan airmata tanpa disedari tatkala pertama kali mendengarnya.

Saya sertakan lirik dan lagu "Para PencariMu" buat kita hayati bersama. Moga hati-hati tersentuh dengan message yang ingin disampaikan.

P/S: sila klik 'play full song here'


Para Pencari Mu - Ungu

Para PencariMu -UNGU

menjalani hitam putih hidupku membuatku mengerti
arti hadir-Mu dalam setiap langkah-langkahku berarti

melewati setiap detik waktuku bersama takdirmu
membuatku mengerti hanyalah pada-Mu ku kembali

ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu

akulah para pencari-Mu ya Allah
akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
tunjukkan ku jalan yang lurus
tempat kutambatkan langkahku

akulah para pencari-Mu
akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
hanya di jalan-Mu ya Allah
tempatku pasrahkan hidupku

ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu

akulah para pencari-Mu ya Allah
akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
tunjukkan ku jalan yang lurus
tempat kutambatkan langkahku

akulah para pencari-Mu
akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
hanya di jalan-Mu ya Allah
tempatku pasrahkan hidupku



~Akulah PencariMu~

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

5.59 pm

5 Ramadhan 1430H

27 Ogos 2009

Pasir Panjang, Kuala Terengganu


Monday, August 24, 2009

Master, Dalam Penantian Petunjuk Ilahi

Saat selepas selesai majlis konvokesyen baru-baru, perancangan hidup seterusnya sebagaimana yang dirancangkan untuk jangka 5 tahun akan datang antaranya adalah menyambung pengajian diperingkat master.


Menyambung pengajian master insyaAllah akan juga saya lakukan cumanya adalah waktu dan kesesuaian diri belum dipastikan lagi. Menyambung pengajian dalam pada masa yang sama bekerja merupakan satu perkara yang tidak mudah. Pembahagian masa dan kehambatan tugas sebagai seorang guru sangat perlu diambil kira dalam membuat keputusan besar dalam hidup ini.

Keputusan & Ketentuan
Dalam hidup insan ini tidak dapat kita lari daripada membuat pilihan, keputusan dan kata tamat kepada sesuatu perkara. Dalam kebanyakan hal, terdapat beberapa pilihan yang memerlukan kita memilih salah satu daripada pilihan tersebut. Paling kurang pilihan tersebut adalah sama ada Ya atau Tidak.

Keputusan yang kita lakukan ini semestinya akan memberi kesannya yang tersendiri kepada diri sendiri, keluarga, insan sekeliling dan masyarakat umumnya. Justeru bukan suatu yang mudah bagi membuat sesuatu keputusan. Kesan daripada keputusan yang dibuat sama ada baik atau pun buruk, sebagai seorang muslim, iktikad yang mesti kita tanam adalah ia merupakan satu ketentuan daripada Allah Taala. Sesungguhnya Dia lah yang mengatur segala perancangan dan memberi ketentuan terhadap segala sesuatu yang berlaku.


Kebergantungan, Penyerahan dan Pengharapan
Tiga elemen yang sangat berkait rapat dan diperlukan untuk diserapkan dalam diri tiap insan bagi menyedari bahawa kita ini tidak lain hanya seorang hamba yang lemah di sisinya. Kebergantungan, penyerahan dan pengharapan tidak boleh sama sekali dipisahkan antara satu sama lain. Merasai diri ini tidak punyai apa-apa, tiada daya upaya melainkan dengan keizinan daripadaNya akan menyebabkan kita meletakkan kebergantungan yang tinggi kepada Allah selaku Pencipta dan Yang Maha Kuasa.

Bila mana kita telah meletakkan kebergantungan ini, maka penyerahan diri secara total atas segala ketentuanNya akan muncul dengan sendirinya. Namun begitu, penyerahan total ini hedaklah sebelumnya diletakkan bersama pengharapan. Mengharapkan yang terbaik buat diri dan semua orang lain. Pengharapan ini bakal menjadikan seseorang itu merasai dekat dirinya dengan Tuhan.

Lihat sahaja seorang yang sangat berharap dan berhajat, bagaimana pengaduan dan rayuannya. Sungguh syahdu dan mengasyikkan. Allah menyintai hamba-hambaNya yang sangat berharap kepada diriNya dan Dia tidak pernah loket untuk memberikan apa yang dihajati oleh si hamba. Namun kadang yang terbaik buat diri bukanlah sebagimana yang diharapkan atau dihajati oleh si hamba, Dia Yang Maha Mengetahui, justeru diberiNya lain daripada sebagaimana yang diminta. Ingatlah kita bahawa Allah suka kepada hamba yang selalu meminta kepadaNya, tidak merasa jemu dan tidak pula pernah marah dengan permintaan demi permintaan. Berbeda dengan sifat manusiawi yang akan mengundang bosan, kedekut dan marah jika hajat datang bertandang-tandang.


Istikharah
Dalam perkara ingin melanjutkan pengajian ini, saya insyaAllah tidak pernah lekang setiap hari untuk terus menanti petunjuk Ilahi melalui solat istikharah. Saya tidak mengharapkan segera penunjuk ini dan tidak juga mengharapkan ia lambat. Walau cepat atau lambat, pengharapan ini membuatkan diri ini terasa dekat denganNya.

Di sebalik memohon diberi petunjuk dalam membuat pilihan menyambung pengajian ini, satu lagi keputusan besar dalam hidup tidak diterlupakan untuk dimohon bersama. Mohon yang terbaik dalam pilihan yang dibuat.

Bersama ini saya sertakan doa istikharah buat amalan kita semua

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan [yang tepat] kepada Engkau dengan ilmu [yang ada pada]-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu [untuk menyelesaikan urusanku] dengan kodrat-Mu.

Dan aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Mahatahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang gaib.

Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih buruk pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku ridha menerimanya



Menanti Petunjuk Ilahi,


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
4.54 pm
3 Ramadhan 1430H
24 Ogos 2009
Masjid Permatang Janggus
Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Sunday, August 23, 2009

Exco Kedah Keluar PKR, sokong PM


ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya."

Menurut Bernama, Mohd Radzhi berkata keputusannya sebagai menyatakan sokongan pada tindakan pembubaran bahagian tersebut seperti diumumkan oleh Jamaludin.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas," beliau dipetik berkata.

Tambahnya, seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian berkenaan menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," kata Mohd Radzhi lagi.

Beliau juga dilaporkan berkata, walaupun meninggalkan PKR, beliau akan terus berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu, "di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan perdana menteri".

Beliau akan terus kekal dengan jawatan exco pelancongan Kedah kerana soal pelantikan exco negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah, lapor agensi berita itu lagi.

Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.

"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN S Ananthan dengan majoriti 10,323 undi

sumber: www.malaysiakini.com

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan Selangkah Lagi Tiba

\

Terasa hari semakin hampir dengan bulan yang amat ditunggu-tunggu. Perancangan dan jadual telah diatur rapi bagi memastikan tiap saat dalam bulan ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Antara perancangan dan perkara yang insyaAllah dilakukan dalam bulan Ramadhan ini adalah:

1. Solat berjemaah tiap waktu
2. Solat diawal waktu
3. Tadarus
4. Mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran
5. Menghayati maksud ayat Al-Quran yang dibaca
6. Solat Sunat Muakkad (solat sblm subuh, solat sblm zohor, solat slps zohor, solat slps maghrib, solat sblm isyak, solat slps isyak, solat tahajjud, solat Dhuha & solat witir 1rakaat = 17 rakaat solat sunat = 17 rakaat solat wajib)kata ust zahazan, bahan itu ditampung dengan bahannya yg sama. begitulah juga solat fardhu ditampung dengan bilangan rakaatnya yg sama.
7. Membaca buku
8. Membantu keluarga
9. Bersedekah
10.Akhlak2 Mulia Islam menjadi pakaian setiap waktu

Saya lampirkan checklist buat kita semua untuk lebih tersusun perancangan ibadah kita pada bulan penuh barakah ini. Checklist ini diambil daripada Natasha, sahabat Sek Rendah saya dulu. JazakAllah buat beliau.

Klik untuk paparan lebih jelas



Bersama semangat menunggu Ramadhan ini, saya lampirkan satu nasyid yang menjadi penguat semangat untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan erti kata yang sebenar. Sungguh indah nasyid ini. Selamat Menghayati...





Nasyid Versi Malaysia pula yg ni




Ramadhan Dalam Penantian,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
8.04 am
29 Syaaban 1430H
20 Ogos 2009
Hotel Lanai Bangi, Selangor

Permusafiran demi Permusafiran

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca. Kali ini tulisan saya berbeda sedikit dengan yang sebelumnya. Saya ingin merakamkan sedikit catatan hidup yang berlaku dalam masa terdekat agar ia terus subur dalam ingatan buat tatapan pada masa akan datang.

Sahabat UITM Arau & Shah Alam + PC Fair
Bulan Ogos ini menyaksikan saya banyak bermusafir dalam menyelesaikan beberapa perkara penting dalam hidup. Bermula 1 Ogos lagi diri ini telah berada di Kuala Lumpur. Berkenalan dengan sahabat-sahabat UITM Arau dan UITM Shah Alam menambahkan kenalan rakan seperjuangan. Sungguh baik layanan mereka tatkala saya bertandang kerumah sewa mereka. Dalam perkenalan itu, saya sempat mengisi masa bersama mereka ke PC Fair yang diadakan di KLCC. Terasa berat ingin meninggalkan mereka atas perasaan indahnya ukhuwwwah yang terbina walau sempat bersama selama dua hari dua malam. Smoga kita berjumpa lagi suatu masa akan datang.

Ziarah Mengeratkan Silaturrahim
Beberapa hari selepas itu, diri terus berkunjung ke Teluk Intan bagi menziarahi guru-guru di Sek Men Hutan Melintang yang mana saya berpraktikum selama empat bulan yang lepas. Kedatangan ke sekolah memang mengejutkan banyak pihak. Bermula dengan guru-guru, para pelajar, makcik dewan makan asrama, kak cleaner, guru pengajian Tajwid dan tidak lupa kepada pak guard asrama. sekunjungan saya disana disambut baik oleh semua mereka. Dalam menjaga hubungan yang terbina walau hanya empat bulan, saya belikan sedikit buah tangan buat mereka semua. Buah tangan yang tidak mahal, tetapi cukup untuk menghiburkan hati mereka dan sebagai tanda bahawa saya selalu mengingati jasa budi mereka.

Konvokesyen UPSI
Selang beberapa hari sebelum hari konvokesyen bermula, para bakal graduan mula sibuk dengan urusan-urusan yang perlu diselesaikan dalam proses penerimaan segulung ijazah nanti. Mengambil jubah, membayar duit gambar, menghadiri rehearsal majlis merupakan antara perkara-perkara yang dilakukan bagi melicinkan perjalanan konvokesyen nanti.

Peristiwa memboikot majlis konsert pada hari perasmian konvokesyen juga menyaksikan satu antara catatan hidup yang tidak mungkin dapat dilupakan. Sahabat sahabiah dengan jiwa cekal menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan penganjuran konsert tersebut berlalu tanpa sebarang suara, memberi isyarat kepada mereka pembesar universiti agar perkara yang sama tidak diulang pada majlis konvokesyen akan datang.

Konvokesyen UKM
Selang dua hari balik ke Terengganu seusai majlis konvokesyen diri sendiri, diri sekali lagi menjadi main driver ke bangi pula. Kali ini bagi menghadiri majlis konvokesyen adik di UKM. Bermusafir dengan family sangat indah kerana boleh dibilang dalam hayat ini berapa lama sangat masa diluangkan bersama keluarga. Semenjak memasuki sekolah menengah berasrama selama lima tahun, menyambung pengajian di Matrikulasi setahun dan meneruskan menuntut ilmu di UPSI selama empat tahun, tak banyak masa yang diluangkan bersama dengan keluarga. Justeru inilah saya merasakan bahawa keluarga sanggup menghabiskan banyak duit untuk menyewa van, mengisi minyaknya, menyewa chalet & hotel dan belanja makan minum yang semestinya kesemua ini memerlukan kewangan yang tidak sedikit nilainya. Demi meraikan kami dua beradik paling bawah dan mengisi masa bersama-sama.


Ramadhan selangkah tiba
Dua hari lagi, bulan yang menjadi kerinduan buat para mukmin akan berkunjung tiba. mohon dipanjangkan umur untuk terus menjejakkan kaki di bulan penuh barakah ini. Persiapan rapi diatur sebaiknya agar ramadhan ini merupakan ramadhan yang terbaik dalam usaha mengislahkan diri mencari keampunan dan keredhaan Allah.

"Allahummabariklana fi Syaaban wa barlighrna Ramadhan"


Musafir dalam kehidupan dunia,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
1.11 am
29 Syaaban 1430H
20 Ogos 2009
Hotel Lanai Bangi, Selangor
20 Ogos 2009

Monday, August 17, 2009

Doa H1N1

Klik untuk lebih jelas

Assalamualaikum.
Doa yang dinyatakan sebelum ini cukup menimbulkan kontroversi. setengah pendapat mengatakan doa tersebut sebagai syirik kerana bergantung pada lima nama yg dinyatakan untuk menghalang daripada penyakit tanpa disandarkan kepada Allah, pemberi & penyembuh segala penyakit. Namun setengah pendapat yg lain mengatakan bahawa ia adalah menggunakan kaedah tawassul..

Justeru, disini ana lampirkan doa yang agak tersohor dalam mencegah penyakit berjangkit H1N1 yang dibimbangi oleh masyarakat dunia sekarang. Mohon perlindungan Allah daripada segala Bala dan Kejahatan. Ameen

Saturday, August 15, 2009

Doa H1N1 Yang Syirik

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin mengingatkan rakan-rakan sekalian tentang doa yang mengandungi unsur-unsur syirik yang dikatakan sesuai dibaca waktu H1N1.

Saya menasihatkat kepada mereka yang telah terlanjur memforwardkan doa ini untuk menghantar posting ini kepada orang-orang yang telah diforward doa yang boleh membawa kepada syirik tersebut.

Doa tersebut ialah ini:

http://al-fikrah.net/web_data/uploads/doa-h1n1-syiah-ke.png

Doa tersebut selah-olah menyatakan bahawa kerana lima orang ini -Nabi Muhammad SAW, Saidina Ali Radiallahu 'Anhu, Fatimah Radiallhu 'anha, serta Hasan dan Husain- maka Allah memadamkan kepanasan penyakit berjangkit.

Kenyataan ini adalah penipuan ke atas nama Allah. Jika benar Allah menghilangkan kesan penyakit berjangkit kerana lima insan mulia ini:

a) Sila datangkan dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah tentang hal ini.

b) Pereka doa ini, serta penyebarnya telah menipu menggunakan nama Allah. Ini kerana tiada di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang mana Allah menyatakan Ia akan mengurangkan penyakit berjangkit kerana lima insan ini.

c) Bercakap tentang Allah Tabaraka Wa Taala tanpa dalil adalah satu pembohongan dan pendustaan. Apakah tok shaikh yang mereka doa ini menyangka beliau adalah Rasul yang menerima wahyu, lalu Allah memberitahu beliau?

Nasihat saya: Sebarkan posting di atas demi memurnikan akidah umat Islam daripada dinodai kesesatan dan penyelewengan akidah. Sesungguhnya dosa apakah yang lebih besar daripada syirik dan bercakap tentang Allah tanpa bersandarkan dalil?

Bertaubatlah kita semua seandainya kita telah mem forward doa yang merosakkan akidah ini.

Di sini saya ingin mengingatkan bahawa Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wassalam telah mengajar banyak doa untuk kita.

Antara doa yang sesuai dibaca ialah:

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

- Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/248, (كِتَاب الدَّعَوَاتِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), no. 3310. Beliau menyatakan sebagai Hasan Sahih Gharib. Ibnu Majah, 11/333, (كِتَاب الدُّعَاءِ), no. 3859. Sahih menurut penilaian al-Albani, di dalam Shahih wa Dhoif Sunan Ibnu Majah, no. 5088 dan Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, (كتاب النوافل), no. 655. Dan menurut Ibnu Hibban Isnadnya Sahih, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Albani di dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 655. Ahmad, Musnad Ahmad, 1/423, no. 418. Abu Daud, 13/282, (كِتَاب الْأَدَبِ), no. 4425.

sumber: http://lobaitampin.blogspot.com/

Thursday, August 13, 2009

Suatu Yang Pasti

"KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan." - Berita Harian-Ogos,14



Salam takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga Ust Asri. Smoga tabah menghadapi ujian ini. Ingatlah kita semua bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Hidup didunia ini amat singkat berbanding akhirat dan disana juga kita akan ditanya berkenaan apa yang kita lakukan didunia ini. Justeru kerana kita akan dimatikan, dihidupkan kembali dan disoal kelak, maka beringat-ingatlah kita akan setiap langkah kita didunia ini. No more turning back after that and it is for sure happen..Suatu Yang Pasti...

Tg Abd Ghafar Tg Ahmad
5.14 am
23 Syaaban 1430H
14 Ogos 2009
Pasir Panjang,
Kuala Terengganu.

Sunday, August 9, 2009

Kesannya dapat dilihat kini...


"GUA MUSANG 9 Ogos - Seorang lelaki ditemui mati setelah bertindak kejam - memperkosa, menikam dan kemudian menyimbah asid untuk membunuh anak tirinya di sebuah ladang getah dekat sini hari ini.

Kerana terlalu takut perbuatannya terbongkar, lelaki berusia 58 tahun itu dipercayai meminum asid. Mayatnya kemudiannya ditemui oleh penduduk kampung.

Gadis malang berusia 15 tahun itu kini kritikal. Dia dirawat di Hospital Kuala Krai sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini lewat petang ini"


Jenayah Yang Tidak Diterlepaskan
Antara berita yang tak mungkin terlepas untuk disiarkan pada setiap hari. berita mengenai kematian, pencabulan , rogol dan gangguan seksual kini dilihatkan semakin serius dengan kejadian yang berlaku tanpa tertinggal walau satu hari. Namun kes yang disiarkan hanyalah kes yang telah dilaporkan dan jumlah sebenar kes yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu.

Pemimpin bercakap mengenai ingin menurunkan kadar jenayah sebanyak 20 peratus. Namun tanpa mereka sedari mereka jugalah yang menjadi faktor kepada berlakunya jenayah hari ini. Apa tidaknya, program hiburan yang dianjurkan semakin menjadi-jadi. Siapakah yang meluluskan ini semua? kelulusan yang begitu mudah, bahkan diberi penghormatan dan bantuan kewangan mungkin.

"kita berbangga dengan usaha yang kita lakukan dalam empat hari ini, kadar kes jenayah dikawasan panas yang kita telah kenal pasti telah pun berkurangan. Kita akan teruskan usaha ini dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana penjenayah" kata seorang inspektor apabila ditemurammah oleh pemberita semalam.

Saya melihat perkara ini tidak akan berkesudahan. Yang menjadi kerahan adalah polis, namun pada masa yang sama faktor kepada terjadinya jenayah terus diberikan ruang.

Konsert Pesta Konvokesyen
Saya cukup kecewa dengan MPP UPSI yang membenarkan konsert konvokesyen terus dicemari dengan kehadiran artis popular, jacklyn victor n faizal tahir. Saya tidak menampakkan adanya manfaat dengan kehadiran mereka melainkan hanya untuk menghiburkan dan melalaikan para bakal guru dan keluarga mereka serta penduduk sekitar tanjong malim yang hadir. Beberapa pihak telah banyak kali mengutarakan perkara ini namun mereka(MT MPP) tetap juga meneruskan konsert ini yang mungkin telah sebati dengan jiwa mereka. jika tiada konsert maka pesta konvokesyen dirasakan tidak memberi apa-apa makna.

Pada pesta konvokesyen yang lepas, beberapa pihak dan individu perseorangan telah tampil bagi menyatakan ketidaksetujuan berkenaan konsert DIGI yang akan dianjurkan pada ketika itu. Tuntas, Timbalan Naib Cancelor(TNC) memberi jaminan untuk menjaga pergaulan mahasiswa yang hadir dengan mengasingkan tempat laki-laki dan perempuan. Terdapat pesanan dan peringatan tertampal pada beberapa pokok disekitar pentas utama menyatakan untuk menjaga pergaulan dan kelakuan mereka diperhatikan. Didapati juga beberapa orang ditugaskan untuk meronda bagi memastikan suasana konsert pada malam tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada perkara sumbang dilakukan oleh bakal guru dan kehadiran individu yang membantah juga dikenal pasti. Saya menampakkan usaha untuk mencegahnya berlaku sesuatu perkara buruk iaitu pergalan bebas antara mahasiswa dan mahasiswi telah dilakukan pada ketika itu. Namun alangkah baiknya sekiranya, ruang untuk berlakunya perkara tersebut terus dihalang maka pencegahannya tidak perlu dibimbangi lagi.

Saya amat tertarik untuk berkongsi dengan pembaca mengenai satu konsert nasyid yang dianjurkan oleh NGO GAMIS dengan kerjasama dengan beberapas syarikat dan badan kerajaan pada 1 Ogos lepas. Konsert yang diadakan ini boleh saya katakana ia bukan sekadar konsert yang rata-rata masyarakat faham iaitu disertakan dengan nyanyian semata. Konsert yang bertajuk “Konsert Antara Dunia” yang menampilkan beberapa kumpulan nasyid popular tempatan dan artis luar Negara daripada Indonesia dan Arab Saudi ini memberikan pengisian rohani dengan mengetengahkan pesanan dan peringatan berkenaan perjalanan alam yang manusia tempuhi bermula dengan alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Inilah yang dikatakan hiburan mendidik jiwa..


Iktibar dan Kata-kata Tuhan
Perkara yang sama berulang kembali. Hal ini jelas menampakkan MPP UPSI yang menyokong kepada konsert ini tidak mengambil iktibar atas apa yang berlaku pada pesta konvokesyen yang lepas dan isu-isu semasa yang berlaku pada hari ini yang antara punca utamanya adalah hiburan yang disajikan kepada umum.

Saya belum bercakap mengenai bala yang Allah turunkan kepada kita semua sekarang. Selsema babi H1N1 yang begitu dikuatiri oleh segenap lapisan masyarakat masih tiada jalan penyelesaian lagi. Dalam pada masa masyarakat melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin bagi memohon dihindari diri dan keluarga daripada bala ini, Pihak UPSI pula mencemarkan usaha mereka ini.

Saya juga belum berbicara mengenai penghujung Syaaban dan kedatangan Ramadhan yang tidak sampai dua minggu lagi. Umat Islam disarankan untuk persiapkan diri dengan perbanyakkan amalan sunat dan amal ibadat lain agar mereka melangkah ke bulan yang penuh berkat nanti dengan hati yang sejahtera dan bersih. Namun, Pihak UPSI tidak merasai perkara ini dan masih meluluskan perkara yang menjadi sensitiviti umat Islam sekarang.

Sekali lagi saya mengingatkan bahawa jenayah yang berlaku pada hari ini tidak lain adalah disebabkan sajian hiburan yang melampau oleh pihak pemerintah sekarang. Usahlah berusaha untuk mencegahnya jika pada masa yang sama punca kepada berlakunya jenayah tersebut terus kamu benarkan..Kesannya dapat kita lihat kini…

Bakal Graduan Kecewa,
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.12pm
19 Syaaban 1430H,
10 Ogos 2009
Tanjong Malim, Perak

Thursday, August 6, 2009

NISFU SYAABAN


Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:



"Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."


Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman


3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Dr. Marwa As Syarbini : Syuhada' Hijab


Assalamualaikum, telah lama saya ingin memasukkan entry berkenaan dengan As-syahidah Dr Marwa, namun tidak kesampaian. saya sebenarnya ingin menulis sebuah artikel tersendiri berkaitan perkara ini tetapi atas kesuntukan masa dan perjalanan waktu yang mengejar, saya hanya dapat postkan beberapa gambar, video & kata-kata yang sama-sama boleh kita mengingati pengorbanan Syuhada' Hijab ini.

Dunia Islam akan mengenangmu sepanjang zaman sebagai "Syahidah Hijab". Ummat Islam pasti tidak kan melupai 18 tikaman yang membunuhmu demi mempertahankan hijab yang suci.





Beberapa Koleksi Video Berkaitan As-Syahidah Dr Marwa













"Bangunlah wahai ummat pertahankanlah Islam perjuangkan dan warisilah cerita Marwa "Syahidah Hijab" kepada anak-anak kalian agar ia kekal harum sepanjang zaman"

Dipetik daripada : http://ibnufathani.blogspot.com/

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
12.51 am
16 Syaaban 1430
7 ogos 2009
Tanjong Malim, Perak

Monday, August 3, 2009

Teruskan Bermujadahadah Wahai Pejuang Islam

Kita dikejutkan dengan kematian seorang Mantan Presiden Filipina, Carazon Aquino pada awal pagi sabtu lepas akibat kanser kolon selama 16 bulan lepas. Beliau yang merupakan seorang isteri kepada Senator Aquino yang mati ditembak sebaik selepas turun daripada kapal terbang bagi menghadiri perjumpaan dengan Presiden berkuku besi ketika itu iaitu Ferdinan Marcos.


Carozon Aquino merupakan lambang kebangkitan rakyat dan penegak demokrasi di Filipina. Beliau menyambung perjuangan suami beliau dalam memberikan kebebasan kepada rakyat daripada terus ditindas dengan akta dan hukuman yang zalim lagi kejam.

Kita melihatkan pemergian seorang pejuang keadilan yang membela kebajikan rakyat ini disambut dengan puluhan ribu rakyatnya hari ini. Seseorang yang banyak mencurahkan jasa dan berkorban buat orang lain, pastilah akan terus dikenang akan jasa-jasanya sehingga keakhir hayatnya. Namanya akan terus disebut dan diingati oleh setiap lapisan masyarakatnya kelak.



Buat Pejuang Islam

Kita bukan pencari nama,
Kita juga bukan pencari pujian,
Jauh sekali untuk mencari pangkat dan harta,

Andai diri ini pergi suatu ketika,
Kita tidak minta untuk disambut sebegitu rupa,
Kerana yang kita harapkan bukanlah disini sahaja,
Kelak disana yang lebih utama,

Hidup ini hanyalah berkelana,
Bersinggah untuk mencari bekalan,
Kerana perjalanan seterusnya terlebih panjang,
Justeru persiapan demi persiapan kena dikemaskan.

Kita juga inginkan kebahagian,
Kemewahan dan keseronokan,
Namun apabila agama diletakkan dihadapan,
Terpandu arah, mana yang perlu didahulukan.

Manusia pergi meninggalkan nama,
Harimau pergi meninggalkan belang,
Nama yang mana yang ingin kita tinggalkan,
Sebagai pejuang atau tembelang?

Hari itu suatu yang pasti,
Dikembalikan kepada Sang Pencipta,
Tiadalah yang lebih dinanti,
KeredhaanMu & keampunanMu jua..

Allah Matlamat Kami,
Rasulullah Ikutan Kami,
Al-Quran Pedoman Hidup Kami,
Jihad Adalah Jalan Juang Kami,
Shahid DiJalan Allah adalah, Cita-cita Kami Tertinggi…


Nukilku buat mu…

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.29 pm,
13 Syaaban 1430H
3 Ogos 2009
Tanjong Malim, Perak.

Template by - Abdul Munir - 2008