Saturday, December 19, 2009

Selamat Tahun Baru 1431 HIJRAH

Sempena Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431 Hijrah dua hari yang lepas. Ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah ini kepada semua pengunjung. Marilah kita berhijrah dan mengislahkan diri kearah yang lebih baik dengan mengambil semangat dan pengajaran daripada peristiwa hijrah Rasulullah yang penuh dengan cabaran dan pengiktibaran.

Semalam ana berkesempatan menghadiri kuliah Dr Yusof Qardawi di Masjid Shah Alam. Dr Yusof Qardawi yang menerima anugerah tokoh Maal Hijrah Malaysia pada tahun ini mengambil kesempatan untuk menyampaikan ilmu dan amanat beliau kepada umat Islam yang mendokong perjuangan Islam. Antara pemimpin yang turut hadir dalam majlis ilmu tersebut adalah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Anwar Ibrahim(penasihat Ekonomi Selangor), Tan Sri Abd Khalid Ibrahim(Menteri Besar Selangor), Ust Hassan Ali(Exco Kerajaan Selangor), Ust Zulkifli Nordin( Ahli Parlimen Selangor), Ust Saari Sungib(Yb Dun di Selangor) dan ramai lagi yang ana tidak dapat sebut disini.


Dalam sesi kuliah beliau yang berkisar berkenaan dengan Maal Hijrah, telah diterjemahkan oleh Ust Ghani Othman, Dr Yusof Qardawi menekankan tentang beberapa perkara iaitu berkenaan dengan beberapa fakta yang tidak betul yang diriwayatkan oleh umum antaranya ialah peristiwa berkenaan burung merpati dan labah-labah. Menurut beliau, tiada hadis yang kuat menyokong fakta tersebut. Selain itu Dr Yusof Qardawi juga menyatakan berkenaan dengan pengorbanan kaum terdahulu semasa awal kedatangan Islam di Mekah dan beliau juga menyarankan umat Islam bergabung dengan Jemaah Muslimin kerana Islam tidak datang untuk individu. Beliau memberikan dalil surah alFatihah yang menggunakan perkataan kami, bukan saya atau aku. Permasalahan dan gelaja penyebaran fitnah juga disebut dalam kuliah beliau dan beliau mengingatkan umat Islam untuk berhati-hati dengan penyebaran fitnah yang banyak tersebar sejak kebelakangan ini. Beliau mengambil sirah kisah fitnah Siti Aisyah dan beberapa orang sahabat yang lain.

Ana berasa beruntung kerana dapat bersemuka dengan Dr Yusof Qardawi secara terus kerana peluang ini bukan senang untuk digarap memandangkan tiada lagi ulama’ Sunni Haraki pada zaman sekarang bahkan memandang usia beliau yang sudah lanjut memungkin pertemuan ini merupakan pertemuan yang pertama dan terakhir. Namun juah disudut hati ana untuk bertemu kembali dan berjabat cium tangan dengan beliau pada kesempatan yang lain. Semoga Allah memberi peluang tersebut.

Hijrah ini bukan mudah, dan hijrah ini memerlukan pengorbanan. Ana lampirkan seutas lirik lagu Hijrah dendangan Devotees buat santapan dan renungan sahabat- sahabat sekalian. Moga kita diberi kekuatan dalam penghijrahan ini. Siiru ala Barakatillah…



Hijrah Menuju Allah

Artist: Devotees
Song Category: Nasyid


Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah


Berhijrah dari Hijrah yang Lalu,

Tg Abd Ghafar b Tg Ahmad
1.22pm
2 Muharram 1431H
20 Desember 2009\
Hotel Jelai
Temerloh, Pahang.

2 comments:

khilkhir said...

ade devo...salam maal hijrah

Sifu Mirza said...

salam ustaz...

tahniah kerana dapat bertemu Dr, Yusuf Qaradhawi...

:-)

Template by - Abdul Munir - 2008