Saturday, November 7, 2009

Hilangkan Fanatik Yang Merosakkan

"Tg sokong negeri mana?" tanya seorang sahabat.

"Since I living in Negeri Sembilan right now, I pretend to give support to ..."My words stop without reaching the answer.

Negeri 9 Vs Kelantan
Perlawanan bola semalam sangat memberi kesan kepada negeri rusa setelah berbelas tahun menunggu untuk memasuki ke peralawanan akhir Piala Malaysia. Kelihatan kenderaan-kenderaan dijalanan memasang bendera negeri rusa dan kerbau berlalu membanjiri ke Stadium Bukit Jalil semalam.



Fanatik merosakkan
Dalam siri tayangan siaran lansung perlawanan bola semalam, ditayangkan beberapa buah kerusi terbakar angkara sifat fanatik peminat pasukan bola yang melampau. Atas dasar kekecewaan dan tidak berpuas hati, harta benda menjadi tempat mereka melepaskan geram dan perasaan.

Sifat dan budaya buruk ini adalah bawaan daripada budaya vandalisme disekolah lagi.

"saya rasa penyapu-penyapu yang baru dibeli dua minggu lepas sudah tidak ada lagi. Tak sampai seminggu pun sudah hilang" keluh PK HEM dalam mesyuarat guru minggu lepas.

Budaya sekolah saya tidak terkecuali daripada gejala kuning ini. Mempunyai etnik kaum pelbagai ini memungkin gejala ini sukar sedikit untuk dibendung. Namun, sebagai seorang guru yang senantiasa befikiran positif, setiap permasalahan pasti ada jalan keluar dan solusinya. Gerak kerja dan tindakan perlu dilakukan untuk membendung budaya ini daripada terus bermaharajalela..

Akan saya lakukan...

Hindari gejala buruk ini,
Hargai harta benda awam,


Anti dengan budaya vandalisme disekolah,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
1.23 pm,
8 November 2009,
Gombak,
Selangor.

6 comments:

Unknown said...

setuju.
fanatik itu membahayakan.
kerana mendorong kepada ketaksuban yang melampau.
sehingga tidak mampu memikirkan kewajaran dan pandangan orang lain.
taksub ini seterusnya boleh mendorong kepada tindakan yang luar biasa, (terutama bila didorong perasaan marah)
kan akh?

Unknown said...

Fanatik selalunya membawa perpecahan, pergaduhan dan perkelahian. Fanatik parti, fanatik pemimpin, fanatik pasukan, fanatik....fanatik...fanatik.... Biarlah kita jadi insan yang faham, bukannya insan yang fanatik.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam perjuangan,
btol3x...Perkataan fanatik itu sendiri menggambarkan seseorang itu berfikir dan bertindak atas dasar emosi bukan dengan kefahaman dan menggunakan akal yang rasional.

Yg Ingatkan Isnin cuti,

Cikgu TG

cikgu_eya said...

salam... akh pergi jugak ker?
ermmm....

Tak sangka pulak peminat semakin berkasar, seperti ala puak hooligan. Kalau setakat meletup mercun, boleh tahan lagi. Ni dah sampai melepas geram pada harta benda duit rakyat pula...

Agaknya mungkin dah sampai tahap mem'blacklist' individu yang dikenalpasti menjadi punca..huhu

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam. tak pergi, cukup sekadar tengok tv sambil minum kopi radix, lagi selesa n syok.

sukar utk kawal peminat. KAFA kene ingatkan peminat agar tak berkelakuan camtu, nanti kene denda lagi...

Cg Bio

ummu said...

Salam
Vandalisme ni bukannya tak diajar di sekolah.Tapi sesetengah orang suka benor membuatnya.kemaslahatan umum tak difikir langsung

Template by - Abdul Munir - 2008