Saturday, November 28, 2009

MENGHAYATIKAHKU ERTI PENGORBANAN?

Hari Raya Korban diraikan tanpa keluarga disisi pada tahun ini. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira jadual perjalanan hidupku yang harus menghadiri satu majlis perkahwinan seorang guru sekolah baruku pada hari raya ketiga. Namun aku gembira dengan menyambut kedatangan hari yang bermakna buat umat Islam disini. Ketidak pulanganku ini, dimanfaatkan apabila diminta oleh seorang ustaz untuk mengimamkan solat iduladha dan menyampaikan khutbahnya sekali. Namun disaat-saat akhir, aku hanya diminta untuk mengimamkan solat, khutbahnya disampaikan oleh ustaz disurau tersebut.

Menyertai proses penyembelihan dan melapah daging lembu bersama masyarakat taman perumahan Bandar Springhill ini, terasa hubungan erat makin terjalin walaupun baru sebulan berada dikawasan ini.

Aku selalu ingatkan kepada adik-adik, jangan segan untuk memulakan perkenalan dan seharusnya kitalah yang memulakan untuk bertegur sapa dengan orang lain. Hasan al-Banna ada berpesan, seawal ukhuwwah adalah berkasih sayang. Sebagaimana kita ingin diri kita dihargai, kita patut dahulu menghargai orang lain. Berikan segala khidmat yang mampu diberi, usah ditunggu untuk disuruh tetapi carilah peluang untuk memberi dan berkhidmat. BeJustify Fullrsegeralah dalam membuat kebaikan.

Pengorbanan, Mengerti dan Menghayatikahku?

Hari Raya korban menyahut kita untuk mengenangkan pengorbanan Para Rasul dan pejuang-pejuang Islam yang lain dalam membawa dan menyampaikan Islam sehingga kita dapat mengecapinya pada hari ini. Bagaimana caranya kita menghayati semangat pengorbanan ini? Apakah yang harus dibuat untuk membuktikan bahawa kita menghayati erti pengorbanan ini?

Ia bukan hanya dengan lafaz, takbir dan tulisan semata-mata pada hari raya korban, tetapi seseorang yang menghayati erti pengorbanan seseorang pasti dapat dibaca melalui tindak tanduk dan kerja buatnya. Perbuatan dan peribadinya menggambarkan dia mengerti pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan, justeru perasaan penghargaannya kepada apa yang telah dia kecapi hasil pengorbanan itu diluahkan dengan pengamalan dan sumbangannya yang dapat memberi manfaat pada orang lain.

Dalam kehidupan kita, ramai insan telah wujud disekeliling kita. Bermula celiknya mata kita didunia ini hingga terpejamnya kelak mata yang sama ini, mungkin tidak terkira insan yang telah kita ketemui. Ada dikalangan insan tersebut kita telah lupakan lantaran tiada rasa kepentingan pada dirinya dan lamanya tidak bersua. Tiap daripada insan yang hadir dalam kehidupan ini, pasti ada pengorbanannya yang tersendiri.

Pengorbanan Ibu yang melahirkan, pengorbanan Ayah yang mencari nafkah, pengorbanan adik beradik yang membesar bersama, pengorbanan teman sewaktu menuntut ilmu, pengorbanan guru yang mendidik, pengorbanan ulama’ yang menyampaikan, pengorbanan Rasul yang memimpin dan pengorbanan demi pengorbanan yang tiada boleh kita ungkapkan kerana banyaknya insan yang telah berkorban. Tiap pengorbanan ini menuntut untuk kita menghargainya dan belajar daripadanya untuk berkorban pula tanda penghargaan kita. Menghayatikahku erti pengorbanan?

Yang Mencari Erti Pengorbanan Sebenar,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
9.08 pm,
11 Zulhijjah 1430H
28 November 2009
Rumah Warden,
SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan

Friday, November 27, 2009

KHUTBAH RAYA IDULADHA 1430H



KHUTBAH IDULADHA 1430H

KHUTBAH PERTAMA

Wahai hamba-hamba Allah!, bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan mengikut segala perintahNya dan ,meninggalkan segala laranganNya, dan carilah bekalan (dalam kehidupan didunia dan hari akhirat) maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah bertaqwa.

Marilah kita bersama umat Islam yang berhimpun ditanah suci Mekah al-Mukarramah kerana mengerjakan ibadat haji. Berhimpun ditempat terletaknya kiblat umat Islam seluruh dunia apabila mengerjakan sembahyang, menyembah Tuhan yang satu. Walaupun umat Islam ini terdiri daripada berbagai bangsa daripada suluruh dunia, yang datang daripada seluruh pelosok benua, mereka bercakap dengan berbagai bahasa, tetapi Allah mewajibkan mereka bersatu padu diatas iman yang ada dalam diri mereka. Allah menjadikan orang-orang Islam itu bersaudara, walaupun mereka berbagai bangsa dan mazhab dalam amalan agama Islam, samaada berada ditempat yang sama, dekat atau jauh. Firman Allah:

Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dikalangan saudara-saudara kamu. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu diberi rahmat”.
(Al-Hujurat:10)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: “Bandingan orang-orang yang beriman itu dari segi berkasih sayang, bertimbang rasa dan bersimpati, seperti satu jasad, apabila satu anggota daripadanya mengadu sakit, maka seluruh anggota berjaga malam dan demam.

Umat Islam dizaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan hadis nabi s.a.w, termasuk dalam perkara bersaudara diantara satu sama lain, walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru, tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai, kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada Al-Quran dan hadis nabi s.a.w. Mereka taat kepada perintah Allah dalam al-Quran:


Ertinya: “Maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam satu perkara maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (hadis Nabi s.a.w) sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itulah dia yang terbaik dan penyelesaian yang sebaik-baiknya.
(An-Nisa’: 59)



Muslimin dan muslimat yang dikasihi,
Marilah kita mengingatkan diri kita dengan wasiat Rasulullah s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal:

Ertinya: “Janganlah kamu menyeleweng menjadi kafir selepas aku wafat, sehingga ada dikalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang diantara satu sama lain”.

Perkara yang diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w telah berlaku kepada umat Islam. Perkara ini telah menjadi percakapan umum, dan semuanya sedar dan insaf. Maka semua pihak mengajak supaya bersatu padu. Sehingga hari ini masing-masing menyalahkan pihak yang lain. Kebanyakan tidak bersedia untuk mengaku bersalah dan balik semula kepangkal jalan, seperti kata Saidina Umar RadiAllahuanhu:

Ertinya: “kembali kepada yang benar itu lebih baik daripada berterusan(berpanjangan) dalam kesalahan”.


Muslimin dan muslimat yang dihormati,
Apabila kita berusaha bagi menyatukan umat Islam, hendaklah kita mengetahui punca berlakunya perpecahan dan perbalahan. Al-Quran menjelaskan bahawa punca perbalahan dikalangan manusia sama sahaja sebabnya, samaada dizaman dahulu atau dizaman sekarang. Firman Allah dalam al-Quran:


Ertinya: “Adalah manusia itu pada mulanya satu umat sahaja, maka Allah membangkitkan kepada mereka nabi-nabi, supaya nabi-nabi itu memberitahu berita baik(kepada mereka yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh) dan memberi amaran(kepada mereka yang kafir(melawan dan mengerjakan maksiat), dan Allah menurunkan kepada nabi-nabi itu kitab yang memberitahu perkara yang benar(betul), supaya menghukum dan memerintah dikalangan manusia berkenaan perkara-perkara yang menjadi perbalahan sama-sama mereka. Dan tidaklah menjadi perbalahan melainkan kerana ada dikalangan mereka yang telah diberi kitab(Allah) itu orang yang melampaui batas(tidak mahu mengikut kitab Allah itu). Maka Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang beriman(percaya), dapat menyelesaikan perkara-perkara yang menjadi pertelingkahan(perbalahan) dengan mengetahui perkara yang sebenar(betul) dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendakinya supaya mengikut jalan yang betul”.
(Al-Baqarah: 213)


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Dengan ayat-ayat al-Quran itu sepatutnya kita mengetahui dan faham, bahawa punca perbalahan dan perpecahan apabila adanya orang yang tidak mahu mengikut kitab Allah, dan kalau kita hendak mengetahui dimana silap dan salahnya, maka hendaklah kembali kepada kitab Allah juga, seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Semua perkara ini telah ditulis oleh para ulama’ yang amanah didalam kitab-kitab karangan mereka. Oleh itu, kepada mereka yang benar-benar hendak bersatu padu maka hendaklah kembali semula kepada kitab Allah dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Kalau ada orang-orang yang mengajak bersatu padu dengan dengan cara yang lain hendaklah ditolak, kerana jalannya salah dan tidak berjaya, dan kalau dilihat berjaya pun, sementara waktu sahaja, tidak boleh bertahan lama, kalau bersatu dan bertolong menolong dikalangan manusia itu hendaklah diatas kebajikan dan bertaqwa dan Allah melarang bertolong menolong dalam perkara-perkara yang lain daripadanya, kerana firman Allah:

Ertinya: “dan bertolong-menolonglah kamu dalam perkara baik dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah itu sangat keras balasanNya”.
(Al-Maidah: 2)


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Hari ini kita melakukan ibadah korban dengan menyembelih binatang untuk beramai-ramai melakukan kerja menyembelih dan membahagikan dagingnya, dengan tujuan menghampirkan diri kepada Allah, melalui amalan berbelanja oleh mereka yang berada, supaya bersama-sama dengan masyarakat menikmati cara bekerja bergotong-royong menguruskan ibadah korban itu dan sama-sama menikmati dagingnya, bertujuan untuk mengeratkan kasih sayang diantara satu sama lain dengan ikhlas kerana Allah, bukan kerana menunjuk-nunjuk kepada sesama manusia. Sebenarnya Allah tidak berhajat kepada kita dan kitalah yang sangat berhajat kepada Allah. Firman Allah:

Ertinya: “Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarka kepada taqwa daripada kamu. Begitulah ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Hajj: 37)

Ketika kita berhari raya, ingatlah juga nasib yang menimpa umat Islam dibeberapa daerah dunia ini, seperti diPalestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Filipina dan lain-lain, mereka dibunuh, disembelih, diseksa dan dihalau daripada rumah dan kampung halaman. Walaupun berjuta-juta ada orang dapat mengerjakan haji, dan beratus ribu juta umat Islam diseluruh dunia pula, seolah-olah boleh diratah dan dimakan dengan mudah oleh musuh-musuh Islam, maka apalah gunanya jumlah yang ramai itu? Benarlah berlakunya hadis Rasulullah s.a.w:

Ertinya: “Umat yang lain akan berebut-rebut memakan kamu seperti orang-orang yang mengelilingi hidangan makanan. Seorang yang hadir bertanya: adakah keadaan kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w: Tidak! Bahkan kamu pada masa itu ramai, tetapi keadaan kamu seperti banyaknya buih dalam air banjir(ringan dan hanyut). Kerana Allah telah mencabut kehebatan kamu yang dirasa oleh musuh, dan Allah mengcampakkan didalam diri kamu penyakit ‘wahan’. Orang itu bertanya lagi: apakah dia ‘wahan’ itu? Jawab Rasulullah s.a.w: iaitu kasih kepada dunia (tanpa batas) dan takutkan mati”.


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Betul dan benarlah perkara yang disebut dalam hadis itu, penyakit gilakan kebendaan tidak kira halal dan haram, asalkan dapat sahaja, inilah penyakit yang ada dalam diri umat Islam dizaman ini, sehingga meninggalkan petunjuk Allah dan ajaran Nabi s.a.w, sehingga berkelahi dan berperang sama-sama Islam dengan meminta bantuan daripada musuh-musuh Islam, dalam masa yang sama perintah jihad ditinggalkan kerana takutkan mati menegakkan agama Allah.

Sepatutnya pada hari yang mulia ini, hendaklah kita mengambil contoh daripada nabi Ibrahim Alaihi Salam yang berpegang dengan agama Islam sehingga dihalau oleh ayahnya dan Raja Namrud, maka akhirnya mendapat tempat yang mulia dalam kehidupan dunia dan syurga diakhirat.

Ertinya: “dan setiap yang tidak suka kepada ajaran agama(Islam) yang dipegang oleh nabi Ibrahim, maka dia adalah orang yang membodohkan dirinya sendiri. Sesungguhnya kami memilih Ibrahim didunia ini(menjadi Rasul) dan diakhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang soleh”. “Ingatlah apabila tuhan berkata kepadanya: serahlah dirimu(menjadi Islam yang sebenar), Ibrahim menjawab: saya Islam kerana Tuhan yang menjadi dan mentadbir ala mini”. “Ibrahim memberi wasiat kepada anak-anaknya, begitulah juga Nabi Ya’kub: Wahai anak-anak yang aku kasih, sesungguhnya Allah telah memilih kepada kamu satu agama sahaja(iaitu agama Islam), maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan menjadi orang-orang Islam”.
(al-Baqarah: 130-132)



KHUTBAH KEDUA

Muslimin dan muslimat sekalian,
Marilah pada hari raya ini, kita merasakan betapa besarnya nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah Taala, bahkan kita patut berbangga kerananya. Hanya kematian didalam Iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan kamu didalam keadaan beragama Islam”.
(Al-Imran: 102)

Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianjurkan didalam Islam. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan itu, hendaklah lahir didalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam diserata pelosok dunia, sama ada mereka ditimpa bencana gempa bumi, kemiskinan dan kebuluran dinegara-negara Afrika, dan umat Islam yang sedang dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti diPalestin, Iraq, Selatan Thailand dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk membantu mereka daripada terus ditimpa kesusahan. Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat kepada Allah supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia.



Muslimin dan muslimat sekalian,
Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini, marilah kita membanyakkan ucapan selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada Baginda dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah didalam al-Quran :

Ertinya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat keatas Nabi, maka wahai orang-orang beriman, ucapkan selawat dan salam keatasnya dengan sesungguh-sungguhnya”.
(Al-Ahzab: 56)


Thursday, November 19, 2009

KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN DZULHIJJAH DAN AMALAN YG DISYARIATKAN


Segala puji bagi Allah semata, shalawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan segenap sahabatnya.Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :"Artinya : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fisabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fisabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun".

Imam Ahmad, Rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu 'Anhuma, bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :"Artinya : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid".

MACAM-MACAM AMALAN YANG DISYARIATKAN
[1]. Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umrah
Amal ini adalah amal yang paling utama, berdasarkan berbagai hadits shahih yang menunjukkan keutamaannya, antara lain : sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:"Artinya : Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Surga".

[2]. Berpuasa Selama Hari-Hari Tersebut, Atau Pada Sebagiannya, Terutama Pada Hari Arafah.
Tidak disangsikan lagi bahwa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya. Disebutkan dalam hadis Qudsi :"Artinya : Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku".
Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :"Artinya : Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun". [Hadits Muttafaq 'Alaih].
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah Rahimahullah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :"Artinya : Berpuasa pada hari Arafah karena mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya".

[3]. Takbir Dan Dzikir Pada Hari-Hari Tersebut.
Sebagaimana firman Allah Ta'ala."Artinya : .... dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan ...". [Al-Hajj : 28].Para ahli tafsir menafsirkannya dengan sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Karena itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadits dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhuma."Artinya : Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid". [Hadits Riwayat Ahmad].
Imam Bukhari Rahimahullah menuturkan bahwa Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhuma keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang-orangpun mengikuti takbirnya. Dan Ishaq, Rahimahullah, meriwayatkan dari fuqaha', tabiin bahwa pada hari-hari ini mengucapkan :"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu""Artinya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada Ilah(Sembahan) Yang Haq selain Allah. Dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji hanya bagi Allah".
Dianjurkan untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika berada di pasar, rumah, jalan, masjid dan lain-lainnya. Sebagaimana firman Allah."Artinya : Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu ...". [Al-Baqarah : 185].
Tidak dibolehkan mengumandangkan takbir bersama-sama, yaitu dengan berkumpul pada suatu majlis dan mengucapkannya dengan satu suara (koor). Hal ini tidak pernah dilakukan oleh para Salaf. Yang menurut sunnah adalah masing-masing orang bertakbir sendiri-sendiri. Ini berlaku pada semua dzikir dan do'a, kecuali karena tidak mengerti sehingga ia harus belajar dengan mengikuti orang lain.Dan diperbolehkan berdzikir dengan yang mudah-mudah. Seperti : takbir, tasbih dan do'a-do'a lainnya yang disyariatkan.
[4]. Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat Dan Dosa.
Sehingga akan mendapatkan ampunan dan rahmat. Maksiat adalah penyebab terjauhkan dan terusirnya hamba dari Allah, dan keta'atan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah kepadanya.Disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Artinya : Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya"
[Hadits Muttafaq 'Alaihi].

[5]. Banyak Beramal Shalih.
Berupa ibadah sunat seperti : shalat, sedekah, jihad, membaca Al-Qur'an, amar ma'ruf nahi munkar dan lain sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipat gandakan pahalanya. Bahkan amal ibadah yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah yang utama, sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang amat utama, kecuali jihad orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.

[6]. Disyariatkan Pada Hari-Hari Itu Takbir Muthlaq
Yaitu pada setiap saat, siang ataupun malam sampai shalat Ied. Dan disyariatkan pula takbir muqayyad, yaitu yang dilakukan setiap selesai shalat fardhu yang dilaksanakan dengan berjama'ah ; bagi selain jama'ah haji dimulai dari sejak Fajar Hari Arafah dan bagi Jama’ah Haji dimulai sejak Dzhuhur hari raya Qurban terus berlangsung hingga shalat Ashar pada hari Tasyriq.

[7]. Berkurban Pada Hari Raya Qurban Dan Hari-hari Tasyriq.
Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam, yakni ketika Allah Ta'ala menebus putranya dengan sembelihan yang agung. Diriwayatkan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.Artinya : Berkurban dengan menyembelih dua ekor domba jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi tubuh domba itu". [Muttafaq 'Alaihi].

[8]. Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut Dan Kuku Bagi Orang Yang Hendak Berkurban.Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari Ummu Salamah Radhiyallhu 'Anha bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Artinya : Jika kamu melihat hilal bulan Dzul Hijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah ia menahan diri dari(memotong) rambut dan kukunya".
Dalam riwayat lain :"Maka janganlah ia mengambil sesuatu dari rambut atau kukunya sehingga ia berkurban".Hal ini, mungkin, untuk menyerupai orang yang menunaikan ibadah haji yang menuntun hewan kurbannya. Firman Allah."Artinya : ..... dan jangan kamu mencukur (rambut) kepalamu, sebelum kurban sampai di tempat penyembelihan...". [Al-Baqarah : 196].
Larangan ini, menurut zhahirnya, hanya dikhususkan bagi orang yang berkurban saja, tidak termasuk istri dan anak-anaknya, kecuali jika masing-masing dari mereka berkurban. Dan diperbolehkan membasahi rambut serta menggosoknya, meskipun terdapat beberapa rambutnya yang rontok.

[9]. Melaksanakan Shalat Iedul Adha Dan Mendengarkan Khutbahnya.
Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan ; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti ; nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk-mabukan dan sejenisnya. Hal mana akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukan selama sepuluh hari.

[10]. Selain Hal-Hal Yang Telah Disebutkan Diatas.
Hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan ; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat ridha-Nya.


Oleh Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin http://www.almanhaj.or.id/content/2001/slash/0

Tuesday, November 17, 2009

Khasiat Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Tuesday, November 10, 2009

SMK LUKUT TIDAK MELUKUT DITEPI GANTANG

“Kita mahu nama sekolah kita senantiasa disebut oleh PPD untuk disenarai masukkan dalam apa-apa pertandingan!” Bilik mesyuarat seakan bergema dengan harapan dan kata-kata semangat daripada pengetua semalam.

“Kita telah pun melakar nama dalam bidang kokorikulum, sekarang kita mahu nama sekolah kita pun tersenarai dalam sekolah yang terbaik dari segi kurikulum dan akademik!” sambung nakhoda sekolah ini lagi.

SMK LUKUT
Smk Lukut pada suatu hari dahulunya tidak dipandang oleh Pegawai Pendidikan Daerah kini mulai dilihatkan sebagai sebuah sekolah yang mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain disekitar Port Dickson ini.

Sekolah yang mempunyai peratusan kaum yang agak seimbang ini tidak terkecuali daripada menghadapi masalah disiplin dan kesukaran untuk mengawal para pelajarnya. Suasana yang seakan serupa telah saya laluinya sewaktu berpraktikal diSekolah Hutan Melintang, Teluk Intan awal tahun ini. Justeru saya tidaklah terperanjat dengan suasana seperti ini.

Sekolah ini pada tahun lepas berada ditangga kedua paling belakang dari segi pencapaian SPM daripada semua sekolah diNegeri Sembilan ini. Saudara saudari boleh bayangkan bagaimana akademik ini suatu yang bukan mudah untuk diperbaiki dalam pencapaian sekarang. Namun itulah hakikat yang harus saya terima tatkala ditempatkan disekolah ini.

Harapan Baru Untuk Sekolah
Kemasukan Pengetua Cemerlang kesekolah ini pada awal tahun ini sangat memberi impak yang besar kepada seluruh jentera dan rakyat jelata sekolah. Semua mereka terkesan dengan kehadiran seorang pengetua yang sangat berdisiplin dan mementingkan etika kerja.


Membina Pengaruh dengan Akhlak bukan dengan Kuasa
Saya pernah terbaca dalam satu buku, seorang pemimpin yang berjaya adalah mereka yang dapat memimpin dengan peribadi bukan memimpin dengan kuasa. Jika dalam sesuatu mesyuarat, mereka yang bercakap dihadapan bukanlah seorang pemimpin sejati, tetapi kita boleh melihat pemimpin sejati jika dikalangan ahli mesyuarat itu, jika dia bercakap, pasti semua yang hadir memberi perhatian.

Saya sedang belajar untuk menjadi seperti mana yang disebutkan itu. Seorang pemimpin sejati, setiap langkahnya pasti membuahkan kesan dan harapan kepada orang disekitarnya. Setiap kata beliau, pasti semua orang suka dan gembira. Tiada kata-kata yang menyakitkan hati, tiada yang terguris hati. Jika ditegur, pasti orang dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Tidak Akan Melukut Ditepi Gantang Lagi
Hadir saya kesekolah ini dengan suatu misi yang besar. Tiap langkah, gerak geri, tutur kata saya, bukanlah suatu yang sia-sia. Ia membawa kearah pencapaian misi tersebut. Dengan penuh kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana ditempatkan disekolah yang berasrama dan dapat tinggal diasrama ini.

Suatu perubahan harus bermula dengan kelompok yang kecil. Kelompok kecil ini, pastinya akan saya timbulkan daripada mereka yang berada diasrama.

Asrama ini telah dinobatkan sebagai asrama terbaik peringkat Kebangsaan dalam pertandingan antara asrama-asrama sekolah pada tahun 2009. Suatu pencapaian yang bukan senang untuk diperolehi. Menyedihkan kerana kekalahan asrama ini untuk mengecapi Johan adalah dari sudut akademik.

“Kita sudah melakar nama sebagai asrama sekolah kedua terbaik diperingkat kebangsaan, namun adalah lebih baik jika adik-adik semua juga adalah yang terbaik dalam pencapaian akademik” kata-kata semangat dititipkan dalam jiwa pelajar asrama sebaik selesai solat maghrib bersama-sama.

SMK Lukut Tidak Akan Melukut Ditepi Gantang Lagi..



Yang Membawa Misi Ilahi,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
6.38pm
22 Zulkaedah 1430H
10 November 2009
Bilik Warden,
Asrama SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan

Saturday, November 7, 2009

Hilangkan Fanatik Yang Merosakkan

"Tg sokong negeri mana?" tanya seorang sahabat.

"Since I living in Negeri Sembilan right now, I pretend to give support to ..."My words stop without reaching the answer.

Negeri 9 Vs Kelantan
Perlawanan bola semalam sangat memberi kesan kepada negeri rusa setelah berbelas tahun menunggu untuk memasuki ke peralawanan akhir Piala Malaysia. Kelihatan kenderaan-kenderaan dijalanan memasang bendera negeri rusa dan kerbau berlalu membanjiri ke Stadium Bukit Jalil semalam.



Fanatik merosakkan
Dalam siri tayangan siaran lansung perlawanan bola semalam, ditayangkan beberapa buah kerusi terbakar angkara sifat fanatik peminat pasukan bola yang melampau. Atas dasar kekecewaan dan tidak berpuas hati, harta benda menjadi tempat mereka melepaskan geram dan perasaan.

Sifat dan budaya buruk ini adalah bawaan daripada budaya vandalisme disekolah lagi.

"saya rasa penyapu-penyapu yang baru dibeli dua minggu lepas sudah tidak ada lagi. Tak sampai seminggu pun sudah hilang" keluh PK HEM dalam mesyuarat guru minggu lepas.

Budaya sekolah saya tidak terkecuali daripada gejala kuning ini. Mempunyai etnik kaum pelbagai ini memungkin gejala ini sukar sedikit untuk dibendung. Namun, sebagai seorang guru yang senantiasa befikiran positif, setiap permasalahan pasti ada jalan keluar dan solusinya. Gerak kerja dan tindakan perlu dilakukan untuk membendung budaya ini daripada terus bermaharajalela..

Akan saya lakukan...

Hindari gejala buruk ini,
Hargai harta benda awam,


Anti dengan budaya vandalisme disekolah,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad,
1.23 pm,
8 November 2009,
Gombak,
Selangor.

Tuesday, November 3, 2009

Kecoh Orang Beragama


PETALING JAYA - Persatuan Peguam Syarie Malaysia diberi tempoh seminggu untuk memberikan segala fakta yang berkaitan berhubung dakwaan yang terkandung dalam memorandum bertarikh 12 Oktober yang disiarkan di laman sesawang persatuan itu kelmarin.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin (gambar) berkata, memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertujuan supaya ditarik balik pelantikannya sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu mengandungi pembohongan bagi menjejaskan reputasinya.

Menurutnya, konflik itu bermula apabila beliau ditawarkan jawatan berkenaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan baru-baru ini.

"Bagaimanapun, saya masih memikirkannya, malah sehingga kini saya belum menerima sebarang surat mengenai pelantikan, cuma apa yang saya tahu ada pihak tidak berpuas hati dan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada satu sidang media di sini malam tadi.


Beberapa hari kebelakangan ini, isu ini menjadi kecoh gara-gara orang beragama bertelingkah sesama sendiri. Perkara sebenar yang menjadi punca utama permasalahan ini tidak dapat dipastikan lagi, namun usahlah permasalahan hati yang kecil dibesarkan oleh orang beragama sehingga menimbulkan perpecahan dalam perpaduan kekuatan, sedangkan dalam masa yang sama musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti memadamkan cahaya Allah..


usah kita terleka dengan permasalahan hati,


Pening melihat golongan beragama kecoh,

Tg ABd Ghafar B Tg Ahmad,
11.11am
4 November 2009
SMK Lukut,
Port Dickson, Negeri Sembilan.

Template by - Abdul Munir - 2008