Sunday, October 18, 2009

Sahabat Penguat Jiwa

Hari ini saya bermusafir ke UPSI. Sebaik sahaja selesai menjalankan tugas disatu program di KL, diri terus ditekadkan untuk menziarahi sahabat-sahabat disana. Terasa sudah kian lama tidak bersua dengan mereka.


“ Bila nak datang sini?” tanya Nawwar sewaktu ym bersamanya minggu lepas.


“Tiada kepentingan untuk kesana. Kalau ada apa-apa program, insyaAllah ana akan sampai ke sana” jelasku tanpa dapat membaca maksud pertanyaan beliau.


“ Ada kepentingannya, Ziarah sahabat-sahabat disini”.


Jawapan beliau yang bersahaja ini seolah-olah menikam hati membacanya. Terasa lemahnya jiwa ini mengutarakan 'tiada kepentingan' pada pertanyaan beliau sebelum ini. Saya membenarkan apa yang beliau katakan itu dan menziarahi sahabat-sahabat adalah satu keperluan yang mesti dilakukan bukan sekadar datang sewaktu ada program semata.


Sahabat Penguat Jiwa

Dalam permusafiran kali ini, saya mencari kekuatan dalam perhubungan kami diupsi. Menatap wajah-wajah mereka dan bersembang dengan mereka, terus dapat dirasakan suatu kekuatan baru menusuk dalam hati sudah lama lemah berada berjauhan dengan bumi pentarbiahan ini dulu.


Tidak dinafikan berada diperkampungan, saya tidak terkecuali dalam gerak kerja amal kebajikan namun ketiadaan sahabat-sahabat dipersampingan terasa tidak lengkap diri ini untuk menyubur kekuatan.


Semalam saya berkesempatan untuk menghadiri majlis sambutan hari raya Surau Kolej Harun Aminurrashid dan juga bersempena menghargai jasa-jasa mereka yang sudah semester 7 dan bakal meninggalkan UPSI untuk meneruskan praktikal mereka disekolah tahun hadapan. Majlis yang meriah dengan senda gurau, peringatan, nasihat dan zikir yang diberikan mengimbau kembali kenangan sewaktu majlis yang sama diadakan bagi meraikan kami semester 7 pada tahun lepas. Lagu Ar-Ruhul Jadid menjadi pilihan persembahan kami ketika itu.


Tidak Akan Biarkan Ia Terputus

Mengamati balik perbualan saya dengan nawwar itu, saya mengambil ia sebagai satu teguran yang perlu disemat kukuh dalam sanubari bahawa menziarahi sahabat adalah suatu kemestian. Usah ditunggu masa lapang atau hanya ketika ada kepentingan lain sahaja barulah berhegeh untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat. Lakukan ia kerana atas dasar ukhuwwah Islamiyyah dan menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia. Jangan biarkan ia terputus sebegitu sahaja, menyepi seribu bahasa..


Justeru dalam bakal dipostingkan diNegeri Sembilan ini, saya kira tidak menjadi suatu bebanan jarak untuk saya menziarahi sahabat-sahabat diUPSI ini. Cuma kekangan waktu itu sahajalah yang mungkin menghambat untuk saya bergerak kesana. Walau apa pun, kesungguhan dan keazaman itu yang lebih penting. Dengan keazaman dan kesungguhan berserta keizinan dengan Allah, insyaAllah segala perkara yang kita mahukan akan dapat dilaksanakan dengan baik.


Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih.


Mencari kekuatan dalam Persahabatan,

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
1.02pm
30 Syawal 1430H
19 Oktober 2009
CC Tanjong Malim,
Perak Darul Redzuan


8 comments:

pemelihara cahaya said...

syukron atas kehadiran di MAJLIS RAKAN SURAU KHAR kami.kunjungan mu tidak akan dilupakan. semoga ukhuwah ini terus berkekalan dan mendapat redhaNYA. INSYAALLAH.

selalulah melawat kami disini ;)

~fiezahhalim~
hamba yg mengharapkan perubahan

sahabat_zha said...

Assalamualaikum

Pernah saya pelajari tentang cara-cara untuk mengukuhkan iman kita. Salah satu daripadanya adalah melalui persahabatan. Mencari sahabat dalam satu jemaah yang sama dapat membantu kita dalam memastikan iman kita tidak goyah. Sahabatlah yang boleh menegur kita andai kita berbuat kesalahan yang tidak kita perasan.

sahabatmu..

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam..best bc entry nie..hehe sempat pgi CC Tg malim yer..em betul apa yg di post kat entry abg tg nie..em kadg2x dlm kehidupan kita memg kne ada sahabt yg mana blh sama seng n sama susah..dengan adanya sahabat lebih menguatkan hati kita dalam perjuangan hidup ni..tanpa sahabat rasa mcm lemah je..jd d mana aj sahabat kita berada jgn sekali-kali pts hubungan..even sorg di mesir sorg d tg malm..hehe..doakan kami kat sini mg d permudahkan urusan dalam menyampaikan dakwah..nak sampaikan dakwah bukan mudah..ada yg mudah terima dan ada yg sukar..doakan kami..x sgka jugek mlm td dpt tgk abg tg secara life..hehe..semoga d kuatkan hati n d kuatkan iman..salam alaik..

Anonymous said...

Walaupun bertemu sahabat hanya bertentang mata, tanpa berkata-kata, itu pun sudah membangkitkan semangat juang dalam diri. Saya ucapkan terima kasih kepada tg kerana sudi datang menziarahi kami di UPSI. Banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan, namun akiviti ziarah sahabat jangan dilupakan. Tahniah diucapkan sebab berjaya bergelar pendidik. Didiklah anak bangsa kita. Mungkin salah seorang pelajar yang berada dibawah didikan kita akan menjadi seorang yang hebat memimpin negara. sekian

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

to pemeliharaan: Ana rasa bersalah sebenarnya hadir tanpa diundang. Jumpa syah disurau KHAR waktu solat maghrib masa baru smp, die yg jemput ke majlis tu. Tak sangka lak majlis sebesar tu. Apa pun ana gembira dapat hadir dalam majlis tu. Ntum sekalian sangat baik, terlebih rasanya meraikan ana. puas ana menolaknya.JazakAllah.

to Sahabat Zha: Ya, sahabat adalah kekuatan ampuh yang kita ada. Ibarat kambing berada dalam kumpulan, akan terasa kuat walau serigala datang cuba menerkam.

to Nurulhidayani Ahmad: O, nti pun ada malam tu yer. Ya, walau dimana pun kita berada, teruskan mencari sahabat. kerana hidup ini merupakan satu perkongsian..

to anonymous: InsyaAllah..Doa sahabat-sahabat, para ustaz, pensyarah dan guru-guru ana tidak lupa untuk minta. Moge dengan doa kalian semua, ana diberi kekuatan utk terus istiqamah pada jalan perjuangan ini.

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

em ad je tercongok kat majlis tu..hehehe..em alhamdulillah..kenyang x..kedatangan abg tg di majlis tu dialu2x kan..em bak kata fieza pemelihara cahaya selalulah melawat kami..kami memerlukan input2x yg berguna dr mereka2x yg berpengalaman..
salam alaik..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

InsyaAllah, tak akan biarkan ia terputus...

Abg Tg

wardah1406 said...

Sakam perjuangan,
cg, bila baca entry ni, terasa jelous plak..slps konvo hari tu sekali je ana turun jumpa sahabat. itupun dapat jumpa 5,6 orang je.. InsyaAllah tgh cari masa untuk pegi sana. Ana dapat SMJK(C) Chung Hwa Confusion, Geogtown. hari ni dah bleh tau sek..Cabaran juga, sek bandar..Semoga istiqamah dalam perjuangan ini. Selamat menjadi murabbi.

Template by - Abdul Munir - 2008