Friday, June 19, 2009

“A1 Biology Students!” “Yes Sir…”

Bersama pelajar 4 Sains 1


“Terus terang saya nyata, dulu saya memang tak suka masuk kelas sir. Tapi sekarang 200% berbeza” pengakuan jujur daripada Husna, salah seorang anak murid saya kelas 4 Sains 1. Justify Full

Keep on positive thinking Sir, all the best in what U do” catatan Asyura dalam sekeping nota yang dihulurkan.

Kelas 4 Sains 1 yang hanya terdiri daripada pelajar kaum melayu dan India sahaja memberikan saya sedikit kesukaran pada awal proses pengajaran kerana perlu mengenali dahulu budaya dan sikap kaum lain. Kaum Cina yang sepatutnya layak untuk memasuki kelas 4Sains1 tidak berbuat demikian atas faktor ingin bersama dengan kawan-kawan yang lain. Begitulah senario perkauman yang boleh dilihat disekolah-sekolah mempunyai pelbagai kaum. Banyak yang telah saya pelajari hasil praktikal disekolah ini.



Pendidik bukan Pengajar

Menjadi seorang guru bukan sekadar menjadi tenaga pengajar tetapi harus menjadi pendidik dan pembimbing. Praktikal di Sek Men Keb Hutan Melintang ini membuka mata saya dan menyuluhkan hati saya yang selama ini hanya mendengar cerita-cerita luar berkenaan budaya, persekitaran sekolah dan sikap para pelajar dan guru-guru.

Bagi saya, dengan hanya menjadi tenaga pengajar kepada subjek-subjek yang bakal diambil dalam PMR atau SPM tidak memberikan apa-apa makna dan pulangan yang terlalu sedikit. Para pelajar boleh mengpelajari dan mengulangkaji sendiri pelajaran tersebut tanpa kekangan dan gangguan daripada pihak-pihak lain. Bukan itu yang mereka mahukan sebenarnya dan bukan perkara tersebut yang akan diingati pada masa-masa akan datang.

“ Macam mana cara kamu nak bagi pelajar ini ingat” Tanya Dr. Shakinaz kepada saya sewaktu kami sama-sama melihat pengajaran yang disampaikan oleh Hanafi, kawan saya.

“ Err..kalau saya, saya akan gunakan huruf diawal setiap perkataan tersebut” alhamdulillah idea tersebut muncul segera dalam otak pemikiran.

“ Dalam kelas ini ada hampir 30 orang pelajar, jika kita mahu pelajar ini ingat fakta ini, akan ada 30 cara mengingati yang mereka boleh buat. Setiap orang dengan cara masing-masing. Jadi akan sukar untuk kita memastikan semua pelajar mendapat learning objective ini.” Tegur dan nasihat beliau tersinpan kemas dalam Serebrum saya semacam di save tanpa boleh didelete lagi selagi mana harddisk ini tidak rosak dan dapat berfungsi dengan baik.

Dr Shakinaz adalah pensyarah pembimbing saya sewaktu praktikal dulu dan beliau juga merupakan pensyarah bagi subjek killer dalam course saya iaitu Biochemistry. Beliau seorang pensyarah yang amat berbeza dengan pensyarah-pensyarah yang pernah saya kenal selama ini. Method, cara dan pendekatan pengajaran dan bimbingan beliau yang mesra dan penuh dengan nasihat-nasihat membuatkan setiap orang mendapat didikan beliau tidak akan pernah lupa akan nama beliau.

Semangat dan pendekatan beliau saya serapi dan aplikasikan dalam proses pengajaran dan bimbingan kelas 4 Sains 1. Dalam pengajaran Biologi yang menjadi teras kepada profesion ini, tidak pernah saya lupakan untuk memberikan tips-tips cara belajar tetapi juga tidak ketinggalan untuk menasihati mereka berkenaan akhlak dan peribadi mereka agar menjadi insan yang bukan hanya cemerlang disudut pelajaran tetapi juga mendapat pujian atas keindahan budi pekerti.

Hasil kerja saya sebagai tanda ingatan kepada 4 Sains 1


“A1 Biology Students”


“A1 Biology Students” adalah satu slogan yang sering saya laungkan dalam kelas dan para pelajar akan menyahut seruan tersebut, “Yes Sir!!”. Proses penanaman semangat ini amat penting dalam memberikan keyakinan dan kesungguhan mereka dalam mencapai target A1 Biologi. Kesungguhan ini mampu menfokuskan perhatian mereka tatkala proses pengajaran berjalan dan jalan kearah target tersebut sentiasa terarah jelas.

Sir, how many A’s do you got in SPM?’ Tanya seorang pelajar sewaktu semangat belajar sedang ditanam.

“I’m got 9 A’s. A1 for Biologi and Chemistry” jawapan saya ringkas.

Wow sir. Great!” respon sinaran jelas kelihatan pada raut mukanya. Begitu juga kepada semua pelajar kelas yang mendengar perbualan ini.



Jamuan perpisahan


Selain nasihat dan semangat yang cuba ditanamkan dalam sanubari pelajar, apa yang harus dilakukan oleh seorang guru adalah memberikan para pelajar seorang model atau contoh yang boleh mereka ikuti. Sebaik-baik peribadi yang boleh dijadikan contoh tidak lain adalah Rasulullah s.a.w. Guru hendaklah mencari seorang susuk peribadi yang terdekat dengan para pelajar yang boleh mereka ikuti dan jadikan inspirasi dalam mengekalkan semangat belajar dalam diri agar terus membara. Guru tersebut juga antara model yang terbaik kepada pelajar mereka, peribadi dan tingkahlaku guru sentiasa dilihat dan diperhatikan. Model yang sering berada disisi.

“Macam mana nak berjaya macam Ayah Chik?” Tanya anak saudara saya yang berumur 9 tahun.

“Berjaya sebenar bukan di dunia ini tapi diakhirat” satu keyakinan yang perlu ditanam dilemparkan kepada anak kecil ini.


Membimbing dan Bersedia Dibimbing,

Tg Abdul Ghafar B Tg Ahmad
9.54 am,
18 Jun 2009
Pasir Panjang,
Kuala Terengganu.


6 comments:

Fadhlullah Universoul said...

hehe..laungan tu sgt penting tuk tanamkan semangt dlm class..

macam style mse sye kat SASER kejap dulu..

tahniah cikgu TG!!!

wearelearningparents said...

setuju...guru ialah PENDIDIK...memanusiakan insan dan menginsankan manusia

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Masih banyak skill2 yang ana perlu pelajari..

"How to influence people"

neopentene said...

Salam.Tahniah dan syabas..semoga terus kongsikan pengalaman supaya orang yg membaca ni dapat kutip sedikit pengalaman..mohon dihalalkan bahan yang dibaca. wasalam.

sai said...

terima kasih cikgu!

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

InsyaALlah sama-sama kita berkongsi manfaat.

Template by - Abdul Munir - 2008