Monday, April 28, 2008

Permata AyahBonda..

Gambar sewaktu Graduasi di Kospint, 2003

Hari ini, aku nak bercerita sedikit tentang keluargaku. Ntah kenapa hari ni tiba-tiba teringat sangat kat family kat kampung. Dengan kedatangan lagu permata ayahbonda-firdaus, yang baru dijumpai semula diimeen, meningkatkan kenangan silam bersama keluarga tercinta.


Permata Ayahbonda- Firdaus

Lagu ini first time aku dengari di matrik dulu menerusi siaran radio ikim.fm (www.ikim.fm) , dibilik waktu tengah study. Tanpe disedari air mata menitis mendengar setiap bait lirik yang diungkapkan. Subhanallah…Sungguh mendalam maksud lirik tersebut…liriknya yang aku tulis, aku masih simpan dan aku lampirkan disini untuk tatapan sahabat sekalian.:





Mewangi kuntuman bahagia
Dihalaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Meleraikan resah dan gundah dijiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan didamba
Dibelai dimanja mesra
Kaulah racun kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara
Engkau,
Umpama sebutir permata
Dipeluburkan kasihnan bersinar bercahaya
Hiasi rumah tangga
Engkau,
Harapan seisi keluarga panjatkan doa dan airmata
Yang pasrah kepada yang Esa
Pada mu kejora
Kasihsayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang
Dididik diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai menyubur iman didada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Setitis seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusul fitrah dan sunnah
Mengotak dipenghujungnya
Tiada,
Yang lebih membahagiakan melihat dirimu kian membesar dewasa
Didalam sejahtera
Usah,
Terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayahbonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapiNya
Bersemi kelopak kasihsayang
Dipersada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegar menghapuskan dahaga
Titisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuai yang sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela dihari tua
Waktu,
Biar merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih ilahi
Redahi pancaroba
Andai,
Langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah kelaman ayahbonda
Kembali menghuni di tamanNya
Bersamalah semula
Menghidup embunan kasih sayang
Sedingin air mata bonda
Engkaulah permata ayahbonda…


Adik Beradikku Tercinta


Belakang: Abg Cin, Shahir, Abg Wa
Hadapan: Kak Jie, Che Dah, Che Lah, Aku



Aku anak ke-6 daripada 7orang adik beradik..(sebenarnya 9orang tetapi 2orang telah meninggal waktu masih kecil). Kami adik beradik mempunyai jarak umur yang berbeza-beza. Jarak aku dan kakak sulongku sudah boleh dikatakan mak dan anak kerana seorang kawan aku yang sebaye dengan aku, maknya merupakan sahabat karib kepada kakak sulongku disekolah dulu. Kerana mempunyai jarak umur jauh berbeza, kami mempunyai hubungan yang agak berlainan. 4orang adik-beradik terbawah, kami mempunyai hubungan yang lebih erat disebabkan diusia kecil kami,sentiasa sahaja bermain bersama. Berbeza dengan kedua abg dan kakak sulong diatas..

“ takutnye, baik aku sembunyi kat bilik jer. Tak nak r jumpa kak Jie.”

Waktu kepulangan kakak sulongku daripada oversea dulu, ayat ni la yang aku tuturkan. Memang terasa kakak sulong aku ni orang asing dalam hidup pada ketika itu lalu aku sembunyikan diri atas katil di dalam bilik sahaja waktu itu.


-Senarai adik beradikku-


  1. Tengku Fatimah Tengku Ahmad 42 Tahun Anak 8
  2. Tengku Mohd Anuar Tengku Ahmad 38 Tahun Anak 7
  3. Tengku Mohd Hussien Tengku Ahmad 32 Tahun Belum ada anak

  4. Tengku Fadilah Tengku Ahmad 27 Tahun Belum ada anak
  5. Tengku Mohd Shahir Tengku Ahmad 25 Tahun Belum ada anak

  6. Tengku Abdul Ghafar Tengku Ahmad 22 Tahun Belum Berkahwin
  7. Tengku Shahidah Tengku Ahmad 21 Tahun Belum berkahwin


Ayahbonda Tersayang

Tengku Ahmad & Tengku Kalthom
(Arwah Ayah & Mak nampak macam mude je waktu ni )



Arwah ayah sudah meninggalkan aku sewaktu dimatrik dulu lagi. Kira-kira 4tahun yang lalu. Waktu pemergian arwah, aku berkesempatan berada dirumah kerana waktu itu cuti pertengahan semester pengajian di matrikulasi. Semua adik-beradik beradik berada disamping arwah kecuali kakakku yang berada di USM pada waktu ketika itu yang tidak sempat, penerbangannya agak terlewat sedikit.

Mak sekarang keseorangan dirumah jika adik-beradikku seme mempunyai keje terutame pada sebelah paginye..Namun cucu Mak yang ramai (15 orang ) menjadi penghibur dikala sepi(anggapan sendiri). Bukan adik beradikku berada jauh, semua adik-beradikku yang sudah berkahwin tinggal dirumah yang sama dengan mak, cuma kakak sulong je yang tinggal dirumah sewa sendiri, itu pun tidak jauh daripada rumah. Pada waktu pagi mak banyak hari mengisi waktu dengan pergi belajar ilmu agama disebuah rumah dalam kampung kami, jadi aku tidak terasa bimbang mak terase sunyi pada waktu pagi.


Peranan Anak

Aku rase sudah cukup lame berada luar daripada rumah, semenjak bersekolah asrama penuh lagi, masuk matrik n skrg di U pula. Begitulah lumrah kehidupan akademia kebanyakan individu. Justeru, teringatkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh anak sewaktu berjauhan dengan mak dan ayah.


Berapa kalikah kita menelefon mak atau ayah kita sewaktu kita dialam menuntut ilmu ini? Berapa kalikah kita mengingat mereka dalam kehidupan seharian kita? Adakah kita mendoakan kesejahteraan mereka setiap kali dalam doa kita? Persoalan-persoalan ini perlu dijawab, bukan dengan lisan tetapi dengan amalan.


Teringat juga, baru-baru ini melawat adik kepada sahabat di Hospital Ipoh yang mengalami kemalangan jalanraya.

abg arif, Saibul, Aku, Malek dan Abg Ijan


"sakit mak...Mak, sakit..sakit.."

Ayat yang terungkap daripada mulut seorang anak diwaktu terase diri memerlukan bantuan, simpati dan belas kasihan. Hanya mulut yang mampu bergerak, saat mata terpejam menahan kesakitan yang amat lantaran tempurung kepala yang dikeluarkan. Kepada siapa yang dituju? Tidak lain, kepada si Ibu. Nabi sudah bersabda, selepas Allah dan Rasul,orang yang pertama yang perlu dikasihi adalah ibu, kedua ibu, ketiga ibu dan keempat barulah bapa. Benarlah kata-kata Rasulullah s.a.w ini.


Sama-samalah kita mengisi sedikit mase kita, dihari-hari kita lalui dikampus untuk menghubungi mereka, cukup sekadar mereka mengetahui bahawa kita mengingati mereka. Satu perkara yang daku pegang sampai skrg, mak ayah dihujung usianya, telah menjadi ibarat bayi yang memerlukan kasih sayang daripada si mak dan ayahnya. Kitalah si ayah dan si mak jika kita mempunyai ayahbonda yang sudah lanjut usianya…


Wassalam


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

11.24 am

22 Rabiulakhir 1429 H

29 April 2008

2-1-9, KHAR UPSI

Friday, April 25, 2008

Jongkang Jongkit Study & Dakwah


Ana menjumpai suatu pesanan yang menarik untuk sama-sama kita hayati. Sesuai sempena minggu peperiksaan ini, pesanan ini amat bermakna buat kita semua bagi meningkatkan semangat dalam menghadapi akademik kita. Pesanan ini juga menyedarkan kita agar tidak menyalahkan akademik dalam kita para matarantai Islam menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling. Selamat membaca…


Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubahsegalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah,
tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly
ceritarububiyah ketuhanan,
tapi banyak lagiskopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya,
kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah,
aku gagal
dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lainterhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran
bukan macamjongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran
BUKAN macam jongkang jongking
Bila dakwah di atas,
pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas,
dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allahdalam pelajarannya
Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya
Allahciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra,
terasakerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukumtersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?,

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu,
ada takberlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati ,
banyak lagiyang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati,
assignmentbanyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali denganAllah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhandalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi,
tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dariAllah
Lia yang tahu hukum berdakwah
tidakmengerjakan kerja tersebut

Lia,
sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiapperbuatanku
Setiap kali aku bergaul denganjiranku,
aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagianrumahtanggaku,
aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentukdalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku,
hubunganku dengankeluarga dan sahabat,
segalanya adalahdakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia,
aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama,
mengenai kisah Assyahid ImamHassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kitarenungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terusberada dalam dakwah ini.
Lia,
kau pastinya arif mengenaiAssyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu.
Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi.
Semua manusia mengenalinya.
Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu,
kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia,
aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran,
kita kena berusaha.
Itu Sunnatullah.
Tapi Lia,
kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata,
dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah,
kita juga kena berusaha.
Itu juga adalah Sunnatullah.
Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
Lia,
aku kongsikan pembacaanku dalam buku
Detik-detik Hidupku
karanganAssyahid Imam Hassan Al Banna:
Allah,
dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya,
memberi ketenangan dan kepuasan
kepada hambaNya yang beriman
apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara
Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya.
Pada malam sebelum ujian nahu,
saya telah bermimpi.
Di dalam mimpi tersebut,
saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal.
Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil.
Salah seorangulama itu menghampiri saya.
Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir.
Dia menyoal saya,
Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah?
Saya menjawab,
Ini dia!
Katanya,
Mari kita ulangkaji sebahagian darinya.
Buka ke muka surat sekian-sekian .
Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya
dan mula mengulangkaji.
Kemudian saya terkejut jaga.
Saya sangat gembira.
Pagi esoknya saya menduduki ujian.
Sayadapati kebanyakan soalan datang
dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut.
Ini semua adalah rahmat Allah.
Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.
Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin.
Segala puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam.
Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah,
agama Allah.
Di sudut lainnya,
dia tidak suka mengejar dunia,
bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.
Dahulu dia bukan begitu.
Dia pernah kecundang.
Dia pernah bertanya kepada Allah -
Ya Allah,
kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku?
Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya.
Aku mempunyai mimpi yang besar
untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.
Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.
Lalu Allah memberitahu dirinya
melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga,
padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.
Dan ketika ditanya prinsip hidupnya,
sahabat itu menjawab
"Aku tak suka membanding-bandingkan
apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya.
Aku yakin Allah Maha Baik
dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang.
Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun.
Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa,
meskipun gunung-gunung harta itu milikku
atau aku tak punya harta sedikit pun.
Lia,
saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya.
Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit
disebabkan poliovirus semenjak kecil.
Kisah ini kisah benar.
Saya namakan wanita ini A.
A memerlukan tongkat untuk berjalan.
A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi.
Satu sahaja keinginan A.
A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan
Subhanallah.
Keinginan A tercapai.
Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya,
manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah.
Bila A berjaya masuk ke universiti,
sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.
Bila A menyudahkan pelajarannya,
sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah.
Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah
apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya,
apa yang mampu A berikan kepada suaminya.
Takdir Allah menentukan yang sebaiknya.
Allah mengurniakan A dan suaminya
3 orang anak yang comel dan sempurna.
Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.
Dengan kecacatanya,
A masih mampu membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.
Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum.
Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam.
Katanya,
buta menyebabkan dia tidak takut
kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.
Akhirnya dia syahid.
Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya
kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya.
Subhanallah.
Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.
Dia cacat.
Duduk di atas kerusi roda.
Tapi apa yang telah dia lakukan?
HAMAS berdiri dengan 'izzah.
Musuh menggeruninya.
Lia,
kita sempurna.
Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.
Ayuh berada dalam saf perjuangan.

" Mendambakan Cintaku Keranamu Allah"

karya asal K-Perak buat renungan dan muhasabah diri
yang sentiasa leka ini agar ditetapkan,
diteguhkan di atas jalan dakwah..

"Ajaib sungguh urusan orang muslim.Sesungguhnya, segala urusannya adalah baik.Apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur,dan apabila ditimpa kesusahan, dia redha.Maka menjadilah keduanya baik baginya"
-H.R.Bukhari-

Thursday, April 24, 2008

Hidup Yang Sudah Ditentukan Allah


Semalam saya mendapat satu pengajaran yang bermakna hasil daripada peristiwa yang menimpa adik kepada sahabat saya. Kami warga Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) mengadakan solat hajat semalam bagi mendoakan adik kepada sahabat kami yang ditimpa kemalangan. Semoga beliau cepat pulih dan kembali sihat dalam rahmat Allah.

Daripada kemalangan yang menimpa ini, memberi peringatan kepada saya bahawa kehidupan ini sebenarnya sudah diatur oleh Allah. Segala tindak tanduk kita sebenarnya Allah sudah menentukannya dan diketahui akan hal bakal terjadi. Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah lantaran dirasakan tiada makna berusaha jika Allah sudah menentukan semua hal berkenaan diri kita. Inilah fahaman Jabariah, meletakkan bahawa takdir sudah ditetapkan oleh Allah dan manusia tiada kuasa @ usaha mengubahnya. Kita dilarang mengamalkan fahaman ini.




Usaha dan Ikhtiar serta Takdir

Allah Maha Adil kepada hambaNya. Tidak ditetapkan keburukan kepada insan melainkan dengan asbab insan itu sendiri yang mencelakakan dirinya ke lembah kehinaan. Allah memberikan manusia itu usaha untuk mereka mencari jalan mana mereka ingin kecapi kelak. Usaha itu sebagai ikhtiar kepada ketetapan yang Allah sudah tetapkan kepada hambanya. Takdir baik dan buruk, semuanya datang daripada Allah dan itulah rukun iman yang keenam. Percaya kepada Qada’ dan Qadar , yang mana keduanya ini datangnya daripada Allah. Sebab itulah jika kita mendengar penutup kepada sesuatu ceramah atau tazkirah, para ustaz menyebut, ” segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri, hakikatnya dari Allah”

” ...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia”
(Surah Ar-Rad : 11)

Al-Khauf wa Al-Roja’

Dalam tazkirah maghrib yang disampaikan pada malam tersebut oleh ust Shahrizan, disebutkan syahadah yang kita ucapan tiap kali tahayat awal dan tahayat akhir didalam solat kita membawakan dua perkataan yang memberi makna dalam kehidupan para muslim. Al-Khauf membawa erti takut manakala Roja’ bermaksud berharap. Dalam kehidupan muslim ini, kedua-dua penghayatan ini ada dalam diari hidup masing-masing tetapi tahap keduanya mungkin berbeza. Ramai dikalangan muslim sekarang melebihkan Roja’ dan kurangnya Khauf dalam kehidupan sehari-hari. Sebagai contoh yang mudah, dalam minggu peperiksaan ini, surau KHAR mampu mencapai soff sehingga 7 atau 8 soff sedangkan pada minggu-minggu sebelum peperiksaan hanya 2 atau 3 soff sahaja. Disini jelas menampakkan dalam minggu peperiksaan ini perasaan berharap itu menonjol jelas dengan ibadah solat berjemaah tersebut. Manakala Khauf kurang dalam kehidupan muslim sekarang apabila mereka masih mampu melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sedangkan pengharapan masih diletakkan besar dihadapan masing-masing. Khauf dan Roja’ kedua-duanya perlu seimbang dan diamalkan dalam kehidupan kerana kehidupan ini tidak lari dari perasaan mempercayai suatu kekuasaan agung yang mengawal kehidupan. Justeru perasaan takut dan mengharap jika tidak diseimbangkan kedua-dua, tidak akan bermakna. .


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

2.52 pm
25/04/2008 , 18 Rabiul Akhir 1929 Hijrah

2-1-9 KHAR

UPSI



Wednesday, April 23, 2008

BERUSAHA MENJADI MUSLIMIN SEJATI





Mengawal diri merupakan suatu yang sukar disesuatu masa. Ujian dan cabaran yang datang begitu menekankan diri ini. Berlawan dengan suatu yang tak nampak inilah kesukaran yang amat. Hati dan Nafsu suatu yang kadang-kadang sentiasa kontra antara satu sama lain. Mengapa? Hati ini pada asalnya sudah disuluhi dengan keimanan dan sifatnya juga mencintai keimanan. Nafsu sentiasa memberontak menentang keimanan, menginginkan sesuatu yang lebih sehinggakan suatu tahap yang dasyat, mampu mengaku melebihkan diri dari Tuhan. Namun hati yang suci mampu dikotori dan digelapi dengan maksiat dan dosa. Nabi bersabda : ” dalam diri kamu ada seketul daging, jika baik ianya maka baiklah seluruh jasadmu dan jika rosak ianya maka rosaklah seluruh jasadmu, iaitu hati” Ia mampu ditutupi dengan karat dan daki dibaratkan seperti suatu bahan yang sekian lama ditinggalkan begitu sahaja tanpa dipelihara. Apatah lagi jika ia sengaja dikotori dengan debu dan arang sehinggakan sukarnya untuk membersihkannya kembali.

Keterlalaian sebegini mampu menghayutkan hati-hati yang sedia ada kotor agar terpesona dengan kesenangan yang amat sedikit di dunia ini. Dunia yang fana jika dipandang tinggi akan mengasyikkan sesiapa sahaja. Lalu jatuhlah kecintaannya kepada dunia. Rasa takut dan bimbang untuk meninggalkannya. Al-wahnu, cintakan dunia dan takutkan mati, merosakkan jiwa-jiwa umat Islam akhir zaman ini. Sehinggakan musuh-musuh Islam tidak lagi gentar kepada mereka, perasaan takut kepada Islam sudah tiada kepada musuh-musuh Islam. Lantas mereka berani menampilkan diri menentang, mengkritik, menghina dan mencaci Islam lataran kelemahan dan kelalaian yang menghantui jiwa-jiwa penganutnya yang kecundang.

Berusaha menjadi muslimin sebenar, muslimin yang disebut oleh Allah sebagai orang yang berjaya. Surah al-mukminun, ayat 1-9 dijadikan guideline, suatu penyuluh dan petunjuk yang tidak bisa padam sehingga hancur luluhnya bumi dan alam semesta ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
1- Sungguh beruntung orang-orang yang beriman
2- Iaitu orang yang kusyuk dalam solatnya,
3- Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna,
4- Dan orang yang menunaikan zakat,
5- Dan orang yang memelihara kemaluannya,
6- Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sehaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7- Tetapi barang siapa mencari dibalik itu(zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang yang melampaui batas.
8- Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janji-janjinya,
9- Serta orang yang memelihara solatnya.


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
11.32 am
24 April 2008

2-1-9 KHAR, UPSI

Ikan Bakar Pengubat Hati Yang Duka




Fuih....Exam genetik. Susah bangat tadi. Nak kate aku tak prepare lengkap, memang aku tak prepare sangat pun. Padan kat muke aku sendirik.. banyak soalan yang ditinggalkan kosong, ntah ape nak jadi nanti ngan keputusan die tu. Lepas exam genetik tu, selang beberapa jam aku ade exam lagi..TSR, kaedah penyelidikan. Paper ni pun tak mantap die punye preparation. Untuk mengubat hati aku yang duka lepas menjawab exam genetik tadi, aku cuba isikan perut yang sedia ada dah berkerut waktu exam dengan mencari ikan bakar...Memang teringin sangat nak makan..

Lepas jer exam, terus aku pacu Hamzah (nama motor kesayanganku, TS4640) menuju ke Abuya Catering. Huh! Aku mengeluh sendirian bile tengok takde lak ikan bakar hari ni. Hamzah terus ku tuju ke sebuah lagi warung yg memang specialist dalam ikan bakar ni... Dapur bahagian depan yg sentiasa berasap dengan api yang membakar ikan-ikan ciptaan Sang Yang Maha Agung. Aku membungkus jer nasi untuk dimakan kat rumah nanti..kalu makan kat warung tu, sengsorang lak nanti. Lagi pun, takperlu membazir duit untuk air(harga segelas mmg > rm1).

Sampai jer kat bilik, terus je aku menerkam ikan bakar tanpa dilupakan untuk membaca doa dulu. Ku doakan agar makanan tersebut memberikan aku tenaga untuk aku beribadat kepada Ilahi. Syukur alhamdulillah, sedapnyer ikan bakar tersebut...sesiapa yang dah lama tak makan ikan bakar, boleh mencarinya hari ini. Nikmat Allah pada hambanya, kelazatan makanan yang dirasakan...Syukur padaMu wahai Tuhan.....

Hari yang penuh kekusutan



~logo UPSI~

Esok aku ade 2paper killer. Dasyat giler..tak tahu r esok camne. Preparation tak mantap. Sungguh trase bile mmg persedian tak rapi. Kekalutan yang amat sangat bile banyak lagi nak cover. Smp tgh malam ni, banyak lagi soalan2 past year yang aku tak buat. Doakan aku kengkawan wei....

SEJUTA HARAPAN ...DAI NADA
F Am Dm Am Bb G C F La la la F Am Dm
Sejuta harapan
Bb G C
Yang aku sandarkan
F Am Dm
Seberkas cahayaMu
Bb C
Untuk terangi jalanku
Dm
Tanpa rahmat ampunMu
Am
Tanpa kasih sayang
Mu Bb C
Hampa terasa hidupku
Dm
Ku ingin bersamaMu
Am
Dekat selalu denganMu
Bb C
Bahagia bersamaMu
F Am
Ya Allah
Bb C
Terangilah gelap hitam hatiku
F Am
Ya Allah
Bb C
Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x

Ketika Nikmat Kesihatan Ditarik Sekejap



Malam hari pada 11 April iaitu jumaat malam, badan ini telah terasa lemah dan sejuk yang semacam saja. Malam itu roommate aku hendak berangkat ke Butterworth, meninggalkan diriku sendirian keseorangan di bilik pada hujung minggu tersebut. Seperti yang telah dijangkakan, esoknya bakal menempuh hari yang telah lama aku tak alami, tibanya demam, aku telah menelan sebiji penadol sebagai pencegahan.

Keesokan harinya, mesyuarat yang patut aku pergi dibatalkan untuk pergi setelah badan ini terasa amat berat sekali untuk digagahi. Makluman awal kepada ketua mesyuarat telah dihantar pada malam sebelumnya dengan harapan ketidakhadiranku pagi itu bukanlah sesuatu yang dibuat-buat tetapi auranya telah dapat dijangkakan. Sms sebagai medium perhubungan.

Satu hari diriku tidak keruan berbaring diatas katil dengan pengudaraan bilik yang kurang efision , aku sendiri mengakuinya kerana kedudukan bilikku yang menghadap kedalam menyebabkan sukar udara bertukar berbeza dengan bilik yang menghadap ke arah luar, lebih nyaman. Seharian diriku tidak makan apa-apa sehingga tiba waktu petang dimana aku menelefon sahabat untuk membantuku membelikan sedikit cokhlat bar dan air yogurt sebagai pemberi tenaga kepada badan.

Demam ini berlarutan sehingga hari ketiga dan alhamdulillah hari keempatnya badanku telah beransur pulih namun batuk-batuk masih kuat menekan sesak didada sehingga kehari ini. Setelah 4 hari masa aku dihabiskan dengan melayan perasaan dan berkhayal memikirkan diri, tidak menyentuh lansung buku pelajaran sedangkan peperiksaan sudah tidak sampai seminggu bakal menjenguk aku..

Justeru, aku perlukan masa untuk menggantikan balik waktu itu dengan memberikan lebih tumpuan kepada buku pelajaran buat masa sekarang. Aku g study dulu, terima kasih kerana sudi membaca….

Perutusan Presiden

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN &
KECINTAAN KEPADA ISLAM

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Bersyukur kepada Allah Taala atas segala nikmat dan kurniaanNya kepada kita yang tidak terhitung bilangannya. Tanpa kita sedari peperiksaan akhir semester bagi sesi dua 2007/2008 telah menjelang tiba. Setelah hampir 14 minggu kita menimba ilmu bagi semester ini, tibalah giliran untuk kita mengukur setakat manakah ilmu yang telah kita perolehi sepanjang sesi pembelajaran tersebut.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Peperiksaan merupakan satu instrumen untuk menguji kita-menguji tentang pemahaman kita terhadap sesuatu mata pelajaran. Nur Amalina menyatakan bahawa peperiksaan sangat besar maknanya bagi beliau. Katanya, "Peperiksaan menguji pencapaian kita di dalam pembelajaran. Cuba gambarkan bahawa penat lelah kita selama 1, 2 atau 3 tahun akan hanya diuji dalam masa 1 atau 2 jam sahaja. Pencapaian di dalam masa 1 atau 2 jam ini mesti menggambarkan pencapaian kita selama 1, 2 atau 3 tahun. Sebab itu masa peperiksaan adalah masa yang kritikal dan super penting." Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan dengan sebaiknya.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak dapat lari daripada menghadapi masalah. Ujian dan dugaan yang datang silih berganti menjadikan seseorang itu makin matang dalam mengharungi hari-hari mendatang. Jika peperiksaan itu bertujuan menguji tahap ilmu seseorang, begitu juga ujian dan dugaan yang dihadapi oleh manusia-bertujuan menguji tahap iman seseorang. Allah menyebut dalam surah Al-Ankabut ayat dua yang bermaksud, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?"
Kehidupan sebagai seorang mahasiswa penuh dengan ujian dan mehnahnya yang tersendiri. Zaman mencari ilmu dan melatih diri dengan skill kepimpinan sentiasa dihalangi dengan kekangan masa dan kerja yang melambak. Kerja yang bertimbun ini menjadikan sesetengah daripada golongan mahasiswa ini tidak mempedulikan hal-hal yang berlaku sekeliling mereka. Mereka merasakan cukup bagi diri mereka menimba ilmu dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Isu-isu sekeliling dan negara bukan menjadi buah mulut mereka. Hal ini tidak boleh dilihat remeh dan enteng kerana hasil keluaran mahasiswa sekarang dilihatkan semakin lemah dari sudut kesedaran sekeliling dan dari sudut kepimpinan. Produktiviti yang lemah sebegini bukan akan membangunkan negara tetapi bakal menjadikan negara berada pada takuk yang lama.

Sahabatku sekalian,
Andai kita sedari, musuh-musuh Islam sekarang sudah semakin berani mempersenda dan menghina Islam dengan terang-terangan. Yang terbaru, keluarnya suatu filem Belanda yang bertajuk 'Fitna' oleh Geert Wilders yang menfitnah Islam dengan menggambarkan Islam itu zalim dan mengongkong kebebasan. Filem sebegini membuatkan sesiapa sahaja umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia marah dan mengecam pengeluaran filem tersebut. Sahabat-sahabat boleh melihat filem pendek ini dalam laman Youtube.Com

Islam merupakan agama perpaduan dan mementingkan keamanan. Islam tidak pernah memusuhi mana-mana agama dan berinteraksi dengan baik kepada semua agama selagi mana mereka tidak mengancam dan mengganggu Islam dan umatnya. Sebagai seorang mahasiswa yang peka, apakah peranan kita dalam menghadapi isu-isu sebegini? Yang pertama kita perlu memberi kesedaran dan menjelaskan secara ilmiah kepada rakan-rakan yang tidak mengetahuinya. Mereka perlu diberi kesedaran dengan dunia luar kampus dan dunia luar daripada buku pelajaran mereka. Yang keduanya, paling utama adalah diri kita sendiri. Kita hendaklah menjaga akhlak dan sahsiah diri masing-masing. Islam itu tidak lemah tetapi umat Islam itulah yang lemah apabila ia meninggalkan Islam dari diri mereka. Justeru, penampilan dan jati diri kita selaku mahasiswa Islam perlu ditingkatkan apatah lagi kita yang bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kelak.

Akhir kata, saya menyeru sahabat-sahabat sekalian untuk berusaha mempertingkatkan potensi diri kerana mahasiswa bukanlah suatu generasi yang malap tetapi menjadi penggerak masyarakat dengan perkembangan idea & minda serta usaha-usaha menambahbaikan suasana. Kita bukan sahaja ingin melihat negara maju dari sudut teknologi tetapi juga maju dari sudut akhlak dan peribadi kerana dengan sahsiah yang baik itulah menjamin dunia yang lebih selamat kelak. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
Presiden
Persatuan Mahasiswa Sains(PMS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Orang Ramah Senang Bermesra

Konvokesyen ke-10 di UPSI 11Mac-14Mac tak menampakkan kehebatan dan keceriaan seperti majlis-majlis konvo sebelum ini. Ntah di mane silap dan kurangnye. Pada pengamatan aku ni, konvo kali ni bersuasana suram sebab :

1-Publisiti yang tak meluas
2-Konvokesyen yang tak ramai bergaduan…yang besarnya bulan 8 nanti.
3-Gerai-gerai yang telah beranjak tempat ke belakang gymnasium(tersorok dari org ramai)
4-Tiada aktiviti yang menambat hati orang ramai(lebih suke nasyid)

So dalam ketidakmeriahan pesta konvo ni, aku pun takde la nak g jalan-jalan kat pesta tu. Tapi semalam kedatangan seorang senior aku ke UPSI, maklumlah cuti sekolah sekarang selama seminggu. Cikgu-cikgi ni bukan bleh duduk diam, mesti jalan-jalan melepaskan tension masing-masing melawat junior2 mereka.
Senior ni name die kak wani.. agak rapat ngan die, lepas daripada kenal die waktu dalam Mesyuarat Agung Persatuan Sains. So lepas daripada tu, slalu contact ngan die. Nak ceritanya, die datang sini tak dengan tangan kosong. Ade bawak hadiah untuk aku. Itu yang best tu. (sebenarnya dah pakse die awal2, dtg nt bawak hadiah untuk aku sempena hari ulang tahun kelahiran ke-22).

SMS :
Kak wani :adik suke kaler ape?
Aku : Kaler biru cerah, biru keadilan
Kak wani : pening la kepale nak cari adiah ni. Susah btol
Aku : kalu macam tu tak yah beli la
Kak wani : La, merajuk la pulak
Aku : dah tu…

Awal-awal lagi aku dah pesan kat kak wani tu, nak cari hadiah nanti jangan beli yang mahal2. harge less than rm2. Bukan ape, pemberian orang sebenarnya bukan dinilai pada harga ataupun nilai barangan tersebut tetapi keikhlasan dan kenangan pada barangan tersebut. Jadi sebab tak nak bebankan die, letakkan syarat tersebut.
So kedatangan kak wani dengan hadiah tu disambut lepas aku abis kelas tutor( terpakse berdiri, kerusi tak cukup. Ade ke patut? Nasib baik ramai). Die yang tak makan lagi ajak aku makan di gerai konvo. Aku mm tak tolak r, sebab perut ni pun memanggil makanan gak, sejak petang tadi lagi. "Ana solat Isyak dulu", kate aku dalam msg kepadanya. Sampai di surau Annur, jumpa lak ngan Kak Sal (makcik cleaner yang dulu ditugaskan kat kolej tapi skrg dah pindah ke kampus). Sebab lame tak berjumpa, aku pelawakan Kak Sal ngan 2 orang anak die untuk makan bersama. Tak penah belanja die, niat tu dah tanam lama kat kolej dulu. Alhamdulillah selepas puas memujuk, Kak Sal akur dengan pelawaan aku. Maka tertunailah niat suci aku tu..
Kami makan depan meja Kak Wani sebab Kak Wani nak belanja aku dan aku nak belanja Kak Sal lak. Mase makan, Kak Sal rancak berborak ngan Bar( junior kak wani jugak). Katenya Kak Sal, die ditemuramah siap. Ntah ape topic perbualan tu aku tak tahu. Lepas makan tu, aku sapa la Kak Sal :

Aku : Mesra Kak Sal ngan Bar tu. Baru jumpe sekejap dah rapat.
Kak Sal : Orang Ramah senang nak mesra. Tak sombong ngan orang.
Aku : A'a, btol tu(mengiyakan aje)..
Kak Sal : Kalu orang mudah mesra, kite mudah nak berkawan dengan die…

Moral of the story, kite dulu kene jadi ramah dalam usaha kita nak orang mesra ngan kite. Hidup ini bukanlah hidup sorang-sorang tapi kite hidup dengan perkongsian. Bak kate ust Hasrizal (http://www.saifulislam.com/) erti hidup pada memberi. So same-samelah kita berusaha perbaiki perhubungan kita dengan manusia dengan tidak menidakkan hubungan dengan Allah… Hablun minAllah wa Hablun minas…

12.42 pm
12 Mac 2008
2-1-9 KHAR
UPSI

Budi – Sukarkah mengungkapkan terima kasih?


Malam(6/3/2008) kepulangan ke kampung halaman sempena pilihanraya umum ke-12 sangat menyentuh jiwa yang saban hari merindui suasana Terengganu yang pada ketika itu sedang hangat dengan perang poster antara dua parti yang kuat iaitu PAS dan BN. Hari-hari menanti malam kepulangan tersebut akhirnya tiba jua. Memang aku tidak sabar menanti saat tersebut.
Tiket bas yang dibeli awal-awal lagi di stesen bas Tanjong Malim tersimpan rapi dalam dompetku. Tiket bas ke Kuala Lumpur dari Tanjong Malim ini memang perlu dibeli awal kerana sentiasa senang habis terutama saat-saat cuti umum begini. Tiket bas aku pukul 7pm. Saja dibeli lewat sebegitu kerana aku tahu kesibukan aku yang perlu menghantar proposal pada hari itu juga memungkin aku untuk mengambil sedikit masa. Walaupun waktu yang sudah agak malam untuk aku naiki bas tersebut, namun aku masih lewat untuk ke stesen bas. (tepat jam 7pm sampai).

Sampai-sampai je di stesen bas tersebut, Bas TransNasional masih menunggu penumpang yang belum datang. Saat aku naik bas tersebut, kelihatan semua seat telah pun dipenuhi dengan penumpang. "waduh, camne ni. Takkan kene diri kot"hatiku berbicara. Konduktor bas melihat tiket ditanganku, memang bas dan waktu yang tepat. Dia meminta aku tunggu sebentar sementara dia bergerak ke tempat duduk belakang. Rupa-rupanya baru ku tahu, dia telah mengambil penumpang yang bas mereka pukul 8 untuk naik bas jam 7.
Pada asalnya konduktor tersebut, meminta penumpang wanita tersebut(rasanya pelajar UPSI juga) untuk turun. Lepas kelihatan ada dua orang lagi lelaki yang sanggup berdiri untuk ke Kuala Lumpur, dia meninggalkan sahaja aku yang terkontang kanting menantikan tempat duduk. "isk, biar betul pakcik ni. Cepat jer cair ngan pompuan". Kalu pada hari tu aku tak puasa, insyaAllah bleh jer berdiri. Tapi hari khamis tersebut aku terasa suatu tanggungjawab besar untuk puasa, mengambil keberkatan untuk kemenangan parti aku pada pilihanraya nanti. Doa orang puasa ini senang dimakbulkan oleh Allah. Jadi takkan aku nak berdiri saat berbuka nanti.
Asyik berfikir macam mana nak buat ni, seorang perempuan yang masih bersekolah(pakai baju batik, sekolah berasrama la ni) mempelawakan aku untuk aku duduk ditempatnya dan dia sanggup untuk berkongsi tempat duduk dengan perempuan yang tak mahu turun tu. Alhamdulillah, syukur…dapat juga aku duduk. Bas bergerak laju dan aku tak keruan sahaja dalam bas sepanjang perjalanan tersebut. Semua orang tengok aku saat nak dapatkan tempat duduk tersebut. Nak ucap terimakasih kat budak tu tapi tak tahu macam mana.
Sampai sahaja di Kuala Lumpur, aku nekadkan diri untuk bersuara diluar bas tersebut kepada budak perempuan tu.

Aku : terima kasih saudari for da seat tadi
Budak sekolah : ha?ape?
Aku : Terimakasih untuk seat tadi
Budak sekolah : o, sama-sama.


Lepas ucap je terima kasih, terus aku beredar meninggalkan mereka berdua(dia ngan kawan dia) tanpa berpaling sepatah menuju ke destinasi aku…
Orang berbudi, seharusnya kita menghargai(appreciate) atas kebaikan yang dilakukan kepada kita. Namun kadang-kadang ungkapan terima kasih terasa berat untuk diungkapkan secara jelas kepada orang tersebut. Kenapa? Mungkin ego dalam diri seseorang itu, mungkin juga suasana yang kurang mengizinkan saat itu atau mungkin anda punyai jawapan anda tersendiri…

Orang berbudi,
Kita berbahasa,
Orang memberi,
Kita merasa…

Hari Ulang Tahun Ke-22



21 Februari 2008, hari ulang tahunku ke-22. Dikesempatan hari ulangtahun ini, aku mengadakan sedikit majlis makan2 di cafeteria Abuya (Syukran 4 Abuya, 4 supporting fruits in that ceremony) petang jam 5.21pm. Asalnye nak jemput kawan2, sahabat2, adik2 Exco n Rexco persatuan sains sahaja seramai 61 orang tetapi memandangkan ramai yang tidak dapat datang ke majlis tersebut( hasil daripada survey yg dibuat awal2 lg,-perlu perancangan dalam sesuatu kerja), so bagi mengelakkan pembaziran berlaku, aku jemputlah kawan2 rapat sekuliah dan member2 sekolej. Dieorang ni ajak makan memang punctual, tak macam exco n rexco persatuan (dah maklumkan awal2 lg) datang lambat, terhegeh2 lak tu(jgn marah gurau jer)…

Alhamdulillah majlis yg tak seberapa tu berjalan dengan lancar dan meriah la jugak. Bukan selalu buat majlis macam ni, so tak berkira sangatlah kuarkan duit sedikit utk hargai kawan2 kite selame ni. Siapalah kita tanpa ada kawan2 disisi, btol kan?

Membuka Tirai Baru

Kenapa dikatakan membuka tirai baru.. Setiap kali dalam ketibaan tahun baru dan ulang tahun kelahiran kita, pastinya tiap-tiap daripada kita akan membuat azam baru. SO tidak ketinggalan aku disini. Membuka tirai baru dalam erti kataku menjurus kepada usahaku untuk menghasilkan penulisan-penulisan. Bukan senang untuk istiqamah dalam sesuatu pekerjaan namun diwaktu kelemahan, perlunya kita mencari BOOSTER( HM Tuah dalam bukunya, NAK KE TAK NAK) untuk melonjakkan kembali semangat dalam diri kita. Dalam hal ini satu booster bagiku adalah melihat laman web dan blog kawan2 lain. Mereka terus menerus menulis, menceritakan, mengukir kisah hidup mereka dalam satu alam yang bakal diungkap kembali pada masa hadapan. Sebagai penghargaan buat sahabat, kunyatakan blognya disini http://www.feerhann.blogspot.com/. Semoga kawan-kawan yg lain dapat menyelusuri laman web ini juge. Mgkin pada masa akan datang, aku akan berbicarakan tentang sahabat panpal ini.

Doa dan Harapan

Membuat satu hijrah bukan suatu yang mudah dan senang. Ia memerlukan pengorbanan dan akan melalui keperitan dalam menyelusuri jalan ini. Justeru aku meninggalkan lirik Hijrah, kumpulan devootees buat renungan sahabat2 sekalian agar menjadi panduan dan pedoman hidup kita semua sebagai pengakhiran kepada penulisan penghijrahan ini…

Hijrah Menuju Allah - Devotees

Hijrah Menuju Allah_Devotees

Bulat niat tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai
Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahic

/o
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

Template by - Abdul Munir - 2008