Tuesday, September 30, 2008

Rahmat Allah diambang Eidul Fitri, bagaimana dengan yang tidak merasa?

Hadiah Hari Raya

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjang umur sampai kepada hari 30 Ramadhan. Namun tidak dapat disembunyikan kesedihan tatkala Ramadhan hampir berlalu pergi meninggalkan insane yang mengharapkan keberkatan dan ganjaran yang diberikan oleh Allah sepanjang bulan ini.


Hari ini kita mendapat satu berita yang melegakan semua rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa. Pembebasan kapal Melati 2 pada pagi tadi jam 4.14 pagi waktu tempatan merupakan Rahmat Allah di ambang ketibaan Eidul Fitri yang akan menjenguk kita tidak sampai 24jam sahaja lagi.


Pembebesan anak kapal Melati 2 yang seramai 29 orang pastinya memberikan makna yang besar kepada diri para tebusan terutamanya dan juga kepada para keluarga mangsa. Alangkah gembiranya para keluarga berkenaan dapat beraya dengan para mangsa yang sememangnya mereka merasakan sangat risau akan perkembangan keselamatan saat mereka berada ditangan lanun tersebut.


Pak Lah dalam memberikan komen dalam kejadian tersebut mengatakan bahawa pembebasan para tawanan merupakan hadiah hari raya daripada Allah s.w.t

“Ianya adalah satu hadiah Hari Raya daripada Allah SWT kepada kita, khususnya buat keluarga anak-anak kapal MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 yang dibebaskan lebih awal sebelum ini,” kata Perdana Menteri kepada Bernama di sini bagi mengulas pembebasan kedua-kedua kapal tersebut.

-berita harian, mutakhir 30/9/2008-


Antara Dalaman dan Luaran


Mengulas kenyataan Abdullah Ahmad Badawi menggambarkan beliau seorang yang sangat mengambil berat dengan keresahan dan pederitaan yang dialami rakyat. Beliau bersyukur dengan pembebasan dan merasa gembira apabila mangsa tahanan akan dapat beraya bersama-sama keluarga mereka pada keesokkan harinya, InsyaAllah. Namun dalam ucapan dan sikap perihatin beliau ini, adakah beliau sedar akan penderitaan dan keperitan keluarga tahanan ISA yang bukan sahaja berpisah dengan keluarga selama beberapa hari tetapi bertahun lamanya, bukan ini merupakan kali pertama keluarga tahanan beraya tanpa ayah, suami atau abang kepada keluarga tersebut tetapi sudah berkali-kali raya ketiadaan orang yang disayangi disisi.


Jika Pak Lah mengatakan pembebasan tebusan anak-anak kapal MT Bunga Melati 2 & 5 sebagai hadiah Hari Raya daripada Allah, bagaimana pula hadiah yang sama diharapkan oleh keluarga-keluarga mangsa tahanan ISA daripada Pak Lah? Kuasa membebaskan para tahanan berada ditangan beliau, justeru adakah beliau tidak teringat sedikit pun akan tahanan ISA ini tatkala mengucapkan hadiah Hari Raya ini? Antara dalaman dan luaran, ianya suatu yang berbeza…


Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah s.b.t agar berikan kekuatan kepada tahanan dan keluarga mangsa tahanan akta zalim ini dalam mengharungi ujian hidup yang tidak sedikit peritnya. Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar kepada hamba-hambaNya yang sering bersabar dengan dugaan yang menimpa sesuai dengan janji Allah dalam surah Ali Imran ayat 186 yang bermaksud:


" Demi Sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orangyang telah diberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang musyrik: banyak tuduhan dan cacian yang menyakitkan hati. dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat"



Takbir!!!

Bebaskan Tahanan ISA, Hapuskan Akta Zalim Ini!!!


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

6.36 pm

30 Ramadhan 1429H

30 September 2008

Rumahku, Kuala Terengganu

0 comments:

Template by - Abdul Munir - 2008