Sunday, August 31, 2008

Muhasabahlah Selagi Ada Masa




Ana tertarik dengan satu kolum akhbar Utusan pada hari ini yang bertajuk ‘Format Baru BN disokong’. Suatu yang menarik untuk dikongsikan dan tulisan akhbar ini seakan-akan menempelak kepada diri mereka sendiri(Barisan Nasional). Namun dalam hal ini ana mengambil dua konsep yang berbeza untuk kita berfikir yang pertama adalah kepentingan golongan muda dan yang keduanya adalah muhasabah ataupun postmortem yang berterusan perlu dilakukan.


Sementara itu, di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah melaksanakan beberapa perubahan yang sesuai dengan kehendak golongan muda di negeri ini bagi menarik penyertaan mereka dalam BN.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak telah mengamalkan dasar tersebut menerusi pelaksanaan Dasar Gelombang Kedua yang diperkenalkan ketika pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 2006.

Menurutnya, langkah mendekati golongan muda ini dengan memberi penjelasan berhubung dasar kerajaan adalah perlu kerana mereka akan mengambil alih kepimpinan dari barisan pemimpin sedia ada.

-Sumber Utusan 1 September 2008-

Melihatkan kepentingan warisan kepimpinan inilah Barisan Nasional mengambil pendekatan untuk menarik kembali minat golongan muda kepada parti mereka. Memang tidak dinafikan golongan muda ini sentiasa mencetuskan perubahan demi perubahan sejak zaman berzaman. Golongan ini sentiasa sahaja mencipta nama dan sejarah tersendiri dalam membawa arus pemikiran dan pertumbuhan minda yang sihat.



Syabab @ Pemuda

“ Akulah syabab penggerak kampungku kelak” beritahuku kepada kakak senior sebaik sahaja selesai membaca novel ‘Syabab Musafir Kasih’ dengan semangat berkobar-kobar sebagai seorang pemuda. Novel ‘Syabab Musafir Kasih’ amat menarik untuk dibaca, pembawaan kealam remaja seterusnya semangat juang yang ditunjukkan oleh Syabab sebagai seorang pemuda yang kuat berusaha melakukan perubahan, kisah persahabatan yang mengambil contoh sirah nabi serta penjelasan berkenaan sukarnya keadilan dalam berpoligami juga ditekankan dalam novel ini.

Golongan pemuda juga merupakan pewaris kepada sesuatu kepimpinan, Ustaz Mustafa Masyur dalam bukunya Kearah Pembinaan Generasi Muslim menyebut “Bila suatu generasi mewarisi sesuatu dari generasi yang sebelumnya yang menempuh percubaan dan pengalaman di dalam bidang-bidang hidup seperti bidang perniagaan, pertukangan, pertanian dan sebagainya, maka lebih-lebih lagi dalam soal yang sedang dibicarakan ini, dimana setiap muslim akan mewarisi pengalaman dari generasi yang sebelumnya dalam bidang dakwah, lantaran inilah wahai saudara, kamu hendaklah memulainya pada tempat yang telah kami sampai dan hendaklah kamu menyambung perjalanan ini selepas kami dan Allah s.w.t melaksanakan cita-citamu”[1].

Kita melihat kepada pengubah atau gelaran terkenalnya mujaddid. Sejarah telah membuktikan bahawa sehingga kini belum lahir seorang pun mujaddid yang kamil(sempurna). Khalifah Umar bin Abd Aziz mungkindapat mencapai kedudukan yang mulia ini, tetapi beliau tidak sempat mencapainya[2]. Golongan mujaddid ini juga merupakan golongan pemuda, Khalifah Umar Abd Aziz meninggal dunia seusia beliau 39 tahun kerana diracuni. Begitu juga Assyahid Hasan Al-Banna syahid ketika berusia 28 tahun.


Muhasabahlah selagi ada masa

Menurut Hishammuddin, Exco Pemuda UMNO sudah pun mengumpul maklum balas daripada golongan muda sejak enam bulan yang lalu.

''Golongan yang terlibat ialah profesional muda, pekerja kilang dan pemuda motor.

''Setiap parti termasuk parti-parti dalam pakatan rakyat masih lagi berasaskan perkauman. Oleh itu BN paling sesuai. Saya yakin BN boleh,'' kata Hishammuddin.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Samsuddin berkata, pada masa ini wujud satu trend iaitu kononnya lebih 'hebat' jika para remaja menyokong pembangkang.

''Perkembangan ini menjadi satu halangan mental dalam menarik lebih ramai golongan muda kembali kepada BN.

''Justeru BN perlu mencari satu formula di mana golongan muda akan merasa lebih yakin dan serasi dengan BN berbanding pembangkang,'' katanya.

-sumber: Utusan 1 September 2008.-

Ana cukup tertatik dengan ucapan ketua penerangan UMNO itu, dikatakan bahawa menyokong pembangkang itu sudah menjadi satu trend dan pada ana bolehlah dikatakan golongan pemuda sekarang ini terasa malu jika masih menyokong kerajaan.

Golongan muda sekarang ini bukanlah golongan yang boleh disembunyi-sembunyikan fakta dalam zaman globalisasi ini. Segala malumat dapat disampaikan dengan mudah, justeru jika akhbar perdana seperti Utusan dan Berita Harian memutar belitkan fakta, mereka hanya dapat menipu golongan-golongan veteran-veteran dikampung sahaja.

Dalam ingin mengembalikan sokongan kepada Barisan Nasional, pada ana tidak lain dan tidak bukan adalah dengan mengubah sikap dan gerak laku parti tersebut agar menjadi lebih telus, adil, saksama, tidak korupsi, tidak menzalimi sebahagian golongan dan mengenyangkan perut sebahagian golongan yang lain. Segala format selain format perubahan ini tidak akan memberikan apa-apa kesan sekiranya Barisan Nasional terus menerus dengan takuk dan sikap yang sama. Muhasabahlah selagi ada masa….


Mahasiswa Agen Perubahan Masyarakat


Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad

10.05 am

1 Ramadhan 1429 H

1 September 2008

2-1-7 KHAR, UPSI


[1] Kearah Pembinaan Generasi Muslim – Mustafa Masyur

[2] Gerakan Tajdid Islami – Abul A’la Al-Maududi


4 comments:

Anonymous said...

Ya.. sebenarnya saya tercari-cari review dari sesiapa untuk Syabab Musafir Kasih ini. Saya menaip di Google dan menjumpainya di sini.

Sebelum beli buku tertentu, saya akan memilih antara senarai keutamaan buku yang patut saya beli. Dan saya rasa buku ini pasti di tangga 1. Jadi, ulasan saudara ini benar-benar membantu. Terima kasih atas ulasan itu.

Salam jauh dari SangPelangi.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Afwan Sang Pelangi..InsyaALlah, smoga nti mendapat manfaat sama daripada novel tersebut. if ada novel terbaru nak dikongsi bleh khabarkan pada ana. menyelusuri kehidupan org demi memacu kehidupan sendiri...

Unknown said...

bagus tulisan ko....mmg betul. masyarakat muda skang ni dh lebih pandai menilai baik buruk politik kat malaysia ni...yang xsedar2 org2 kampung pedalaman la, luar bandar yang bulat2 percaya kat berita kat media malaysia.

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Orang Muda bakal Membawa Perubahan Politik Malaysia Kelak

Template by - Abdul Munir - 2008